Isnin, 25 Julai 2011

Produk Affiliate - Asas Dan Permulaan Kepada Perniagaan Internet

Produk Affiliate - Asas Dan Permulaan Kepada Perniagaan Internet


Dalam beberapa artikel yang lepas, saya ada menceritakan berkenaan Affiliate - Antara Fakta Dan Auta. Kali ini, saya akan berkongsi dengan anda, sejauh manakah affiliate yang sebenar (bukan skim cepat kaya, bukan skim piramid, bukan pelaburan internet) mampu menjadi satu asas bagi seSEOrang untuk memulakan perniagaan internet.



Kenapa Affiliate Dikatakan Asas Perniagaan Internet?


Bagi seSEOrang newbie yang baru hendak memulakan perniagaan internet, anda pasti tidak tahu apakah langkah pertama yang perlu anda lakukan. Akibatnya, tanpa pendedahan maklumat yang sebenar mengenai perniagaan internet menyebabkan anda terjebak dengan skim-skim yang memerlukan anda melaburkan sejumlah wang dan mencari ahli lain bagi mendapatkan komisyen.

Berbeza dengan affiliate yang sebenar, affiliate adalah satu program dimana anda perlu mendaftar menjadi agen affiliate secara PERCUMA bagi membolehkan anda mempromosikan produk-produk usahawan internet yang lain. Setelah pendaftaran dibuat, anda akan menerima satu link affiliate dan hanya dengan mempromosikan link ini, setiap jualan yang dihasilkan melalui link anda, anda akan diberikan komisyen.




Dengan menyertai affiliate juga, anda tidak perlu memeningkan kepada untuk menghasilkan produk, membina minisite, menulis surat jualan, memasang autoresponder dan skrip affiliate, promosi dan lain-lain. Tugas anda hanyalah mempromosikan produk berkenaan sahaja.


Bagaimana Mempromosikan Affiliate Dalam Perniagaan Internet?


1. Anda hanya perlu mendaftar sebagai agen affiliate secara PERCUMA. Saya berikan 2 link produk saya sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai agen affiliate:
 - Ebook Rahsia Dadih - http://rahsiadadih.com/member
 - Ebook Mula Niaga - http://mulaniaga.com/member


2. Setelah pendaftaran selesai dan anda boleh login ke akaun anda menggunakan link seperti di atas. Di dalam akaun ini, anda diberikan satu link kepunyaan anda. Promosikan link ini untuk melayakkan anda mendapat komisyen.

3. Jika mahu, anda boleh cloak atau pendekkan link affiliate menggunakan Google URL Shortener di http://goo.gl/

4. Promosikan link affiliate anda / link yang telah dipendekkan di wall facebook anda, di blog anda, di forum, email dan lain-lain medium.

Rahsia Menjadi Top Affiliate!


Untuk menjadi top affiliate dan menjana jualan 3 - 4 angka bukanlah sesuatu yang mudah. Ada orang mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan komisyen pertama. Walaubagaimanapun, ada individu atau usahawan internet mampu menghasilkan pendapatan sampingan 3 - 4 angka dalam masa singkat.

Beberapa elemen penting yang perlu dikuasai untuk membolehkan anda menjadi SEOrang top affiliate. Jika anda tidak dapat menjadi top affiliate sekalipun, sekurang-kurangnya, anda mampu menjana pendapatan 3 - 4 anga sebulan. Hanya secara sampingan!


Elemen yang perlu dikuasai ialah untuk menjadi SEOrang top affiliate:

1. Teknik rahsia affiliate.
2. Teknik top affiliate.
3. Teknik awesome launch.
4. Teknik pelanggan setia.
5. Teknik prelaunch.
6. Teknik promosi blog.
7. Teknik promosi facebook.
8. Teknik promosi twitter.
9. Teknik promosi youtube.
10. Teknik tukar masalah jadi bonus.


Saya rasa agak mustahil untuk saya menceritakan segala teknik ini di dalam satu artikel. Jadi, saya sarankan anda sendiri melayari http://goo.gl/UOTt2

Semoga sedikit info di http://goo.gl/UOTt2 mampu membantu anda memulakan perniagaan internet melalui program affiliate seterusnya dapat membantu anda menjana pendapatan sampingan melalui internet. InsyaAllah...


Yang mana satu idaman kalbu? Sila klik ye =)
Kerap Gunakan Facebook atau Twitter? | Cabaran paramotor | Battle of The Bands | Perlawanan Telefon Pintar | Unsung Heroes | Bergaya Di Hari Raya Dengan Proton Inspira | Jom Main Game Online | Buat Duit Dengan ChurpChurp | Perlumbaan ChurpChurp & Hadiah Menarik | Cerita Tune Talk | Berjaya Bersama MYEG | Naik Bas Boleh Menang


Untuk mengelakkan anda terlepas sebarang info, tips, teknik, cabutan bertuah dan lain-lain dari blog faizalsyukri.com, sila masukkan nama dan email anda di bawah. Maklumat anda dirahsiakan dan tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak.


Name
Email


6 ulasan:

  1. Dalam beberapa artikel yang lepas, saya ada menceritakan berkenaan Affiliate - Antara Fakta Dan Auta. Kali ini, saya akan berkongsi dengan anda, sejauh manakah affiliate yang sebenar (bukan skim cepat kaya, bukan skim piramid, bukan pelaburan internet) mampu menjadi satu asas bagi seSEOrang untuk memulakan perniagaan internet.

    BalasPadam
  2. good tips utk org yg nak join internet bisnes :)

    BalasPadam
  3. setuju dengan echarierie :)

    BalasPadam
  4. insyaallah nanti ade masa sy join. :)

    BalasPadam
  5. walauapaun saya masih muda " imeaned 14 years old" TAPI bila didedahkan bendex2 nie saya rase seronok..sekurangx2nya saya dapat belajar tentang menjadi seorang "interneter yang berjaya"

    tq very much!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.