Sabtu, 22 Februari 2014

Komen Mengenai Kebaikan dan Keburukan Suami Isteri Bekerja Bersama Dalam Satu Organisasi


"Berdasarkan pengalaman di Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, 3 kawan yang isterinya mengajar bersama, memang terbaik dalam menjalankan amanah. Mungkin faktor isteri lebih memahami perlunya sekolah kepada komitmen si suami."

"takut timbul rasa cemburu bila apabila suami atau isteri kena bertemu client...."

"Pada pendapat saya, saya tidak bersetuju untukbekerja dengan pasangan di tempat yang sama kerana takut membawa masalah peribadi ke tempat kerja dan memberi masalah untuk bersaing dalam tugasan yang diberikan oleh pihak pengurusan."

"kebaikan : jimat kos minyak, sehala je.. keburukan: tiada privacy life..takut suami cemburu isteri, isteri cemburu suami..."

"Jika digandingkan bersama dlm satu organisasi, minda dalam berfikir akan jadi sdikit sempit. Jika timbul.sesuatu isu yg dibangkitkn mengenai organisaai akan jadi iau kpd pasangan tersebut jika tidak dikawal. Dan juga rahsia organisasi atau satu2 dpartment akan rapuh dan mnimbulkan risk kpd organisasi dari aegi perjalanan kerja."

"Kebaikan : lebih kepada berjimat sahaja. Naik kereta sama, minyak save, mkn ble kongsi2, nak ke satu tmpt senang sbb dah setempat kerja trus je pergi xyah balik amik pasangan dulu. keburukan: gossip antara rakan sekerja ttg pasangan, susah nak dpt cuti serentak (terutama swasta), sifat cemburu mungkin wujud bila rapat dengan rakan sekerja lain jantina."

"Pasangan boleh memerhati satu sama lain. Mengelakkan berlakunya curang tidak kira curang mata, curang perbuatan mahupun curang xxx...(Nauzubillah..) selamat pasangan dunia dan akhirat. Dewasa kini, ramai yang tidak sedar akan kebaikan. Bagi mereka, ia hanya menimbulkan masalah sekiranya bekerja di bawah satu bumbung seperti masalah cemburu. tapi sebenarnya, ia meyelamat kita dari bende2 yang x baik. Sekian, terima kasih"

"Kebaikan jimat masa n minyak keburukan rasa mcm pyh la kalu bini pngkat tinggi lg payah. Nanti hal kat pjbt bwk blk smpai kt umh."

"Kebaikkan : Hubungan suami isteri menjadi lebih akrab dan segala permasalahan dapat diselesaikan bersama. Keburukkan : Segala permasalahan bersifat peribadi antara suami isteri akan memberi kesan pada organisasi jika pasangan itu tidak dapat mengatasinya secara baik."

"Jealousy will arise when either spouse interacts with another employee of the opposite sex. Very complicated."

"- Byk yg negatif dr positif, antaranya ~ cemburu ~ ingin selalu bertanya, jika suami@isteri telefon lama2 ~ terkongkong (apa2 nak buat tentang kerja pun nak kene tanya suami@isteri duli"

"bergantung...jika masing-masing mampu bersikap professional dan tidak terbawa hal rumah tangga ke tempat kerja....silakan... pasangan kena bijak menangani emosi dan rasa cemburu...."

"kebaikan=jimat kos pergi dan balik kerja,, keburukan=ikatan akan pengaruhi sesuatu keputusan didlm kerja,,jadi tak profesional,,"

"-Mengeratkan hubungan -Lebih memahami masing-masing -Lebih memahami tentang masalah diri dan keluarga dimana dapat bertoleransi dalam setiap urusan,. -Mengelakkan fitnah"

"+ Jimat kos transport, jimat masa,lebih masa utk family, mudah urus keluarga - Risiko jatuh bangun dlm industry kerja yg sama, conflict of interest, kongsi risiko yg sama"

