My Lovely Family

Faizal, Azila, Haikal, Humaira.

OneXOX Prepaid

Klik sini. Di bawah OneXOX Prepaid, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

OneXOX Black

Klik sini. Di bawah OneXOX Black, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

Sihat Dengan IFLK

Perkongsian bagaimana saya mengawal diabetes tanpa ubat dan berjaya turunkan berat badan lebih 20kg.

Pemanis Sihat Pengganti Gula

Sesuai untuk pesakit diabetes. Tanpa kalori, tanpa kolestrol, tanpa karbohidrat, indeks glisemik kosong.

Khamis, 24 November 2022

Tahniah DS Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai PM Malaysia Ke-10


Tahniah DS Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai PM Malaysia Ke-10

Alhamdulillah, akhirnya Malaysia dah berPM setelah beberapa hari PM dan AM saling bertukar ganti dan dan bertukar shif.

Tahniah dan takziah diucapkan kepada DS Anwar Ibrahim yang akhirnya diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong selaku Perdana Menteri Malaysia ke-10. Besarnya gaji, besar jugaklah tanggungjawab. Bab kate orang kapung ambe, "with great power comes great responsibility".

Diharapkan PM dan bakal menteri serta kerajaan baharu yang mentadbir Malaysia dapat mentadbir dengan baik dan penuh saksama, jujur dan amanah. Yang jadi pembangkang, jangan risau, gaji selaku ahli parlimen tetap ada macam biasa. Jadilah pembangkang yang kuat dan lawanlah segala kerosakan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan.

Kepada rakan-rakan sekalian, walau siapapun berada di atas, bil air letrik telefon, kereta, rumah, petrol, makan, minum, pampers, susu anak2 dan lain2, kite tetap kene keluarkan duit poket kite sendiri. Takdenye kerajaan nak tanggung tu semua. Jadi, jangan taksub politik sampai bergaduh gocoh, bercerai berai, bertumbuh terajang dek kerana politik. Diorang rileks je boleh minum teh tarik sesame. Kite yang nak lebih2 ni apehal?

Oh, lupe plak. YAB PM, janganlah umum cuti esok (Jumaat). Kami kat negeri2 yang cuti hari jumaat, memang dah sedia ada cuti hari jumaat dah. Umum hari lain deh.

Yang penting, shopee xpress masih slow lagi ke dah makin laju?

Jadikan IFLK Sebagai Lifestyle


Jadikan IFLK Sebagai Lifestyle

Nak sihat dengan IFLK, kene jadikan IFLK sebagai gaya hidup atau lifestyle. Bukan jadikan IFLK sekadar untuk turunkan gula sebelum appointment klinik @ spital (takut doc marahla tu) atau sebab nak pakai baju kebaya time raya.

Habistu, sampai bile saya nak kene makan menu keto? Sampai bile saya tak boleh makan nasi? Roti canai? Kuih2? Kek? Nasi arab? Nasi kerabu? Ketupat rendang sila nikmati kawan. Penat memasak malam ke pagi. Wajik dan dodol jangan lupakan. Peninggalan nenek zaman berzaman. Dah dah, stop nyanyi tu.

Sekali sekala nak makan, makan jela. Time raya ke. Besday ke. Anniversary ke. Keyword: Sekali sekala. Bukan sekali sekala buat IFLK. Buat IFLK sehari rasa dah macam buat sebulan. Hari2 lain duk makan roti canai, fast food, kek, roti, tepung tepung tepung dan lain2.

Ok, faham ke faham?

Jom reversed diabetes dengan IFLK https://bit.ly/SihatIFLK

Ahad, 13 November 2022

Soalan Kerap Ditanya Berkenaan Diabetes


Beberapa minggu ni, soalan yang kerap ditanya:

1.  Pesakit diabetes memang tak boleh amik gula selama2nya?
Jawapan saya: 100gram gula putih mempunyai 100gram karbohidrat. Karbohidrat ni bile masuk badan dan dihuraikan menjadi glukosa yang dapat naikkan darah dalam badan. Jadi, bukan gula je, makanan berkarbohidrat tinggi yang lain pun kene kawal.

2. Ala, bukannya amik banyak pun gula. 1, 2 sudu je.
Jawapan saya: 1 sudu gula putih bersamaan 15gram. Pasti ke memang kamu makan 1 sudu gula tu je sehari? Itu baru sekali buat air. Kalau 4, 5 kali? Time masak, tak buh gula ke? Gula yang sedia ada dalam sos2, kicap2, susu dan lain2? Tu belum kire lagi gula yang tak rasa manis macam dalam roti putih, tepung, nasi dan lain2. Agak2nya berapa banyak makan gula dalam sehari?

Nak juga manis? Boleh cuba SweetLAB Drop. Pemanis pengganti gula 0 karbo, 0 kalori, 0 kolestrol, indeks glisemik 0. Jauh lebih baik daripada gula putih. Boleh kontek saya. Saya ada jual. Hahahaha.

3. Susah betullah nak reversed diabetes. Itu tak boleh makan, ini tak boleh makan.
Jawapan saya: Kite kene diabetes pun kebanyakan umur 30 tahun ke atas. Dah 30 tahun kite makan macam2 tak ingat dunia. Sekarang, kite dah kene slow down bende2 ni. Banyak je lagi makanan sedap2 boleh dimakan tanpa gula dan makanan berkarbohidrat tinggi ni.

4. Sepanjang buat IFLK, takkan takleh cheat?
Jawapan saya: Saya pun cheat jugak sekali sekala. Setahun 2, 3 kali tu ade r bedal nasi arab. Tapi, abis kuat boleh telan 1 pinggan je. Orang tanung kate, cepat se'eh. Takleh sumbat banyak2. Kalau ada lauk kambing, kambinglah saya bedal lagi banyak dari nasi.

Cheat skit2 dan jarang2 je terutamanya pada waktu2 tertentu macam raya. Bukannya sikit2 nak cheat. Tu bukan cheat dah tu. Memang dah jadi tabiat dah tu.

5. Tak makan nasi macam mana nak kenyang. Kite orang melayu kan.
Jawapan saya: Perasan tak, kalau kite breakfast nasi lemak kul 7 pagi, kul 10 mulut rasa nak mengunyah biskut ke kerepek ke jajan ke. Kul 12 dah rasa lapar nak nasi lagi. Pastu kul 3, 4ptg rasa nak makan pisang goreng ke keropok ke, mi goreng ke. Pastu kul 8 malam nak makan nasi lagi. Sebelum tido lagi rasa nak makan biskut kering. Kenyang ke kalau camtu?

Memangla, makan karbohidrat ni akan cepat je rasa kenyang sebab karbohidrat sangat mudah dicernakan menjadi gula dan jadi tenaga. Pada masa yang sama, cepat jugak rasa lapar.

Berbanding makan protein dan lemak, rasa macam tak cukup je dan rasa macam tak kenyang. Bukan tak kenyang, tapi lambat rasa kenyang. Tapi, nak rasa lapar amik masa yang lama. Tengok orang yang banyak makan protein dan lemak, makan sekali sehari pun macam tak rasa apa2 je. Sebab apa? Sebab tak lapar.

6. Saya makan protein dan lemak banyak. Karbo saya dah kurang makan. Kenapa saya rasa lapar dan menggigil?
Jawapan saya: Banyak faktor. Tapi, senang cerita, 30 tahun kite duk makan macam2 4, 5 kali sehari. Tup tup tibe2 makan sekali atau 2 kali sehari. Bukan senang nak tune otak supaya boleh ubah kebiasaan tu. Memang amik masa. Takpe, sabar dan slow2 buat. Buat berperingkat. InsyaAllah, boleh punye.

7. Kenapa 2 jam lepas gula saya 4.8, sekarang 5.4. Sepanjang 2 jam tu saya tak makan apa2 pun.
Jawapan saya: Badan kita sentiasa memproses gula baharu dan menggunakan gula sedia ada. Jadi, kalau kite cek 2 kali selang masa 1 saat sekalipun, kite akan dapat bacaan gula yang berbeza. Jangan risau dengan bacaan gula naik atau turun sikit asalkan masih dalam range normal. Lainlah kalau tadi 4.4, 2 jam lepas tu jadi 10.8. Tu musykil tu. Mungkin glucometer dan biol atau strip dah tercemar atau kamu sedang bermutasi nak dapat kuasa superpower.

8. Doktor suh saya makan ubat dan cucuk insulin. Saya taknaklah.
Jawapan saya: Doktor bagi insulin dan ubat tu berdasarkan keadaan semasa anda. Insulin dan ubat tu akan membantu mengawal bacaan gula. Jangan tinggalkan macam tu je. Ikut je arahan doktor sebab tu kepakaran mereka.

Bagi pihak kita plak, kite kawal je apa yang perlu. Akan ada masa nanti, bile bacaan gula dan start normal, dah boleh slow2 diskas dengan doc berkenaan kawalan sendiri. Doc akan tengok keputusan darah dan akan membuat keputusan berdasarkan pelbagai penilaian. Kalau doc dah yakin dengan bukti2 yang ada, insyaAllah doc akan kurangkan atau stop terus insulin dan ubat.

9. Macam mana nak reversed diabetes ni?
Jawapan saya: Senang cerita, jaga makan. Saya amalkan protokol IFLK. Saya dan team saya memang ada buat program berkenaan hal ehwal IFLK ni. Bukan untuk diabetes je, bahkan banyak lagi penyakit metabolik boleh diselesaikan menggunakan kaedah IFLK, insyaAllah.

Boleh baca blog saya, https://bit.ly/SihatIFLK

10. Encik ni doktor ke?
Jawapan saya: Tak. Saya bukan doktor. InsyaAllah suatu hari nanti akan dapat gak Dr (tapi bukan Dr perubatan la, hahahahahahaha). Segala yang saya bagitau bukanlah nasihat perubatan dan nasihat kesihatan dan sekali2 tidak boleh digantikan nasihat dari pakar perubatan dan pakar kesihatan. Apa yang dikongsi berdasarkan pengalaman dari saya sendiri yang juga merujuk kepada Dr dan mereka2 yang terlibat dalam bidang masing2. Apa2pun, sila dapatkan nasihat dari pihak dari bidang masing2.

