My Lovely Family

Faizal, Azila, Haikal, Humaira.

OneXOX Prepaid

Klik sini. Di bawah OneXOX Prepaid, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

OneXOX Black

Klik sini. Di bawah OneXOX Black, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

Sihat Dengan IFLK

Perkongsian bagaimana saya mengawal diabetes tanpa ubat dan berjaya turunkan berat badan lebih 20kg.

Pemanis Sihat Pengganti Gula

Sesuai untuk pesakit diabetes. Tanpa kalori, tanpa kolestrol, tanpa karbohidrat, indeks glisemik kosong.

Jumaat, 29 Julai 2022

Acu Terai Teke Duane Gambo Ni Diambik?


Acu Terai Teke Duane Gambo Ni Diambik?

Kalu tengok, supe keda serbeneke hok ade beratuh2 cawangang seluruh Malaysia. Biasenye kat kaunter ade macang2 jenis cekelat, gule2, cekedih dan sebagainye. Makanang gini biase diletok kat kaunter depang sebab saiz die kecik tuek dang nok elok daripade orang kebah masuk kocek. Lagipung, senang skit nok tarik perhatiang budok nok mitok mok pok beli. Kalu hok jenih memang beli sokmo, soheh buleh guling bating kalu mok ayoh takmboh beli.

Kalu nok tau, sebenornye ni ambe snap di sebuoh keda jual ubat @ farmasi. Bukang keda serbeneke tau. Lagi parok, ade sesetengoh keda ubat, bukang setakat jual cekelat atau gule2, bohkan ade jugok hok jual cekedih! Bertamboh2 parok, ambe pernoh kelih keda ubat jual air geh hok sappok tinggi gule. Air geh boooohhhh.

Bagi kite pengamal keto, bende2 macang ni kite nok elok bukang untuk kite je, bohkan untuk anok2 kite belake. Bab kate pepatoh, melentur buluh biar dari rebungnye. Kalu dari kecik kite ajor makang bende2 gini, takut dok sampai umur 30, macam2 nyakit mari nok2 nyakit metabolik. Senang nok sebut, nyakit kecing manih, daroh tinggi dang sebagainye.

Tapi tulah, bukang senang nok sedorkan rokyat malaysia ni biar stop makang gule. Almaklumlah, jual gule ade lesen. Jadi, kite selaku ketue dalang keluarge, kite ade kuase nok kawal. Bermule diri kite, keluarge, seterusnye masyarakat. Jihad kite ni bukang untuk sehari due, tapi sepanjang hayat.

*******************************************************

Cuba teka di mana gambar ni diambil?

Kalau tengok, macam di kedai serbaneka yang ada beratus2 cawangan di seluruh Malaysia. Biasanya kat kaunter ada pelbagai jenis coklat, gula2, jajan dan sebagainya. Makanan seperti ini biasanya diletak kat kaunter hadapan sebab saiz die sangat kecil dan nak elakkan daripada pencuri (senang masuk poket). Lagipun, mudah untuk tarik perhatian anak2 nak minta mak ayah belikan. Kalau memang biasa belikan untuk anak2, silap2 anak2 boleh menangis berguling depan kaunter kalau mak ayah tak nak belikan.

Kalau nak tahu, sebenarnya saya snap gambar ni di sebuah farmasi. Bukan kedai serbaneka tau. Lafi parah, sesetengah farmasi bukan setakat jual coklat dan gula2, bahkan ada jugak yang jual jajan! Bertamboh2 parah, saya pernah tengok farmasi jual air gas yang tinggi gula.

Bagi kita pengamal keto, perkara seperti ini kita nak elak bukan untuk diri kita sahaja, bahkan untuk anak2 kita semua. Bab kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau dari kecil kita dah dedahkan anak kita makan makanan seperti ini, bimbang belum sampai umur 30, pelbagai penyakit datang terutamanya penyakit metabolik seperi kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Tapi itulah, bukan senang nak sedarkan rakyat Malaysia supaya tida mengambil gula. Almaklumlah, jual gula ni ada lesen. Jadi, kita sebagai ketua keluarga, kita ada kuasa untuk mengawal apa yang kita makan. Bermula dari diri kita, keluarga dan seterusnya masyarakat. Jihad kita ni bukannya untuk sehari dua, tapi untuk sepanjang hayat.

