My Lovely Family

Faizal, Azila, Haikal, Humaira.

OneXOX Prepaid

Klik sini. Di bawah OneXOX Prepaid, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

OneXOX Black

Klik sini. Di bawah OneXOX Black, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

Sihat Dengan IFLK

Perkongsian bagaimana saya mengawal diabetes tanpa ubat dan berjaya turunkan berat badan lebih 20kg.

Pemanis Sihat Pengganti Gula

Sesuai untuk pesakit diabetes. Tanpa kalori, tanpa kolestrol, tanpa karbohidrat, indeks glisemik kosong.

Rabu, 8 Mac 2023

Kenapa Saya Berubah?


Kenapa Saya Berubah?

2 hari lepas (Isnin), appointment berkala di Klinik Kesihatan. Ramainya orang, ya Allah, kali pertama masuk klinik jam 8.45pagi, keluar jam 1.00tengahari. Biasanya klinik kesihatan yang biasa saya pergi ni, maksimum 2 jam pun urusan dah selesai. Mungkin sebab hari Ahad cuti, tu yang ramai sangat.

Macam biasalah, selaku seorang pesakit diabetes dan darah tinggi, saya mendapat "buku hijau" dan perlu mendapatkan pemantauan daripada klinik setiap 3 bulan. Ujian HbA1c akan dibuat setiap 6 bulan dan ujian kesihatan penuh akan dibuat setiap tahun.

Sebelum masuk jumpe doktor, ujian saringan akan dibuat oleh jururawat bertugas di luar bilik doktor. Bacaan gula dan tekanan darah akan diambil.

Tekanan darah 125/79, nadi 64, bacaan gula 4.8.
.
Encik Jururawat (EJ): Encik ada pening2 atau gelap mata atau rasa nok pengsan dok?", tanye jururawat tersebut.

Faizal Syukri (FS): Alhamdulillah, takdok. Ok je

EJ: Oh, takdok dakpela. Takut hypo je. Biasenye orang kencing manih kalu bacaan gula turun mengejut, buleh jadi hypo.

FS: Bacaan saya memang gitu sokmo. Biase bowoh 6.

EJ: Bagus r encik. Jangan skip ubat nge cucuk insulin tu.

FS: Eh, dok. Saya dok cucuk insulin nge makan ubat doh. Lame doh doktor stop insulin nge ubat.

Encik jururawat macam blur2. Dibelek2nye buku ijau saya tu untuk tengok rekod2 sebelum ni.

EJ: Bagus encik. Molek r. Kekal keadaan gini. Molek sangat doh ni.
.
Alhamdulillah, sejak 08/11/2020 doktor stopkan insulin dan semua ubat2 diabetes saya. Benda tak mustahil, tapi nak mula berubah ke arah kesihatan yang lebih baik tu yang susah.

Sepanjang saya menunggu giliran untuk ujian saringan, kebetulan saya menunggu betul2 depan meja saringan. Jadi saya dapat dengar bacaan gula hampir setiap pesakit yang disaring. Majoriti bacaan 10mmol ke atas.

Teringat lagi kata2 doktor yang mula2 merawat saya "Kalau encik tak sayang diri sendiri, tu encik punya pasal. Tapi fikirlah anak bini tu".

Ye, itulah yang menjadi turning point saya untuk berubah. Semuanya kerana Allah dan demi untuk kebaikan anak2 dan isteri saya.

Syukur...

Jom reversed diabetes >> https://bit.ly/SIhatIFLK

Khamis, 2 Mac 2023

Nyesal Buat IFLK 2 Tahun Lepas!


Nyesal Buat IFLK 2 Tahun Lepas!

Manenya tak menyesal, asbab dari IFLK saya berjaya reversed diabetes. Tapi saya menyesal sebab baru buat 2, 3 tahun lepas. Sepatutnya buat lebih awal dari tu. Dari zaman muda2 dulu lagi, yakni dari mula2 saya disahkan pesakit diabetes lebih 10 tahun yang lalu.