Selasa, 8 November 2022

2 Tahun Bebas Insulin dan Ubat Diabetes


2 Tahun Bebas Insulin dan Ubat Diabetes

Pejam celik, harini genap 2 tahun bebas insulin dan ubat kencing manis.

Telah didiagnosis KM sebelum tahun 2010 lagi. Lupe secara tepat. Antara 2006 - 2009.

Mac 2020: Insof selepas ditiaw kaw kaw oleh doc KK. Nekad nak kawal KM melalui kaedah IFLK. Diberikan suntikan insulin insulatard dan ubat KM iaitu gliclazide dan metformin xr. HbA1c: 13.1%

Jun 2020: HbA1c: 6.5%

18/08/2020: Doc swasta stopkan insulin.

26/10/2020: Doc KK secara rasmi stopkan insulin dan kurangkan dos ubat gliclazide.

08/11/2020: Doc KK stopkan ubat gliclazide dan metformin xr. HbA1c 5.8%

Selepas itu, ujian HbA1c hanya dibuat 6 bulan dan 12 bulan sekali. HbA1c terus turun ke 5.7% dan terakhir 5.1%. Temujanji doc KK akan datang pada Januari 2023 dan masih belum ditetapkan tarikh ujian darah.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Reversed Diabetes Dengan Kaedah IFLK https://bit.ly/SihatIFLK

Isnin, 31 Oktober 2022

Gula vs Karbohidrat


Gula vs Karbohidrat

Banyak faktor yang mempengaruhi bacaan gula dalam darah. Tapi, yang paling memainkan peranan ialah faktor pemakanan. Makanan yang mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi paling ketara melonjakkan bacaan gula dalam darah.

Kenapa gula putih sangat perlu dielakkan terutamanya bagi pesakit diabetes? Sebab dalam 100gram gula putih, kandungan karbohidratnya juga 100gram. Karbohidrat inilah yang akan dihuraikan oleh badan menjadi gula tunggal atau glukosa.

Bahaya ke glukosa? Tak. Glukosa tetap diperlukan oleh badan sebagai sumber tenaga. Tapi ianya diperlukan dalam kuantiti yang rendah dengan jumlah tertentu pada satu2 masa. Bagi pesakit diabetes, masalah rintangan insulin yang menjadi punca kadar glukosa dalam darah sangat tinggi.

Jika glukosa penting, adakah bermakna kita perlu makan gula putih? Tak. Sumber karbohidrat juga terdapat dalam makanan lain seperti sayur2 hijau, nasi, tepung, roti, ubi, bihun, kuetiau, susu, buah dan sebagainya. Cuma, kandungan karbohidratnya berbeza. Ada yang sangat tinggi, ada yang sederhana dan ada yang rendah. Yang pastinya, karbohidrat dalam sayur2 hijau lebih rendah dan lebih selamat.

Faham atau faham?

Jom reversed diabetes, https://bit.ly/SihatIFLK

Selasa, 18 Oktober 2022

Kenapa Bacaan Gula Dalam Darah Naik Tinggi?


Kenapa Bacaan Gula Dalam Darah Naik Tinggi?

"Saya tak makan gula, tapi bacaan gula naik banyak"
"Saya makan makanan rendah karbo, tapi bacaan gula naik jugak"
"Saya guna pemanis sihat, bacaan gula naik jugak"


Sebenarnya, tiada bacaan tetap gula dalam darah kita. Badan kita sentiasa gunakan gula dalam darah untuk ditukarkan kepada tenaga, pada masa yang sama juga badan kita akan memproses gula sendiri.

Itu sebabnya, bacaan normal selepas dalam range 4.0mmol - 8mmol. Tapi, kita taknaklah bacaan normal tu lebih 7mmol.

Tapi, bacaan gula boleh naik dalam beberapa keadaan seperti ketika stress, selepas buat latihan / senaman / bersukan, waktu pagi, penat, sedang sakit dan sebagainya. Tapi, faktor pemakananlah yang paling banyak mempengaruhi bacaan gula.

Bab makanan ni, 2 benda utama yang boleh menaikkan bacaan gula dengan agak banyak iaitu GULA PUTIH dan makanan BERKARBOHIDRAT TINGGI.

Tapi kan, bile kite masak, kite letak itu, letak ini, letak kicap sikit, letak garam, letak tok aji sikit, letak sos tiram sikit. Semua sikit2 je. Susah gak nak agak2 berapa gula dan karbo dah dimakan. Macam mana plak kalau gini?

Boleh cek gula guna glucometer betul2 sebelum makan dan 2 jam lepas makan cek. Bandingkan perbezaan dua bacaan tu.

Ada 3 situasi boleh kita nilai:

Situasi 1: Kalau sebelum makan 4.8mmol, lepas makan 5.8mmol, bermaknan kenaikan 1 unit. Kira oklah kalau kenaikan 1 unit je.

Situasi 2: Kalau sebelum makan 5.0mmol, lepas makan 6.8mmol, kenaikan 1.8unit, bermakna dah kene jaga2. Ada gula tersembunyi atau karbo yang sedikit tinggi. Boleh diterima lagi kalau masih bawah 2unit, cuma dah tak berapa nak cun lah.

Situasi 3: Kalau sebelum makan 5.2mmol, lepas makan 10mmol, haaa, kirelah naik berape. Memang kompom mencanak2 naik tu.

Bagi orang normal, mungkin kenaikan gula tak ketara sebelum dan selepas makan. Mungkin dalam situasi 1 atau 2 je. Tapi, tak bermakna tu lesen besar untuk makan sepuas2 hati sebab kencing manis a.k.a diabetes ni bukannya terjadi dalam masa sebulan dua. Mungkin bertahun2, bebelas2 tahun bahkan puluhan tahun.

Yang ada kencing manis tu, kalau amik gula dan makanan tinggi karbo, memang berdesuplah bacaan gula tu. Bukan bermakna jangan makan karbo. Karbo ada dari sumber tumbuh2an terutamanya sayur2 hijau tu boleh je makan.

Faham ke faham?

Jomlah sama2 reversed diabetes https://bit.ly/SihatIFLK

Isnin, 17 Oktober 2022

Makanan Yang Boleh Dan Tak Boleh Untuk Pesakit Diabetes


Makanan Yang Boleh Dan Tak Boleh Untuk Pesakit Diabetes

"Saya ada kencing manis. Boleh tak saya makan itu atau makan ini?"

Kalau nak reversed diabetes, cuba hadkan pengambilan karbohidrat bawah 20gram setiap hari. Dengan kata lain, kalau sayur2 hijau tu sememangnya karbonya memang rendahlah.

Macam mana nak tau makanan tu berapa banyak gram kat dalamnya?

Bukak google dan search nama makanan diikut "nutrition fact". Contoh, "suhun nutrition fact". Kat situ dah ditulis untuk 100gram ada 86gram tolak fiber 0.5gram, jadinya net carb 85.5gram.

Agaknya boleh makan atau tak? Bolehlah kalau setakat seurat dua tu. Tapi, mampu ke makan seurat dua? Paling2 pun, semangkuk. Hahahahahaha.

Macam bayam hijau plak, carb 3.6gram tolak fiber 2.2gram, dapat net carb 1.4gram. Jadinya, luluslah. Tapi, boleh jadi tak lulus gak kalau makan 10kg sehari. Dah jadi 114gram. Tapi, ada ke yang makan sayur sampai 10kg sehari?

Kebanyakan makanan kering kat kedai tu, memang dah ada tulis kat bungkusan. So, takyah google pun takpe. Kalau beli yang takde tulis nutrtion fact tu, bolehlah guna sheikh google.

"Eh, kata kencing manis takleh amik gula je. Kenapa kire karbo plak?"

Long short story, karbo ni dihuraikan akan jadi glukosa yang masuk dalam darah. Gula lah tu.

Faham ke faham?

Jom reversed diabetes https://bit.ly/SihatIFLK

Ahad, 9 Oktober 2022

Orang Muda Takde Penyakit Diabetes?


Orang Muda Takde Penyakit Diabetes?

Minggu lepas, saya ada temujanji rutin setiap 6 bulan di Klinik Kesihatan berkenaan diabetes saya. Walaupun sudah 2 tahun doc stopkan ubat2 saya, saya masih lagi perlu ke KK. Takde ape2 sangat pun yang dibuat bila jumpa doktor. Sekadar soalan biasa, "kaki ada luka2 tak?" dan beberapa soalan lain. Ujian darah untuk HbA1c pun hanya setahun dua kali. Itupun next punya cek tak pasti lagi bila.

Sebelum masuk jumpa doktor, macam biasa akan dipanggil ke kaunter saringan untuk cek tekanan darah dan bacaan gula. Alhamdulillah, semua normal. Kebetulan di meja sebelah, ada seorang pesakit yang dah siap jumpa doktor dan sedang dibantu oleh seorang MA untuk mengisi maklumat pada buku hijau pesakit diabetes.

Saya bukan nak pasang telinga sangat. Tapi bila saya dengar bacaan HbA1c 15% dan bacaan gula 18mmol serta tekanan darah 200/110, saya tertarik nak pasang telinga. Sebab apa? Sebab pesakit tersebut seorang lelaki tinggi lampai, agak handsome dengan badan ketul2 macam kaki gym dan paling terkejut baru umur 21 tahun!

Zaman sekarang, penyakit metabolik ni bukan je kene kat orang tua, bahkan orang muda pun dah ada. Jangan terkejut kalau remaja pun dah ada darah tinggi apa semua tu.

