My Lovely Family

Faizal, Azila, Haikal, Humaira.

OneXOX Prepaid

Klik sini. Di bawah OneXOX Prepaid, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

OneXOX Black

Klik sini. Di bawah OneXOX Black, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

Sihat Dengan IFLK

Perkongsian bagaimana saya mengawal diabetes tanpa ubat dan berjaya turunkan berat badan lebih 20kg.

Pemanis Sihat Pengganti Gula

Sesuai untuk pesakit diabetes. Tanpa kalori, tanpa kolestrol, tanpa karbohidrat, indeks glisemik kosong.

Rabu, 29 September 2021

Post Persoalan Yang Agak Panjang Berkaitan Master.


Post persoalan yang agak panjang berkaitan master.


Selepas tamat degree hujung 2019, saya buat keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat master. Disebabkan saya dari program Sains Pentadbiran, pada awalnya saya bercadang untuk sambung master juga dalam bidang yang sama iaitu sains pentadbiran secara coursework. Tapi disebabkan program tersebut hanya ada di UiTM Shah Alam menyebabkan saya berpikir 1000 kali. Dulu masa degree, saya dah berulang alik ke Shah Alam setiap minggu. Penat + letih + tired (hahahahaha). Tapi oklah sebab alang2 ke sane, saya ada kerja lain boleh dibuat.


Dulu ok lagi sebab anak masih belum bersekolah. Sekarang anak sulung saya dah darjah 1. Jadi, agak berat untuk berulang. Lagi plak, kelas hari Sabtu / Ahad. Dah sah2 tu hari keje kat Terengganu ni. Lagi2 rasa malas nak berulang memandangkan umur pun dah dekat 4series. Lagi parah sebab musim PKP dan berlaku sedikit kemalangan kecik menyebabkan saya buta mata kiri dan sedikit terjejas mata kanan. Jadi, saya simpan dulu hasrat tu.


Tak lama lepas tu, nampak iklan program Master Bisnes Admin di UiTM Terengganu secara coursework. Terus pikir nak amik tu jela. So saya daftarlah dan Alhamdulillah diterima dan dah start kelas. Penghujung sem dekat nak final assessement, doktor menetapkan tarikh operate mata saya dan ngam2 kene tarikh final tu. Doktor jugak tak benarkan saya sambung pengajian dulu memandangkan keadaan mata kiri yang agak kritikal dan perlu rawatan segera. 


Pada awalnya saya nak quit terus belajar. Tapi ketua program cadangkan amik cuti khas dulu. Jadi, saya mohon untuk cuti khas. Rupe2nye lulus cuti khas pun kene bayar RM50 T_T


Semester baru, saya sepatutnya masuk semula. Sekali lagi saya mendapat tarikh operate kedua mata kiri. Kene cuti khas lagi. Mohonlah lagi cuti khas. Masuk lagi semester baru (sepatutnye semester 3 dah), dapat tarikh operate mata kanan plak. Adoi, dah mule rasa nak quit dah ni. Mintak cuti khas pun, tak pasal2 kene bayar lagi RM50. Yang RM50 x 2 sebelum ni pun tak bayar lagi.


Memandangkan keadaan saya dan pernah lalui kelas coursework, saya rasa betapa susahnya nak belajar dalam keadaan mata macam ni. Kene mengadap kelas dari pagi sampai ke petang betul2 memberi tekanan pada mata saya. Takkan nak asyik skip kelas, nanti tertinggal plak. 


Masa degree dulu, ada jugaklah buat FYP. Lect dan SV bagitau yang report kami tu dekat2 nak dengan report tesis master dan phd. Cuma degree level ni ringan sikit. Jadi, terpikir gak nak amik mode research je pasni. 


Persoalannya, sampai harini blur lagi, research tu nak kene buat ape sebenarnya? Apa tujuan? Apa motif? Ape objektif? Ape yang diharapkan daripada hasil penulisan tu? Hahahahaha. Jeng kreng sungguhlah wei. Maklumlah, saya ni agak slow, lembab, otak agak berkarat. Keje plak takde kaitan dengan bidang belajar. Kalau tanya sebab ape stadi, sebab nak puaskan hati sendiri je 🤣


* Gambar lame

Bisul Bisul Bisul Bisuuuuul Je Memanjang





 BISUL BISUL BISUL BISUUUUUL JE MEMANJANG
*** Awas, jangan tengok gambar kalau anda tak kuat, penggeli, tengah makan dan lain2. Saya tak bertanggungjawab sekiranya terjadi apa2 kat korang ye ***

Itulah saya dulu. Bisul datang singgah kat badan saya dah jadi acara tahunan atau dwi tahunan. Banyak tempat kat badan ni dah jadi RnR untuk bisul. Ni beberapa gambar yang saya snap. Dan banyak saya tak snap.

Paling teruk bisul masa 2018. Kene kat pinggang. Besar yang amat sangat. Besar penumbuk kot. Die punye tahap besar, sampai kene check in wad, pakej dengan operate siap dengan bius separuh badan macam orang nak bersalin czer tu. Lepas operate, saya ingatkan luka ditutup, rupe2nye dibiarkan macam tu je. Boleh sumbat sebijik dua bola pingpong kot.

