Khamis, 31 Mac 2011

Tips Perancangan Perkahwinan

Peja nak share sikit tips berkenaan dengan perancangan perkahwinan. Peja pasti, ramai rakan blogger kat sini yang masih tak kahwin. Mungkin ada yang sedang berkira-kira untuk kahwin tak lama lagi.


Lagi sebulan iaitu 30 April 2011 nanti, genap setahun Peja berkahwin. Namun apa daya, rezeki masih takde lagi walaupun Peja teringin bebenor nak menjadi abah... Hihi.. Sampaikan anak sedara Peja, Peja bahasakan diri abah dan wife Peja bahasakan diri umi.

Belajar dari kesilapan! Ye, memang Peja akui, banyak kesilapan yang Peja telah buat sebelum kahwin. Peja gagal merancang perkahwinan Peja dulu. Akibatnye, lepas kahwin, sesak berbulan-bulan jangan cakap la...


Ramai orang sanggup menghabiskan banyak RM time kahwin tanpa memikirkan kesan selepas hari perkahwinan. Sepatutnya, duit yang ada juga harus disimpan untuk saat2 selepas kahwin. Lepas kahwin, anda bukan lagi berseorangan tapi dah berdua dan memikul satu tanggungjawab yang penting.

Antara tips dan perancangan yang perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas perkahwinan:

Sebelum kahwin:
1. Sediakan ilmu dunia perkahwinan lebih2 lagi ilmu agama berkaitan. Pertunangan bukan lesen besar untuk kita berdua2an, berpegangan tangan dll.
2. Sediakan wang untuk barang hantaran, wang hantaran, mas kahwin, kenduri, hiasan dll. Cuba sedaya upada untuk tidak membazir.
3. Kad kahwin mesti diedarkan sekurang2nya sebulan awal. Kalau lewat sangat, takut kalut plak nanti. Seminggu sebelum kahwin, dah banyak benda perlu dibuat untuk perkahwinan.
4. Jangan lupa kursus kahwin, beli borang kahwin, sediakan dokumen2 berkaitan, HIV test, dapatkan kebenaran kahwin luar mukim bagi lelaki, surat pengesahan bujang dll.

Semasa kahwin:
1. Hafal ucapan akad nikah tu. Syukurlah kat Terengganu ni, jawapannye ringkas aje "Saya terima nikahnya dengan mas kahwih yang tersebut itu". Tu je. Kalau kat luar Terengganu, Peja tak pastila.
2. Jangan lupe plak bayaran untuk jurunikah :D

Selepas kahwin:
1. Persediaan pindah rumah. Nak beli perabot lagi, barang2 dapur lagi, pinggan mangkuk lagi. Kalau semua tu dah disediakan sebelum kahwin, bagusla. Kebanyakan barang dapur dah dapat hadiah kahwin. Rasanya tak perlu beli dah.




Itu jela sedikit sebanyak perancangan perkahwinan yang diperlukan. Untuk lebih lanjur mengenai perancangan perkahwinan seperti Belanjawan, Persediaan, Perancangan , Tips Semasa Sebelum, Semasa dan Selepas Kahwin, Direktori Perkahwinan dan Panduan Beli Rumah lepas Kahwin, sila layari http://bit.ly/nikahkahwin

Semoga perkahwinan anda lebih terancang :D


Pssst, Peja ada join satu kontest di Facebook Pasangan Pengantin Romantis. Kalau tak keberatan, Peja nak mintak  tolong kawan2 like gambar Peja di http://on.fb.me/eGSEYQ. Tapi sebelum tu, kene like dulu page http://www.facebook.com/jomkahwin. TQ ye :D



48 ulasan:

  1. betullah tu, mesti ade perancangan, sebelum dan selepas...untuk soalan dah kawin ke belum...Alhamdulillah dah kawin....dah hampir 12 tahun
    tie doakan peja akan cepat2 timang baby

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas doa kak tie... harap2 ada la lepas ni :D

    BalasPadam
  3. perkahwinan tanpa perancangan ibarat pergi berperang xbawak senjata..tul x faizal?

    BalasPadam
  4. gilaweb: betul2... bleh juga dikatakan, jika kite tidak merancang bermakna merancang untuk gagal :D

    BalasPadam
  5. Peja terima kasih melawat laman blog saya. Wah lagi sebulan nak ulangtahun ye. Kalau nak order photo book / poster untuk hadiah /kenang-kenangan pun boleh contact saya e-mel jualbeli@1malaysia.my untuk sebutharga.P4...P4...P4..

    BalasPadam
  6. huhu..Islam menyuruh Umatnya bersederhana dalam setiap perkara..:)

    BalasPadam
  7. nice info..
    apapn smoga cpt2 dapat baby..amin ~
    =D

    BalasPadam
  8. nak tawen..nak tawen..hahhahha

    BalasPadam
  9. ini page dalam blog saya tentang kawin-kawin ni

    http://kasutkaca15.blogspot.com/p/day.html

    BalasPadam
  10. kena ada perancangan yang betul, agar semua berjalan lancar.. dan nasihat buat sekadar yang mampu.. jangan laa sampai pinjam2 kerana nak buat grand sangat.. nanti tak pasal-pasal berhutang sampai ke anak cucu plak.. huhu

    BalasPadam
  11. hehe..apik akan catit dalam notebook apik..hehe

    BalasPadam
  12. plan baik baik..

    brg hntaran jgn mahal mahal

    usaha tangga kejayaan peyja

    BalasPadam
  13. betul! kdg2 org silap merancang...masa kawen nak grand2, lepas kawen ikat perut..kalo mmg mampu tak kesahlah..jgn ikut rentak org, kena tngk poket sendiri..perjalanan hidup lepas kawen lebih pjg, kena ada perancangan kewangan yg baik. nak plak bila dah ada anak. tp jgn pula anggap anak tu beban, setiap anak ada rezeki, tp takkan dtg bergolek kan..btw, semoga peja & wife dimurahkan rezeki olehNya..

    BalasPadam
  14. peja, buat la entry cara buat hantaran... mean, pilihan2 yang ada, brg2 best untuk dijadikan hantaran... bnda yg kreatif, ataupun yg best tp bajet.

    BalasPadam
  15. uh...lmbt ag nk kawen..
    emm tpi nice tips and info...
    boleh guna di masa hadapan:)

    BalasPadam
  16. wah,cutenya pic peja dgn wife he3 nti kiter like ek,,kter pon dh staun lebih kwen n mmg betul lps kawen lagi sesak perlu duit dri msa nk kawen,,huhu,,smoga peja dpt rezeki anak yang soleh n solehah =)

    psst: akad yg simple kt tganu pun husband kiter kna lafaz 2x huhu

    BalasPadam
  17. happy anniversary peja! :)

    jemput komen entry lau sudi. ;)

    BalasPadam
  18. yang lain tu ok jer bagi aku.. tapi tang surat pengesahan bujang tu..ahaks.. macam mana plak bentuk surat tu arr... Peja cuba citer sket tetang surat tu...ader tok kadi minta surat pengesahan bujang? huhuhuhuu

    BalasPadam
  19. +akufobia+ : yup, boo bazir...

    elyn dz: betul, tepat sekali...

    echaRierie: ameen... TQ :D

    hana: kene kahwin cpt2 ni...

    Nurun: TQ share info :D

    ataicha: pokok tadak, bunga tadak.. saya samann courrt dalammm...

    apik pehe: catit jangan tak catit...

    lankapo: huhuhu, tengkiu atas tanga yg diberi :D

    CiK QiQi: dah planning ek?

    fyna: kene amalkan ye :D

    MamaYatie: tu yg ade org sampai meminjam dgn along...

    Muhammad Burn: Peja tak expert sangat, tp Peja akan kongsi barang yang Peja kasi :D

    nursyamime: yup, ilmu xrugi dipelajari :D

    wanacesh: TQ sbb like.. ameen, mudah2an...

    ciknabil-a: TQ, insyaAllah...

    Abu: Haaa, itula... Peja kasi tips, digelaknye... Surat akuan bujang bukan diminta oleh tok kadi... Ianya syarat yang dikenakan oleh pejabat agama...

    BalasPadam
  20. selamat ulangtahun perkahwinan peja...ingatkan peja dh lama kawin...kira saya hebat lagi le tahun ni tahun ke10...he...he

    BalasPadam
  21. waaa, waaa, best tip nih..hehe, akak fyza nak kawen bulan 5 nih..leh fyza gtau dia, baca entry best nih heee =)

    BalasPadam
  22. Terimakasih tipsnya,ringkas tapi padat.Boleh saya buat panduan nanti.

    BalasPadam
  23. Suhaimi Kassim: saya masih muda lagi :D

    Hafidzah Hafidz: haaaa, suh je kakak fyza baca tips ni... persediaan awal dapat membantu :D

    ijoks2009: semoga mendapat manfaat :D

    BalasPadam
  24. wuaaahhh. nak kawin je susah sanggat ya...
    apalagi dah kawin.....
    huhuhuhu
    hidup..hidup... why so complicated...

    BalasPadam
  25. satu lagi... kena tanam sifat teguh dan sabar dari awal...

    BalasPadam
  26. setuju~....
    elak mbazir lebih2

    BalasPadam
  27. tips yg bagus...tapi lambat lagi nak kawen...calon pon tak der lagi...hihihihi

    BalasPadam
  28. congrats utk anniversary tak lama lagi. seronok kan dah kahwin?hehe.perancangan nak kawen tu penting tapi perancangan dah kawen lagi penting. tahun2 pertama alam perkahwinan seme manis je. dah masuk anak 2+belanja umah makin meningkat+tanggungjawab makin bertambah=pening kepala.so, yang tu pon nak kena ade perancangan gak tu.semoga peja makin tabah.

    p/s: peja, ku try wat dadih cm dalam ebook tapi still x jadi.sangat hampa :(

    BalasPadam
  29. bagus tips ni.. kasi peringatan kat orang bujang macam saya.. persediaan lepas kahwin lagi banyak dari sebelum kahwin.. yang penting kena tahu uruskan kewangan sebaik mungkin agar tak terbeban dikemudian hari..

    BalasPadam
  30. aku bukanya apa peja oiii.. dulu masa taim aku nikah dulu pejabat agama tu tak minta plak surat akaun bujang... tu yg kompius sket neh..hahahah

    BalasPadam
  31. oww tak tahu nak cakap pe plak ni bang cakap ape pun boleh lah

    BalasPadam
  32. aiyak, lambat lagi nak kawen, tapi x pe, tips2 sangat penting untuk mematangkan cara kita berfikir... =)

    lepas kawen pinggan magkuk boleh kecek kat my mum,dah jadi macam muzium pinggan mangkuk kat umah, so tade hal.. hahahahhaha

    BalasPadam
  33. huu..sume ade rase nak kawen...duet lpas kawen jgn lupe lak,membazir untuk majlis kawen tgk2 da kering...huu~

    BalasPadam
  34. salam..

    mesti gementar masa nak akad nikah tu...

    BalasPadam
  35. hidup mesti ada perancangan. Insya Allah ada rezeki utk anda & wife.. :-)

    BalasPadam
  36. salam, tn blog..jom la beli produk melaleuca..kan en sll guna brg2 utk keperluan harian di rumah kan..kena beli jg..so just tukar kpd brg2 melaleuca..
    bagus sgt...di us, melaleuca tersenarai antara company yg paling cpt berkembang dan tersenarai jg 500 hall of fame majalah Inc..

    BalasPadam
  37. kene buat perancangan awal la nie.
    huhu.
    thanks sudi kongsi.
    :D

    BalasPadam
  38. Dea: ala, xsusah pun... sng je :D

    Insan Marhaen, kema: betul2.. stuju...

    cik blink blink: takpe, insyaAllah, adela calonnye nanti...

    fariha: TQ :D. bile sebut berkahwin, kita akan memikul beban yang besar. p/s: tak jadi camne tu?

    Wahida Nasution Thakhrim: Betul tu... err, agaknye bile awak nak kahwin?

    Abu: oh hooo.. skrg dah ade dah :D

    liyanaziz: Walaupun lambat lg, tp dah blh prepare dari awal :D

    nairaariaa: time koring, barulah nyesal :D

    Sekamar Rindu: InsyaAllah xgementar :D

    blog-tips-kurus: ameen.. mudah2an :D

    saya_arief: same2 :D

    BalasPadam
  39. nice tips.

    deby pon rancang2 nak kawen, tp pening btul sbb kena make sure cukup kewangan ke x tu

    BalasPadam
  40. Ehemmm Peja thanks a lot drop by kat blog Pojie dan entri Peja nih sangatlahhh berbaloi utk Pojie baca. Pojie pun tgh bkira2 tak lama lagi nih. Risau gak ni. Doa2kan ek ;p

    http://pojiepooh.blogspot.com/

    BalasPadam
  41. pasal nak merisik ngn bertunang pun dah penin kepala..tatau nak start mana dulu..haha..kawen lg aaa..T_____T rse ssh nye nk kawen..

    BalasPadam
  42. Islam tk pernah membebankan umatnya dlm segala segi. Tapi adat yang menyebabkan kita terpaksa tanggung beban hutang kahwin. Sedangkan kalau ikutkan Islam kahwin sepatutnya bukan jadi beban. Sampaikan org bukan islam pun pelik knp org Islam berhabis banyak duit semata2 nak kahwin tapi kalau ikutkan yang wajid adalah nikah dan mas kahwin saja. Dunia dunia.....

    BalasPadam
  43. Cik Deby, kay-N: Usah rungsingkan fikiran... buat mana yang termampu.

    ||| PöJìé PööH |||: InsyaAllah, semoga dipermudahkan :D

    perondajaketbiru74: yus, setuju! TQ atas perkongsian membina :D

    BalasPadam
  44. wah..tips berguna...leh wat panduan nk kawin nnti :)

    BalasPadam
  45. wahhhh..sangat berguna utk bakal2 pasangan suami isteri..hehehe :p

    BalasPadam