Kenapa semua ni terjadi? Hampir kebanyakannya berpunca daripada makanan. Makanan tinggi gula. Betapa bahayanya gula pada manusia. Tapi disebabkan ianya berlesan dan disahkan halal, ianya adalah idaman dan dambaan setiap manusia. Sape tak suke manis kan? Pilih pasangan pun yang manis2 je. Chewah. Manis dalam senyuman tu takpe. Tapi jangan silap senyum menggoda kat laki atau bini orang plak. Ini mungkin lagi bahaya dari kencing manis sebab kesannya on the spot. Hahahahaha

Jom reversed masalah metabolik. Baca sini https://bit.ly/SihatIFLK


** Gambar hiasan sumber Google **

Selasa, 4 Oktober 2022

Kenapa Kau Buat Begini Kat Aku?


Kenapa Kau Buat Begini Kat Aku?


Elok² kite on kurier JnT je kat Shopee, dibukanya semula Shopee Express. Sempat off semula sebelum Shopee disabled fungsi pemilihan kurier untuk seller.



Selama beberapa bulan hidup tenang, aman dan damai guna JnT, tibe² Shopee on kan semula kurier hampesnye. 


Bile komplen, alasannya untuk elak kelewatan penghantaran, padahal kurier die paling lembab. Syok sendiri asyik assign kurier die je.


Die punye CS bagi link untuk request stopkan mane² kurier yang kite tak nak. Dua kali request, 200kali die reject request tu dengan alasan budu².


Sakitnye hati. Dahla opis die tutup awal. JnT tutup lewat. Tak pasal² kene g drop 2 arah berbeza. 1 kat utara, 1 kat selatan.

Isnin, 3 Oktober 2022

Kencing Manis Tak Terkawal Walaupun Sudah Makan Ubat Dan Cucuk Insulin?


Kencing Manis Tak Terkawal Walaupun Sudah Makan Ubat Dan Cucuk Insulin?

Jangan salahkan suntikan insulin dan ubat tu. Doktor berikan semua tu untuk bantu kawal gula dalam darah pesakit yang tak terkawal sangat. Kalau takde suntikan insulin dan ubat tu, kemungkinan bertambah-tambah tak terkawal gula dalam darah tu.

"Ubat punca buah pinggang rosak"
"Makan ubat & cucuk insulin gula tak turun2 jugak"

Hakikatnya, bukan salah ubat tu. Tapi salah pada makanan kita sendiri. Eh, salah makanan ke atau salah kite yang tak pilih betul2 makanan yang sihat? Huhuhuhu.

Terdapat banyak sangat jurnal kesihatan yang menyatakan diabetes adalah salah satu punca masalah buah pinggang. Gula jugaklah (termasuk gula tersembunyi) yang menyebabkan gula dalam darah tinggi mencanak dan taknak turun2.

Saya sudah melaluinya satu ketika dahulu. Dengan bacaan gula dalam lingkungan 18 - 22mmol, dengan bacaan HbA1c 13.1%, dengan terpaksa cucuk insulin, dengan kene makan ubat metformin dan gliclazide. Jenuh wooo. Gula tetap tinggi gak. Cume lebih rendah berbanding sebelum tu iaitu dalam lingkungan 8 - 12mmol.

Bile bertemu kaedah yang betul, gula mula turun ke paras normal. HbA1c pun makin turun sehingga ke paras normal juga. Doktor dengan gembiranya stopkan insulin dan ubat2.

Saya bukanlah doktor, tapi insyaAllah saya boleh beri panduan kepada pesakit diabetes untuk turunkan bacaan gula tanpa mengabaikan rawatan doktor. Biar doktor buat keje dia dan kite buat kije kite.

https://bit.ly/SihatIFLK

Khamis, 22 September 2022

Apa Nak Buat Kalau Ada Tanda-Tanda Diabetes?


Apa Nak Buat Kalau Ada Tanda-Tanda Diabetes?

1. Jangan panik. Dunia belum berakhir, insyaAllah.

2. Gi klinik atau hospital. Jumpe doktor (jangan jumpe tok bomoh plak). Dapatkan nasihat doktor.


3. Beli glucometer. Kat shopee brand china murah2. Kalau nak cepat, gi beli kat farmasi. Standby extra pitis. Jangan tergoda dengan jajan kat kaunter farmasi.


4. Jangan skip ubat atau suntikan insulin sambil pantau bacaan gula gune glucometer. Jangan plak beli jus sembuh diabetes yang entah datang dari mana kononnye makan sebotol terus boleh sembuh diabetes.


5. Stop terus gula tak kire gula putih ke, gula merah ke, gula perang ke, gula hitam ke, gula-gula ke. Nak manis gak, boleh guna SweetLAB Drop (Saya agen ye. Hihihi).


6. Kurangkan makan makanan tinggi karbohidrat ringkas.


7. Rajin2kan berpuasa sunat atau amalkan IF. Jangan plak IF rajin sangat, pose ramadhan asyik ponteng je 😂


8. Rekodkan segala dos ubat atau insulin, bacaan gula sebelum makan, bacaan gula 2 jam selepas makan, menu makan. Kalau boleh, rekod tu tulis atas kertas. Senang nak tunjuk kat doktor time temujanji atau dating (kalu pasangan korang tu doktor la).


9. Ada hypo, gi jumpa doc semula. Mintak nasihat macam mana nak adjust ubat atau insuline kalau berpuasa. Untuk emergency, standbylah kurma atau madu atau buah sikit in case hypo apabila makan ubat. Kalau tak hypo, jangan memandai makan.


10. Jadikan IFLK sebagai lifestyle >> https://bit.ly/SihatIFLK

InsyaAllah boleh reversed. Sekian terima kasih.

Rabu, 21 September 2022

Bacaan Untuk Pesakit Diabetes / Pra Diabetes / Individu Yang Taknak Bercinta Dengan Diabetes

 


Bacaan Untuk Pesakit Diabetes / Pra Diabetes / Individu Yang Taknak Bercinta Dengan Diabetes

Senang citer, menjadi kewajipan bagi kita untuk buat medical checkup paling kurang setahun sekali untuk pantau keadaan kesihatan semasa. Ada sesetangah penyakit jarang menunjukkan simptom kecuali sudah berada di peringkat pertengahan atau peringkat akhir.

Jika sudah ada masalah kesihatan terutamanya penyakit glamer di dunia seperti diabetes a.k.a kencing manis, sila ikut nasihat doktor. Pada masa yang sama, ambil langkah pencegahan kendiri seperti jaga makan dan lain-lain.

Bagi yang baru ingin mengamalkan kaedah IFLK (Intermittent Fasting + Lazy Keto) dengan bertujuan untuk reversedkan kembali masalah diabetes, beberapa perkara asas yang perlu diketahui:

IF: Puasa berkala 12 jam / 16jam / 20jam dan lain2. Ianya melibatkan tempoh dan waktu makan. IF sangat membantu untuk "clear"kan gula dalam darah. Walaubagaimanapun, bagi pesakit diabetes yang sememangnya mempunyai masalah rintangan insulin, proses clearkan gula dalam darah mungkin mengambil masa yang lebih lama berbanding orang normal.

LK: Menu makan. Ianya bertujuan untuk menghadkan kemasukan gula baharu ke dalam badan. Citer detail nanti pening plak. Senang citer, takyah makan nasi, mi, bihun, kuetiau, roti, susu, buah, gula, MSG dan apa aje makanan yang mengandungi tinggi karbohidrat. Lebihkan makan protein dan lemak sihat. Senang cerita, lunch atau dinner yang biasa kita makan nasi + lauk ayam / daging / ikan / seafood / itik / unta / telor + sayur, hanya perlu stop makan nasi tu je. Makanlah lauk seperti biasa.

https://bit.ly/SihatIFLK

Isnin, 19 September 2022

Mata Oh Mata


Mata Oh Mata

Mata kiri memang dah lama habis segala bentuk rawatan. Alhamdulillah, keadaan fizikal mata sudah normal. Tiada pendarahan, saraf dah normal, kondisi fizikal mata pun normal. Cuma pandangan masih tak nampak sebab saraf sudah menipis.

Harini plak appoinment untuk mata kanan plak. Mula2 jumpa optometetris. Kata optometris, spek mata dan contact lens memang tak membantu langsung untuk improve penglihatan jauh. Hanya spek membaca / kanta pembesar je boleh membantu sikit untuk membaca jarak dekat.

Lepas setel dengan optometris, jumpa pakar mata plak. Kondisi mata pun semuanya dah normal, Alhamdulillah. Cuma pandangan masih kabur. Kata doktor saraf utama sangat pucat dan tak boleh nak buat apa2. Samaada kekal macam ni atau akan pulih, hanya Allah saja yang tau.

Harini doktor dah declare takde ape2 rawatan dah untuk mata. Temujanji akan datang lagi 6 bulan. Tiada lagi ubat mata, tiada pembedahan mata, tiada cucuk2. Temujanji "low vision clinic" bulan Oktober tak melibatkan doktor. Hanya jumpa optometris yang akan memperkenalkan beberapa alat untuk membantu penglihatan.

Cuma macam biasala, mata kanan hanya membantu untuk tengok objek, tapi tak jelas. Manusia ngan hantu takleh beza. Kambing ngan anak lembu mungkin nampak sama.

Kalau sape2 terserempak saya, tolong datang dekat2 dalam jarak 1 meter atau tegur saya dulu. Kalau setakat senyum. sengeh, tunjuk gigi, angkat mata, angkat kepala, maaf, saya tak nampak ye. Hihihihi.

Rabu, 14 September 2022

Selamat Tinggal Bisul


Selamat Tinggal Bisul

Hari ni genap 4 tahun saya operate bisul. Itu jugaklah antara koleksi bisul yang paling teruk saya alami. Siapa sangka lubang bisul yang ditinggalkan tu sangat besar dan boleh sumbat bola pingpong.

Bukan tu je, kalau tengok pun boleh hilang keceriaan hidup serta selera makan tau. Bayangkan boleh nampak darah, lemak2 dan daging2 dibiarkan macam tu dan hanya ditutup dengan gauze sahaja.

