My Lovely Family

Faizal, Azila, Haikal, Humaira.

OneXOX Prepaid

Klik sini. Di bawah OneXOX Prepaid, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

OneXOX Black

Klik sini. Di bawah OneXOX Black, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

Sihat Dengan IFLK

Perkongsian bagaimana saya mengawal diabetes tanpa ubat dan berjaya turunkan berat badan lebih 20kg.

Pemanis Sihat Pengganti Gula

Sesuai untuk pesakit diabetes. Tanpa kalori, tanpa kolestrol, tanpa karbohidrat, indeks glisemik kosong.

Ahad, 28 November 2021

Rupa Buah Dan Sayur Dahulu Dan Sekarang

 


Terbaca beberapa web mengenai rupa buah dan sayur satu ketika dahulu dan sekarang. Buah dan sayur telah mengalami perubahan yang ketara. Tak tahulah perubahan tu semakin baik atau tak.

Agaknya ada nafsu dan nak makan kalau tengok rupa buah dan sayur zaman2 dulu? Hihihi


Avokado


Epal


Jagung


Kubis


Lemon


Lobak


Mangga - Alhamdulillah, masih ada rupa asal kat tempat kita.


Nanas


Pisang


Plum


Seleri


Strawberi


Tembikai


Terung


Timun


Tomato


Ubi Kentang    
 
Jom Belajar IFLK dan Reversed Diabetes. Klik sini >> https://bit.ly/SihatIFLK 
Pemanis Sihat 0 Karbohidrat Pengganti Gula. Klik sini >> https://bit.ly/SweetLabDrop



Selasa, 23 November 2021

Pemanis Pengganti Gula Yang Sihat

 


Makanan manis kebanyakan disukai oleh hampir kebanyakan rakyat Malaysia. Maksud manis di sini ialah manis secukup rasa, bukan manis yang teramat sangat sampai sampai sakit tekak nak telan.

Tapi, kebanyakan sumber manis ni diperolehi daripada gula putih. Dengan pengambilan gula dalam makanan atau minuman akan meningkatkan paras gula dalam darah.

Ianya mungkin tiada masalah bagi individu yang tiada masalah rintangan insulin. Tapi bagi individu yang mengalami masalah rintangan insulin a.k.a diabetes, paras gula yang tinggi dalam darah sangat bahaya. Semakin lama didedahkan dengan paras gula yang tinggi dalam darah akan merisikokan diri masalah2 seperti masalah saraf, kebutaan, strok, masalah jantung, masalah buah pinggang dan lain2.

Berita baiknya, SweetLAB Drop adalah pemanis pengganti gula yang sangat selamat berbanding gula. Ianya tiada karbohidrat, tiada kalori, tiada kolestrol dan indeks glisemik 0. InsyaAllah dengan pengambilan SweetLAB Drop tidak akan meningkatkan paras gula dalam darah. Sesuai untuk diletakkan di dalam makanana atau minuman.

Sila layari https://bit.ly/SweetLabDrop untuk info lanjut.


Isnin, 22 November 2021

Tak Makan Nasi Boleh Kenyang Ke?

 


Tak makan karbo memanglah gula dalam darah tak naik. Tapi kenyang ke?


Berdasarkan pengalaman saya, makan karbo memang cepat sangat kenyang, tapi juga sangat cepat lapar. Dengan kata lain, kenyang tu agak singkat masanya. Berbeza dengan makanan tinggi protein, ia memang sedikit mengambil masa untuk kenyang, tetapi tempoh kenyang agak lama. 


Kita makan untuk kenyang. Tak kisah apa je makanan yang kita makan asalkan makanan yang halal dan toyyib. Ada makanan yang halal, tapi tidak toyyib kerana dapat meningkatkan gula dalam darah kita secara mendadak dan agak berbahaya bagi pesakit diabetes.


