Rabu, 29 September 2010

Poket Kering Lepas Raya...

Haaaa, tup tup tup, hampir 3 minggu dah syawal berlalu... Yang pastinye, ramai kengkawan yang poket kering, kempis dan tinggal habuk... huhu...

Tak kirela sape kite, bos ke, eksekutif ke, kerani ke, semuanya hampir kering kontang. Mane taknye, yang gaji besau, besaulah perbelanjaan raya tu... Yang gaji kecik plak, jangan nak blanje lebih dari kemampuan plak...




Sabtu, 25 September 2010

Tolong Doakan Mak Peja

Sekarang Peja berada kat Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Mak dimasukkan wad sini sejak hari khamis lagi. Asalnya mak ada batu karang. Sekarang buah pinggang mak sebelah lagi bernanah dan juga terkena radang paru-paru.




Rabu, 22 September 2010

Telor DiBasuh Punye Penangan

Fuh, pejam celik pejam celik, sedar tak sedar, dah lebih 8 jam Peja ngadap blog TelorDiBasuh ni...
Dari start lepas solat subuh, sampai berenti lunch dan solat zohor kemudian sambung lagi sampai sekarang...
Tapi memang syok abis la blog ni... Macam2 artikel ade dalam ni...
Tu yang 'lagho' je ngadap blog ni...
Huhuhu, tahniah buat blogger TelorDiBasuh. Harap2 pasni bleh terus goreng telur ni... hihihihi..

Selasa, 14 September 2010

Tak Puas Lagi Beraya

Hari ini kalau ikutkan, baru raya ke-5, tapi sebab wife Peja start kerja hari ni, terpaksa la kami balik ke Kelantan semalam.

Huhuhu, oleh kerana tak puas beraya lagi, hari Rabu petang, Peja balik Terengganu semula. Kebetulan buat kenduri sikit adik ipar nak berlepas ke Mesir 20hb ni dah. Tahniah la kepada adik ipar Peja, Aliza Mohamed yang akan meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pergigian kat Mesir sane tu selepas dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik SPM Negeri Terengganu pada tahun 2009.




Selasa, 7 September 2010

Keputusan Undian Duit Raya RahsiaDadih.Com


Assalamualaikum W.B.T.,

Dikesempatan ini, Peja menghulurkan salam kemaafan andai tersilap kata, terkasar bicara dan apa-apa je yang tidak menyenangkan anda.

Tinggal 2, 3 hari lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai perayaan menyambut kemenangan kita setelah 1 bulan berjuang melawan hawa nafsu.




Ahad, 5 September 2010

Hati-Hati Di Jalan Raya


Haaa, kepada semua kengkawan Peja yang balik kampung arini ke, esok ke, lusa ke, malam raya ke, pagi raya ke, Peja nak ucapkan selamat kembali ke kampung dengan selamat. Biar lambat asal selamat.

Peja balik kampung hari Rabu tengah hari kot. Harap2 sempat berbuka. Biasanya Bachok - Dungun amik masa 3 jam setengah aje. Tapi tak tahulah nak raya ni, jem lagi, kul brapa ntah sampai Dungun.

Alang2 dah bukak topik ni, Peja nak kongsi skit tips penjagaan kenderaan. Peja bukan mekanik, tapi ada sorang dua member yg pakar bab2 ni dan slalu nasihat Peja pasal kete ni.




Jumaat, 3 September 2010

Selamat Hari Raya


Khas kepada semua pembaca blog Peja, subscriber Peja, pelanggan ebook Peja, rakan2 facebook Peja, rakan JV dan affiliate Peja dan semualah yang mengenali atau tak kenal Peja, Peja ingin ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin andai tersilap kata, tersalah bicara dan lain-lain perkara yang tidak menyenangkan anda semua.

Ni e-kad raya dari Peja khas buat kawan-kawan semua. Sorilah, kad xcun. Bikin sendiri je.

Rabu, 1 September 2010

Kamdar, KB Mall, Tesco, Mydin

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Semalam kan hari cuti sempena hari merdeka. So, Peja ngan wife nak ronda2 cari baju raya. Tak sangka jem sangat semalam nak2 kt area KB Mall. Nak dapat parking komain susah wooo.. Last2 peja decide parking kete jauh sikit dari KB Mall dan jalan kaki ke sane...

Tapi, sebelum tu, Peja singgah ke Kamdar dlu.. Huhuhu, agak banyak gak saiz Peja. Al-maklumlah, 3XL punye saiz. Peja berkenan sgt dgn satu baju batik tu. Harga pun xmahal. Tapi sygnye, bajunye sikit rosak. Stok lain plak xde. Nak amik baju batik lain, saiz plak xde.. aduiyaa...

Kat KB Mall, Tesco ngan Mydin Mall, xde pun pakaian saiz Peja. Kalau ade pun, langsung xsesuai nak wat baju raya... Uhuk uhuk. Itula, suh diet, xnak diet... Hehehe...

Oklah ni, dulu, berat Peja 150kg = 3 kampit simen! Lepas diet (tak diet sgt pun), berat turun jadi 110kg. Daripada saiz seluar 50, skrg 44. tupun terpaksa pakai tali pinggang sbb saiz 44 pun kini dah longgar... Hihi.

Ade tak member2 bleh sarankan tempat boleh beli baju batik yang murah2 dan cun?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.