Darah asyik keluar dan terkena tilam wad sampai nurse kene alas tilam saya dengan pengalas macam plastik gitu untuk elakkan darah meresap ke tilam. Baju dan seluar toksah cakap, memang penuh dengan darah, setiap jam, setiap hari, selama beberapa bulan sehingga lubang bisul tu tertutup sepenuhnya. Bisul tu kat pinggang, opkos darah kene baju dan seluar.

Sebab tak tahan nak mencuci darah, saya guna tuala wanita yang saiz besar dan tampal kat lubang bisul tu. Barulah tak bocor darahnya. Sehari dalam 4 kali jugak saya tukar pad. Pagi sebelum solat subuh, tengahari sebelum solat zohor (saya jamakkan terus dengan asar), petang sebelum solat maghrib (saya jamakkan terus dengan isya') dan sebelum tido.

Memang masalah bisul ni adalah acara dwi tahunan saya. Setiap tahun, paling kurang 2 kali saya terkena bisul. Ada di tapak kaki, atas kaki, kat betis, kat peha, kat situ, kat sini, bla bla bla bla. Sakit oiiii.

Doktor selalu cakap kat saya, salah satu sebab bisul kerap berkunjung dan ziarah menziarahi kt badan saya sebab DIABETES a.k.a KENCING MANIS. Selagi saya tak kawal diabetes saya, memang gitulah nasib saya.

Kali terakhir bisul ziarah saya sebelum PKP. Itulah saat dimana saya mula betul2 insof dan kawal diabetes saya. Alhamdulillah, dah berjaya reversed diabetes dan bisul pun dah tak muncul dah. Harap2 ianya kekal sehingga akhir hayat.

https://bit.ly/SihatIFLK

Isnin, 12 September 2022

Antara Dulu Dan Sekarang


Antara Dulu Dan Sekarang

Beberapa tahun lepas, bacaan gula 12mmol tu rasa rendah sebab average waktu tu 18mmol - 20mmol. Itupun tak mengaku ada kencing manis walaupun HbA1c dah 13.1%. Itu tahun 2020. Yang sebelum2 tu, entah berapa tak amik tahu. Dapat insulin tak cucuk, dapat ubat tak makan. Makan dan minum main bedal je. Manis2 wajib. Air gas tu menu wajib dalam peti. Makan tak kurang 3 kali sehari. Mungkin 5, 6 kali sehari.

Bila dah kerap kene bisul, kulit jadi merah2 dan gatal, kaki rasa kebas2, insaflah sekejap. Akhirnya lupa balik. Bedal lagi makan macam biasa. Dah kene bisul paling teruk sampai warded, sampai kene operate, lubang bisul boleh sumbat bola pingpong, terdetik rasa nak insof. Terdetik je, belum insof lagi.

Sebelum PKP, kene tiaw dek doktor klinik kesihatan. Ayatnye yang paling pedas, "kalau tak sayang diri sendiri, sekurangnya sayanglah anak bini. Pikir sikit diorang". Akhirnya kali ni betul2 insof. Terima kasih doktor insofkan saya.

Mule belajar buat intermittent fasting. Belajar cara pemakanan keto. Bukan setakat dengar2 dari orang awam, bahkan ada jugak doktor yang sarankan kaedah ni. Siap pernah dibawa isu ni ke parlimen oleh Dr Azman, ahli Parlimen Kuala Kedah.

Sekarang, kalau bacaan lebih 6.0mmol, terus rasa risau. Padahal 6.0mmol tu dalam keadaan tak sihat (lepas operate). Hari2 lain, Alhamdulillah bawah 6.0mmol. Terus amalkan IFLK dan jadikan ianya sebuah gaya hidup. Sekali sekala dalam setahun, bedal jugak makananan "langgar pantang" terutamanya hari raya dan time kumpul adik beradik ramai2. Tapi nak bedal banyak2 pun, perut dah mengecut. Tak larat nak bedal banyak.

https://bit.ly/SihatIFLK

Khamis, 8 September 2022

Pusat Asuhan Tunas Islam PASTI


Pusat Asuhan Tunas Islam PASTI

PASTI atau Pusat Asuhan Tunas Islam adalah sebuah organisasi pendidikan bawah pemilikan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Dengan kata lain, PASTI adalah salah satu daripada organisasi pra sekolah atau senang cerita macam tadika untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah.

Yuran PASTI berbeza di setiap tempat. Di tempat saya, yurannya di bawah RM100 sebulan termasuk makan. Kalau tak silap saya masa tu Rm50 - RM60lah. Memang antara yang termurah bagi organisasi pra sekolah swasta.

Silibus pembelajaran yang bagi saya antara yang terbaik dan seimbang antara ilmu dunia dan ilmu akhirat. Saya sendiri menghantar anak saya ke PASTI dan insyaAllah untuk anak ke-2 pun akan dihantar ke PASTI.

Tak bermakna tempat lain tak bagus. Tempat lain pun bagus. Tapi ini pilihan saya. Jadi, sebarang usaha nak memburukkan PASTI, tentunya saya pun akan terasa jugak.

Semoga cikgu2 dan seluruh kepimpinan dan pengurusan PASTI diberi ganjaran di dunia dan di akhirat.

Ahad, 4 September 2022

Apa Perlu Dibuat Jika Ada Tanda2 Diabetes?


Apa Perlu Dibuat Jika Ada Tanda2 Diabetes?

Ada sesetengah penyakit tidak menunjukkan tanda2 pada peringkat awal, jadi ujian kesihatan sepatutnya dilakukan setiap tahun agar kita dapat mengetahui keadaan semasa kesihatan kita.

Walaubagaimanapun, jika kita tidak pernah atau jarang membuat medical checkup dan tiba2 terdapat tanda2 awal diabetes, ada beberapa tindakan yang perlu dibuat. Antaranya:

1. Jangan panik. Kehidupan belum berakhir, insyaAllah.

2. Pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk dapatkan nasihat daripada doktor. Mungkin ada beberapa prosedur akan dilakukan untuk mengenalpasti penyakit2 yang ada.

3. Jika tiada sebarang masalah, Alhamdulillah. Tapi jika ada, sekali lagi, jangan panik. Ikuti nasihat dan solusi yang doktor berikan. Setel bahagian daripada pihak perubatan.

4. Bahagian kita plak, kite perlu berhenti terus atau kurangkan secara berperingkat makanan yang boleh menyebabkan kenaikan gula dalam darah. Antaranya ialah gula putih.

Gula putih merupakan satu makanan yang semestinya akan menaikkan kadar gula dalam darah secara mendadak terutamanya kepada pesakit diabetes. Berhenti terus penggunaan gula putih

Jika tak mampu, kurangkan secara berperingkat. Daripada 3 sudu, kepada 2 sudu, kepada 1 sudu dan akhirnya dapat stop.

Jika masih perlukan rasa manis, boleh dapatkan pelbagai pemanis semulajadi yang sihat di pasaran. Tapi, jangan terlalu bergantung kepada bahan-bahan ini ye.

Semoga kita semua diberik kesihatan yang baik sehingga ke akhir hayat. Amiiin.

Cara reversed diabetes melalui IFLK >> https://bit.ly/SihatIFLK

Jumaat, 2 September 2022

Komplikasi Atau Kesan Jangka Panjang Akibat Diabetes


Komplikasi Atau Kesan Jangka Panjang Akibat Diabetes

Terdapat banyak komplikasi akibat diabetes. Dalam post ringkas ini akan disenaraikan beberapa komplikasi yang agak ditakuti oleh kebanyakan orang. Sila dapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut.

Antara komplikasi akibat diabetes:

1. Masalah pada mata. Berlakunya katarak, pendarahan dalam mata dan boleh menyebabkan buta.

2. Masalah saraf. Kebas pada kaki dan tangan. Hilang deria rasa menyebabkan pesakit tidak menyedari apabila mendapat kecederaan. Luka ini jika tak dirawat, boleh mengakibatkan infeksi dan mungkin pembedahan amputasi (potong) sebahagian anggota badan untuk elakkan jangkitan merebak.

3. Masalah berkaitan otak. Ianya berkait rapat dengan angin ahmar atau strok.

4. Kegagalangan buah pinggang. Buah pinggang stage akhir gagal berfungsi dan memerlukan proses dialisis.

5. Masalah berkaitan jantung atau sakit jantung.

Cegah diabetes sekarang. Dapatkan nasihat perubatan di klinik atau hospital berhampiran anda. Mulakan langkah mencegah masalah diabetes dengan kaedah IFLK.

https://bit.ly/SihatIFLK

Khamis, 1 September 2022

Tanda Awal Penyakit Diabetes


Tanda-Tanda Awal Penyakit Diabetes

Setiap orang mungkin akan alami tanda yang berbeza. Tanda-tanda ini juga boleh jadi anda mempunyai masalah kesihatan lain. Apa2pun, sila dapatkan nasihat doktor di klinik atau hospital berdekatan anda.

Antara tanda awal diabetes:

1. Kerap membuang air kecil. Apabila kadar gula dalam darah terlalu tinggi, badan akan cuba singkirkan sebahagian daripada gula berlebihan tersebut melalui air kencing.

2. Kerap berasa dahaga. Logik paling senang nak bagitau, bila kerap kencing, maka keraplah dahaga.

3. Muncul tompok gelap pada kulit dan kulit menjadi lebih tebal berbanding biasa. Kawasan yang biasanya muncul tompokan ini ialah di leher, ketiak dan celah kelangkang.

4. Luka yang lambat sembuh. Apabila paras gula terlalu tinggi, ia akan menyebabkan salur darah menjadi sempit. Apabila saluran darah sudah sempit, ianya akan memperlahankan aliran darah dan kawasan luka tersebut terhalang untuk mendapat oksigen dan nutrient yang mencukup untuk proses penyembuhan.

5. Kerap berasa lapar. Glukosa di dalam darah akan ditukarkan menjadi tenaga untuk kegunaan sel tubuh badan manusia. Jika kadar gula terlalu tinggi (berkaitan masalah rintangan insulin), sel tidak dapat menyerap glukosa daripada darah untuk dijadikan tenaga dan akhirnya sel "kelaparan" dan pesakit diabetes pun turut kerap merasa lapar.