Kali terakhir saya kene bisul pada Mac 2020. Bisul ni kecik je, tapi sakitnye hanya Allah saja yang tau. Rasanya semua bisul sakit kot. Hahaha. Dan kerana bisul kecik ni mengubah segala2nya di samping dah kene bebel dek doktor klinik kesihatan menyebabkan saya insof dan berubah.

Saya tak pernah share gambar ni secara public kecuali kat family dan kawan2 terdekat. Maaf sebab saya share kali ni. Bukan niat nak aibkan diri sendiri dan bukan niat nak buat korang rasa geli geleman. Tapi hakikatnya, ramai pesakit diabetes kerap terkena bisul.

Bila kita menjadi pesakit diabetes yang tak terkawal, kita akan mengalami masalah pada saluran darah menyebabkan peredaran darah terganggu. Masa tu lah betapa mudahnya kulit kita terkena pelbagai jangkitan bakteria dan yang sewaktu dengannya. Tambahan plak sistem antibodi kita tak berapa kuat menyebabkan badan lemah untuk lawan penyakit2 ni.

Alhamdulillah, sejak saya kawal diabetes saya, dah dah setahun setengah bisul tak singgap. Dan harap2nya beliau tak sudi dan tak hingin singgah kat saya lagi. Sakit woooo.

Syukur ya Allah.
Terima kasih IFLK kerana menjadi asbab diabetes saya berjaya direversed seterusnya mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

Boleh baca kisah saya berkenaan IFLK di https://bit.ly/SihatIFLK


#BebasDiabetes
#ReverseDiabetesObesity
#IntermittentFasting
#KetoDiet
#LazyKeto
#LowCarbNoSugar
#IFLK4Life

Selasa, 28 September 2021

Bacaam Gula Dulu dan Sekarang


Dulu saya tak cek bacaan gula saya. Kononnye "aku sihat" dan takde masalah diabetes. Sekali gi hospital atau klinik, bacaan paling rendah 18 tu memang biasa bagi saya. Tapi tak pernah insof sampailah suatu hari tu kene bash dek seorang doktor di KK. Terasa menusuk di jiwa. Terus buat keputusan taknak culas2 jumpe doktor, taknak culas cucuk insulin dan taknak culas makan ubat.


Dalam duk cucuk insulin, makan ubat lagi, nak dapat bacaan gula normal memang jauh lagi r. Boleh dapat sipi2 8 - 12 time perut kosong pun dah dikire rendah. Duk pikir nak try macam2 suppliment kat luar tu. Tapi, semua harga bangsawan. Dahla musim PKP saya jobless, OKU plak tu. Memang simpan angan2 bawah bantal jela.

Tup tup kenal IF. Buat IF, bacaan gula lebih rendah. Kenal plak keto diet. Makin normal bacaan gula. Kenal plak menu lazy keto yang sedap ditelan dan kene dengan selera tekak orang Malaysia ni, lagilah saya suka. So, bacaan gula dah setahun dalam julat normal. HbA1c dari 13.1% sekarang dah 5.1%. Doktor pun dah lama suh saya stop insulin dan segala mak datuk ubat diabetes yang saya telan tu. Syukur, Alhamdulillah.



Saya tak pernah target nak kurus. Target nak sihat je. Tapi, dapat jugaklah bonus ilang berat 25kg. Baju 3 - 4XL dah boleh pakai XL. Cume belum kurus je lagi. Gemuk lagi ni. Lagi nak kejar 15kg je lagi. For sure akan sampai masa gak nanti.

Makan sedap, perut kenyang, diabetes ilang.



Baca lagi kisah saya https://bit.ly/SihatIFLK

#BebasDiabetes
#ReverseDiabetesObesity
#IntermittentFasting
#KetoDiet
#LazyKeto
#LowCarbNoSugar
#IFLK4Life












Selasa, 14 September 2021

Kurus vs Sihat

 


Amalkan IF dan keto diet ni kalau niat awal nak kurus (takde masalahpun kalau niat nak kurus). Cume risau kalau berat statik, terus fedup dan giveup. Lagi plak yang tak faham macam mana proses bakar lemak ni. Silap bakar lemak, jadilah macam dalam gambo 🤣


Kata kunci: Belajar belajar dan belajar.


Ramai orang yang rasa kurus, slim dan fit hanyalah pilihan. Tak kuruspun takpela janji sihat biarpun tak sedar dah ada masalah kesihatan. Sekali dah datang simptom2 penyakit kritikal, baru nyesal.


Kalau target nak sihat, kite akan terus berusaha nak bebaskan diri dari penyakit2 yang menakutkan, nak bebas ubat dan lain2. Orang sanggup buat apa saja dan bayar berapa pun supaya sihat. Tak pelik kalau produk2 palsu di luar boleh terjual berjuta2 RM hasil overclaim yang melampau2. Contoh, KANSER STAGE 5 SEMBUH SEAWAL 7 HARI.


Tapi, hati2 ye. Jangan terjebak dengan perangkap2 produk mengarut ye.


#BebasDiabetes

#ReverseDiabetesObesity

#IntermittentFasting

#OneMealADay

#KetoDiet

#LazyKeto

#LowCarbNoSugar

#IFLK4Life