"Kebaikan - sefahaman, saling sokong pandangan di rumah dan pejabat, elakkan fitnah kerana suami isteri sentiasa bersama Keburukan - kursus jabatan menyebabkan urusan anak2 perlu delegate kepada saudara mara, perlu pertingkat persefahaman dan profesionalisme andai digandingkan kerja dgn rakan pejabat yg lain dan berlainan jantina
Kebaikan: Mengeratkan kasih sayang kerana banyak masa bersama (pergi kerja sama-sama, buat kerja sama-sama, boleh makan bersama; menjimatkan wang, petrol, masa apabila pergi bersama dgn kenderaan; hampir tiada risiko curang dgn rakan sekerja lain. Keburukan: Jika berbeza pendapat di tempat kerja boleh terbawa-bawa ke dlm rumah tangga; cenderung utk bosan dgn pasangan apabila terlalu kerap bekerja bersama."

"Kebaikan: more or less and dpt memahami kerja yg suami/isteri Keburukan: bawa masalah kerja ke rumah"

"Jika ada sebarang masalah rumahtangga takut kerja terjejas... Bukan semua orang boleh bersifat professional... Ramai rakan kat sini kahwin satu office.. Masalah timbul atara rakan office yang lain bila susah berlaku adil pada suami isteri tersebut.. Terutama jika kedua2 mereka pegawai... Mengarah dan mengur kakitangan tersebut juga payah sebab mesti ada campur tangan dari pasangan nya..."

"Jika suami isteri bekerja dalam satu organisasi susah untuk berkomunikasi dan memberi tugas. Sekiranya ingin bercuti pula pihak syarikat akan kehilangan 2 pekerja dalam satu satu masa ini akan merumitkan pengurusan syarikat."

"Bagi saya, kebaikan kita dapat bekerja di satu bumbung namun keburukkan ialah apabila pendapat kita jarang sekali di terima pakai."

"kebaikannya dapat merapatkan lagi hubungan suami isteri di tempat kerja. keburukannya takut masalah rumah tangga di bawa ke pejabat. masalah cemburu dengan staff yg berlainan jantina ketika berurusan."

"saya belum berkahwin tetapi bercinta dengan rakan satu pejabat. saya rasa elok jika suami dan isteri tidak bekerja satu pejabat kerana akan menimbulkan banyak selisih faham terutama bawa masalah pejabat ke rumah dan bawa masalah rumah ke pejabat."

"Kebaikan Banyak masa bekerja & persefahaman Keburukan Kerja bercampur dengan hal keluarga"

"kalau kerja sykt swasta, jika kerja dlm organisasi yang sama, bimbang akan penutupan sykt..maka kedua -dua akan hilang mata pencarian. Kalau sektor kerajaan pulak ok jugak..pegi balik gi sama,makan sama, tp......."

"Kebaikan: dapat memudahkan urusan untuk ke tmpt kerja. Keburukan: jika kedua2 ada kerja perlu dilakukan hujung minggu, tiada masa boleh diluangkan bersama anak2."

"KEBAIKAN - Sentiasa bersama - Jimat minyak kenderaan - keselamatan terjamin - faham masalah yang dihadapi pasangan KEBURUKAN: - Bosan kerana selalu bersama, tiada perasaan rindu antara satu sama lain. - kalau bergaduh orang lain akan perasan kenapa hari ni tak bertegur sapa -cemburu - Kalau salah seorang kuat cemburu habislah
kebaikan - jimat duit sbb blh kong si kete. sng bincang sbb skop keje same keburukan - tak dpt tumpu sepenuhnye time keje. masalah kt opis blh terbawa2 smpai ke umh. kos bertambah sbb kene de 2 kete."

