Ahad, 25 Mac 2012

Kelas Belajar Blogspot Di Shah Alam - Personal atau Group Coaching

Salam sejahtera,

Baru-baru ini, saya telah menerima beberapa email bertanyakan bila saya boleh adakan kelas belajar blog menggunakan blogspot di area Shah Alam. Buat masa ini, saya masih tidak bercadang untuk mengadakan bengkel belajar blog dalam masa terdekat.

Menjadi speaker blog semasa Seminar Usahawan Internet Pantai Timur di Kota Bharu

Walaubagaimanapun, saya ingin membuka kelas belajar blogspot khas untuk area Shah Alam dan sekitarnya secara personal coaching atau group coaching. Cuma satu perkara yang saya fikir, manakah tempat yang sesuai untuk saya adakan kelas belajar blog ini? Kalau nak sewa dewan seminar, kosnya agak mahal. Tak pasal2 tanggung kos tinggi plak. Nak buat kat rumah, kurang sesuai plak sebab rumah saya tinggal sekarang adalah rumah keluarga dan ade budak kecik plak =)

Nak buat kat kedai makan, cam bising plak... Huhuhu, so takde idea nak buat kat mane... Jadi, kalau kengkawan ada idea, saya amat mengalu-alukan cadangan anda agar kelas belajar blogspot ini boleh diadakan.

Ni plak sesi group coaching yang diadakan di Kuala Terengganu

Tentang caj plak, mungkin saya caj RM30 - RM50 per peserta bergantung kepada jumlah peserta kot. Lagi bagus kalau anda boleh sediakan tempat serta peralatan seperti kerusi, meja, projektor dan akses internet.


Serius saya cakap, sebelum ini, saya caj RM200 untuk bengkel belajar blogspot. Kalau tak percaya, cuba tengok laman web BengkelVideoBlog.com . Bengkel ni saya adakan bersama sahabat saya. Beliau berkongsi ilmu berkenaan pembikinan video. Untuk bengkel seperti ini, saya dan sahabat saya akan cuba adakan dalam masa akan datang. Cuma masalahnya jika tak cukup kuota, jadi tak berbaloi untuk sahabat saya datang dari Terengganu untuk adakan bengkel.

Oklah, apa2pun, sekiranya anda berminat untuk menyertai Kelas Belajar Blogspot Di Shah Alam samaada secara personal coaching atau group coaching, sila emailkan saya di admin@faizalsyukri.com .

0 komen:

Catat Ulasan