Ahad, 17 Julai 2011

Menghasilkan Pendapatan Dengan Blog Dan Apakah Sumber Pendapatan

Ok, mungkin di antara rakan-rakan blogger yang masih ragu-ragu bagaimana untuk menghasilkan pendapatan dengan blog. Jadi, InsyaAllah, pada artikel kali ini, saya akan berkongsi bagaimana saya menghasilkan pendapatan melalui blog sepanjang 1 tahun 7 bulan saya berblogging.


Mustahilkah Menjana Pendapatan Dengan Blog?


Ramai orang beranggapan mustahil untuk menghasilkan pendapatan dengan blog. Ada sesetengah orang juga beranggapan, selepas membina blog sendiri, google akan membayar anda sekiranya terdapat pengunjung datang ke blog anda. Pendapat ini amat tidak tepat dan perlu diperbetulkan.




Bagaimana Pendapatan Dihasilkan Melalui Blog?


Dalam blog anda, anda perlu menyediakan beberapa sumber yang bakal memberikan anda peluang untuk menjana pendapatan dengan blog anda. Di antara sumber tersebut ialah:

1. Pendapatan Blog Melalui Posting.
Melalui artikel yang mempromosikan produk samaada produk fizikal, produk digital, produk servis, produk affiliate seperti PPL atau PPS.

2. Pendapatan Blog Melalui Syarikat Pengiklan
Melalui iklan-iklan daripada syarikat pengiklanan seperti NuffNang, Innity, Mangga Ads, AdSense dan lain2.

3. Pendapatan Blog Melalui Iklan Banner.
Anda membuka ruang untuk pengunjung mengiklankan banner di blog anda.



Perkara Paling Penting Untuk Menjana Pendapatan Dengan Blog


Walaupun blog anda menyediakan artikel yang hebat, produk yang dijual cukup power, iklan banner anda amat murah, anda masih tidak dapat menjana pendapatan dengan blog anda jika tiada pengunjung ke blog anda.
Apa yang penting, anda perlu promosikan blog anda samaada dengan blogwalking, war-warkan pada wall facebook anda, melalui laman web ping seperti apesal.com dan lain-lain. Sekiranya anda tahu melibatkan SEO, ianya lebih baik kerana pengunjung lebih ramai ke blog anda melalui enjin pencari.

Semoga ianya bermanfaat :D

36 ulasan:

  1. betul tue..
    err..sy aktif nuff je kot..haha :D

    BalasPadam
  2. tip berguna
    tapi penyakitnya malas huhuhu

    BalasPadam
  3. Blog memang boleh menghasilkan pendapatan. Terbukti! Tapi bukanlah mudah untuk lakukannya. Usaha yang penting :)

    *pernah gagal dgn Adsense dan Adverlets. :P

    BalasPadam
  4. camana nak buat duit wehhh.tak reti..blog aku ada potensi tak?

    BalasPadam
  5. best lau dpt byk duitkan..

    BalasPadam
  6. Miecyber: Semoga bermanfaat.

    blog-tips-kurus: takpe, kalau power bab SEO, xde masalah.

    Adzrien Shoppe: nak kene tukar strategi dah... kene blajar bab SEO plak...

    echaRierie: saya dah nak merajuk dgn nuff.

    Anak Ulu Cheka: yang ni mmg xleh nak tlg la :D

    ayisy: yup, usaha berterusan :D

    @xiM: byk sumber kene cari... semua blog ade potensi punye...

    ~AmyLiana8886~: yup... sape xmo duit :D

    BalasPadam
  7. Best info. thanks peja. akan cuba pelan2 tips nie.:)

    BalasPadam
  8. hehe..jgn merajuk nt mesti dpt hadiah dr nuff..hehe :D
    kene bodek kot..haha

    BalasPadam
  9. betul, dengan blog, memang macam-macam kita boleh dapat. :)

    BalasPadam
  10. feyus: ok, blh cuba pelan2... cube laju2 ok gak.. :D

    echaRierie: xpernah dapat hadiah dari nuff.. BE slalu la dpt :D

    merahitujambu: same2... smoga bermanfaat :D

    titan: betul2... janji usaha secara berterusan... jgn cpt putus asa...

    nadia fatihah: sama2 :D... semoga bermanfaat ye..

    BalasPadam
  11. hehe..dapat BE pun blh la..
    sy pun tak pernah dpt hadiah..haha ~

    BalasPadam
  12. nice tips. walau apapun, pastikan ada pengunjung yang datang ke blog. kalau tak, apa pun tak boleh. hehe ;)

    Hoodie Dress Is So Gorgeous !
    Oh, Lelakimu Istimewa

    BalasPadam
  13. Satu perkongsian yang bermanfaat dari bro faizal syukri..

    BalasPadam
  14. Suatu Ilmu Yang Sangat Baik Untuk Dimanfaatkan Bersama... Terima Kasih Tuan Peja ;)


    Amir Azros
    Admin Pakar Affiliate

    BalasPadam
  15. budaini: semoga bermanfaat ye.

    echaRierie: ala, BE pun kadang2 je datangnye..

    Miss Y and Her World: yup, itu perkara utama...

    KibaGus: sama2 :D

    Nik Thoha: trm ksh... smoga ianya bermanfaat.

    BalasPadam
  16. terima kasih ats perkongsian yang sangat bagus dan amat berguna..=)

    BalasPadam
  17. saya juga buat duit dari blog... tiada mustahil

    BalasPadam
  18. sya pun dh mula wt duet guna blog..hri2 buka blog..duet msuk je...

    BalasPadam
  19. tips menarik ni peja..hehe..tips yang buat ruang iklan tu belum ZOuL praktikkan

    BalasPadam
  20. Arissha Sofea: Sama2... semoga ianya bermanfaat.

    chipshoes: trimas

    Nik Hisyam: ise pun terbaeekk

    Maii Yusre: jgn lupa praktikkan ya :)

    Afiq Din: yuo, dipersilakan...

    Mus: betul tu :)

    Zul's Stuff: wow, hebat tu...

    ZouL: takpe, pasni blh amalkan :)

    Cenderahati | Cenderamata | Akamika Gift: semoga bermanfaat

    BalasPadam
  21. menarik tip nie...sekarang nie tengah berusaha tingkatkan trafik di blog :)

    BalasPadam
  22. anda boleh cuba buat duit dgn blog dengan clixadx - http://www.clixadx.com

    BalasPadam