My Lovely Family

Faizal, Azila, Haikal, Humaira.

OneXOX Prepaid

Klik sini. Di bawah OneXOX Prepaid, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

OneXOX Black

Klik sini. Di bawah OneXOX Black, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

Sihat Dengan IFLK

Perkongsian bagaimana saya mengawal diabetes tanpa ubat dan berjaya turunkan berat badan lebih 20kg.

Pemanis Sihat Pengganti Gula

Sesuai untuk pesakit diabetes. Tanpa kalori, tanpa kolestrol, tanpa karbohidrat, indeks glisemik kosong.

Isnin, 30 Ogos 2021

Kisah Dulu Dengan Insulin dan Ubat


Orang yang selalu tengok saya, tak perasan sangat penurunan saiz tubuh saya. Saya sendiri pun tak perasaan. Saya masih lagi pakai pakaian2 lama saya yang besar gedabak tu. Baju masih pakai yang 3XL - 4XL walaupun dah macam baju kelawar. Seluar masih pakai yang 42" walaupun dah londeh.

Bile saya cuba pakai pakai saiz XL dan L dan seluar saiz 34", memang padan. Tapi, saya masih rasa segan nak pakai. Terasa macam ketat walaupun wife cakap dah ok. Terasa kaki ni macam batang balak lagi walaupun wife cakap dah macam batang pinang. Hahahaha. Adoi. Ade jugak spesis gitu. Takpe2, kite kejar lagi 10 - 15kg untuk berat 70 - 70kg dan pinggang saiz 29" - 30" plak.

Bagi saya tu kurus dan slim tu no 2. Yang paling penting, saya bukan lagi termasuk dalam statistik pesakit diabetes yang tidak terkawal (HbA1c lebih 6.5%). Boleh dapat bawah 5% tanpa insulin dan tanpa ubat adalah satu pencapaian yang memuaskan hati saya.

Serem jugak tengok ubat yang dicucuk dan dimakan dulu. Sekarang Alhamdulillah, ubat diabetes, ubat kolestrol, doc dah lama stopkan. Tinggal ubat darah tinggi je. Itupun bacaan tekanan darah tak tinggi sangat dah berbanding dulu.

Dulu kalau tak makan ubat, bacaan kompom 200/100. Awal2 makan ubat, dalam range 160 / 90. Sekarang, dah macam dalam gambar tu.

#BebasDiabetes
#ReverseDiabetesObesity
#IntermittentFasting
#OneMealADay
#KetoDiet
#LazyKeto
#LowCarbNoSugar
#PMLSWellness
#IFLK4Life
https://bit.ly/SihatIFLK

Isnin, 23 Ogos 2021

Bahaya Ke Makan Telur?

 


Dari kecik2 diajar:

- Jangan makan telo banyak. Tinggi kolestrol. Punce masalah jantung.

- Kurangkan makan kuning telor. Tak elok.

- Kene banyak makan karbohidrat seperti nasi dan roti seperti piramid makanan.


Hakikatnya: 

- Telo sangat berkhasiat.

- Makanan tinggi karbohidrat sangat bahaya.

- Piramid makanan dah tak valid. Tu wujudnye diet suku suku separuh yang mengurangkan karbohidrat dalam diet harian.


Kisah saya:

- Mula2 diberi insulin, ubat diabetes, ubat kolestrol sebab diabetes yang sangat tak terkawal dan kolestrol sangat tinggi.

- Bila saya hadkan pengambilan karbohidrat dan banyakkan makan telo (3, 4 biji sehari) dan mengamalkan intermittent fasting dan keto diet, doktor berani hentikan insulin, ubat diabetes dan ubat kolestrol saya. Agaknya kenapa? Sebab saya dah berjaya reversed diabetes saya (HbA1c 13.1% turun kepada 5.1% tanpa insulin dan ubat).

- Dapat bonus extra: 110kg turun ke 85kg, baju 4XL ke XL / L, seluar 42" ke 33".

- Belum kurus, belum slim, belum fit, belum tuf, tapi otw ke arah sane.


Nak ke nak?


#BebasDiabetes

#ReverseDiabetesObesity

#IntermittentFasting

#OneMealADay

#KetoDiet

#LazyKeto

#LowCarbNoSugar

#IFLK4Life

Jumaat, 20 Ogos 2021

Inchloss Punya Cerita


Inchloss punya cerita.

Saya sebelum mulakan IF+LK, saiz seluar saya 42" dan berat saya 110kg. Setelah beberapa bulan, akhir Disember 2020, berat saya dah capai 85kg dan masa tu pinggang saya dah 36" - 38" macam tulah. Selepas tu, saya langsung tak ukur dah pinggang saya. Berat saya macam yoyo naik turun antara 85kg - 90kg. Kire dah macam berat statiklah. Tak turun2 langsung sampai harini. Takpe, saya teruskan IFLK macam biasa.

Harini (20 Ogos 2021), balik dari briswalk, terdetik rasa nak ukur pinggang. Dengan tali pengukur yang saya guna Disember 2020 dulu, saya try ukur. Entah kenapa rasa berdebar plak macam tunggu tok mudim datang nak menebas, macam jugak nak amik result SPM, same jugak debarnya masa nak akad nikah 11 tahun lepas.

Sekali ukur, hambik kau, 33"

Saya gelak sorang2. Banyak kali try ukur kot2 silap. Siap mintak tolong wife tengok kot2 saya silap tengok. Almaklumlah, mata banyak error.

Sesungguhnya inchloss itu benar walaupun berat statik. Kene target turun lagi ni sampai 29" - 30" 😆

P/S: Segan r nak snap gambar tali pengukur kat pinggang tu. 6packs masih diselaputi 1pack 🤪
 

Rabu, 11 Ogos 2021

Keadaan Mata Terkini



Sejak beberapa hari, ramai member2 duk wasap dan pm semula tanya keadaan dan progress mata. Terima kasih saya ucapkan.

Untuk maklumkan, selepas 2 kali pembedahan pada mata kiri saya, keadaan mata saya masih lagi seperti dulu dengan kata lain hanya nampak bayang2 putih je. Kalau ade improvement pun, terlalu sikit dan tak banyak sangat perubahan. Kalau ikut skala tahap penglihatan, masih lagi di tahap "buta".

Bezanya, sebelum ni, pandanga saya sangat terganggu dengan keadaan mata kiri ni, tapi setelah sekian lama, otak saya mula menyahaktifkan fungsi mata kiri menyebabkan mata kiri saya kurang berfungsi. Otak dah bagi arahan kat mata supaya menggunakan mata kanan sepenuhnya sebagai alat penglihatan.

Keadaan mata kanan saya semakin teruk. Cuma saya masih boleh melihat dan membaca dalam jarak dekat dan saiz font besar. Doktor masih tidak boleh membuat apa-apa rawatan atau pembedahan mata kanan saya kerana perlu menunggu keadaan mata kiri supaya lebih stabil anggaran selepas 6 bulan.

** Mata kiri masih lagi berdenyut sekali sakala dan merah walaupun sudah hampir sebulan operate.

Atas kiri: Pandangan mata kiri.
Atas kanan: Pandangan mata kanan.
Bawah: Pandangan normal.