Tapi, apa boleh buat. Benda lama berlaku. Masa yang terlepas tu, takleh nak reversed dah. Tapi, diabetes masih boleh reversed asalkan ada rasa nak insaf.

Dalam banyak2 masalah yang jadi, 1 masalah yang masih belum boleh reversed iaitu masalah saraf kaki akibat diabetes. Ade orang cakap, bila rosak, memang tak boleh pulih dah. Ada orang cakap, boleh pulih tapi amik masa yang sangat lama.

Selepas bertahun tahun tahun tahun ada diabetes dan tak pernah kawal, akhirnya muncul satu keadaan dimana kaki saya kerap kebas. Bila urut, ok sekejap. Pastu kebas lagi. Makin lama, makin kerap dan akhirnya tak pernah hilang rasa kebas tu. 24jam 7 hari semingggu 365 hari setahun kaki kebas.

Yang tak bestnya bila kaki kebas, deria sakit yang datang dari luar makin kurang dan akhirnya hilang terus deria sakit. Tak kiralah tersepak kaki meja ke, terpijak paku ke, tercabut kuku kaki ke, memang langsung tak rasa apa2. Yang nampak, darah je keluar. Itupun kalau perasan.

Lepas hilang deria sakit, mula rasa kaki bagai dicucuk2, dihiris2 dari dalam. Sentiasa sakit. Selalu je saya mintak wife saya tolong urutkan. Itu sekadar untuk melegakan sakit untuk beberapa jam je. Lepas tu, kembali sakit mencucuk dan menghiris. Luka jangan cakap, luka sikit je pun berhari2 nak baik. Silap2 seminggu pun belum sembuh.

Itu cerita saya beberapa tahun lepas lah sebelum saya reversed diabetes. Sekarang, kaki saya masih lagi kebas 24jam. Tak hilang kebas tu. Cuma, dah takde sakit mencucuk dan menghiris tu. Dan saya perasaan, deria sakit saya dah kembali walaupun rasanya hujung2 je. InsyaAllah, saya yakin suatu hari nanti pastu sembuh seperti asal. Doakan saya.

Jom reversed diabetes. Baca sini >> https://bit.ly/SihatIFLK

Sabtu, 14 Januari 2023

Perjalanan Saya Dalam Perniagaan Telekomunikasi


Perjalanan Saya Dalam Perniagaan Telekomunikasi

Dalam bab2 bisnes telekomunikasi ni, paling lama saya "menjual" servis TM bermula zaman2 Streamyx dulu.  Sekarang masih lagi menjalankan servis ini, tapi agak slow disebabkan banyak faktor2 luaran menyebabkan saya slow down skit. Tapi, jika masih ada yang berminat nak daftar Unifi, boleh layari https://www.applysini.com/fiber/DaftarInternetOnline

Setelah sekian lama, saya berkenalan dengan bisnes ToneExcel. Bisnes menjual simkad yang menawarkan peluang menjana pendapatan. Agak ok, tapi lama kelamaan makin suram memandangkan harga simkadnya agak tinggi dan pelan datanya jugak agak mahal berbanding pesaing lain. Pelanggan saya juga makin ramai port out dan akhirnya berkuburlah bisnes ni.

Bile tengok dah ramai pelanggan port out, saya memilih bisnes OneXOX yang dikuasakan dengan coverage Celcon. Simkad OneXOX agak terkenal dengan simkad "panjang umur" yang menawarkan validity sehingga 28 bulan (sekarang boleh dapat tambahan lagi 8 ditambah daripada 28 bulan tu). Postpaid pun ada dengan pakej Blacknya. Kalau minat nak ushar2, boleh klik https://xox.com.my/onlinestore/dealer.php?dlr=DYSD53185

Tak lama lepas tu, saya tambah koleksi bisnes simkad saya dengan menjadi dealer HaloTelco yang dikuasakan oleh TuneTalk. Tapi, tak bertahan lama sebab masa tu PKP ditambah saya baru mendapat title OKU. Jadi, mental agak koyaktun warabakkun. Saya cepat sangat down dan akhirnya terkubur bisnes HaloTelco ni.