 

Kawal Diabetes Dengan IFLK

Rabu, 20 Julai 2022

Lawak Yang Tak Lawak


Lawak Yang Tak Lawak

Tolong hentikan kata2 dan lawak mengaitkan pesalah jenayah dengan OKU.

Banyak kali saya terbaca komen2 netizen di video2 atau post2 berkaitan kes2 tertentu terutamanya kes jenayah, kesimpulan yang dibuat ialah

"Haaa, nanti terlepaslah. Ada kad OKU kan"

Walaupun, mungkin benar pesalah tersebut mempunyai kad OKU, tapi kita tak sepatutnya pukul rata semua keadaan dengan mengatakan "asal penjenayah ada kad OKU".

Bagi individu OKU dewasa, mungkin dah cukup kuat mental untuk melayan komen2 seperti ini. Tapi, bagaimana dengan kanak-kanak OKU? Adakah mereka kuat untuk berhadapan dengan kata2, cemuhan, hinaan seperti ini. Sudahlah mereka terpaksa bersusah payah dengan keadaan serba kekurangan, ditambah pula dengan kata2 yang mungkin boleh menjejaskan keadaan mental kanak2 tersebut.

Tak dinafikan, di peringkat kanak2, perli memerli, mengutuk, mengata, menghina terhadap rakan2 OKU masih ada. Mereka beranggapan ianya hanyalah satu jenaka atau gurauan. Jangan sampai satu masa, kanak2 beranggapan semua OKU adalah penjenayah dan boleh dikutuk sesuka hati. Bukan kanak2 je jadi mangsa, orang dewasa pun terkena jugak!

Dan kepada rakan2 OKU, jangan lakukan apa2 kesalahan dan perlanggaran undang2 hanya kerana kita mempunyai kad OKU. Gunakan kelebihan kad OKU untuk menaiktaraf hidup kita dengan mengambil segala peluang yang telah disediakan kepada kita. Jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga.

Sebagai maklumat tambahan, OKU ni terdapat banyak kategori. Bukan semata-mata yang nampak berkerusi roda atau tiada anggota badan sahaja. Terdapat OKU kategori pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal, pembelajaran, mental dan pelbagai.

Selasa, 19 Julai 2022

Cara Meningkatkan Sensitiviti Insulin #1 & #2


Cara Meningkatkan Sensitiviti Insulin #1 & #2

1. Dapatkan tidur yang secukupnya

Tidur malam yang berkualiti adalah penting untuk kesihatan kita. Sebaliknya, kekurangan tidur boleh membahayakan dan meningkatkan risiko jangkitan, penyakit jantung dan penyakit diabetes jenis 2. Beberapa kajian juga telah mengaitkan kurang tidur atau tidur yang kurang berkualiti dapat meningkatkan masalah rintangan insulin.

Dalam satu kajian yang melibatkan sembilan sukarelawan yang sihat mendapati bahawa tidur kurang 4 jam dalam satu malam mengurangkan sensitiviti insulin dan keupayaan untuk mengawal gula darah, berbanding tidur 8 1/2 jam yang dapat meningkatkan tahap sensitiviti insulin.

Oleh yang demikian, tidur yang berkualiti meningkatkan kadar sensitiviti terhadap insulin.


2. Banyakkan bersenam


Senaman yang kerap adalah salah satu cara terbaik untuk meningkatkan sensitiviti insulin. Ia membantu memindahkan gula ke dalam otot untuk disimpan dan menggalakkan peningkatan segera sensitiviti insulin, yang berlangsung 2jam – 48 jam, bergantung kepada jenis senaman. Dalam satu kajian mendapati bahawa 60 minit berbasikal pada kadar sederhana meningkatkan sensitiviti insulin selama 48 jam di kalangan sukarelawan yang sihat.

