Ahad, 13 Mei 2012

Menyambut Hari Ibu, Boleh atau Tidak?

Sejujurnya, saya tidak tahu tarikh tepat sambutan hari ibu. Saya tergerak untuk menaip berkenaan hari ibu memandangkan saya melihat ramai rakan-rakan terutamanya dalam facebook yang mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu mereka.


Persoalannya, boleh atau tidak merayakan atau menyambut hari ibu? Mari kita lihat asal usul sambutan ini.

Mengikut wikipedia, mengikut satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.

Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.


Jadi, sekiranya mengikut pada tafsiran hari ibu menurut wikipedia, jelas HARAM untuk menyambut hari ibu SEKIRANYA berkaitan perayaan yang dinyatakan kerana ianya melibatkan upacara keagamaan daripada agama lain. Tapi kalau semata-mata kerana menghargai ibu, insyaAllah takde masalah. Cumanya, janganlah time hari ibu je buat baik dengan ibu. Hari lain, langsung buat donno je...

Kita tidak boleh dengan sewenang-wenangnya melupakan segala jasa dan pengorbanan ibu kita. Cumanya, kasih saya kita terhadap ibu kita tidak perlu diterjemah melalui sambutan hari ibu semata-mata. Kita sebagai anak, WAJIB berbuat baik, menghargai segala pengorbanan ibu kita tidak kira masa, hari dan tempat.

Nak beri ibu kita hadiah? Silakan... Tak perlu tunggu hari ibu. Bila-bila masa aje kita boleh hadiahkan apa sahaja kepada ibu kita. =)

3 ulasan:

  1. Dalam Islam ada 2 perayaan keagamaan - Aidil Fitri n Aidil Adha. Ada pun sambutan Hari Ibu bukanlah sambutan keagamaan dan diharuskan sambutannya jika tidak menyerupai sebarang cara sambutan org2 kafir..mohon rujuk lanjut di sini http://hafizfirdaus.com/ebook/Ayah_Ibu/ibubapa%20sunnah%204.htm

    BalasPadam
  2. artikel saya dah jelas mengenainya...

    BalasPadam