Isnin, 13 November 2000

Tugasan Untuk Peserta Coaching

Tugasan ini sangat penting... Jadi, submit tugasan ini seawal mungkin untuk saya review... Selewat2nya sehari sebelum mula coaching / bengkel... Saya takkan review jika tugasan dihantar last minit... Tugasan ini akan digunakan pada coaching / bengkel nanti...

Sebelum mula coaching, mohon sediakan 3 gambar (landscape) dan 1 set ayat iklan... kiranya, dalam post page nanti, kite akan publishkan 1 set ayat iklan bersama 3 gambar sekaligus (Dalam 1 post)...

Kalau blh, 3 gambar tu (1) gambar penerangan produk dan langsung jgn letak gambar produk (gambar utama) dan mesti ada sebaris ayat HEADLINE pada gambar, untuk gambar (2) dan (3), terpulang samada gambar model, gambar produk, gambar testimoni atau lain2.
** Untuk perniagaan jenis pakaian, kenderaan, makanan, digalakkan letak gambar produk terus **
** HEADLINE pada gambar utama biarlah sama dengan HEADLINE dalam ayat iklan **

Contoh2 gambar utama:
1) http://bit.ly/ContohGambarUtama1
2) http://bit.ly/ContohGambarUtama2
3) http://bit.ly/ContohGambarUtama3
4) http://bit.ly/ContohGambarUtama4
5) http://bit.ly/ContohGambarUtama5
6) http://bit.ly/ContohGambarUtama6

Jika tak faham, tolong tanya awal2... Jangan tanya last minit.

Jangan submit gambar yang tak menepati syarat ni:
1) Tidak landscape.
2) Teks pada gambar lebih 20%.

Apakah yang dimaksudkan gambar landscape? Sila rujuk >> http://bit.ly/GambarLandscape

Apa yang dimaksudkan teks pada gambar? Sila rujuk >> http://bit.ly/PeratusanTeksPadaGambar



Undang2 FB TIDAK membenarkan lebih 20% teks atau tulisan atau sebarang logo yang ada tulisan atau teks pada gambar (dikecualikan teks atau tulisan sedia ada pada produk).

FB juga tak membenarkan penggunaan gambar sebelum dan selepas, gambar yang zoom fokus pada anggota badan.

Nak cek peratus teks / atau tulisan dalam gambar:
1) Masuk https://fb.com/ads/tools/text_overlay
2) Upload gambar.
3) Pastikan keputusan hanya keluar "Image Text: OK". Jika keluar "Image Text: Low" atau "Image Text: Medium" atau "Image Text: High", sila tukar gambar lain.

---

Sedikit idea untuk menulis ayat jualan:

1) HEADLINE.
HEADLINE menceritakan secara umum apa masalah utama yang dihadapi oleh bakal pelanggan. HEADLINE cukup sekadar sebaris ayat dalam kurang 10 perkataan dan menggunakan sepenuhnya HURUF BESAR. HEADLINE sangat penting kerana HEADLINE dapat menarik perhatian bakal pelanggan untuk terus baca iklan kita. Kalau boleh, masukkan sebaris HEADLINE pada gambar.

Contoh:

INGIN TAHU RAHSIA WANITA 50 TAHUN KELIHATAN SEPERTI 20 TAHUN?

BAGAIMANA KERANI MENJANA RM10,000 KURANG 30 HARI?

INGIN BERGAYA DENGAN TUDUNG SETARAF BRANDED DENGAN HARGA KURANG RM20?


2) SubHeadline
Sedikit penerangan dan penguat kepada HEADLINE. Juga tak perlu terlalu panjang. Kalau boleh kurang 15 patah perkataan. Gunakan huruf besar pada awal perkataan sahaja.

Contoh:

Zahir & Batin Kelihatan Muda Remaja Tanpa Mengeluarkan Kos Yang Tinggi & Dijamin Selamat!

Pendapatan Pasif Yang Booom Tanpa Perlu Berhenti Kerja & Boleh Dilakukan Secara Sambilan Sahaja!

Tudung Sangat Berkualiti & Mampu Menyerlahkan Seri Wajah Anda Tanpa Kos Yang Mahal!


3) Content: Senaraikan apa kelebihan produk yang dapat membantu bakal pelanggan. Buat dalam bentuk point dan jangan berjela2.

Contoh:

- Menegangkan kulit secara semulajadi.
- Mengawal kitaran haid yang tidak teratur.
- Menghilangkan kedut2 dan garis hitam tanpa meninggalkan parut.
- Testimoni produk (kasi link lain. jangan penuhkan ruang penerangan dengan testimoni).
- Harga RM100 percuma POS

- Modal permulaan yang sangat rendah.
- Dijamin selamat dan disahkan oleh Bank Negara.
- Program pendapatan yang sentiasa mendapat permintaan ramai.
- Mereka yang telah berjaya, sila klik sini utk testimoni: (link testimoni).
- PM untuk tahu modal permulaan.

- Tudung 100% cotton dan lembut.
- Pelbagai pilihan warna menarik.
- Design terkini yang mendapat permintaan tinggi. Klik sini >> (link ke design lain)


4) Call to Action (CTA). Tindakan yang perlu dibuat oleh bakal pelanggan selepas membaca penerangan produk. Samaada perlu Call / SMS / Whatsapp / PM / Komen dan sebagainya. Kalau ada diskaun ke ape ke, nyatakan di sini. Jangan lupa 'arahkan' bakal pelanggan supaya LIKE / SHARE post tadi.

- Sekiranya berminat, sila komen "Saya Nak" dan kami akan pm anda.

- Ingin membuat tempahan? Sila whatsapp kami ke 0146069996.


submit ke PM fb saya selewat2nya sehari sebelum coaching ye. Sebaik2nya, submit lebih awal jika boleh =)

1 set ayat iklan mestilah mengandungi Headline, Subheadline, Content dan CTA.

---


Tolong senaraikan 10 keyword yang berkaitan dengan produk anda, contoh: skin care, cantik, beauty, health, diet dan lain2.

---

Keperluan:
1) Internet dan laptop / pc sahaja.
2) Kad debit atau kad kredit (Sila hubungi pihak bank untuk pastikan kad anda boleh membuat transaksi online luar negara).
3) Perbankan internet (Maybank2u, Cimb Clicks, Hong Leong Online dan RHB Online sahaja)
4) FB Page sekurang2nya 10 likes dan 10 post info.
5) Dua browser (firefox ke chrome ke opera ke). Kalau takde, tolong download. Chrome wajib.

P/S: Gambar dan ayat iklan adalah dua item yang berbeza. Ayat ini akan digunakan pada status fanpage dan gambar akan diuploadkan pada status page tersebut.

WAJIB install google chrome untuk Power Editor


P/S: Peluang menang RM100 >> http://on.fb.me/1Id3J1c


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.