Latihan rintangan juga membantu meningkatkan sensitiviti insulin. Banyak kajian mendapati ia meningkatkan sensitiviti insulin di alangan lelaki dan wanita dengan atau tanpa diabetes.

Dalam satu kajian lain yang dilakukan terhadap lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan dan tanpa diabetes, mendapati bahawa apabila peserta melakukan latihan rintangan dalam tempoh 3 bulan, sensitiviti insulin mereka meningkat.

Menggabungkan kedua-dua latihan aerobik dan rintangan lebih berkesan dalam meningkatkan sensitiviti insulin. Walaubagaimanapun, sila rujuk kepada jurulatih yang bertauliah untuk mengelakkan berlakunya kerosakan dan kesakitan pada anggota badan terutamanya bagi individi obesiti.

Bersambung...

 

Diabetes Dapat Diatasi Dengan IFLK. Baca Di Sini.

Isnin, 18 Julai 2022


Diabetes Dan Masalah Rintangan Insulin

Penyakit kencing manis atau diabetes dan masalah rintangan insulin adalah 2 perkara yang saling berkait. Rintangan insulin adalah kata lawan kepada insulin sensitiviti. Dengan kata lain, jika kita mempunyai rintangan insulin yang tinggi bermakna insulin kita kurang sensitif dan begitulah sebaliknya.

Rintangan insulin berlaku apabila sel berhenti bertindak balas terhadap hormon insulin. Ini menyebabkan paras insulin dan gula darah lebih tinggi, yang berpotensi membawa kepada penyakit diabetes jenis 2.

Penyebab utama rintangan insulin diantaranya disebabkan makan secara berlebihan dan peningkatan lemak badan, terutamanya di kawasan perut. Faktor lain termasuk pengambilan gula yang tinggi, keradangan, gaya hidup tidak aktif dan faktor genetik. Insulin tinggi dan paras gula dalam darah yang tinggi adalah gejala utama rintangan insulin. Gejala lain termasuk lemak perut yang berlebihan, trigliserida darah tinggi dan sebagainya.

Rintangan insulin dikaitkan dengan masalah metabolik dan diabetes jenis 2, yang merupakan antara masalah kesihatan terbesar di dunia. Rintangan insulin juga dikaitkan dengan pelbagai penyakit, termasuk penyakit jantung, NAFLD, PCOS, penyakit Alzheimer, kanser dan sebagainya.

Rintangan insulin dapat dikurangkan atau malah diterbalikkan dengan perubahan gaya hidup seperti senaman, pemakanan sihat dan berkaitan pengurusan stress. Yang paling mudah adalah pemakanan rendah karbo sangat membantu untuk mengurangkan masalah rintangan insulin ini. Terdapat banyak jurnal kesihatan telah diterbitkan berkaitan dengan pemakanan rendah karbohidrat yang dapat membantu mengatasi masalah ini.

Sila baca perkongsian saya berkenaan kaedah Intermittent Fasting dan Lazy Keto yang telah membantu saya dalam mengatasi masalah diabetes >> https://bit.ly/SihatIFLK

Jumaat, 8 Julai 2022

Tak Sentuh Gula, Tapi Gula Dalam Darah Naik Juga Ke?

 


Tak Sentuh Gula, Tapi Gula Dalam Darah Naik Juga Ke?

Itu yang saya alami satu ketika dahulu ketika baru mula disahkan pesakit diabetes. Disebabkan saya pesakit diabetes yang diberi suntikan insulin dan ubat diabetes ditambah ada sedikit rasa insaf dalam diri, saya cuba berhenti mengambil gula putih.

