My Lovely Family

Faizal, Azila, Haikal, Humaira.

OneXOX Prepaid

Klik sini. Di bawah OneXOX Prepaid, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

OneXOX Black

Klik sini. Di bawah OneXOX Black, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

Sihat Dengan IFLK

Perkongsian bagaimana saya mengawal diabetes tanpa ubat dan berjaya turunkan berat badan lebih 20kg.

Pemanis Sihat Pengganti Gula

Sesuai untuk pesakit diabetes. Tanpa kalori, tanpa kolestrol, tanpa karbohidrat, indeks glisemik kosong.

Selasa, 29 Jun 2021

PDPR Punya Cerita


Sebut bab pdpr, terus terbayang 3 golongan: cikgu, mak bapak, anak murid.


Cikgu yang bersungguh2. Buat video. Buat gugel meet. Sediakan latihan. Walaupun nampak je WFHome, tp kadang2 jadi  WFHell bile ditekan pihak atasan yang tau nak laporan je. Kesian jugak cikgu nak handle anak orang lagi, nak handle anak sendiri lagi. Tapi, tak nafi, ada jugak cikgu yang tau forward video link youtube je, pastu bagi keje sekolah banyak2. Ingat budak2 SK ni level IPT gamaknye.


Mak bapak. Tak semua mampu sediakan gadget extra untuk anak belajar. Ada yang anak terpaksa tunggu mak bapak balik umah dulu boleh wat kije. Yang jenis anak slow plak, mak ayah terpaksa jadi cikgu ganti kat umah. Tak semua mak ayah reti nak ajar anak2. Silap2 anak darjah 1, terajar silibus U. Ini ok lagi, ada yang alif ya mim jadi buaya. Tak heran ada mak bapak jadi warna biru, ijau, kuning, merah. Tapi ada jugak spesis mak ayah yang sombong komain. Semua benda nak arah cikgu buat itu ini. Serba tak kene. Budget bijak pun ramai mentang2 title Dr atau Prof.


Anak2 tak semua boleh nak adapt belajar tak mengadap cikgu. Ada yang fast learner, ada yang slow learner. Yang susah tak mampu beli gadget pun ramai. Tak kire lagi internet lembab megalahkan siput tempang. Tapi, ada jugak yang semua kemudahan dah ada, cume pemalas tahap gaban, tak hormat cikgu dan lain2.


Urm, kesian kite semua. Semoga dipermudahkan urusan.


Sabtu, 26 Jun 2021

Peninggalan Sesudah Mati


Assalamualaikum dan selamat hari minggu... Hari ni saya rehat2 je sambil tunggu tamat hari terakhir PKPD jam 11.59malam ni.

 
Firman Allah bermaksud: "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Surah Ali Imran, ayat 185) Kita tak tahu bila saat kematian kita. Mungkin sekarang, mungkin sebentar lagi, mungkin lama lagi. Wallahua'lam. Yang pasti, kita sebagai manusia kene sentiasa bersedia.
 
Kita tak bawa apa-apa harta wang emas ke alam kubur kecuali 3 perkara:
1. Doa daripada anak yang soleh.
2. Ilmu yang bermanfaat.
3. Sedekah jariah.
 
Jadi, bersedialah dengan melakukan segala perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang dilarang. Semoga kita semua diberikan ganjaran syurga.
 
Bagaimana pula dengan persediaan yang perlu ditinggalkan untuk pasangan dan anak-anak kita? Tanah? Rumah? Wang? Emas? Semua ini memang kita tak akan bawa ke alam kubur bahkan kita tinggalkan untuk mereka yang masih hidup supaya mereka dapat menggunakan sebaik2nya untuk meneruskan kehidupan. Boleh juga menjadi pahala yang sentiasa mengalir sekiranya mereka bersedakah untuk kita.
 
Jika tiada, sediakan sesuatu untuk mereka terutamanya pasangan dan anak-anak. Hibah takaful insyaAllah boleh membantu. Dengan sumbangan bulanan serendah RM50, dapat tinggalkan lebih RM100,000 kepada pasangan dan anak-anak. Betul, wang ini tidak dapat menggantikan ketiadaan kita, tapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka untuk meneruskan kehidupan.
 
Boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Hibah Takaful.  
wasap.my/60146069996/Hibah  
 
#FaizalHibahTakaful
#Hibah
#Takaful  
#HibahTakaful
#HLMT

Jumaat, 25 Jun 2021

Jom Intermittent Fasting


Selesai IF (Ntah EF atau PF) 73jam 40minit (3hari 1jam 40minit). 


Kebetulan isnin baru2 ni pose sunat, lepas bukak pose terus start IF. Selasa ngan rabu ok lagi sebab IF boleh minum air. Khamis sambung pose sunat sahur dan bukak pose air kosong je. Dahaga skit la. Langsung tak lapar. Lepas isyak tadi baru makan.


Menu sup daging, telo dadar 2bijik, telo masin sbijik, kangkung belacan. Tupun tak habis.