"Kebaikan : > Dapat berkomunikasi perkara sama ketika di rumah dalam mendapat buah fikiran bagi memperbaiki profesyen - cth : guru > Dapat keyakinan lebih ketika di tempat kerja kerana mendapat motivasi ( isteri mendapat tips daripada suami dan begitulah sebaliknya ) > Dapat rangsangan meningkatkan akademik cth : meneruskan pengajian - degree ke master , phd > Dapat bersaing - suami isteri > Faktor sampingan - cuti yang sama / kursus dsbnya. Keburukan : > Tak dapat benda baru - stereotype > Jemu"

"kebaikan- jimat kos pergi balik Keburukan- tidak profesional jika ade masalah rumah tangga.. Baik buruk bergantung kepada individu, jika bekerja di satu organisasi yang sama harus profesional"

"Baik nya kita bsa tau apa yg d lakuin psangan kita.Dan buruk nya sifat cemburu pasti datang"

"tidak sesuai kerana di antara persekitaran yang sama kemungkinan akan berlaku banyak perselisihan faham.

"OK je.dapat mengeratkan silaturahim"

"Kebaikan - boleh car pool, jimat minyak - kalau company by imbuhan, dpt double - kalau ada ape2 event company, senang boleh g sama2 - kalau apa2 info or latest announcement,kalau sorang tak tau,sorang lg boleh bgtau - org lelaki akan lebih hormat dgn si isteri sbb mereka hormat pd rakan mereka si suami Keburukan - mungkin akan bocorkan maklumat yg tak sepatutnye pd pasangan - kalau sorang buat hal, sorang lg dpt malu"

"prestasi lbh meningkt.."

"Kurang selesa sekiranya pasangan bekerja di dalam satu organisasi."

"Kebaikannya adalah suami isteri dapat belajar saling memahami antara satu sama lain. Keburukannya pula ialah isteri bukan suri rumah sepenuh masa, jadi anak adalah dibawah jagaan orang lain."

"satu organisasi takpe... jgn satu department"

"Mengeratkan lagi hubungan kasih sayang sesama pasangan"

"Bekerja dan tinggal sebumbung. sangat berbeza maksudnya. Jika suami isteri bekerja di tempat yg sama, itu adalah perkara yg baik. Yg pertama, lebih byk waktu utk bersama, sebab dapat rehat atau boleh melakukan kerja bersama, dan jika suami isteri tersebut masih tggl di rumah mertua, waktu bekerja jugalah yg akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri, kerana tiada gangguan seprti si rumah."

"Senang nak pantau , gaduh ari2 sebab cemburu"

"Senang pergi balik kije"

"Menyenangkan dan menjimatkan wang ringgit yang semakin susah di cari pada masa ini di bumi yang di beri nama Malaysia ini."

"Suami biasanya asyik nak bermanja dengan isteri waktu kerja, Bila ada rasa cemburu susah utk dibendung. (jawapan ringkas je)"

"Takut timbul tidak sefahaman"

"masa keluarga sangat banyak...lebih bahagia, aman tenteram, harmoni, -kelemahan hilang sumber tenaga sekiranya salah seorang sakit,sebab kena jaga di rumah atau di hospital.."

"-Save minyak -Masalah emosi -Etika proffesional"

"Kebaikan:- 1. Pasangan lebih serasi. 2. Lebih berkat jika itu sebuah perniagaan. Keburukan:- 1. Jika organisasi itu sebuah sekolah contohnya, jika isteri dan suami bercuti, akan membawa masalah kekurangan dua orang cikgu sekaligus. Ini membawa masalah kepada perjalanan syarikat."

"Terdapat pro dan kontra apabila kedua-duanya bekerja bersama. Kebaikan saling bantu membantu meningkatkan kerjaya antara satu sama lain. Keburukan kadangkala masalah rumahtangga dicampur-aduk dengan masalah di tempat kerja."

"Kebaikan-mudah ke tempat kerja bersama2,elakkan pergaduhan/salah paham tntang pkara2 yg mlibatkn pkrjaan,lbh slamat. Keburukan-bos marah sbb kalo cuti,dua2 cuti."