6. Gangguan penglihatan. Pandangan biasanya kabur dan tidak dapat dibetulkan dengan bantuan spek mata. Apabila kadar gula yang terlalu tinggi akan menyebabkan salur darah kecil pada mata mengalami kerosakan.

7. Alami sakit saraf. Pada peringkat awal, akan terjadi kebas2 dan kesemutan terutamanya di jari tangan atau kaki.

Jika anda alami tanda-tanda ini, segera dapatkan rawatan di hospitan atau klinik berdekatan anda untuk melakukan ujian diabetes seterusnya untuk mengelakkan berlakunya komplikasi yang lebih teruk selepas ini.

Reversed diabetes secara semulajadi >> https://bit.ly/SihatIFLK

Selasa, 30 Ogos 2022

Punca Asal Diabetes Jenis 2


Punca Asal Diabetes Jenis 2

Dalam badan manusia terdapat satu hormon iaitu insulin. Insulin berfungi untuk menukarkan gula (glukosa) di dalam darah menjadi tenaga untuk dimasukkan ke dalam sel tubuh badan manusia.

Walaubagaimanapun, masalah insulin resistance atau rintangan insulin menyebabkan insulin tidak mampu bekerja dengan efektif, dengan kata lain, insulin agak lambat menukarkan glukosa menjadi tenaga untuk dimasukkan ke dalam sel tubuh badan.

Disebabkan kebanyakan dari kita makan paling kurang 3 kali sehari, ditambah makan dan minuman makanan bergula putih dan berkarbohidrat yang tinggi secara tidak terkawal, gula di dalam darah semakin bertambah dan menyebabkan berlakunya masalah diabetes atau kencing manis.

Jom reversed diabetes dengan IFLK https://bit.ly/SihatIFLK

Khamis, 25 Ogos 2022

Kesan Gula Selepas Makan


Kesan Gula Selepas Makan

Gula bukan setakat gula putih yang kita makan sejak kecik tu. Gula terdapat dalam pelbagai bentuk samaada dalam nasi, mi, bihun, kuetiau, tepung, roti, buah, sos2 dan sebagainya.

Sejauh mana makanan ni semua mempengaruhi gula dalam darah kita? Bergantung kepada badan seseorang. Yang takde masalah rintangan insulin, MUNGKIN tak naik sangat kadar gula dalam darah. Tapi, bagi orang yang ada masalah rintangan insulin seperti diabetes, makan 4, 5 keping biskut je boleh menyebabkan gula dalam darah naik mencanak2.

Macam mana nak tau tu? Guna glucometer. Ala, alat kecik yang guna strip, cucuk jari hujung jari, keluarkan darah setitik dua tu.

Cek gula betul2 sebelum makan. Rekodkan.
2 jam lepas makan, cek sekali lagi. Rekodkan.
Tengok berapa perbezaannya.

Kalau sebelum makan 4.5mmol, selepas makan 5.5mmol, bermakna kenaikan 1 unit.
Kalau sebelum makan 4.5mmol, selepas makan 8.5, kenaikan 4unit. Haaaa, teeeeet, hati2. Bahaya ni.

Cubelah dan selami perasaan anda ketika itu.

https://bit.ly/SihatIFLK

Isnin, 22 Ogos 2022

Punca Utama Buah Pinggang Rosak


Punca Utama Buah Pinggang Rosak

Menurut Dr. Onn Akbar Ali, beberapa punca kerosakan buah pinggang sehingga menyebabkan perlu dialisis antaranya ialah 4D, 1H, 1A.

Diabetes
Diabetes
Diabetes
Diabetes
Hypertension
Autoimmune

Lihatlah dunia, betapa besarnya kesan akibat diabetes. Ianya bermula apabila berlakunya masalah rintangan insulin atau insulin resistance (IR). Masalah IR plak berpunca daripada pemakanan gula putih yang banyak serta makanan berkarbohidrat tinggi.

Diabetes ni bukannya harini makan gula, esok terus kene diabetes. Ianya mengambil masa yang bertahun2, berbelas2 tahun, bahkan berpuluh2 tahun lamanya.

Alhamdulillah, saya berjaya reversed masalah diabetes saya. Daripada perlu cucuk insulin dan makan ubat, sekarang doktor sendiri dah hentikan insulin dan ubat. Daripada HbA1c 13.1%, turun kepada 5.1%. https://bit.ly/SihatIFLK

Rabu, 17 Ogos 2022

Pernah Alami Kuku Kaki Atau Kuku Tangan Tercabut?


Pernah Alami Kuku Kaki Atau Kuku Tangan Tercabut?

Ini kisah saya beberapa tahun lepas. Ketika itu, keadaan diabetes saya sangat tidak terkawal. Selain masalah kerap terkene bisul, saya juga mengalami masalah saraf terutama pada kaki.

Kaki saya sentiasa alami kebas2 24jam sehari. Tak pernah ada 1 saat kaki saya tak rasa kebas. Yang tak bestnye, rasa sakit, pedih, berdenyut, rasa seperti dihiris2, dikelar2. Memang tak selesa dan kadang2 sangat sakit.

Kerosakan saraf juga merupakan salah satu akibat masalah diabetes atau kencing manis yang tidak terkawal. Saraf2 rosak dan boleh membuatkan kaki atau tangan anda kehilangan deria rasa. Itu sebabnya saya langsung tak rasa sakit bahkan tak sedar kuku kaki tercabut. Jika terpijak paku sekalipun, memang tak rasa sakit.

Inilah kebanyakan punca awal kaki boleh kene potong. Jika pesakit tidak sedar ada luka, maka tiada langkah pencegahan dan penjagaan pada kawasan luka. Ianya menyebabkan berlaku jangkitan kumah dan jika tak dirawat ianya makin teruk sehingga menjadi buruk, busuk dan paling teruk jika terpaksa dipotong.

Walaupun sudah lebih setahun saya berjaya reversed diabetes, kebas pada kaki masih tidak hilang. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, sedikit sebanyak deria kaki saya telah kembali. Dah mula rasa geli dan boleh rasa sakit jika terpijak apa2 objek. Paling lega, sakit2 seperti dihiris2 tu telah hilang sepenuhnya. Syukur.

Kawal pemakanan sekarang. Makanan bergula dan berkarbohidrat tinggi boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dan jika berterusan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan masalah rintangan insulin dan seterusnya mengakibatkan masalah diabetes.

Pelajari kaedah IFLK dan bagaimana IFLK mampu membantu mengawal kadar gula dalam darah dan juga terbukti mampu mereversedkan kembali masalah diabetes. Sila baca di https://bit.ly/SihatIFLK

 

Khamis, 11 Ogos 2022

Diabetes Ni Penyakit Orang Tua!

Diabetes Ni Penyakit Orang Tua!

Sembang pasal diabetes ni, orang tak berapa nak layan, lagi2 orang muda. Kebanyakan anggap diabetes ni penyakit orang tua. Zaman sekarang, orang muda pun ramai terkena diabetes sebab gaya pemakanan lagi2 yang suka makan / minum gula putih.

Yang dah disahkan diabetespun tak ngaku lagi ada diabetes (saya la tu dulu2). Bile dah kene macam2 komplikasi, barulah nak cari penawar singkat. Jus2 ajaib yang dijual di internet dibeli dengan harapan boleh sembuh.

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya salji di tengahari. Lepas amal jus2 ajaib, keadaan makin teruk. Mata dah kabur, kencing kerap tak berhenti, dahaga melampau2, asyik tak bertenaga je, bisul kerap muncul. Masa tu mulalah rasa takut. Jumpe doc, doc dah pot pet. Dapat ubat dan suntikan insulin. Cucuklah sekejap dan ubat pun makanlah sekejap. Bila masalah2 tu dah hilang, stop sendiri insulin dan ubat. Pastu makan macam biasa.

"Takde gula tak bolehlah. Takde tenaga nak buat keje". Alasan popular kebanyakan orang termasuk saya dulu kala.

Kalau kene yang tak insof2, akhirnye buah pinggang rosak, kene strok, masalah jantung, strok dan lain2. Masa tu, susah dah nak buat apa2. Duit banyak abis untuk rawatan. Wad tu dah jadi rumah kedua. Nauzubillah.

Jadinya, dari awal lagi kita nak kene kawal. Kalau dah disahkan diabetespun, masih boleh reversed lagi. Semuanya punca dari perut. Jadi, rawatan dia pun bermula dari perut.

Saya salah seorang antara pesakit diabetes yang dah berjaya reversed. Alhamdulillah. Jomlah baca perkongsian saya ni https://bit.ly/SihatIFLK

 

Isnin, 8 Ogos 2022

Ada Diabetes atau Tidak?


Ada Diabetes atau Tidak?

Kencing manis jenis 2 @ diabetes type 2 adalah satu penyakit metabolik yang jarang disedari pada peringkat awal. Lazimnya, pesakit disahkan mempunyai masalah diabetes apabila keadaan semakin teruk terutamanya apabila menghadapi tanda2 seperti kerap dahaga, kerap kencing, tak bermaya dan sebagainya.

Kebanyakan individu jarang membuat ujian sendiri menggunakan glucometer mahupun ujian darah apabila tiada sebarang tanda-tanda ada masalah pada badan. Lebih teruk apabila sudahpun mempunyai tanda awal diabetes atau sudah disahkan penghidap diabetes, tapi masih menafikan penyakit tersebut kerana masalah denial syndrome.

Glucometer (cucuk hujung jari) bukanlah satu cara yang tepat untuk menentukan samaada seseorang tersebut mempunyai masalah diabetes, tetapi ianya lebih kepada satu rujukan semasa keadaan gula dalam darah dan tidak semestinya menunjukkan jumlah purata gula dalam darah untuk tempoh 2 - 3 bulan. Tidak sama seperti ujian darah untuk menentukan kadar HbA1c yang lebih tepat untuk menunjukkan purata kadar gula dalam darah untuk tempoh 2 hingga 3 bulan.