Ni sambung IF sampai ahad tengahari plak.


#BebasDiabetes

#ReverseDiabetesObesity

#IntermittentFasting

#OneMealADay

#KetoDiet

#LowCarbDiet

Isnin, 21 Jun 2021

Saya Memang Slow Tau


Setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan masing2. Kelebihan saya yang ketara ialah kelebihan lemak di seluruh badan 🤣.


Ok2, bukan nak citer bab lemakpun. Saje je intro tu. Saya makin tua, baru sedar yang saya jenis lambat pikap @ slow sejak kecik lagi bile diberikan ape2 arahan. Memang dah biasa dah kene marah dulu2 oleh ex ex bos sebab slow.


"Faizal, u ni slow!"

"Faizal, awak ni lambat!"

Lembab, betak dan macam2 r.


Itu sebabnye saya kurang suke tengok something yang live. Saya tak leh nak rewind balik. Training zoom ke meet ke wayang ke, memang saya tak suke.


Sebenarnye, bukan yang live je. Kebanyakan sesuatu yang perlu dilihat dan didengar, pun otak saya lambat proses. Tu sebabnya saya kurang suke tengok movie atau layan voice kt wasap. Sape perasan kalau pernah voice saya kat wasap, saya reply dengan teks je. 


Tu sebabnye saya suke membaca. Memang lambat nak faham, tapi senang nak ulang baca banyak2 kali. Video dengan bunyi lambat nak undur kalau tak faham. Tanyelah anak saya, kalau layan 1 cerita 30minit kat youtube, berapa kali saya terpaksa undur skit. Sebab tak faham la tu.


Cume sekarang dengan keadaan mata saya sekarang, membaca dan menaip dah jadi slow. Teks hp ok r, saya boleh zoom gune fungsi magnifier. Tupun limit dalam 30 - 45minit jela. Jadi kene sabar kalau tunggu saya reply ape2 lambat ye 😆

Ahad, 13 Jun 2021

Reversed Diabetes


Reversed Diabetes

Kate pepatah orang ganu, USAHA ITU LIF KEJAYAAN. Asbab IF + Keto, berjaya reversed balik diabetes. Tapi kene ingat, reversed bukan bermakna bebas nak makan karbo dan gula. Reversed diabetes sekurang2nya dapat mengurangkan risiko2 komplikasi akibat diabetes. Alhamdulillah.


Pakej bonus:

1. Berat dari 110kg kini 85kg (Still counting).

2. Baju saiz 3XL kini XL

3. Seluar 42" kini 36".

4. Tekanan darah daripada lebih 190/100 kini bawah 130/80 (Masih on ubat).

5. Asal diberi insulin, 2 jenis ubat KM, 3 ubat darah tinggi, 1 ubat kolestrol, 1 vitamin saraf. Sekarang tinggal 3 ubat darah tinggi dan 1 vitamin saraf (Itupun doktor swasta suh stop 1 ubat sebab tekanan terlalu rendah)


Jadi, jangan putus asa. Dunia belum kiamat jika anda disahkan pengidap diabetes. Saya boleh, anda pasti boleh. InsyaAllah.



#BebasDiabetes

#ReverseDiabetesObesity

#IntermittentFasting

#OneMealADay

#KetoDiet

#LowCarbDiet

Isnin, 7 Jun 2021

Haikal Bela Semut



Haikal duk ngendap atas katil dengan penuh khusyuk. Ambe pun tanyelah...


Ambe: Haikal wat gape tu?


Haikal: Haikal tengoh main2 dengan semut hok Haikal bela masa tadika dulu. Hasbu name die.


Ambe: Bela semut dari tahun lepah? 


Haikal: Ye aboh. Haikal kenal Hasbu. Dulu die jilat2 jari Haikal. Ni pun die jilat2 jari Haikal. Jadi ni Hasbu lah


Aboh: Erk...

Selasa, 1 Jun 2021

Nasi Lemak Cinta Dan Kasih Sayang

 
Nasi Lemak Cinta Dan Kasih Sayang


Bukan susah kite nak hepikan isteri kite. Dah tahu musim PKP ni, nak gi makan kat luar tak boleh. Saya tahu isteri saya suke nasi lemak, jadi kite buat sendiri. Bagi dia rase air tangan kite plak. Huhu.



Nasi lemak simple je. Masak pun sejam je semua sekali. Nasi dimakan oleh isteri dan anak-anak. Saya plak tengah on diet Low Carbo No Sugar, jadi nasi kite tak makan. Makan lauk je sudah. Keto punye style. Sambal pun ok lagi sebab tak guna gula pun. Garam gune garam himalaya dan gula ganti dengan stevia / sweetlab atau apa2 pemanis yang mesra diabetes.




Anak ni pun, nak hias jugak. Tapi dibedalnya buh kicap. Anak oi, mane ade orang makan nasi lemak dengan kicap. Huhuhuhu.