My Lovely Family

Faizal, Azila, Haikal, Humaira.

OneXOX Prepaid

Klik sini. Di bawah OneXOX Prepaid, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

OneXOX Black

Klik sini. Di bawah OneXOX Black, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

Sihat Dengan IFLK

Perkongsian bagaimana saya mengawal diabetes tanpa ubat dan berjaya turunkan berat badan lebih 20kg.

Pemanis Sihat Pengganti Gula

Sesuai untuk pesakit diabetes. Tanpa kalori, tanpa kolestrol, tanpa karbohidrat, indeks glisemik kosong.

Isnin, 26 Jun 2023

Nak Makan Apa Hari Raya?


Nak Makan Apa Hari Raya?

Raya qurban dah dekat. Esok mungkin semua orang dah sibuk dengan preparation raya.

Teringat beberapa minggu lepas ada orang tanya, dah dekat nak raya haji, menu apa nak dimakan pada hari raya?

Saya tak tahu adat dan budaya masyarakat negeri selain Terengganu. Tapi, kalau di tempat saya, hari raya qurban ni, memang banyaklah dapat stok daging atau majlis hari raya yang sediakan menu bersumberkan daging samaada gulai daging, sup daging, daging masak merah, daging masak hitam dan macam-macam lah.

Jadi kat situ, dah nampak menu apa yang akan memonopoli meja makan. Hahahahaha.

Habis tu, macam mana dengan nasi dan makanan2 lain (kalau ada) macam ketupat, nasi impit dan lain2?
Kalau tanye saya, ni kan raya. Jadi, eat at your own risk.

Ada beberapa risiko kat situ.
1. Kemungkinan badan anda tak berapa boleh terima kehadiran karb terlalu banyak secara mengejut.
2. Kemungkinan anda akan terus hanyut ke Laut China Selatan. Jika bernasib baik, akan ada bot penyelamat datang selamatkan anda. Jika tidak, mungkin akan terus tenggelam.
3. Kemungkinana ada akan tido bergelimpangan seperti ular sawa kekenyangan. Yelah, depan belakang kiri kanan masak menu sedap. hahaha.
4. Tambah sendiri lah.

Yang ada kencing manis jenis 2 tu, daging takde masalah nak makanpun. Cume kadang2 cara masakkan yang ada banyak gula tu mungkin jadi masalah skit. Alah, pandai2lah.

Faham ke tidak ni?

Apa2pun, saya ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha!

Jom reversed diabetes. Klik sini >> https://bit.ly/SihatIFLK

Selasa, 20 Jun 2023

Langkah Paling Awal Reversed Diabetes


Langkah Paling Awal Reversed Diabetes

Secara umumnya, 1gram gula bersamaan 1gram karbohidrat. 1gram karbohidrat juga boleh menaikkan 0.5 - 1.0 mmol glukosa dalam darah. Tapi, ianya bukan angka yang tepat sebab setiap individu mempunyai tahap responsif tubuh yang berbeza. Ianya dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk jenis karbohidrat, indeks glisemik, aktiviti fizikal, sensitiviti insulin dan sebagainya.

Karbohidrat bukan sahaja terdapat dalam gula, bahkan dalam hampir keseluruhan makanan yang kita makan setiap hari terutamanya dari sumber tumbuhan, bijiran dan lain-lain.

Setiap makanan juga mempunyai jumlah karbohidrat yang berbeza.

100g gula putih = 100g karbohidrat
100g nasi putih = 28g karbohidrat
100g roti putih = 49g karbohidrat
100g salad = 6g karbohidrat
100g tomato = 5g karbohidrat

Dan banyak lagi lah makanan harian kita yang boleh kite google fakta nutrisinya.

Jadi, jika kita tengok kepada jumlah karbohidrat, gula putih antara yang paling tinggi karbohidratnya. Pasti ianya makanan yang boleh melonjakkan bacaan glukosa dalam darah terutamanya kepada pesakit kencing manis.

Jika nak kawal kencing manis, perkara paling pertama yang perlu dibuat ialah berhenti terus penggunaan gula dan kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi. Gula boleh digantikan dengan pemanis 0 karbohidrat seperti SweetLAB Drop dan lain-lain.

Jika dua ini boleh dikawal, lebih mudah untuk kawal makanan lain untuk reversed kencing manis, insyaAllah.

Nak belajar cara reversed diabetes? Sila klik https://bit.ly/SihatIFLK

Isnin, 19 Jun 2023

Adakah Kita Betul-Betul Sihat?


Adakah Kita Betul-Betul Sihat?

Yang rasa diri sihat dan takde masalah metabolik walaupun dah bertahun2 tak buat medical checkup, mohon buatlah sekali ye.

Darah tinggi ni lain skit. Kalau tekanan naik, akan terasa sakit kat kepala. Tapi kalau kencing manis, jarang dia datang dengan tanda2 ketidakselesaan pada badan pada peringkat awal. Bila dah disahkan pesakit diabetes, masa tu dah diperingkat pertengahan atau peringkat kritikal.

