Ahad, 5 September 2010

Hati-Hati Di Jalan Raya


Haaa, kepada semua kengkawan Peja yang balik kampung arini ke, esok ke, lusa ke, malam raya ke, pagi raya ke, Peja nak ucapkan selamat kembali ke kampung dengan selamat. Biar lambat asal selamat.

Peja balik kampung hari Rabu tengah hari kot. Harap2 sempat berbuka. Biasanya Bachok - Dungun amik masa 3 jam setengah aje. Tapi tak tahulah nak raya ni, jem lagi, kul brapa ntah sampai Dungun.

Alang2 dah bukak topik ni, Peja nak kongsi skit tips penjagaan kenderaan. Peja bukan mekanik, tapi ada sorang dua member yg pakar bab2 ni dan slalu nasihat Peja pasal kete ni.


1. Petrol - pastikan petrol diisi mencukupi. Jangan plak sampai petrol habis di tengah jalan. Bukan stakat kita yang susah, pemandu lain pun susah. Makin teruk jem jadi nya.

2. Minyak enjin - gi servis enjin tu. tukar minyak baru. kalau yang baru tukar tu, takyahla tukar lagi. minyak enjin ditukar 5000km sekali.

3. Pastikan segala jenis, segala mak datuk lampu kat kereta tu berfungsi. Lampu signal ke, lampu brek ke, lampu depan ke. Kalau tak bernyala, pi tukar mentol.

4. Tayar - isi angin secukup rasa. Jangan terlebih dan jangan terkurang. Ini penting untuk mengelakkan dari kemalangan. Kalau tayar dah botak dan xde rambut, pergila tukar. Tak mampu tukar yang baru, tukar sekenhen aje. Tapi pilih yang cun.

5. Air - segala jenis air dalam tangki radiator dan tangki cuci cermin, biarlah ckup. Actually, yang Peja dengar, air dalam radiator tu takkan kurang kecuali bocor. Tak tahula betul ke tidak. Yang penting, air kene ada. Spare air dalam botol lain dan ltk dalam bonet.

6. AirCond - biarla ok. skarang kerap ujan nak2 sebelah pantai timur. kalau aircond takde, agak susah tuuuu.

Itu jela kot. Sape2 pakar, tolong sahkan benda ni ye. Dan ade kawan2 nak tambah perisa, tolong tambah ye :D

5 ulasan:

  1. Selamat balik kampung..hati hati di jalan raya..pandu cermat jiwa selamat..

    BalasPadam
  2. slmt pulang ke kampung.. nice blOg..~

    BalasPadam
  3. to relevan n selipar putus, thanx ya...
    peja bali kampung hari rabu ni...

    BalasPadam
  4. i wish i was on the other side of the road ...of course the right one :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.