Walaubagaimanapun, sekiranya tiada tanda2 awal diabetes, jarang doktor di Klinik Kesihatan atau Hospital kerajaan menyarankan membuat ujian darah untuk melihat HbA1c. Biasanya ujian ini boleh dibuat di makmal2 swasta dan salah satunya di Pathlab.

Salah satu cara mudah untuk melihat kesan makanan terutamanya gula dalam darah ialah dengan menggunakan glucometer dan cek bacaan gula sebelum makan dan 2 jam selepas makan. Jika bacaannya naik secara mendadak, kemungkinan kita sudah mempunyai masalah pre diabetes atau diabetes.

Contohnya, sekiranya sebelum makan bacaan 5.0mmol dan selepas makan bacaan melonjak sehingga 8.3mmol (kenaikan 3.3 unit), bermakna makanan tersebut tinggi gula atau mungkin insulin dalam badan tidak mampu bekerja secara efisyen. Dengan kata lain, ianya ialah rintangan insulin. Ujian kendiri secara berterusan sangat penting untuk menunjukkan tanda awal samada kita mempunyai masalah diabetes atau tidak.

Bagi orang normal, kenaikan bacaan gula sebelum dan 2 jam selepas makan biasanya tidak tinggi. Mungkin sebelum makan 5.0mml dan 2 jam selepas makan hanya 6.0mmol. Tetapi, sekiranya kenaikan secara mendadak setiap kali selepas makan, bersedialah untuk berjumpa doktor dan maklumkan kepada doktor berkenaan masalah ini.

Kawalan pemakanan sangat penting untuk mengawal paras gula dalam darah terutamanya bagi individu yang telah mempunyai masalah diabetes. Penggunaan gula putih seharusnya ditinggalkan sepenuhnya dan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi juga harus dikurangkan supaya kadar gula dalam darah lebih terkawal.

Sila baca perkongsian saya mengenai bagaimana saya berjaya reversed diabetes saya hanya melalui kaedah IFLK. Sila baca di https://bit.ly/SihatIFLK



Selasa, 2 Ogos 2022

Kencing Manis: Satu Ketakutan Atau Perkara Biasa?


Kencing Manis: Satu Ketakutan Atau Perkara Biasa?

Salah satu ketakutan yang dialami oleh hampir kesemua manusia ialah bila datangnya penyakit lebih2 lagi penyakit yang kritikal seperti kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, masalah buah pinggang dan sebagainya. Tapi, disebabkan ramai sangat rakyat Malaysia yang berpenyakit kritikal terutamanya kencing manis, benda ni menjadi seolah2 perkara biasa.

Tapi, rata2nya pesakit kencing manis ini lebih takut untuk tinggalkan makanan yang menjadi punca kepada diabetes seperti gula dan makanan tinggi karbohidrat. Alasan yang paling popular ialah "Tak makan manis, nanti takde tenaga".

Itulah alasan saya satu ketika dahulu. Tak hairan kalau saya sangat kurang minum air kosong dan terlalu kerap minum air manis dan makan nasi berkali-kali sehari. Akibatnya, saya dihukum dengan salah satu penyakit kritikal iaitu kencing manis. Long short story, selepas beberapa kali percubaan merawat diabetes saya tidak berjaya, akhirnya saya ditemukan dengan kaedah IFLK. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya reversed diabetes saya.

Daripada suntikan insulin insulatad sehingga 42 unit sehari, ditambah makan ubat metformin XR 1 biji sehair dan 2 biji sehari ubat gliclizide, sekarang sudah lebih setahun doktor hentikan kesemua jenis insulin dan ubat kencing manis ini. Rahsianya? Takde rahsia, dah bagitau pun, IFLK.

Jemput baca sedikit perkongsian saya mengenai IFLK di sini https://bit.ly/SihatIFLK

Semoga bermanfaat.

Jumaat, 29 Julai 2022

Acu Terai Teke Duane Gambo Ni Diambik?


Acu Terai Teke Duane Gambo Ni Diambik?

Kalu tengok, supe keda serbeneke hok ade beratuh2 cawangang seluruh Malaysia. Biasenye kat kaunter ade macang2 jenis cekelat, gule2, cekedih dan sebagainye. Makanang gini biase diletok kat kaunter depang sebab saiz die kecik tuek dang nok elok daripade orang kebah masuk kocek. Lagipung, senang skit nok tarik perhatiang budok nok mitok mok pok beli. Kalu hok jenih memang beli sokmo, soheh buleh guling bating kalu mok ayoh takmboh beli.

Kalu nok tau, sebenornye ni ambe snap di sebuoh keda jual ubat @ farmasi. Bukang keda serbeneke tau. Lagi parok, ade sesetengoh keda ubat, bukang setakat jual cekelat atau gule2, bohkan ade jugok hok jual cekedih! Bertamboh2 parok, ambe pernoh kelih keda ubat jual air geh hok sappok tinggi gule. Air geh boooohhhh.

Bagi kite pengamal keto, bende2 macang ni kite nok elok bukang untuk kite je, bohkan untuk anok2 kite belake. Bab kate pepatoh, melentur buluh biar dari rebungnye. Kalu dari kecik kite ajor makang bende2 gini, takut dok sampai umur 30, macam2 nyakit mari nok2 nyakit metabolik. Senang nok sebut, nyakit kecing manih, daroh tinggi dang sebagainye.

Tapi tulah, bukang senang nok sedorkan rokyat malaysia ni biar stop makang gule. Almaklumlah, jual gule ade lesen. Jadi, kite selaku ketue dalang keluarge, kite ade kuase nok kawal. Bermule diri kite, keluarge, seterusnye masyarakat. Jihad kite ni bukang untuk sehari due, tapi sepanjang hayat.

*******************************************************

Cuba teka di mana gambar ni diambil?

Kalau tengok, macam di kedai serbaneka yang ada beratus2 cawangan di seluruh Malaysia. Biasanya kat kaunter ada pelbagai jenis coklat, gula2, jajan dan sebagainya. Makanan seperti ini biasanya diletak kat kaunter hadapan sebab saiz die sangat kecil dan nak elakkan daripada pencuri (senang masuk poket). Lagipun, mudah untuk tarik perhatian anak2 nak minta mak ayah belikan. Kalau memang biasa belikan untuk anak2, silap2 anak2 boleh menangis berguling depan kaunter kalau mak ayah tak nak belikan.

Kalau nak tahu, sebenarnya saya snap gambar ni di sebuah farmasi. Bukan kedai serbaneka tau. Lafi parah, sesetengah farmasi bukan setakat jual coklat dan gula2, bahkan ada jugak yang jual jajan! Bertamboh2 parah, saya pernah tengok farmasi jual air gas yang tinggi gula.

Bagi kita pengamal keto, perkara seperti ini kita nak elak bukan untuk diri kita sahaja, bahkan untuk anak2 kita semua. Bab kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau dari kecil kita dah dedahkan anak kita makan makanan seperti ini, bimbang belum sampai umur 30, pelbagai penyakit datang terutamanya penyakit metabolik seperi kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Tapi itulah, bukan senang nak sedarkan rakyat Malaysia supaya tida mengambil gula. Almaklumlah, jual gula ni ada lesen. Jadi, kita sebagai ketua keluarga, kita ada kuasa untuk mengawal apa yang kita makan. Bermula dari diri kita, keluarga dan seterusnya masyarakat. Jihad kita ni bukannya untuk sehari dua, tapi untuk sepanjang hayat.

 

Kawal Diabetes Dengan IFLK

Rabu, 20 Julai 2022

Lawak Yang Tak Lawak


Lawak Yang Tak Lawak

Tolong hentikan kata2 dan lawak mengaitkan pesalah jenayah dengan OKU.

Banyak kali saya terbaca komen2 netizen di video2 atau post2 berkaitan kes2 tertentu terutamanya kes jenayah, kesimpulan yang dibuat ialah

"Haaa, nanti terlepaslah. Ada kad OKU kan"

Walaupun, mungkin benar pesalah tersebut mempunyai kad OKU, tapi kita tak sepatutnya pukul rata semua keadaan dengan mengatakan "asal penjenayah ada kad OKU".

Bagi individu OKU dewasa, mungkin dah cukup kuat mental untuk melayan komen2 seperti ini. Tapi, bagaimana dengan kanak-kanak OKU? Adakah mereka kuat untuk berhadapan dengan kata2, cemuhan, hinaan seperti ini. Sudahlah mereka terpaksa bersusah payah dengan keadaan serba kekurangan, ditambah pula dengan kata2 yang mungkin boleh menjejaskan keadaan mental kanak2 tersebut.

Tak dinafikan, di peringkat kanak2, perli memerli, mengutuk, mengata, menghina terhadap rakan2 OKU masih ada. Mereka beranggapan ianya hanyalah satu jenaka atau gurauan. Jangan sampai satu masa, kanak2 beranggapan semua OKU adalah penjenayah dan boleh dikutuk sesuka hati. Bukan kanak2 je jadi mangsa, orang dewasa pun terkena jugak!

Dan kepada rakan2 OKU, jangan lakukan apa2 kesalahan dan perlanggaran undang2 hanya kerana kita mempunyai kad OKU. Gunakan kelebihan kad OKU untuk menaiktaraf hidup kita dengan mengambil segala peluang yang telah disediakan kepada kita. Jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga.

Sebagai maklumat tambahan, OKU ni terdapat banyak kategori. Bukan semata-mata yang nampak berkerusi roda atau tiada anggota badan sahaja. Terdapat OKU kategori pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal, pembelajaran, mental dan pelbagai.

Selasa, 19 Julai 2022

Cara Meningkatkan Sensitiviti Insulin #1 & #2


Cara Meningkatkan Sensitiviti Insulin #1 & #2

1. Dapatkan tidur yang secukupnya

Tidur malam yang berkualiti adalah penting untuk kesihatan kita. Sebaliknya, kekurangan tidur boleh membahayakan dan meningkatkan risiko jangkitan, penyakit jantung dan penyakit diabetes jenis 2. Beberapa kajian juga telah mengaitkan kurang tidur atau tidur yang kurang berkualiti dapat meningkatkan masalah rintangan insulin.

