Ahad, 12 Jun 2011

Terengganu Juara Piala FA 2011

Tahniah tahniah tahniah dan tahniah Peja ingin ucapkan kepada pasukan bola sepak Negeri Terengganu yang telah muncul juara Piala FA 2011. Memang hebat kedua-dua pasukan semalam. Berbaloi tidur lewat ;-)

Semalam Peja berSEOrang menonton perlawanan ni kat TV1. Dahla TV channel tak clear. Nyesal tak balik kampung atau balik umah mertua. Bolehlah layan ikut Astro :D

Peringkat awal perlawanan agak sengit sehinggalah pasukan Kelantan berjaya menjaringkan bola pada minit ke 79. Masa tu, Peja agak frust. Pasukan Terengganu selepas itu kelihatan bermain dalam keadaan yang amat tertekan.




Walaubagaimanapun, asakan demi asakan dan semangat berjuang yang ditunjukkan oleh pasukan Terengganu wajar dicontohi. Siapa sangka jaringan gol sendiri oleh salah SEOrang pemain pasukan Kelantan menyebabkan perlawanan diteruskan ke masa tambahan.

Pasukan Terengganu tidak berputus asa. Terus berjuang sehinggalah berjaya menjaringkan satu lagi gol meninggalkan pasukan Kelantan dengan jaringan 2-1.


Apa yang Peja ingin fokuskan di sini ialah, semangat berpasukan amat penting. Selain itu, sikap tidak mahu mengalah dan tidak berputus asa wajar dijadikan contoh dan tauladan dalam setiap usaha yang dicurahkan.

Begitu juga kita sebagai SEOrang blogger atau SEOrang usahawan Internet, walaupun hari ini kita masih tidak dapat menjana sebarang pendapatan melalui blog, jangan berputus asa. Teruskan berusaha, insyaAllah pasti akan ada kejayaan disebalik usaha yang dicurahkan berterusan.


D.U.I.T = Doa + Usaha + Istiqamah + Tawakkal.

Doa - Sebelum memulakan sebarang kerja, mulakan dengan doa atau jangan lupa menyebut nama Allah.

Usaha - Usaha dengan bersungguh-sungguh. Jangan buat kerja secara sambil lewa.

Istiqamah - Kerja yang dilakukan hendaklah berterusan. Jangan berhenti di tengah jalan.

Tawakkal - Setelah berdoa, berusaha dan istiqamah, kita serahkan segala-galanya kepada Allah. Allah yang menentukan rezeki kita atas segala usaha yang kita lakukan.

Oklah, diharapkan rakan-rakan semua tidak berputus asa selepas ni. Jadikan iktibar atas kemenangan yang dikecapi oleh pasukan Terengganu semalam. Dan kepada pasukan Kelantan, tahniah juga. Anda juga hebat. Tahniah =)

Yang penting, jadilah SEOrang hamba Allah yang taat.

26 ulasan:

  1. saye bangge jadi anak terengganu..peteh tganu peteh!!

    BalasPadam
  2. sy bangga jadi anak kelantan.. walopun mak bapak org perak sy lahir kat kelantan.. huk3

    BalasPadam
  3. tahniah kepada pasukan Terengganu.

    BalasPadam
  4. yes, usaha tangga kejayaan, terbaik dari peja....hehe

    BalasPadam
  5. tahniah terengganu.....pada pasukan kelantan,syabas diucapkan kepada korang sbb smpai ke final...err boleh tuju lagu? :P

    Iklan Buffered Earning Versi USD

    BalasPadam
  6. Tahniah T'ggu bermain ngan cemerlang. Sall mmg dah agak T'ggu mmg akan menang kali ni. Walauapun kedua2 permain bermain ngan semangat berpasukan yang matang. Yg jd xmatang ialah penyokong pasukan. Mencacatkan keadaan. Hidup kelantan hehehehe...

    BalasPadam
  7. Tahniah kepada Pasukan Terengganu yg berjuang bersungguh-sungguh untuk menang.!!!

    Peja saya ade problem sikit pasal blog saya...harap peja dapat jengok dan bantu setakat yg mampu...tengah pening ni...tq.

    BalasPadam
  8. Penyu terbaik..!!! Tahniah terengganu..

    BalasPadam
  9. tahniah Terengganu

    penyu x menangis lagi

    BalasPadam
  10. semoga sukses... football and blogging...
    salam

    BalasPadam
  11. owg ganu ptot bgge...
    yeahhh!!
    huhu

    BalasPadam
  12. org ganu mmg kuat semangat..bangga sangat!!!!hihihi

    BalasPadam
  13. bangga sangat jadi orang trg ni.. he he..

    BalasPadam
  14. memang dah agak terengganu akan jadi juara kalau dapat score minit-minit terakhir tu..akhirnya, menjadi kenyataan. Tahniah terengganu!

    BalasPadam
  15. congratz to terengganu.never give up.never say die.

    BalasPadam
  16. TAHNIAH!
    even kecewa kelantan kalah..
    but still ada Liga Super..
    ^___^

    BalasPadam
  17. enjoy gila tengok bola kat stadium ri tu lagi2 sebab tganu menang yehh

    BalasPadam
  18. seronok dgr ganung menang....hee...walaupun dah lewat, tp nk jugak coment...

    BalasPadam
  19. saya bangga jadi anak Tranung. peteh Ganu peteh :D

    BalasPadam