Saya tau, sekarang ada banyak pilihan simkad dengan beraneka pakej data, pakej panggilan dan sebagainya. Jadi, setiap bakal pelanggan mempunyai citarasa yang berbeza. Kali ni, saya tambah lagi bisnes simkad saya iaitu ToneWOW yang dikuasakan oleh DiGi. Seperti simkad "buat duit" lain, ToneWOW juga menawarkan pilihan kepada pengguna pilihan simkad samaada untuk kegunaan sendiri atau untuk berbisnes. Jadi, jika kengkawan nak dapatkan info berkenaan Simkad ToneWOW, boleh layari https://kerjasimple.com/tonewow/faizalsyukri atau kalau nak cuba bisnes dengan simkad ToneWOW, boleh layari https://KerjaSimple.com/faizalsyukri

Khamis, 24 November 2022

Tahniah DS Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai PM Malaysia Ke-10


Tahniah DS Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai PM Malaysia Ke-10

Alhamdulillah, akhirnya Malaysia dah berPM setelah beberapa hari PM dan AM saling bertukar ganti dan dan bertukar shif.

Tahniah dan takziah diucapkan kepada DS Anwar Ibrahim yang akhirnya diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong selaku Perdana Menteri Malaysia ke-10. Besarnya gaji, besar jugaklah tanggungjawab. Bab kate orang kapung ambe, "with great power comes great responsibility".

Diharapkan PM dan bakal menteri serta kerajaan baharu yang mentadbir Malaysia dapat mentadbir dengan baik dan penuh saksama, jujur dan amanah. Yang jadi pembangkang, jangan risau, gaji selaku ahli parlimen tetap ada macam biasa. Jadilah pembangkang yang kuat dan lawanlah segala kerosakan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan.

Kepada rakan-rakan sekalian, walau siapapun berada di atas, bil air letrik telefon, kereta, rumah, petrol, makan, minum, pampers, susu anak2 dan lain2, kite tetap kene keluarkan duit poket kite sendiri. Takdenye kerajaan nak tanggung tu semua. Jadi, jangan taksub politik sampai bergaduh gocoh, bercerai berai, bertumbuh terajang dek kerana politik. Diorang rileks je boleh minum teh tarik sesame. Kite yang nak lebih2 ni apehal?

Oh, lupe plak. YAB PM, janganlah umum cuti esok (Jumaat). Kami kat negeri2 yang cuti hari jumaat, memang dah sedia ada cuti hari jumaat dah. Umum hari lain deh.

Yang penting, shopee xpress masih slow lagi ke dah makin laju?

Jadikan IFLK Sebagai Lifestyle


Jadikan IFLK Sebagai Lifestyle

Nak sihat dengan IFLK, kene jadikan IFLK sebagai gaya hidup atau lifestyle. Bukan jadikan IFLK sekadar untuk turunkan gula sebelum appointment klinik @ spital (takut doc marahla tu) atau sebab nak pakai baju kebaya time raya.

Habistu, sampai bile saya nak kene makan menu keto? Sampai bile saya tak boleh makan nasi? Roti canai? Kuih2? Kek? Nasi arab? Nasi kerabu? Ketupat rendang sila nikmati kawan. Penat memasak malam ke pagi. Wajik dan dodol jangan lupakan. Peninggalan nenek zaman berzaman. Dah dah, stop nyanyi tu.

Sekali sekala nak makan, makan jela. Time raya ke. Besday ke. Anniversary ke. Keyword: Sekali sekala. Bukan sekali sekala buat IFLK. Buat IFLK sehari rasa dah macam buat sebulan. Hari2 lain duk makan roti canai, fast food, kek, roti, tepung tepung tepung dan lain2.

Ok, faham ke faham?

Jom reversed diabetes dengan IFLK https://bit.ly/SihatIFLK