Laburkan sikit duit untuk beli glucometer dan alat cek tekanan darah. Kat shopee banyak brand murah. Ceklah tekanan darah 5, 6 kali seharipun. Dah tak kene bayar dah.

Jangan takutlah setakat cukup jari sikit untuk kuarkan darah setitik. Tak sakit pun. Kan kalau takut sangat nak cek, silap2 kene kencing manis dan kaki kene kerat, lagi haru.

Glucometerlah mungkin berkos skit kalau cek sebab lepas cek kene buang strip. Sebelum makan nasik arab ke nasi beriyani ke, amik glucometer dan cek bacaan gula. 2 jam lepas makan, cek sekali lagi. Tengok banyak mana naik.

Kalau sebelum makan 5.0, lepas makan 10.0, jangan plak cakap "Oooh, naik sikit je. 5 point je tu". Kalau anggap 5 point tu naik sikit, hati2lah.

Jom berkempen 1 rumah 1 glucometer.

P/S: Pasni nak jual glucometerlah plak. Hahahahahahaha.

Jom roger saya untuk belajar reversed diabetes. Klik sini >> https://bit.ly/SihatIFLK

Selasa, 13 Jun 2023

Mahal Betul Bila Amalkan IFLK. Ye ke?


Mahal Betul Bila Amalkan IFLK. Ye ke?

"Buat IFLK ni banyak makan duit sebab kene beli almond flour lah, psyllium husk lah, coconut flourlah, olive oil lah, whipping cream lah."

Tak tak tak. Tak wajib dan tak perlu pun bende2 alah tu. Nak beli pun, terpulanglah. Makan macam biasa je. Kalau biasa makan nasi putih lauk kari ayam, ikan goreng, kankung belacan. Kali ni kite tukar sikit je. Jangan amik nasi. Yang lain macam biasa.

"Habis tu kalau tak makan nasi, macam mana nak kenyang?"

Kalau tak kenyang, gantikan nasi dengan telur goreng hancur 2 bijik, makan ayam 2 ketoi, ikan goreng 2 ekor.

"Alahai, banyaknye lauk. Mahallah jugak"

Gini bang, akak, pakcik, makcik, kalau mahalpun, sekali ni je makan. Lepas tu kenyang menyandor macam ulo sawe telang lembu sekor. Kalau buleh masok sendiri, lagi jimat. Makan sekali dua, kenyang 24jam.

Saya dulu zaman2 berat 150kg tu, makan sikit je lauk. Tapi 6x sehari.
Breakfast: Nasi lemok + lauk ayam + nescafe ping.
Minum pagi: Nasi minyok + lauk daging + kopi ping.
Lunch: Nasi putih + ayam + sayur + teh o ping.
Minum petang: Mi kari + pisang goreng + milo kosong ping.
Makan malam: Nasi goreng + telur mata + barli ping.
Minum malam: Megi bodo + telo goyang + teh ping.

Mahal ke muroh ni? Parok jugok ni. Tu baru kos makan. Tak termasuk kos petrol gi kedai. Hahahahaha. Siap pakej lemak extra + kincin manis + darah tinggey lagi.

Makan nasi pun tak kenyang2 jugak.

"Ambe Oyat Doh" (Tiru tagline pokcik I Have Spoken"

Jom reversed diabetes >> https://bit.ly/SihatIFLK

Jumaat, 9 Jun 2023

Kita Lebih Takutkan Daging & Lemak Berbanding Gula


Kita Lebih Takutkan Daging & Lemak Berbanding Gula

Apa2 makanan yang kita makan, pokok pangkalnya bersederhana. Tapi malangnya, jika kita nampak seseorang seolah-olah lebih banyak makan protein dan lemak, kita beranggapan ianya sangatlah bahaya berbanding makan gula.

Sebenarnya kita tak sedar, berapa banyak sangat protein dan lemak yang mampu kita makan setiap hari. Makan sikit pun dah terasa kenyang dan muak yang teramat sangat. Lagipun dengan harganya yang kadang2 tak masuk akal menyebabkan pilihan untuk makan daging dan lemak lebih terhad. Semurah-murah telur pun, dah makin tinggi harganya. Tanyalah mereka yang jadikan protein dan lemak sebagai makanan harian dan utama. Berapa kali yang mereka makan? Sekali atau dua sahaja.

Berbeza dengan pengambilan gula setiap hari. Yang kita nampak hanyalah gula yang jelas di depan mata. Sekali ambil, hanya sesudu dua sahaja. Tapi, hakikatnya, gula putih yang sesudu dua itulah yang diambil berkali-kali dalam sehari termasuklah pengambilan makanan yang ada sumber gula yang tersembunyi dalam sos, dalam makanan ringan, dalam minuman berkotak, tin, makanan segera dan lain-lain. Bahkan makanan yang berkarbohidrat tinggi juga dihuraikan menjadi gula ringkas yang sahih menyebabkan kenaikan gula dalam darah. Ada yang sampai makan 6 kali sehari sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam.

Saya tidaklah menidakkan fungsi karbohidrat dalam makanan. Sayur-sayur yang kita makan setiap hari itupun ada sumber karbohidrat. Saya jugak tidaklah memaksa semua orang makan protein dan daging sehingga termuntah-muntah. Pokok pangkalnya BERSEDERHANA.

Nak reversed diabetes? Senang je. Cut sugar, makan makanan rendah karbohidrat, makan protein dan makanan tinggi lemak sihat. Jom reversed diabetes. Klik sini untuk info >> https://bit.ly/SihatIFLK

Selasa, 6 Jun 2023

Susahlah Nak Mulakan IFLK


Susahlah Nak Mulakan IFLK

Mana saya nak mula amalkan IFLK ni? Saya dah 50 tahun makan nasi, mi, bihun, kuetiau, roti canai, fresh orange, cucur, roti, susu, buah bla bla bla bla. Saya rasa saya tak mampu nak buat IFLK lah. Takpelah, biarlah saya cucuk insulin dan makan ubat je. Kalau dah sampai ajal nak mati, mati jugak.

Kalau pikir macam ni, memang sampai ke bulan tak start IFLK. Yelah, kenal je dunia, terus saya makan nasi. Nasi tak bersalah tau. Makin dewasa, makin banyak makan. 6 kali sehari saya makan woooo. Maka, berkembang biaklah lemak2 di seluruh badan. Itu ok lagi, bile dah disahkan KENCING MANIS, pun tak reti nak insof lagi. Dah kene komplikasi itu, komplikasi ini, sakit itu, sakit ini, barulah insof.

Jangan cenggitu kengkawan. Tak perlu nak start mengejutpun kalau tak mampu. Kata orang, ayam belanda sejuk (cold turkey). Buat step by step.

Macam mana tu?

IF start 12jam. Slow2 naikkan 13jam, 14jam, 15jam, 16jam. Same jugak bab berlazy keto. Mulakan dengan stop gula. Boleh ganti pemanis sihat macam SweetLAB Drop tu. Pastu kurangkan waktu makan daripada 6kali sehari jadi 5kali sehari, 4kali sehari, 3kali sehari, 2kali sehari. Kalau kaki teh tarik 2 gelas sekali minum, kurangkan segelas, order kurang manis, pastu stop. Kalau kaki roti canak 3 keping sehari, kurangkan kepada 2 keping, sekeping, pastu stop terus. Haaaa, gitu.

Jangan bandingkan pencapaian kite dengan orang lain, tapi bandingkan dengan diri kite sendiri yang sebelum2 ni. Cuba baiki diri setiap hari. Upgrade jadi orang yang lebih baik daripada semalam.

Percayalah, suatu hari nanti IFLK tu dah jadi lifestyle. Masa tu barulah kite boleh senyum @ marah teringat zaman2 gelap kite satu ketika dahulu.

Boleh?

Jom reversed diabetes. Klik sini >> https://bit.ly/SihatIFLK

Khamis, 1 Jun 2023

Apa Itu IFLK dan Macam Mana Nak Mulakan IFLK?


Apa Itu IFLK dan Macam Mana Nak Mulakan IFLK?

Haaaaa, ni soalan yang paling kerap ditanya oleh ahli baru. Tapi kesian gak kadang2 tengok senior2 agak garang dengan adik2 junior. Hahahahahaha.

Secara ringkasnya, IF atau intermittent fasting adalah berpuasa @ tak makan. Manakala LK atau Lazy Keto adalah jenis @ menu makan kite.

IFLK ni panjang kalau nak diceritakan sekaligus. Jadi, kalau nak tunggu tahu 100% baru nak mula IFLK, memang sampai ke sudah tak mula. Itu sebabnya wujud PMLS Premium untuk guide ahli baru step by step. Ni kene PM tepilah kalau berminat.

Pos ni taknak citer pasal kurus ke pasal reversed diabetes ke. Tapi nak citer macam mana nak mula buat IFLK. Paling mudah, stop makan kul 7malam dan jangan makan apa2 sampai jam 7pagi esokkan. Minimum belajar rehatkan perut selama 12 jam.

Lazy Keto ni pun ramai lagi orang duk tanya, ni boleh makan tak, itu tak boleh makan tak. Sudahnya, semua makan. Jadi, untuk peringkat awal, TOLONG STOP TERUS ambik gula putih. Jangan percaya dakyah "takde gula, takde tenaga". Jangan jugak percaya dakyah "badan perlukan gula". Badan perlu gula ringkas @ glukosa, bukan gula putih paket 1kg / 2kg tu.

Kalau dah ngidam sangat nak minum @ makan manis, boleh ambik pemanis pengganti gula yang 0 kalori dan 0 karbohidrat. Salah satunya, SweetLAB Drop. Boleh roger saya kalau nak cuba ye. Hihihihi.

Ok, boleh kan? Mulakan dulu dengan:
1. Tak makan apa2 minimum 12jam.
2. Stop terus gula putih.

Yang lain2, akan menyusul.

Semoga berjaya.

Nak reversed diabetes? Boleh klik sini >> https://bit.ly/SihatIFLK