Jadi, pilihan di tangan anda. Jom ikuti perkongsian bagaimana saya reversed diabetes dan menurunkan berat badan sehingga 25kg >> https://bit.ly/SihatIFLK

Sabtu, 20 November 2021

Makan Protein Lebih Mengenyangkan

 

Tanpa nasi boleh kenyang jugak. Tenaga lebih tahan lama dan tak mudah lapar.

Protein dan lemak juga adalah salah sumber tenaga selain daripada karbohidrat. Berbeza dengan karbohidrat, protein dan lemak mungkin mengambil sedikit masa untuk rasa kenyang berbanding karbohidrat yang sangat mudah terasa kenyang. Walaubagaimanapun, karbohidrat juga menyebabkan waktu kenyang anda lebih pendek dan kurang lama bertahan berbading protein dan lemak.

Paling penting, menu tinggi protein dan lemah boleh dikatakan tidak meningkatkan kadar gula dalam dengan tinggi dan mendadak. Jadi, ianya sangat sesuai untuk pesakit diabetes kerana ia sangat mengenyangkan.

"Tak rosak buah pinggang ke makan protein terlalu banyak?"

Terdapat beberapa jurnal kesihatan yang mengatakan pengambilan protein yang tinggi tidak memberikan kesan kepada buah pinggang sekiranya buah pinggang kita dalam keadaan sihat. Hakikatnya, buah pinggang lebih mudah rosak sekiranya kita mempunyai masalah diabetes dan darah tinggi.

Kalau dah ada diabetes tapi sayang nak tinggal makanan berkarbohidrat tinggi dan gula putih, takleh nak kate ape la.

Ya, dengan mengamalkan puasa dan mekan menu rendah karbo dan tinggi protein sangat membantu. Boleh baca pengalaman saya di https://bit.ly/SihatIFLK

#FaizalSyukri #Sismel #OrangKurangUpaya #Blogger #SweetLab #IntermittentFasting #BebasDiabetes #ReverseDiabetes #LazyKeto #Keto #KetoDiet #KetoLife #KetoLifestyle #Ketogenic #KetogenicDiet #DietKeto #DietKetogenik #Malaysia #Malaysian #MalaysiaBoleh #Terengganu #KencingManis #KencingManisDarahTinggi #Sihat #SihatMilikku #SihatMalaysia #JomSihat #Puasa #PuasaSunnah

Rabu, 17 November 2021

Berhenti Ubat Diabetes

 

Boleh ke nak berhenti ubat diabetes dan cucuk insulin? Boleh je. Tapi lepas dapat nasihat dari doktor.

Masalah yang banyak berlaku ialah makin banyak makan ubat, makin tinggi dos insulin, makin tinggi bacaan gula.

Antara sebabnya ialah penggunaan gula putih. Ye, anda tak silap baca. Gula putih adalah antara punca utama masalah diabetes. Selain itu, mengambil makanan berkarbohidrat tinggi juga menjadi salah satu punca gula dalam darah yang sangat susah untuk turun ke paras normal.

Gula putih memang semua dah tahu apa ke bende tu. Tapi makanan berkarbohidrat tinggi tu, ramai yang masih tak pasti makanan apa tu. Antara makanan berkarbohidrat tinggi adalah seperti nasi, mi, kuetiau, bihun, roti, tepung, buah, susu, ubi dan sebagainya.

Takpe, tolak tepi dulu isu karbohidrat tu. Paling utama, cuba kurangkan atau elakkan terus gula putih dan susu pekat tu. Kalau teringin sangat nak minum air manis atau menu makanan perlu ada rasa manis, gantikan gula putih dengan pemanis gantian yang lebih jelas selamat dan tidak meningkatkan kadar gula dalam darah.

Antara yang boleh disarankan ialah SweetLAB Drop. Ianya adalah pemanis yang mempunyai rasa seperti gula putih, pada yang sama tiada kalori, tiada kolestrol, tiada karbohidrat dan indeks glisemik kosong. Dengan kata lain, kalau anda menggunakan SweetLAB Drop sebagai gantian gula putih dalam air mahupun makanan, insyaAllah bacaan gula anda tidak meningkat dengan kadar yang sangat tinggi.

