Jumaat, 20 Mac 2015

Isu Hukum Hudud Di Kelantan


Apa yang dibawa oleh PAS Kelantan mengenai Hudud adalah mengikut undang2...

Secara asasnya, untuk meluluskan sesuatu undang2 yang tidak melibatkan pindaan perlembagaan negeri mahupun perseketuan, majoriti mudah diperlukan dalam sidang parlimen mahupun sidang dun. Manakala untuk meluluskan pindaan melibatkan perlembagaan negeri atau persekutuan, majoriti 2/3 diperlukan untuk pindaan dibuat.

Dalam kes hudud di Kelantan, pembentangan telah dibuat dan hasilnya, lebih 2/3 ahli dun Kelantan bersetuju dan ianya merangkumi adun dari PAS dan UMNO. Persoalannya ialah, kenapa ada pihak2 yang cuba mempertikaikan proses demokrasi yang telah dibawa oleh PAS di Kelantan?

Hukum hudud yang nak dibawa adalah undang-undang berkenaan dan berkaitan dengan orang Islam sahaja. Sama halnya seperti penguatkuasaan undang2 yang tak membenarkan orang Islam makan secara terbuka di bulan puasa. Adakah undang2 ini terpakai kepada bukan Islam?

Jadi kenapa pihak bukan Islam agak sensitif dan sangat menentang? Adakah orang Islam menganggu dan menghalang kebebasan beragama orang bukan Islam? Ini adalah hak umat Islam. Hak untuk mendapatkan pembelaan dari undang2 yang lebih baik.

Solanya, bagaimana dengan halnya pesta2 arak yang pernah dianjurkan dan ianya sangat sensitif bagi umat Islam? Jika bukan Islam bernaggapan ianya adalah hak kebebasan mereka, tapi pernahkah mereka fikir betapa buruknya kesan akibat arak?

Ingatlah, hukum hudud bukanlah satu hukum yang mudah2 nak menghukum. Ada proses2 yang perlu dipatuhi. Bukan hanya kerana mencuri RM10, tangan terus dipotong. Ada prosedur2 yang perlu dipatuhi sebelum hukuman dijalankan.

Amat sedih bila bukan Islam sering menentang apa sahaja yang dibawa Islam hatta perkara tersebut untuk orang Islam sahaja. Lebih sedih, bila ada juga orang Islam sendiri yang menentang. Bertambah malang bila orang Islam sendiri menghina hukum Allah ini...

Semoga kita semua diberi hidayah oleh Allah dan dosa2 kita diampunkan...

0 komen:

Catat Ulasan