Rabu, 13 Oktober 2010

Kursus Online PERCUMA Untuk Anda

Salam sejahtera kengkawan,

Maaf kerana lama tak bertanya khabar kengkawan. Banyak sangat masalah yang Peja hadapi. Mak Peja sakit sebelum ni dan baru-baru ini, hampir kesemua file dan folder penting Peja hilang. Peja sendiri musykil kemana hilangnya file2 tu semua. T_T

Oklah, apa2 pun, kehidupan tetap perlu diteruskan. Betul tak kengkawan ? So, tak perlu dikenang perkara yang telah lalu. Cewah, cam lagu P. Ramlee plak.


Oklah, kali ni Peja ingin berkongsi sedikit sebanyak berkenaan memulakan perniagaan. Peja pasti, anda membaca posting kerana berminat dengan perniagaan. Tak kira perniagaan offline atau online, persediaan awal perlu dilakukan untuk mengelakkan masalah muncul pada masa yang akan datang.

Salah satu perkara penting ialah pendaftaran perniagaan. Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, setiap aktiviti yang bertujuan untuk keuntungan, perlu didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Perniagaan anda haruslah didaftarkan dalam tempoh 30 hari. Jika tidak, anda boleh dikenakan denda maksima RM50,000 atau penjaran tidak lebih 2 tahun atau kedua2nya sekali.

Jadi, jangan lupa mendaftarkan perniagaan anda ye.

*****************************************************
Kursus Online Pakar Kewangan
*****************************************************

Anda kenal Rahman Basri? Beliau adalah salah seorang usahawan internet yang semakin popular. Beliau mengadakan Kursus Online Kewangan secara PERCUMA. Tiada sebarang caj akan dikenakan.

Untuk pendaftaran, layari:
http://bit.ly/pakarkewangan

*****************************************************

Itu saja kali ni. Jumpa lagi.

1 ulasan: