Ahad, 29 Mei 2011

Berhati-Hati Pengguna Blogspot

Maaf, lebih 5 hari Peja tak update blog Peja. Peja sibuk dengan majlis perkahwinan adik ipar Peja di Negeri Sembilan baru-baru ni. Hari ini baru ada sikit masa terluang untuk update blog Peja yang dah bersawang :-)

Jika Anda Pengguna .Blogspot.Com Atau .Wordpress.Com, Sila Berhati-Hati Mulai Saat Ini!
Bayangkan saat anda mempunyai follower yang ramai dan mempunyai beratus-ratus artikel, TIBA-TIBA blog anda dibuang!!!

Itulah lumrah sebagai penumpang PERCUMA. Anda pada bila-bila masa sahaja boleh dihalau tanpa belas kasihan! Saya yakin dan pasti, jika anda mempunyai blog .blogspot.com atau .wordpress.com, anda perlu bersedia menghadapi kemungkinan-kemungkinan blog anda disekat atau dipadamkan oleh blogspot atau wordpress.

                                                                    
Apa faktor yang memungkinkan blog anda dibuang / hilang?


  • * Seseorang secara tidak sengaja atau dengan sengaja (kerana dengki) telah ‘FLAG’ blog anda.
  • * Server penyedia blog mengalami masalah dan menyebabkan semua data-data termasuk blog anda HILANG.
  • * Terdapat pelbagai skrip yang tersisip virus pada blog anda.
  • * Ada sesetengah kes, blog anda dituduh spam oleh blogspot walaupun blog anda langsung tidak aktif!
  • * Dan pelbagai sebab lagi yang boleh menjadi faktor blog anda dibuang / hilang!



Satu persediaan penting yang perlu dilakukan oleh blogger ialah sentiasa melakukan backup pada artikel anda. Sebaik-baiknya, seminggu sekali atau setiap kali selepas blog anda dikemaskini!

TETAPI, sekerap mana pun anda melakukan backup pada artikel anda, sekiranya blog anda didelete oleh blogspot, semua posting dan URL anda akan disekat (banned) oleh pihak blogspot. Contoh, sekiranya URL blog anda ialah peja.blogspot.com dan anda telah mempunyai 5000 pengikut. Tiba-tiba blog anda dibuang dan domain anda disekat penggunaannya, bagaimana pengikut anda ingin ke blog anda memandangkan link peja.blogspot.com kini tidak boleh diakses???



Penyelesaian???

Selain kerap melakukan backup artikel blog anda, anda disarankan menukar domain  / link blogspot.com anda menjadi domain .com anda sendiri. Contohnya, link blog anda asalnya faizalsyukri.blogspot.com, selepas menukar ke domain .com, blog anda menjadi faizalsyukri.com!

Jika blogspot membuang blog anda sekalipun, anda masih boleh membuat akaun blogspot baru, mengupload kembali artikel yang telah anda backupkan dan kembali menggunakan domain asal anda. INILAH YANG PALING PENTING kerana blogger lain mengenali anda melalui link / domain anda!

Selain itu, terdapat banyak kelebihan memiliki domain sendiri seperti:
  • * Penggunaan domain sendiri lebih ringkas dan mudah diingat. Secara tidak langsung membolehkan trafik pengunjung ke blog anda semakin tinggi.
  • * Dengan memiliki domain sendiri, anda kelihatan lebih professional dan serius dalam berblogging.
  • * Kredibiliti anda semakin meningkat.
  • * Domain sendiri menjadikan blog lebih mesra SEO (Search Engine Optimization) – Ianya berkaitan ranking / kedudukan anda dalam enjin pencari.
  • * Syarikat pengiklanan lebih percaya dan yakin untuk beriklan di blog yang mempunyai domain .com
  • * Mengelakkan anda kehilangan pengunjung walaupun blog anda ditutup.

Sekiranya anda berminat untuk menukar domain anda, sila hubungi saya, Faizal, Tel / SMS: 012-901 9697, Email: admin@faizalsyukri.com

78 ulasan:

  1. Salam...pernah kena sebelum ini guna platform percuma yg lain..lepas tu guna (dot)com dan wordpress tapi kena hack pulak. Skrg ni guna blogger pulak dah..entahlah..rasa kecewa memang ada coz kena rebuild termasuk mencari traffic spt dulu2...

    BalasPadam
  2. khairunnisa ar alhan: ha ah, mmg menakutkan kalau jadi camtu...

    Abang Long: tu sebabnya saya xgune self-host lagi.. saya gune blogspot, cuma domain je domain sndiri :D

    BalasPadam
  3. Tak ada tempat yg selamat di dunia ini, rupanya di alam maya pun tak selamat juga...

    BalasPadam
  4. scary tol...berhati-hati lah selalu

    BalasPadam
  5. tgk la suatu hari nnt...mmg ada niat nak tukar ke web sndiri...tp prlukn masa brfikir pnjg....insyaallah 1 hari nnt...tq 4 sharing:)

    BalasPadam
  6. agak bahaya lau mcm ni.. kene lebih berhati-hati..

    www.syukritahir.com

    BalasPadam
  7. salam.sy brminat..nk tukar blgspot kepada domain..tp kos nya mahal ke??

    BalasPadam
  8. Banyaknya la affiliate dalam blog ni.

    BalasPadam
  9. ilmu nie.baru saya tau.kena beli domain nie.

    BalasPadam
  10. Saya pengguna blogspot tegar.. dan salah satu blog saya dah ditukar ke dot com.. =D

    BalasPadam
  11. abang....nak beli la domain nih...
    kompom ke macam emel yg abang bagi tu??

    BalasPadam
  12. joelock: yup, kite pakat tukar domain...
    ~NySz~: isi borang yg sy kasi dan anda akan tahu :D
    shah: kompom camne tu?

    BalasPadam
  13. wow so scary..
    tp kena beli domain kan if nak tukar kpd domain sdri ?

    BalasPadam
  14. Kalau guna blogspot, memang berisiko dalam blogging. Dalam post terbaru saya, saya ada share cara untuk dapatkan hosting unlimited selama 2 tahun secara percuma.

    BalasPadam
  15. Guna WP berbayar best...blogspot pun ok jugak, tapi jadi cam Peja cakap tu jer..hehe

    BalasPadam
  16. ya tuhan ku selamatkanlah blog ku ituuuu..aminnn..
    paktam the blog

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. bang..ikot je ae step yg dalam emel tu??
    lagi satu...harge tu domain+hosting kan?

    BalasPadam
  19. aku guna platform blogger. tp dah xde blogspot. hanya www.soutulmujahid.com. camner tu ek?

    BalasPadam
  20. shah: dalam email tu, harga domain sahaja. xtermasuk hosting... dan utk pertukaran .blogspot.com kpd .com, xperlukan hosting.

    soutulMujahid: itu dah tukar ke .com namenye :D

    BalasPadam
  21. Saya labur sikit beli domain dan hosting dari Jomhosting.net. Setakat ni takde masalah lagi. Yelah blog baru, tak femes takde org hack. Blogspot dengan wordpress ada kelebihan kekurangan masing2 sy rasa.

    BalasPadam
  22. really? scary gila. err, kalau nak ade domain sendiri, kena byr every month ke cmne ek?

    BalasPadam
  23. beLLa: bayaran domain adalah dalam bentuk tahunan... bukan bulanan :D

    BalasPadam
  24. tak pe..follower aku skit lg...kang dah byk aku byr ler domain ...kekeke

    BalasPadam
  25. Memang patut pun ada domain n hosting sendiri kalau income dah lebat...takut perkara tak diingini berlaku

    BalasPadam
  26. sugguh mengerikan ..bayangkan la dah buat bertungkus-lumus blog tu..tetiba hilang..perghh sure tension

    BalasPadam
  27. Menu: time follower xramai lg ni la kene wt :D
    J.M.R: hosting xdiperlukan unless awk nak tukar wordpress self-host :D

    BalasPadam
  28. Hm..pernah juga blog kena report as spam..sedih juga tapi nasib baik ada bckup.thnx info

    BalasPadam
  29. kena tukar jugak ke . scary sangat laa :(

    BalasPadam
  30. ape takut? pakai le follower dekat FACEBOOK. Percuma. Hahahaha.

    BalasPadam
  31. thanks atas informasi yg berguna...x lama lg mungkin pakai domain sendiri

    BalasPadam
  32. hehhee..apik baru jer tukar domain

    BalasPadam
  33. sadis...sampainye hati diaorg buat macam tuh....

    BalasPadam
  34. btol tu peja.. kena beli domain xpe dh..

    BalasPadam
  35. risau btul...takut2 lau pkai domain sndiri pn kna cmtu

    BalasPadam
  36. haizz..ni yg seram bila dgr ni huhu

    BalasPadam
  37. Syarikat pembekal hosting biasanya ada backup harian, so kalau ada apa2 yg terjadi masih ada harapan dapatkan database hari yang sebelumnya... Masalahnya kalau lupa bayar.... memang hilanglah blog kita tu.

    BalasPadam
  38. as salam..

    ▂ ▃ ▅ ▆ 80%
    ─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
    ──██─────██───██▄█▀───██▄█───
    ──██─────██───██▀█▄───██▀█───
    ─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

    tu yang risau kalau dipadam walaupun dah backup artikel dalam email dan sebagainya..


    jom berbalas singgah menyinggah berkongsi ilmu, pendapat dan cerita ;)
    Entri terbaru :

    kerap melayari internet boleh menyebabkan penyakit arthritis

    terima kasih..huhu~ =)

    BalasPadam
  39. shopping2u: mmg pakai domain sndiri pun ade risiko camtu, tp skurang2nya kalau jadi camtu, kita masih bleh create blog baru dan guna domain asal.

    PenaDigital: tu kalau self host, mmg cmtu... kalau yg gune blogspot ni, lain plak...

    BalasPadam
  40. wah..scary je crite ni..domain ni kene byr kan?

    BalasPadam
  41. nak tanye lah betul ke tak lama lagi sesape yg guna email yahoo tak boleh login kat blogspot? hanya gmail sahaje yg bole? kalau betul mcm mane nk tukar email kite ek?

    BalasPadam
  42. sengat: tu semua citer palsu... kalau betul blogspot nak delete akaun yg gune yahoo, blogspot sndiri akan maklumkan ikut blogspot news.

    BalasPadam
  43. oooo.. palsu ke?
    sape yg sebarkan tu? tak baik lo!!
    *tqvm info ini. belum kaji lagi nak yg mane.. :-)

    BalasPadam
  44. blog syu dah penah kena delete..
    tp nsib baik dah ada blik..
    tp nak loging dashboard pulak susah..
    klau bleh login pon, blog updates takde..huhu..
    cmne nak wat ye?

    BalasPadam
  45. hmmm jijah dah kena dulu masa berBlog di 360!

    BalasPadam
  46. Thanks for sharing the info !!

    BalasPadam
  47. alamak, kacau klau macam ne, nak rajin update juge, terime kasih pakcik atas infonye, ,

    BalasPadam
  48. ada sikit bayaran. RM50 sahaja utk setahun.

    BalasPadam
  49. erm...bagus info yg sangat bagus n menarik....

    BalasPadam
  50. ajar la sikit cmne nak buat backup..boley?

    BalasPadam
  51. mini online journal aku dah kene dah, blog tak wujud, tapi dashboard masih ada, terus je aku copy paste sumer artikel, aiyyyeeee....baru dominggu lepas....

    BalasPadam
  52. saya guna domain wordpress sendiri dan self hosted,apa beza guna domain sendiri dengan platform blogger?

    BalasPadam
  53. domain sendiri adalah domain .com manakala domain blogspot adalah domain .blogspot.com

    BalasPadam
  54. bagus ni.. nasib baik dah ada domain sendiri

    BalasPadam
  55. segeralah berubah ke domain sendiri

    BalasPadam
  56. amat setuju sekali...

    jangan jadi seperti ini blog abdfatah.wordpress.com aku punya blog laa

    sedihnya not availabel dah... hahahahaa

    BalasPadam
  57. Thanks for info.. mungkin saya boleh nasihat adik2 dan rakan2 saya yang masih menggunakan platform percuma ni..

    BalasPadam
  58. Ohhh , susah la cam ni .... , tpi tgk blogserius ok jee ..

    BalasPadam
  59. terimakasih kongsi info utk manfaat bersama:)

    BalasPadam