"kebaikan-dpt g keja skali,jimat duit..x pyh 2 kenderaan,jimat minyak. keburukan-x dpt terima kekurangan pasangan..cth:bl ada complaint mesti pasangan x puas ati. bo bergaduh disebabkan keja 1 tempat."

"Majikan pun tk bg law intbiu gtau suami istri,tkut cuti sma2,tkut ad skandal ap2,suami cver istri,istri cver suami,kbaikan cma jmat kos g keje sma2,mengratkn lg hbngan suami istri jela.."

"Keburukan suami isteri satu pejabat adalah berkenaan komitmen. Sebagai cth kerja saya mengharuskan sy untuk OT atau standby pd waktu malam. Kalau suami isteri kena standby susah xde org jga anak.. tdk praktikal untuk komunikasi keluarga yg berkesan. Terjadi juga isteri dan suami berlaku tidak jujur, cth isteri adalah kerani hr, cuba memalsukan/key in extra time sheet atau lebihan ot/kerja untuk suami. Bidang kerja yg berbeza suami isteri serta lain company mewujudkan peluang yg kondusif bg isteri dan suami untuk berkomunikasi dan saling bertukar cerita mengenai pejabat/tmpt kerja/idea.."

"Kebaikan: dapat jimat kos dan dapat berkongsi dan lebih memahami dalam pekerjaan di pejabat. Keburukan: salah faham di antara teman sekerja dan boleh terbawa-bawa ke rumah."

"KEBAIKAN: Jimat kos untuk bekerja dan juga belanja harian..dalam pada masa yang sama,isteri tidak rasa ragu-ragu dengan suami kerana berada di depan mata. KEBURUKAN: Susah untuk mendapat cuti yang sama jika mempunyai hal yg mustahak,lebih-lebih lagi melibatkan anak.."

"Kebaikannya jimat kos pergi balik kerja sebab satu perjalanan.. keburukannya, perasaan cemburi lebih ketara bila pasangan rapat dgn jantina berlainan, kurang selesa bila rakan pejabat berkata2 yg tidak elok tentang pasangan,hari2 jumpa boleh jadi cpt jemu..kt umah pun dah jumpa kan.."

"Kebaikan: Sentiasa bersama Keburukkan: Emosi yg bersifat negatif semasa di tempat kerja terbawak2 sampai kat rumah lebih2 lg dalam team yang sama. Kerja jadi meleret2 sampai kat rumah pandang bini pun teringat ade keje yang tak selesai"

"boleh pantau mana nak taw dye curang kn...haha..ok ur welcome.."

"Kebaikan, mudah ke tempat kerja, mungkin kalau ada perniagaan sendiri lagi senang untuk mengurus serta menjaga anak."

"Kebaikan suami isteri bekerja dalam satu organisasi adalah apabila salah seorang dari pasangan mungkin malas dan sebagainya, pasangannya dapat menegur dan mengingatkan supaya kuat bekerja. Ia juga salah satu dari sumber motivasi. Keburukan hanya akan wujud apabila adanya sikap tidak professional salah seorang dari pasangan. Terlalu cemburu buta walaupun pasangan mereka berbincang mengenai hal kerja. Tetapi jangan sampai tidak memikirkan perkara yang negatif yang boleh terjadi apabila pasangan terlalu membiarkan pasangannya berdua-duaan dan sebagainya."

"Maybe boleh makan dan balik bersama.. Menjimatkan.. senang berurusan.. dan banyak kebaikan.."

"senang untuk berurusan dan sentiasa dapat memantau keluarga. Sekiranya suami ada masalah pastinya isteri dapat gantikan kerja buat sementara waktu."

