Isnin, 30 April 2012

Telefon Tablet 5 Inci Dan Dual Kad Sim

Salam sejahtera, baru-baru ini, saya pulang ke kampung bercuti untuk 8 hari. Sebelum tu, saya teringin sangat nak mencari telefon tablet seperti Samsung Galaxy Note iaitu mempunyai spesifikasi 5 inci. Tapi saya tahu, Samsung Galaxy Note memang takde yang versi dua kad sim ni.


Hampir tiap2 malam lepak dengan member2 IM kat Terengganu. Terkejut gak sebab 2 orang member kat sana menggunakan telefon tablet jenis Samsung Galaxy Note. Pergghh, teruja dengan spesifikasi dan kecanggihan telefon tablet tersebut.

Kalau bab harga, telefon tablet tu harganya hampir RM2,000. Ada kedai yang offer harga antara RM1,800 je. Fuh, kalau nak kumpul duit semata-mata nak beli ni, memang tak terbeli lagi la.. RM1,800 tu dah boleh bayar ansuran kereta hampir untuk 3 bulan!


Tapi, iyela, mane tau nanti kumpul duit nuffnang + says.my + churpchurp.com, boleh la beli nanti. Memang sengaja tak nak cashout sebab nak kumpul dulu biar cukup RM2k... Harap2 dapat, amiiin...

Saya try jugak mencari apa2 model telefon tablet yang seakan-akan Samsung Galaxy Note. Tup tup jumpa lah satu telefon tablet model Novanod A7 . Harganya pun tak sampai Rm900. Huhu, rasa2nya cam nak sambar je yang ni.

Untuk tengok spesifikasi telefon tablet Novanod A7, boleh klik link kat sini: http://bit.ly/NovanodA7. Kalau ada bajet sikit dan masih tak mampu nak pakai Samsung Galaxy Note, telefon tablet ni mungkin sesuai :D

7 ulasan: