My Lovely Family

Faizal, Azila, Haikal, Humaira.

OneXOX Prepaid

Klik sini. Di bawah OneXOX Prepaid, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

OneXOX Black

Klik sini. Di bawah OneXOX Black, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

Sihat Dengan IFLK

Perkongsian bagaimana saya mengawal diabetes tanpa ubat dan berjaya turunkan berat badan lebih 20kg.

Pemanis Sihat Pengganti Gula

Sesuai untuk pesakit diabetes. Tanpa kalori, tanpa kolestrol, tanpa karbohidrat, indeks glisemik kosong.

Khamis, 22 September 2022

Apa Nak Buat Kalau Ada Tanda-Tanda Diabetes?


Apa Nak Buat Kalau Ada Tanda-Tanda Diabetes?

1. Jangan panik. Dunia belum berakhir, insyaAllah.

2. Gi klinik atau hospital. Jumpe doktor (jangan jumpe tok bomoh plak). Dapatkan nasihat doktor.


3. Beli glucometer. Kat shopee brand china murah2. Kalau nak cepat, gi beli kat farmasi. Standby extra pitis. Jangan tergoda dengan jajan kat kaunter farmasi.


4. Jangan skip ubat atau suntikan insulin sambil pantau bacaan gula gune glucometer. Jangan plak beli jus sembuh diabetes yang entah datang dari mana kononnye makan sebotol terus boleh sembuh diabetes.


5. Stop terus gula tak kire gula putih ke, gula merah ke, gula perang ke, gula hitam ke, gula-gula ke. Nak manis gak, boleh guna SweetLAB Drop (Saya agen ye. Hihihi).


6. Kurangkan makan makanan tinggi karbohidrat ringkas.


7. Rajin2kan berpuasa sunat atau amalkan IF. Jangan plak IF rajin sangat, pose ramadhan asyik ponteng je 😂


8. Rekodkan segala dos ubat atau insulin, bacaan gula sebelum makan, bacaan gula 2 jam selepas makan, menu makan. Kalau boleh, rekod tu tulis atas kertas. Senang nak tunjuk kat doktor time temujanji atau dating (kalu pasangan korang tu doktor la).


9. Ada hypo, gi jumpa doc semula. Mintak nasihat macam mana nak adjust ubat atau insuline kalau berpuasa. Untuk emergency, standbylah kurma atau madu atau buah sikit in case hypo apabila makan ubat. Kalau tak hypo, jangan memandai makan.


10. Jadikan IFLK sebagai lifestyle >> https://bit.ly/SihatIFLK

InsyaAllah boleh reversed. Sekian terima kasih.

Rabu, 21 September 2022

Bacaan Untuk Pesakit Diabetes / Pra Diabetes / Individu Yang Taknak Bercinta Dengan Diabetes

 


Bacaan Untuk Pesakit Diabetes / Pra Diabetes / Individu Yang Taknak Bercinta Dengan Diabetes

Senang citer, menjadi kewajipan bagi kita untuk buat medical checkup paling kurang setahun sekali untuk pantau keadaan kesihatan semasa. Ada sesetangah penyakit jarang menunjukkan simptom kecuali sudah berada di peringkat pertengahan atau peringkat akhir.

Jika sudah ada masalah kesihatan terutamanya penyakit glamer di dunia seperti diabetes a.k.a kencing manis, sila ikut nasihat doktor. Pada masa yang sama, ambil langkah pencegahan kendiri seperti jaga makan dan lain-lain.

Bagi yang baru ingin mengamalkan kaedah IFLK (Intermittent Fasting + Lazy Keto) dengan bertujuan untuk reversedkan kembali masalah diabetes, beberapa perkara asas yang perlu diketahui:

IF: Puasa berkala 12 jam / 16jam / 20jam dan lain2. Ianya melibatkan tempoh dan waktu makan. IF sangat membantu untuk "clear"kan gula dalam darah. Walaubagaimanapun, bagi pesakit diabetes yang sememangnya mempunyai masalah rintangan insulin, proses clearkan gula dalam darah mungkin mengambil masa yang lebih lama berbanding orang normal.

LK: Menu makan. Ianya bertujuan untuk menghadkan kemasukan gula baharu ke dalam badan. Citer detail nanti pening plak. Senang citer, takyah makan nasi, mi, bihun, kuetiau, roti, susu, buah, gula, MSG dan apa aje makanan yang mengandungi tinggi karbohidrat. Lebihkan makan protein dan lemak sihat. Senang cerita, lunch atau dinner yang biasa kita makan nasi + lauk ayam / daging / ikan / seafood / itik / unta / telor + sayur, hanya perlu stop makan nasi tu je. Makanlah lauk seperti biasa.

https://bit.ly/SihatIFLK

Isnin, 19 September 2022

Mata Oh Mata


Mata Oh Mata

Mata kiri memang dah lama habis segala bentuk rawatan. Alhamdulillah, keadaan fizikal mata sudah normal. Tiada pendarahan, saraf dah normal, kondisi fizikal mata pun normal. Cuma pandangan masih tak nampak sebab saraf sudah menipis.

Harini plak appoinment untuk mata kanan plak. Mula2 jumpa optometetris. Kata optometris, spek mata dan contact lens memang tak membantu langsung untuk improve penglihatan jauh. Hanya spek membaca / kanta pembesar je boleh membantu sikit untuk membaca jarak dekat.

Lepas setel dengan optometris, jumpa pakar mata plak. Kondisi mata pun semuanya dah normal, Alhamdulillah. Cuma pandangan masih kabur. Kata doktor saraf utama sangat pucat dan tak boleh nak buat apa2. Samaada kekal macam ni atau akan pulih, hanya Allah saja yang tau.

Harini doktor dah declare takde ape2 rawatan dah untuk mata. Temujanji akan datang lagi 6 bulan. Tiada lagi ubat mata, tiada pembedahan mata, tiada cucuk2. Temujanji "low vision clinic" bulan Oktober tak melibatkan doktor. Hanya jumpa optometris yang akan memperkenalkan beberapa alat untuk membantu penglihatan.

Cuma macam biasala, mata kanan hanya membantu untuk tengok objek, tapi tak jelas. Manusia ngan hantu takleh beza. Kambing ngan anak lembu mungkin nampak sama.

Kalau sape2 terserempak saya, tolong datang dekat2 dalam jarak 1 meter atau tegur saya dulu. Kalau setakat senyum. sengeh, tunjuk gigi, angkat mata, angkat kepala, maaf, saya tak nampak ye. Hihihihi.

Rabu, 14 September 2022

Selamat Tinggal Bisul


Selamat Tinggal Bisul

Hari ni genap 4 tahun saya operate bisul. Itu jugaklah antara koleksi bisul yang paling teruk saya alami. Siapa sangka lubang bisul yang ditinggalkan tu sangat besar dan boleh sumbat bola pingpong.

Bukan tu je, kalau tengok pun boleh hilang keceriaan hidup serta selera makan tau. Bayangkan boleh nampak darah, lemak2 dan daging2 dibiarkan macam tu dan hanya ditutup dengan gauze sahaja.

Darah asyik keluar dan terkena tilam wad sampai nurse kene alas tilam saya dengan pengalas macam plastik gitu untuk elakkan darah meresap ke tilam. Baju dan seluar toksah cakap, memang penuh dengan darah, setiap jam, setiap hari, selama beberapa bulan sehingga lubang bisul tu tertutup sepenuhnya. Bisul tu kat pinggang, opkos darah kene baju dan seluar.

Sebab tak tahan nak mencuci darah, saya guna tuala wanita yang saiz besar dan tampal kat lubang bisul tu. Barulah tak bocor darahnya. Sehari dalam 4 kali jugak saya tukar pad. Pagi sebelum solat subuh, tengahari sebelum solat zohor (saya jamakkan terus dengan asar), petang sebelum solat maghrib (saya jamakkan terus dengan isya') dan sebelum tido.

Memang masalah bisul ni adalah acara dwi tahunan saya. Setiap tahun, paling kurang 2 kali saya terkena bisul. Ada di tapak kaki, atas kaki, kat betis, kat peha, kat situ, kat sini, bla bla bla bla. Sakit oiiii.

Doktor selalu cakap kat saya, salah satu sebab bisul kerap berkunjung dan ziarah menziarahi kt badan saya sebab DIABETES a.k.a KENCING MANIS. Selagi saya tak kawal diabetes saya, memang gitulah nasib saya.

Kali terakhir bisul ziarah saya sebelum PKP. Itulah saat dimana saya mula betul2 insof dan kawal diabetes saya. Alhamdulillah, dah berjaya reversed diabetes dan bisul pun dah tak muncul dah. Harap2 ianya kekal sehingga akhir hayat.

https://bit.ly/SihatIFLK

Isnin, 12 September 2022

Antara Dulu Dan Sekarang


Antara Dulu Dan Sekarang

Beberapa tahun lepas, bacaan gula 12mmol tu rasa rendah sebab average waktu tu 18mmol - 20mmol. Itupun tak mengaku ada kencing manis walaupun HbA1c dah 13.1%. Itu tahun 2020. Yang sebelum2 tu, entah berapa tak amik tahu. Dapat insulin tak cucuk, dapat ubat tak makan. Makan dan minum main bedal je. Manis2 wajib. Air gas tu menu wajib dalam peti. Makan tak kurang 3 kali sehari. Mungkin 5, 6 kali sehari.

Bila dah kerap kene bisul, kulit jadi merah2 dan gatal, kaki rasa kebas2, insaflah sekejap. Akhirnya lupa balik. Bedal lagi makan macam biasa. Dah kene bisul paling teruk sampai warded, sampai kene operate, lubang bisul boleh sumbat bola pingpong, terdetik rasa nak insof. Terdetik je, belum insof lagi.

Sebelum PKP, kene tiaw dek doktor klinik kesihatan. Ayatnye yang paling pedas, "kalau tak sayang diri sendiri, sekurangnya sayanglah anak bini. Pikir sikit diorang". Akhirnya kali ni betul2 insof. Terima kasih doktor insofkan saya.

Mule belajar buat intermittent fasting. Belajar cara pemakanan keto. Bukan setakat dengar2 dari orang awam, bahkan ada jugak doktor yang sarankan kaedah ni. Siap pernah dibawa isu ni ke parlimen oleh Dr Azman, ahli Parlimen Kuala Kedah.

Sekarang, kalau bacaan lebih 6.0mmol, terus rasa risau. Padahal 6.0mmol tu dalam keadaan tak sihat (lepas operate). Hari2 lain, Alhamdulillah bawah 6.0mmol. Terus amalkan IFLK dan jadikan ianya sebuah gaya hidup. Sekali sekala dalam setahun, bedal jugak makananan "langgar pantang" terutamanya hari raya dan time kumpul adik beradik ramai2. Tapi nak bedal banyak2 pun, perut dah mengecut. Tak larat nak bedal banyak.

https://bit.ly/SihatIFLK

Khamis, 8 September 2022

Pusat Asuhan Tunas Islam PASTI


Pusat Asuhan Tunas Islam PASTI

PASTI atau Pusat Asuhan Tunas Islam adalah sebuah organisasi pendidikan bawah pemilikan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Dengan kata lain, PASTI adalah salah satu daripada organisasi pra sekolah atau senang cerita macam tadika untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah.

Yuran PASTI berbeza di setiap tempat. Di tempat saya, yurannya di bawah RM100 sebulan termasuk makan. Kalau tak silap saya masa tu Rm50 - RM60lah. Memang antara yang termurah bagi organisasi pra sekolah swasta.

Silibus pembelajaran yang bagi saya antara yang terbaik dan seimbang antara ilmu dunia dan ilmu akhirat. Saya sendiri menghantar anak saya ke PASTI dan insyaAllah untuk anak ke-2 pun akan dihantar ke PASTI.

Tak bermakna tempat lain tak bagus. Tempat lain pun bagus. Tapi ini pilihan saya. Jadi, sebarang usaha nak memburukkan PASTI, tentunya saya pun akan terasa jugak.

Semoga cikgu2 dan seluruh kepimpinan dan pengurusan PASTI diberi ganjaran di dunia dan di akhirat.

Ahad, 4 September 2022

Apa Perlu Dibuat Jika Ada Tanda2 Diabetes?


Apa Perlu Dibuat Jika Ada Tanda2 Diabetes?

Ada sesetengah penyakit tidak menunjukkan tanda2 pada peringkat awal, jadi ujian kesihatan sepatutnya dilakukan setiap tahun agar kita dapat mengetahui keadaan semasa kesihatan kita.

Walaubagaimanapun, jika kita tidak pernah atau jarang membuat medical checkup dan tiba2 terdapat tanda2 awal diabetes, ada beberapa tindakan yang perlu dibuat. Antaranya:

1. Jangan panik. Kehidupan belum berakhir, insyaAllah.

2. Pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk dapatkan nasihat daripada doktor. Mungkin ada beberapa prosedur akan dilakukan untuk mengenalpasti penyakit2 yang ada.

3. Jika tiada sebarang masalah, Alhamdulillah. Tapi jika ada, sekali lagi, jangan panik. Ikuti nasihat dan solusi yang doktor berikan. Setel bahagian daripada pihak perubatan.

4. Bahagian kita plak, kite perlu berhenti terus atau kurangkan secara berperingkat makanan yang boleh menyebabkan kenaikan gula dalam darah. Antaranya ialah gula putih.

