Post persoalan yang agak panjang berkaitan master.
Selepas tamat degree hujung 2019, saya buat keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat master. Disebabkan saya dari program Sains Pentadbiran, pada awalnya saya bercadang untuk sambung master juga dalam bidang yang sama iaitu sains pentadbiran secara coursework. Tapi disebabkan program tersebut hanya ada di UiTM Shah Alam menyebabkan saya berpikir 1000 kali. Dulu masa degree, saya dah berulang alik ke Shah Alam setiap minggu. Penat + letih + tired (hahahahaha). Tapi oklah sebab alang2 ke sane, saya ada kerja lain boleh dibuat.
Dulu ok lagi sebab anak masih belum bersekolah. Sekarang anak sulung saya dah darjah 1. Jadi, agak berat untuk berulang. Lagi plak, kelas hari Sabtu / Ahad. Dah sah2 tu hari keje kat Terengganu ni. Lagi2 rasa malas nak berulang memandangkan umur pun dah dekat 4series. Lagi parah sebab musim PKP dan berlaku sedikit kemalangan kecik menyebabkan saya buta mata kiri dan sedikit terjejas mata kanan. Jadi, saya simpan dulu hasrat tu.
Tak lama lepas tu, nampak iklan program Master Bisnes Admin di UiTM Terengganu secara coursework. Terus pikir nak amik tu jela. So saya daftarlah dan Alhamdulillah diterima dan dah start kelas. Penghujung sem dekat nak final assessement, doktor menetapkan tarikh operate mata saya dan ngam2 kene tarikh final tu. Doktor jugak tak benarkan saya sambung pengajian dulu memandangkan keadaan mata kiri yang agak kritikal dan perlu rawatan segera.
Pada awalnya saya nak quit terus belajar. Tapi ketua program cadangkan amik cuti khas dulu. Jadi, saya mohon untuk cuti khas. Rupe2nye lulus cuti khas pun kene bayar RM50 T_T
Semester baru, saya sepatutnya masuk semula. Sekali lagi saya mendapat tarikh operate kedua mata kiri. Kene cuti khas lagi. Mohonlah lagi cuti khas. Masuk lagi semester baru (sepatutnye semester 3 dah), dapat tarikh operate mata kanan plak. Adoi, dah mule rasa nak quit dah ni. Mintak cuti khas pun, tak pasal2 kene bayar lagi RM50. Yang RM50 x 2 sebelum ni pun tak bayar lagi.
Memandangkan keadaan saya dan pernah lalui kelas coursework, saya rasa betapa susahnya nak belajar dalam keadaan mata macam ni. Kene mengadap kelas dari pagi sampai ke petang betul2 memberi tekanan pada mata saya. Takkan nak asyik skip kelas, nanti tertinggal plak.
Masa degree dulu, ada jugaklah buat FYP. Lect dan SV bagitau yang report kami tu dekat2 nak dengan report tesis master dan phd. Cuma degree level ni ringan sikit. Jadi, terpikir gak nak amik mode research je pasni.
Persoalannya, sampai harini blur lagi, research tu nak kene buat ape sebenarnya? Apa tujuan? Apa motif? Ape objektif? Ape yang diharapkan daripada hasil penulisan tu? Hahahahaha. Jeng kreng sungguhlah wei. Maklumlah, saya ni agak slow, lembab, otak agak berkarat. Keje plak takde kaitan dengan bidang belajar. Kalau tanya sebab ape stadi, sebab nak puaskan hati sendiri je 🤣
* Gambar lame