Dalam satu kajian yang melibatkan sembilan sukarelawan yang sihat mendapati bahawa tidur kurang 4 jam dalam satu malam mengurangkan sensitiviti insulin dan keupayaan untuk mengawal gula darah, berbanding tidur 8 1/2 jam yang dapat meningkatkan tahap sensitiviti insulin.

Oleh yang demikian, tidur yang berkualiti meningkatkan kadar sensitiviti terhadap insulin.


2. Banyakkan bersenam


Senaman yang kerap adalah salah satu cara terbaik untuk meningkatkan sensitiviti insulin. Ia membantu memindahkan gula ke dalam otot untuk disimpan dan menggalakkan peningkatan segera sensitiviti insulin, yang berlangsung 2jam – 48 jam, bergantung kepada jenis senaman. Dalam satu kajian mendapati bahawa 60 minit berbasikal pada kadar sederhana meningkatkan sensitiviti insulin selama 48 jam di kalangan sukarelawan yang sihat.

Latihan rintangan juga membantu meningkatkan sensitiviti insulin. Banyak kajian mendapati ia meningkatkan sensitiviti insulin di alangan lelaki dan wanita dengan atau tanpa diabetes.

Dalam satu kajian lain yang dilakukan terhadap lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan dan tanpa diabetes, mendapati bahawa apabila peserta melakukan latihan rintangan dalam tempoh 3 bulan, sensitiviti insulin mereka meningkat.

Menggabungkan kedua-dua latihan aerobik dan rintangan lebih berkesan dalam meningkatkan sensitiviti insulin. Walaubagaimanapun, sila rujuk kepada jurulatih yang bertauliah untuk mengelakkan berlakunya kerosakan dan kesakitan pada anggota badan terutamanya bagi individi obesiti.

Bersambung...

 

Diabetes Dapat Diatasi Dengan IFLK. Baca Di Sini.

Isnin, 18 Julai 2022


Diabetes Dan Masalah Rintangan Insulin

Penyakit kencing manis atau diabetes dan masalah rintangan insulin adalah 2 perkara yang saling berkait. Rintangan insulin adalah kata lawan kepada insulin sensitiviti. Dengan kata lain, jika kita mempunyai rintangan insulin yang tinggi bermakna insulin kita kurang sensitif dan begitulah sebaliknya.

Rintangan insulin berlaku apabila sel berhenti bertindak balas terhadap hormon insulin. Ini menyebabkan paras insulin dan gula darah lebih tinggi, yang berpotensi membawa kepada penyakit diabetes jenis 2.

Penyebab utama rintangan insulin diantaranya disebabkan makan secara berlebihan dan peningkatan lemak badan, terutamanya di kawasan perut. Faktor lain termasuk pengambilan gula yang tinggi, keradangan, gaya hidup tidak aktif dan faktor genetik. Insulin tinggi dan paras gula dalam darah yang tinggi adalah gejala utama rintangan insulin. Gejala lain termasuk lemak perut yang berlebihan, trigliserida darah tinggi dan sebagainya.

Rintangan insulin dikaitkan dengan masalah metabolik dan diabetes jenis 2, yang merupakan antara masalah kesihatan terbesar di dunia. Rintangan insulin juga dikaitkan dengan pelbagai penyakit, termasuk penyakit jantung, NAFLD, PCOS, penyakit Alzheimer, kanser dan sebagainya.

Rintangan insulin dapat dikurangkan atau malah diterbalikkan dengan perubahan gaya hidup seperti senaman, pemakanan sihat dan berkaitan pengurusan stress. Yang paling mudah adalah pemakanan rendah karbo sangat membantu untuk mengurangkan masalah rintangan insulin ini. Terdapat banyak jurnal kesihatan telah diterbitkan berkaitan dengan pemakanan rendah karbohidrat yang dapat membantu mengatasi masalah ini.

Sila baca perkongsian saya berkenaan kaedah Intermittent Fasting dan Lazy Keto yang telah membantu saya dalam mengatasi masalah diabetes >> https://bit.ly/SihatIFLK

Jumaat, 8 Julai 2022

Tak Sentuh Gula, Tapi Gula Dalam Darah Naik Juga Ke?

 


Tak Sentuh Gula, Tapi Gula Dalam Darah Naik Juga Ke?

Itu yang saya alami satu ketika dahulu ketika baru mula disahkan pesakit diabetes. Disebabkan saya pesakit diabetes yang diberi suntikan insulin dan ubat diabetes ditambah ada sedikit rasa insaf dalam diri, saya cuba berhenti mengambil gula putih.

Walaubagaimanapun, bacaan gula saya tetap tinggi. Agak kecewa dengan keadaan tersebut, menyebabkan saya mula kembali ke tabiat lama iaitu mengambil semula gula putih. Biasalah, melayu mudah lupa 😂😂😂

Hakikatnya, bukan gula putih sahaja menjadi punca kenaikan gula dalam darah, bahkan banyak lagi makanan berkarbohidrat tinggi juga menjadi punca gula dalam darah tetap tinggi. Sebenarnya, karbohirat terdiri beberapa komponen iaitu gula, fiber dan kanji. Karbohidrat terdapat dalam makanan berbentuk tumbuhan, sayuran, buah-buahan, bijirin dan sebagainya. Yang membezakan adalah tinggi dan rendah kandungan gula tersebut.

Antara makanan glamer yang biasa didapati dengan mudah dan menjadi makanan ruji kite sebagai rakyat Malaysia selain gula putih yang boleh menyebabkan kenaikan gula dalam darah ialah nasi, mi, bihun, kuetiau, tepung, roti, buah-buahan dan sebagainya. Bagi orang yang ada masalah diabetes, makanan ini yang boleh menyebabkan gula dalam darah tidak terkawal dan terus tinggi walaupun kite telah berhenti mengambil gula putih.

Aiyo, dahlah semua makanan ruji kite. Makan dari kecik lagi. Habistu nak makan apa ni?

Boleh baca pengalaman saya sendiri macam mana saya mengawal diabetes saya TANPA BERLAPAR sehingga doktor menghentikan insuli dan ubat diabetes saya. Boleh baca di https://bit.ly/SihatIFLK


Rabu, 6 Julai 2022

Menghitung Hari Sebelum Pembedahan Mata


Menghitung Hari Sebelum Pembedahan Mata

Mata ada 2. Berfungsi 1 je. Terpaksa pakai 2 spek. Spek yang berfungsi seperti kanta pembesar. 1 untuk tengok skrin laptop, 1 lagi untuk tengok skrin hp (itupun hp dah dibesarkan display dan saiz teks). Kene gilir2. Hakikatnye, cermin kanan je pakai. Yang kiri tak guna sebab mata kiri tak berfungsi.

Ye, inilah saya, si OKU Penglihatan. Tengok luaran, atas bawah orang cari kat mana "kurang" tu sebab fizikal mata dari luar nampak normal. Agaknye kene tepek kad OKU kat dahi dulu baru orang tau status kite. Huhuhu 🤣

Inilah tujuan pembedahan mata kanan saya minggu depan (13 Julai 2022). Usaha untuk menyelamatkan dan penambahbaikan mata kanan. Tapi macam biasa, tiada apa2 jaminan. Hasilnya mungkin lebih baik, mungkin sama je atau mungkin lebih teruk. Walauapapun hasilnya, beberapa bulan penglihatan tetap dalam keadaan yang sangat teruk selepas pembedahan sebelum pulih semula.

Bersedia mental dan fizikal untuk keadaan terburuk sekiranya kedua2 mata sudah tak berfungsi lagi. Tetap berdoa agar mendapat hasil yang terbaik agar sekurang2nya mata kanan dapat melihat lebih jelas. Sesungguhnya, ku sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat rindu untuk melihat wajah2 tersayang secara jelas semula setelah hampir 2 tahun hanya nampak blur2 je. Tiada dalam memori wajah terkini mereka semua terutamanya anak2 yang pasti sudah banyak berubah. Yang ada dalam memori hanyalah wajah lama mereka.

Satu lagi risau jugak kalau bab2 bius penuh ni. Yelah, kite ditidurkan sepanjang pembedahan. Risau kalau tidur yang tak bangun2 dah. Ya Allah, panjangkan lagi umurku agar aku dapat terus melakukan amal di dunia sebagai bekalan yang mencukupi untuk akhiratku. Amiin.

Sekadar luahan rasa hati ditambah dah lama tak update blog kan. Hahahahaha. Abaikan keadaan kepala yang makin berkilat, rambut yang makin jarang, badan yang sikit membulat 😂

Jom ushar Shopee saya >> https://bit.ly/ShopeeSismel 

Terima kasih.

Sabtu, 4 Jun 2022

Daftar OKU. MaluApe Boskur?



Daftar OKU. Malu Ape Boskur?

Sembang dengan seorang kawan OKU. Die takde kaki sampai lutut sebab eksiden beberapa tahun lepas. Tapi sayangnye, sampai harini die tak daftar dengan JKM. Katenye takut, segan, rasa down dan lain2.

Nasihat saya,

Peja: Nok takut pende. Bukannye lepah daftar OKU terus check in lokap. Nok segan pun takdok gune sebab kalu dok daftarpun, orang napok jugok kekurangan tu.

Dia: Mu dakpe r. Dok napok cacat.

Peja: Dok napok cacat, tapi aku dok napok dunia dengan jelas. Aku dok napok rupe anok bini denge jelas. Aku napok objek, tapi dok napok antu ke manusia. Aku dokleh cam muke orang. Aku dokleh baca jarak jauh atau tulisan kecik. Aku dokleh beza warna denge betul. Aku nok cari rezeki pun payoh.