Gula putih merupakan satu makanan yang semestinya akan menaikkan kadar gula dalam darah secara mendadak terutamanya kepada pesakit diabetes. Berhenti terus penggunaan gula putih

Jika tak mampu, kurangkan secara berperingkat. Daripada 3 sudu, kepada 2 sudu, kepada 1 sudu dan akhirnya dapat stop.

Jika masih perlukan rasa manis, boleh dapatkan pelbagai pemanis semulajadi yang sihat di pasaran. Tapi, jangan terlalu bergantung kepada bahan-bahan ini ye.

Semoga kita semua diberik kesihatan yang baik sehingga ke akhir hayat. Amiiin.

Cara reversed diabetes melalui IFLK >> https://bit.ly/SihatIFLK

Jumaat, 2 September 2022

Komplikasi Atau Kesan Jangka Panjang Akibat Diabetes


Komplikasi Atau Kesan Jangka Panjang Akibat Diabetes

Terdapat banyak komplikasi akibat diabetes. Dalam post ringkas ini akan disenaraikan beberapa komplikasi yang agak ditakuti oleh kebanyakan orang. Sila dapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut.

Antara komplikasi akibat diabetes:

1. Masalah pada mata. Berlakunya katarak, pendarahan dalam mata dan boleh menyebabkan buta.

2. Masalah saraf. Kebas pada kaki dan tangan. Hilang deria rasa menyebabkan pesakit tidak menyedari apabila mendapat kecederaan. Luka ini jika tak dirawat, boleh mengakibatkan infeksi dan mungkin pembedahan amputasi (potong) sebahagian anggota badan untuk elakkan jangkitan merebak.

3. Masalah berkaitan otak. Ianya berkait rapat dengan angin ahmar atau strok.

4. Kegagalangan buah pinggang. Buah pinggang stage akhir gagal berfungsi dan memerlukan proses dialisis.

5. Masalah berkaitan jantung atau sakit jantung.

Cegah diabetes sekarang. Dapatkan nasihat perubatan di klinik atau hospital berhampiran anda. Mulakan langkah mencegah masalah diabetes dengan kaedah IFLK.

https://bit.ly/SihatIFLK

Khamis, 1 September 2022

Tanda Awal Penyakit Diabetes


Tanda-Tanda Awal Penyakit Diabetes

Setiap orang mungkin akan alami tanda yang berbeza. Tanda-tanda ini juga boleh jadi anda mempunyai masalah kesihatan lain. Apa2pun, sila dapatkan nasihat doktor di klinik atau hospital berdekatan anda.

Antara tanda awal diabetes:

1. Kerap membuang air kecil. Apabila kadar gula dalam darah terlalu tinggi, badan akan cuba singkirkan sebahagian daripada gula berlebihan tersebut melalui air kencing.

2. Kerap berasa dahaga. Logik paling senang nak bagitau, bila kerap kencing, maka keraplah dahaga.

3. Muncul tompok gelap pada kulit dan kulit menjadi lebih tebal berbanding biasa. Kawasan yang biasanya muncul tompokan ini ialah di leher, ketiak dan celah kelangkang.

4. Luka yang lambat sembuh. Apabila paras gula terlalu tinggi, ia akan menyebabkan salur darah menjadi sempit. Apabila saluran darah sudah sempit, ianya akan memperlahankan aliran darah dan kawasan luka tersebut terhalang untuk mendapat oksigen dan nutrient yang mencukup untuk proses penyembuhan.

5. Kerap berasa lapar. Glukosa di dalam darah akan ditukarkan menjadi tenaga untuk kegunaan sel tubuh badan manusia. Jika kadar gula terlalu tinggi (berkaitan masalah rintangan insulin), sel tidak dapat menyerap glukosa daripada darah untuk dijadikan tenaga dan akhirnya sel "kelaparan" dan pesakit diabetes pun turut kerap merasa lapar.

6. Gangguan penglihatan. Pandangan biasanya kabur dan tidak dapat dibetulkan dengan bantuan spek mata. Apabila kadar gula yang terlalu tinggi akan menyebabkan salur darah kecil pada mata mengalami kerosakan.

7. Alami sakit saraf. Pada peringkat awal, akan terjadi kebas2 dan kesemutan terutamanya di jari tangan atau kaki.

Jika anda alami tanda-tanda ini, segera dapatkan rawatan di hospitan atau klinik berdekatan anda untuk melakukan ujian diabetes seterusnya untuk mengelakkan berlakunya komplikasi yang lebih teruk selepas ini.

Reversed diabetes secara semulajadi >> https://bit.ly/SihatIFLK