My Lovely Family

Faizal, Azila, Haikal, Humaira.

OneXOX Prepaid

Klik sini. Di bawah OneXOX Prepaid, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

OneXOX Black

Klik sini. Di bawah OneXOX Black, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

Sihat Dengan IFLK

Perkongsian bagaimana saya mengawal diabetes tanpa ubat dan berjaya turunkan berat badan lebih 20kg.

Pemanis Sihat Pengganti Gula

Sesuai untuk pesakit diabetes. Tanpa kalori, tanpa kolestrol, tanpa karbohidrat, indeks glisemik kosong.

Selasa, 27 April 2021

Alahai, Nak Operate Mata Lagi

 

3 hari sblum raya ada appoiment mata. Nak set tarikh operate kali ke 2 mata kiri dan nak tengok samada mata kanan kene operate atau tak. Tapi kemungkinan besar kene operate gak sebab keadaan mata kanan pun makin teruk.

Sekarang tak risau sangat dah operate tu. Dah tau tak sakitpun. Bius penuh bukan rasa ape². Paling teruk pun muntah lepas abis bius dan mata berdenyut main² je.

Yang tak bestnye lepas operate:
1. Facedown selama 2 minggu dari jam 7pagi sampai 10malam. Dengan kate lain, kene meniarap je. Hanya dibernarkan bangun 10minit setiap 1jam.

2. Mata tak selesa rasa berhabuk sebab ada benang dalam mata. Almaklumlah, mata kene tebuk 3 lubang.

3. Pandangan tetap tak nampak ape² kecuali nampak cahaya yang berganda². Er, macam mane nak explain eh. Gini, katekan orang suluh lampu depan kite. Yang nampak hanya cahaya tu berganda² macam ada 20 torchlight depan kite. Padahal 1 je. Ha, gitu lah. Macam mata kiri ni, operate bulan disember 2020, tp cahaya masih nampak berganda sampai sekarang. Cume dah tak banyak macam dulu.

Ha, gitulah alkisahnye.

Isnin, 26 April 2021

Para Isteri Mesti Ada Lesen Memandu


Kepada isteri² yang tak boleh drive tu, amiklah lesen dan praktiklah drive awal² sementara suami masih sihat.

Syukurlah wife ambe amik lesen awal² dulu dah. Cume sangat jarang drive memandangkan ambe drebar tetap. Lesen nak mati, sambung. Nak mati, sambung. Asal nak mati, sambung. Asal nak sambung, mati.

Kurang² walaupun ambe dah takleh drive ni, wife boleh jugak take over permanent job ambe ni walaupun amik masa jugak nak mahir. Esok² ambe dah 'pergi', tak kekok beliau nak drive 😂

** Gambar hiasang **

Sabtu, 24 April 2021

Makin Lama Makin Tua

 

Assalamualaikum WBT,

Teringat kurang lebih 11 tahun lepas, kali pertama saya berblog, masa tu bujang trang tang tang lagi. Rajinnya berblog boleh dikatakan hampir setiap hari post artikel baharu, rajin berblogwalking ke blog teman bloggers yang lain dan sanggup buat ape-ape pun asalkan blog sentiasa mendapat kunjungan.

Makin lama, dah makin kurang membuat artikel baharu. Lagi-lagi rasa M.A.L.A.S menguasai diri sejak mendapat cahayamata. Alhamdulillah, walaupun rezeki mendapat anak agak lambat, 11 tahun kahwin anak baru 2, tetap bersyukur dengan kurniaan Allah SWT. Tak tahu apa mimpi datang, tibe-tibe rasa nak menaip.

Cumenye, sekarang agak sukar untuk saya menaip disebabkan keadaan saya sekarang sudah OKU akibat kemalangan kecil yang berlaku pada Julai 2020. Saya kelihatan sebelah penglihatan dan mengalami penglihatan terhad pada sebelah mata lagi Ditambah faktor usia yang pejam celik pejam celik dah tak lama nak masuk 4series, memang dah malas nak berblog ni.

Artikel ni pun tak tahulah orang akan tengok ke tak atau terus kekal dalam keadaan bersawang. Hahahahaha...

 Ape-apepun, selamat berpose yeeeeee...