Ade sorang OKU macam mu. Die kate, die lagi syukur ilang kaki dari ilang penglihatan. Takdok kaki, buleh pakai kaki palsu. Kalu takdok mata, pakai mata palsu pun tetap dok napok jugok. Ape2pun, semuanya ada hikmah belake.

Die: Ye r ork. Gane nok daftar.


Saya pun explain lah skit2 cara nak daftar.


Peja: Alang2 kite doh ada kekurangan, kite gune jelah kekurangan kite untuk dapat kelebihan2 lain. Tunggang selagi buleh kad OKU tu. Jangan nipu orang dohla. Hahahaha.

Kalu layok, buleh dapat elaun OKU. Doklah banyok. Nok bayor sewa rumoh pun dok lepah. Tapi, bulehlah cover sket2 hok mane dok cukup.

Kite dok cacat, orang ngate jugok. Kite cacat pun, orang ngate jugok. Sedangkan nabi hok sempurna, pun orang duk hina sokmo.

Awal2 dulu aku dapat title OKU, aku meroyan sokmo. Duk update fb sokmo. Leni pun sekali sakala meroyan jugok. Bukan senang nok terime keadaan kite. Sekali sakala setan ni pun duk bisik sokmo bende buruk nok suh kite down.

Memang ade orang sian ke aku. Wi sumbangan ke aku. Wi semangat. Tolong doakan. Wi nasihat dan macam2 lah. Tapi, hok ngate pun ramai. Kate aku nok ambik kesempatanlah, apelah. Hok dok alami dok akan faham. Hanye tau cakap sedap mulut je. Tunggu die kene sekali, baru tau langit tinggi rendoh.

Sumbangan aku dapat pun bukan banyok sangat. Abis lame doh. Bukan jadi jutawan pun. Tapi, Alhamdulillah dapat jugok untuk sapot sikit sebanyok dulu2.

Abis kat situ perbualan pasal OKU. Masuk macam2 citer lepas tu. Pasal kartun, pasal movie, pasal politik dan macam2lah. Full stop.

Nasihat saya kepada OKU yang tak berdaftar, daftarlah. Jangan segan, jangan malu, jangan takut. Semua ni ada kebaikannya. Jangan layan mulut2 orang tu. Sampai ke mati pun orang akan puji atau mengata kat kite.


Ganti gula dengan pemanis yang lebih sihat >> https://bit.ly/SweetLabDrop

Belajar cara menangani masalah diabetes dan obesiti >> https://bit.ly/SihatIFLK

Rabu, 1 Jun 2022

Kaedah Mengurangkan Berat Badan Bagi Individu Diabetes + Obesiti



Kaedah Mengurangkan Berat Badan Bagi Individu Diabetes + Obesiti

Sapa yang taknak turunkan berat badan kan? Lagi2 yang ada masalah diabetes + obesiti. Pasti nak jugak merasa jadi orang slim macam orang lain. Tul tak?

2 pilihan yang ada bagi pesakit diabetes + obesiti untuk mengurangkan berat badan.

Pilihan 1:
Menu makanan: Makan je ape2 yang disukai termasuk gula dan makanan berkarbohidrat tinggi. Makan beberapa kali dalam sehari, 5 atau 6 kali sehari atau lebih.
Kesan: Berlaku keadaan dipanggil ketoasidisis.
Keputusan: Berat badan turun banyak dan boleh dapat pakej percutian ke wad beberapa hari. Badan sentiasa penat, lemah, tak bermaya dan asyik lapar dan dahaga je.

Pilihan 2:
Menu makanan: Makan sampai kenyang menu bermaruah, tinggalkan gula, kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi. Hadkan makan kepada 1 kali atau 2 kali je sehari supaya badan boleh buang gula yang berlebihan dalam darah.
Kesan: Berlaku keadaan dipanggil ketosis.
Keputusan: Berat badan turun secara selamat samaada cepat atau lambat dan insyaAllah kurang potensi untuk check in di wad. Badan akan sentiasa bertenaga dan kurang rasa lapar.

Mana satu pilihan anda?

 

Ganti gula dengan pemanis yang lebih sihat >> https://bit.ly/SweetLabDrop

Belajar cara menangani masalah diabetes dan obesiti >> https://bit.ly/SihatIFLK

Isnin, 30 Mei 2022

Operate Mata Lagi


Alhamdulillah, akhirnye dapat jugak tarikh operate mata kanan setelah beberapa kali tangguh. Cume tak beraya Qorbanlah tahun ni. Tarikh operate samaada 6 Julai atau 13 Julai. Raya InsyaAllah 9 Julai.

Kalau operate 6 Julai, 28 Jun kene cucuk ubat dalam mata dan facedown 2 minggu bermula lepas operate sampai 20 Julai. Silap2 hari raya duk kat wad lagi 😂. Jadi bermula 28 Jun sampai 20 Julai dah takleh buat kerja2 berat.

Kalau operate 13 Julai plak, 5 Julai kene cucuk ubat dalam mata dan facedown 2 minggu bermula lepas operate sampai 27 Julai. Jadi bermula 5 Julai sampai 27 Julai dah takleh buat kerja2 berat.

Citernye, tak kire bile pun operate, takleh pegang oale lembu dan pereboh lembulah citernye. Huhuhu.

Tapi paling tak best bile operate ni bius penuh. Takut jugak lepas operate tak sedar terus dah. Ya Allah, panjangkanlah umurku lagi. Dosa banyok lagi. Amalan dok cukup lagi. Anok2 pun kecik2 lagi. Tapi, kalau dah ajal, time sedar pun boleh mati, kan?

Ape2pun, appointment 28 Jun nanti baru decide samada operate 6 Julai atau 13 Julai.

Rabu, 18 Mei 2022

Perjalanan Pengajian Si Otak Berkarat


 Perjalanan Pengajian Si Otak Berkarat

10 tahun yang lalu, dapat tawaran belajar diploma pentadbiran awam secara PJJ. Rasa macam tak yakin je masa tu.

Tapi sape sangka, 2019 saya berjaya tamatkan bukan setakat diploma, bahkan sekali dengan degree sains pentadbiran.

2020 plak sambung master pentadbiran perniagaan secara coursework. Tapi apakan daya, asbab kemalangan kecik yang membuatkan sebelah mata saya buta dan sebelah lagi rosak. Hampir 20 rawatan laser dan 2 pembedahan telah dijalankan menyebabkan saya telah 2 kali memohon cuti khas dan akhirnya terpaksa berhenti pengajian.

Atas nasihat kawan2 mahasiswa oku, saya bercadang untuk mengambil master by research sains pentadbiran. Masalahnya, 2 lagi pembedahan mata yang asyik ditangguh beberapa kali menyebabkan banyak perancangan tersekat ni.

Target nak dapat PHD sebelum umur 45. Semoga dipermudahkan urusan saya. Amin.

Isnin, 9 Mei 2022

Hasil IFLK Selama Lebih Setahun

Hasil IFLK Selama Lebih Setahun

Sebelum tu, belum terlambat lagi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Ok, bermula cerita, saya seorang pesakit diabetes dan darah tinggi. Bukan setahun dua, tapi bertahun2 dah. Kali pertama saya disahkan mempunyai diabetes lebih 10 tahun yang lalu. Mungkin 2007 kot. Tapi, masalah denial syndrome ni menyebabkan saya langsung tak menjaga PEMAKANAN saya.

Akhirnya, insaf tu datang beberapa hari sebelum PKP 1.0. Itupun sebab tak tahan sakit terkena bisul pada betis. Ditambah plak kaw kaw saya kene tiaw dengan doktor KK. Ketika itu, HbA1c 13.1% (normal bawah 6.0%), eGFR 89 (Normal atas 90) dan trigliserida 7.2 (normal bawah 1.7). Saya juga diberi insulin insulatard (bermula 12 unit dan yang tertinggi 42 unit), ubat diabetes iaitu gliclazide dan metformin serta beberapa lagi ubat darah tinggi. Bacaan gula saya hampir 20mmol. Ketika itu berat saya lebih 110kg.

Bulan syawal tahun 2020 adalah permulaan saya belajar intermittent fasting (IF). Ketika itu masih main-main. On off ikut suka hati je. Beberapa bulan selepas itu, saya dah mula maintain IF lebih 16 jam setiap hari. Gula harian saya makin rendah (bawah 10mmol). Tapi masih belum dalam range normal.

Saya mencari2 lagi cara untuk normalkan gula dan saya berkenalan dengan keto diet. Peringkat awal masih on off. Selepas beberapa bulan, saya dah mula fully keto. Saya mengamalkan lazy keto (LK).

Selepas itu, gula saya terus turun sehingga maintain ke paras normal. Saya dah mula hypo dan dos insulin diturunkan sehingga doktor hentikan terus insulin. Dos gliclazide pun dikurangkan dan akhirnya dihentikan terus. Yang terkahir sekali, metformin pun dihentikan.

Berat saya pun dah mula turun. Peringkat awal, daripada 110kg ke 90kg sangat laju. Daripada 90kg ke 85kg sangat perlahan dan akhirnya berat saya stuck dan tak turun2 hampir setahun. Walaupun tak turun, banyak baju2 saya yang tak muat sebab beli salah saiz dulu2, dah boleh pakai. Ah, saya tak pedulik sangat tentang berat tu.

Akhirnya, semalam (08/05/2022), ada temujanji KK utn uk review darah (Darah amik 2 minggu lepas). Agak berdebar jugak tunggu result walaupun dah beberapa kali amik dan review result darah.

Keputusan terkini:
HbA1c 5.1% (dulu 13.1%)
eGFR 97.4 (dulu 89)
Trigliserida 1.83 (dulu 7.2)
Bacaan gula harian maintan 4 - 6mmol.

Alhamdulillah, semua asbab IFLK. Jadi, kalau anda ada masalah metabolik terutamanya diabetes dan memang bersungguh2 nak kawal diabetes tu, boleh cuba protokol IFLK ni. InsyaAllah, jika istiqamah, pasti akan nampak hasilnya.

Jom belajar IFLK di sini >> http://bit.ly/SihatIFLK