Tapi, jangan lupa, karbohidrat pun boleh naikkan gula dalam darah ye. Kalau betul-betul serius nak berhenti ubat diabetes dan insulin, boleh ikut kaedah IFLK. Boleh baca detailnya di sini >> https://bit.ly/SihatIFLK

Semoga sihat sejahtera.





Selasa, 9 November 2021

Alahai, Temujanji Mata Lagi

 


Kadang2 naik bosan dah nak pegi appoiment mata ni. Part paling tak suka bila titik ubat kembang mata atau bila kene laser. 


Lepas kembang mata, memang seharian mata silau yang amat sangat. Macam cahaya matahari direct suluh mata. Kalau kene laser plak, perit dan pedih mata. 


Tarikh operate asyik tukar2. Sekejap diawalkan, sekejap ditangguh, pastu diawalkan, pastu ditangguh. Nak plan ape2 pun susah.


Macam masa amik master dulu r. Dah belajar dekat nak abis sem 1, dah dekat nak final assessment, tibe2 kene operate. Clash tarikh plak. Terpaksa cuti khas. Lepas operate kene facedown sambil meniarap 2 minggu. Rasa nak gila dah.


Masuk sem baru sekejap, dapat tarikh operate kedua. Terpaksa cuti khas lagi.


Sem baru lagi, doc cakap operate tahun depan. Kite baru semangat nak stadi semula. Tibe2 tarikh diawalkan ke Oktober 2021. Dah fedup nak cuti khas. Terus apply quit belajar. Tup tup tak jadi operate Oktober, tangguh ke tahun depan.


Sudahnya, ape satu plan pun takleh jalan. Dah elok2 dapat keje, aku terpaksa berenti sebab banyak sangat appoiment. Walaupun bos baik dan tak kisah asyik cuti, kite ni rasa segan dan taknak susahkan bos dan membe tempat keje. Dengan keadaan mata tak berapa stabil, takleh nak buat kije lame2.


Yang tulis kat buku tu, 1 page je. Page2 lain berlambak lagi jadual tarikh bersimpang siur. Tak pegi kan, kalau jadi ape2, kite gak dipersalahkan. Urm...


#DoneNgepek

#DoneNgoyan

#PujukHatiPlanAllahYangTerbaik

Selasa, 2 November 2021

Makan Sedap + Makan Banyak = Makin Sihat

 

Beza dulu dan sekarang dalam perjalanan saya selaku pesakit diabetes.
 
Kalau dulu, anggaplah bacaan gula saya sebelum makan 4.6. andaikata saya cheat dalam makanan saya (menu nasi arab sepinggan), bacaan gulaan kompom akan naik mendadak sehingga 8 - 9. Tapi sekarang, kalau saya cheat (menu nasi arab sepinggan), ianya tetap naik, tapi sekadar dalam range 6 - 7. Dan saya yakin jika saya terus dengan IFLK, saya akan sembuh sepenuhnya daripada masalah diabetes ni, insyaAllah.
 
Nanti dah sembuh, jangan plak kembali kepada tabiat lama cara makan caca merba, makan ikut suka, makan manis, makan makanan tinggi karbo dan makan makanan yang tidak sihat.
 
Dengan IFLK, target saya untuk sihat, bukan untuk kurus. Hakikatnya, ia tetap datang serentak. Bila sihat, badan pun akan adjust berat yang sesuai dan normal. Tak nafi, memang akan ambik masa yang panjang untuk orang macam saya. Gemuk dari tahun 1994, takkanlah setahun dua je boleh kurus. Tetapi, ada je yang boleh turunkan berat daripada 170kg menjadi 90kg dalam masa kurang 1 tahun je.
 
Jom baca dulu berkenaan IFLK di sini https://bit.ly/SihatIFLK
 
Sape kate IFLK takleh makan banyak dan sedap? Hihihi.