Walaubagaimanapun, bacaan gula saya tetap tinggi. Agak kecewa dengan keadaan tersebut, menyebabkan saya mula kembali ke tabiat lama iaitu mengambil semula gula putih. Biasalah, melayu mudah lupa 😂😂😂

Hakikatnya, bukan gula putih sahaja menjadi punca kenaikan gula dalam darah, bahkan banyak lagi makanan berkarbohidrat tinggi juga menjadi punca gula dalam darah tetap tinggi. Sebenarnya, karbohirat terdiri beberapa komponen iaitu gula, fiber dan kanji. Karbohidrat terdapat dalam makanan berbentuk tumbuhan, sayuran, buah-buahan, bijirin dan sebagainya. Yang membezakan adalah tinggi dan rendah kandungan gula tersebut.

Antara makanan glamer yang biasa didapati dengan mudah dan menjadi makanan ruji kite sebagai rakyat Malaysia selain gula putih yang boleh menyebabkan kenaikan gula dalam darah ialah nasi, mi, bihun, kuetiau, tepung, roti, buah-buahan dan sebagainya. Bagi orang yang ada masalah diabetes, makanan ini yang boleh menyebabkan gula dalam darah tidak terkawal dan terus tinggi walaupun kite telah berhenti mengambil gula putih.

Aiyo, dahlah semua makanan ruji kite. Makan dari kecik lagi. Habistu nak makan apa ni?

Boleh baca pengalaman saya sendiri macam mana saya mengawal diabetes saya TANPA BERLAPAR sehingga doktor menghentikan insuli dan ubat diabetes saya. Boleh baca di https://bit.ly/SihatIFLK


Rabu, 6 Julai 2022

Menghitung Hari Sebelum Pembedahan Mata


Menghitung Hari Sebelum Pembedahan Mata

Mata ada 2. Berfungsi 1 je. Terpaksa pakai 2 spek. Spek yang berfungsi seperti kanta pembesar. 1 untuk tengok skrin laptop, 1 lagi untuk tengok skrin hp (itupun hp dah dibesarkan display dan saiz teks). Kene gilir2. Hakikatnye, cermin kanan je pakai. Yang kiri tak guna sebab mata kiri tak berfungsi.

Ye, inilah saya, si OKU Penglihatan. Tengok luaran, atas bawah orang cari kat mana "kurang" tu sebab fizikal mata dari luar nampak normal. Agaknye kene tepek kad OKU kat dahi dulu baru orang tau status kite. Huhuhu 🤣

Inilah tujuan pembedahan mata kanan saya minggu depan (13 Julai 2022). Usaha untuk menyelamatkan dan penambahbaikan mata kanan. Tapi macam biasa, tiada apa2 jaminan. Hasilnya mungkin lebih baik, mungkin sama je atau mungkin lebih teruk. Walauapapun hasilnya, beberapa bulan penglihatan tetap dalam keadaan yang sangat teruk selepas pembedahan sebelum pulih semula.

Bersedia mental dan fizikal untuk keadaan terburuk sekiranya kedua2 mata sudah tak berfungsi lagi. Tetap berdoa agar mendapat hasil yang terbaik agar sekurang2nya mata kanan dapat melihat lebih jelas. Sesungguhnya, ku sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat rindu untuk melihat wajah2 tersayang secara jelas semula setelah hampir 2 tahun hanya nampak blur2 je. Tiada dalam memori wajah terkini mereka semua terutamanya anak2 yang pasti sudah banyak berubah. Yang ada dalam memori hanyalah wajah lama mereka.

Satu lagi risau jugak kalau bab2 bius penuh ni. Yelah, kite ditidurkan sepanjang pembedahan. Risau kalau tidur yang tak bangun2 dah. Ya Allah, panjangkan lagi umurku agar aku dapat terus melakukan amal di dunia sebagai bekalan yang mencukupi untuk akhiratku. Amiin.

Sekadar luahan rasa hati ditambah dah lama tak update blog kan. Hahahahaha. Abaikan keadaan kepala yang makin berkilat, rambut yang makin jarang, badan yang sikit membulat 😂

Jom ushar Shopee saya >> https://bit.ly/ShopeeSismel 

Terima kasih.