My Lovely Family

Faizal, Azila, Haikal, Humaira.

OneXOX Prepaid

Klik sini. Di bawah OneXOX Prepaid, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

OneXOX Black

Klik sini. Di bawah OneXOX Black, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

Sihat Dengan IFLK

Perkongsian bagaimana saya mengawal diabetes tanpa ubat dan berjaya turunkan berat badan lebih 20kg.

Pemanis Sihat Pengganti Gula

Sesuai untuk pesakit diabetes. Tanpa kalori, tanpa kolestrol, tanpa karbohidrat, indeks glisemik kosong.

Isnin, 2 Oktober 2023

Dah IFLK, Gula Belum Normal Jugak. Kenapa?


Dah IFLK, Gula Belum Normal Jugak. Kenapa?

A: Bacaan gula saya 16mmol. Saya ada kencing manis ke?

Saya: Kemungkinan dah ada tu. Ada gi klinik atau hospital tak?

A: Takde. Saya taknak makan ubat. Saya nak cuba cara IFLK.

Saya: IFLK tu boleh buat, tapi ape2pun better jumpe doktor jugak. Kot2 ada masalah2 lain yang kite tak tahu. Paling2 kurang, nak jugak tau HbA1c berapa. Baru boleh nak cakap ada kencing manis atau tak.

A: Ok2. Nanti saya pergi. Tapi, saya nak tau jugak, IFLK tu camne.

Saya: Bla bla bla bla bla bla (Citerlah pasal IFLK termasuk pengalaman saya sendiri sebagai pesakit diabetes yang berjaya reversed).

A: Ala, susah betul nak stop gula dan nasi, mi, roti ape semua tu.

Saya: Memang susah. Saya pun dulu rasa susah gak. Saya dulu makan 6x sehari. Semua ada air manis dan makanan tinggi karbo. Alhamdulillah, dah elok2 je boleh stop semua tu.

A: Ok, saya cuba. Berapa lama kene stop semua ni? Kalau dah reversed, boleh makan semula ke?

Saya: Kita nak jadikan lifestyle. Tapi takpe, buat betul2 dulu paling kurang 3 bulan. Nanti kite citer balik pasal nasi ape semua tu.

Selepas sebulan...

A: Saya dah buat yang macam coach ajar. Tapi, gula saya tak normal lagi. Dalam lingkungan 8 - 9mmol gak lagi.

Saya: Sabar. Benda ni ambik masa. Kite nak kene kencing manis pun bukan dalam masa sebulan dua. Bertahun2 jugak. Lagipun, dalam badan kite ni terlalu banyak stok gula yang tersembunyi. Lagipun, kalau sebelum ni belas2, sekarang dah bawah 10mmol, tu kire dah ok lah tu.

A: Jadi bacaan saya dah rendah dari dulu, bolehlah saya stop ubat kan?

Saya: Itu kene refer doc.

Lebih kurang camnilah perbualan telefon saya dengan si A ni beberapa bulan yang lalu. Tak silap saya, bulan Feb macam tu lah.

Tapi, sedinya, beliau dah kembali ke rahmatullah asbab kemalangan.

Allahummaghfirlahu.

"Arrgh, jaga makan pun, kalau nak mati, mati jugak"

Hidup dan mati ni, bukan kerja kita. Semua Allah yang tentukan. Kita sebagai manusia, perlu berusaha untuk elakkan daripada perkara2 yang dapat memudaratkan kita.

Jom reversed diabetes. Klik sini >> https://bit.ly/SihatIFLK