Ahad, 4 September 2011

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin

Pertamanya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin khas kepada semua pengunjung blog saya, FaizalSyukri.com.



Memang agak lama saya tak update blog saya. Last sekali pada 24 Ogos 2011 berkenaan Jualan Ebook Aidilfitri 2011. Dan saya dengan rasa rendah diri sekali lagi memohon beribu-ribu kemaafan kerana lambat ucap Selamat Hari Raya kerana terlalu banyak persediaan raya yang perlu dilakukan. Terlalu sibuk sampai tak sempat nak update blog =)



Selepas lebih 10 hari bercuti dari dunia blog dan perniagaan online, nak mula balik kerja, Ya Allah, terasa betapa malasnya. Tapi, takleh malas-malas sebab kereta ngan rumah tetap nak kene bayar, perut nak kene isi, minyak kete nak kene tuang. Huhuhuhu.

Saya ada hasilkan ebook Pendapatan Santai Dengan Blog dan hajatnya nak lancarkan selepas raya ni. Tapi, disebabkan terdapat masalah teknikal, saya terpaksa tangguhkan pelancaran ebook tersebut. Lagipun, terfikir untuk tambahkan lagi produk2 berkaitan yang akan dijual secara pakej dengan harga sama yang dicadangkan iaitu RM40.


Lagi satu, jika tiada aral, saya sekeluarga akan berhijrah ke Shah Alam. Bukan saya dan isteri saya je, bahkan termasuk mak ayah dan semua adik beradik saya. InsyaAllah, kami akan mulakan perniagaan kedai makan di sana pada hujung tahun atau awal tahun depan. Doakan kejayaan kami sekeluarga =)

Ape2pun, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

6 ulasan:

  1. SELAMAT HARI RAYA EZZU UCAPKN...HEHEEH

    BalasPadam
  2. Lama tak singgah kat sini,
    Salam Aidilfitri!

    BalasPadam
  3. selamat buat bisnes baru la ye. hehe

    BalasPadam
  4. gud luck dgn perniagaan baru ni..bestnya 1 famili bekerjasama buat bisnes..

    BalasPadam
  5. Selamat Hari raya Mohon Maaf Lahir Dan batin sahabat

    BalasPadam