"jumpa terlalu banyak dalam 1 hari akan menjadi lebih bosan lama-kelamaan. Lagipun lelaki lebih suka membuat sesuatu tanpa diketahui isteri dan sebaliknya:) hehehe"

"Kebaikkan adalah jimat dr segi kewangan dan masa krn tdk perlu keluar duit utk mnyk kereta cnth nyer n masa plak tdk terbuang di jln raya. Keburukan, hubungan agak terbatas krn jika salah pergaulan sesama rakan sekerja boleh menyebabkn pergaduhan. Tu salah satu cnth..."

"Nanti ada sifat cemburu. Susah pula nk buat kerja."

"Mudah berlaku perselisihan faham diantara suami isteri. Mudah berlaku perkelahian dengan pihak lain yang ada masalah dengan pasangan. Melahirkan rasa rendah diri jika isteri memegang peranan lebih penting dalam organisasi."

"kebaikannya, bole jaga satu sama lain. jimat perbelanjaan (gerak sekali) keburukan, ta sure"

"boleh berhubungan sentiasa sentiasa bersama"

"Kebaikan, boleh berjimat dalam banyak aspek. Keburukan, tiada komen.:

"saya lebih selesa bekerja bersama isteri saya. Saya mahu isteri sentiasa disisi."

"Tidak profesional.masalah rumah tangga dibawa ke pejabat dan sebaliknya."

1 ulasan:

  1. assalamualaikum.... bagaimana pula dengan isteri yang tidak mahu meninggalkan pekerjaannya atau kerjayanya apabila dikehendaki oleh suami ??? suami mahukan isterinya menjadi suri rumah sepenuh masa dan membesarkan anak-anak di rumah sepenuh masa. Tetapi isteri enggan dengan alasan bosan berada di rumah, ingin mencari duit sendiri sedangkan suami mampu untuk memenuhi keperluan hidup keluarga, dan isteri juga ingin mengejar cita-cita dalam kerjayanya. Isteri sanggup menerima tawaran kerja di negeri lain dan sanggup meninggalkan suaminya untuk mengejar cita-cita kerjayanya.. suami dibiarkan tinggal seorang menguruskan diri sendiri kerana suami perlu bekerja di negeri lain untuk memberi nafkah kepada keluarga.... suami tidak benarkan isteri bekerja kerana dibimbangi isterinya menghabiskan masa berjam-jam sehari bekerja dengan lelaki lain dalam urusan pekerjaannya. Namun isteri sanggup bergaul dengan rakan sekerja lelaki dalam menjaga kerjayanya dan jarang menghubungi suaminya untuk bertanya khabar atau untuk berbual. Isteri menghabiskan lebih banyak masa untuk bergaul dengan rakan sekerja lelaki di tempat kerja di negeri lain berbanding menggunakan masanya untuk berbual dengan suami sendiri. Manakala si suami pula sentiasa menunggu kepulangan isterinya dan masih mengharapkan isterinya berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Isteri lebih pentingkan kerjayanya berbanding rumahtangga.....Isteri lebih patuh kepada arahan majikannya berbanding patuh kepada suami sendiri.. Sampai bilakah si suami perlu bersabar dengan perangai isterinya... keadaan rumahtangga bagi pasangan suami isteri sebegini amatlah suram dan suami tidak merasa kebahagian hasil perkahwinan mereka. Sudah berkali-kali si suami memujuk isterinya berhenti kerja tetapi isteri tidak mahu berhenti kerja dan sangat menyayangi pekerjaan yang hanya menjanjikan gaji yang rendah. Si suami sentiasa berdoa dan sangat2 mengharapkan isterinya berhenti kerja. Apakah lagi yang boleh dilakukan oleh suami untuk memujuk isterinya menjadi suri rumah sepenuh masa??????? sesungguhnya keberkatan seorang isteri ialah apabila dia sentiasa berada di dalam rumah sementara si suami keluar bekerja mencari nafkah... BAGAIMANAKAH UNTUK MENGEMBALIKAN KEBAHAGIAN DAN KECERIAAN DALAM RUMAHTANGGA PASANGAN INI....?????

    BalasPadam