My Lovely Family

Faizal, Azila, Haikal, Humaira.

OneXOX Prepaid

Klik sini. Di bawah OneXOX Prepaid, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

OneXOX Black

Klik sini. Di bawah OneXOX Black, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

Sihat Dengan IFLK

Perkongsian bagaimana saya mengawal diabetes tanpa ubat dan berjaya turunkan berat badan lebih 20kg.

Pemanis Sihat Pengganti Gula

Sesuai untuk pesakit diabetes. Tanpa kalori, tanpa kolestrol, tanpa karbohidrat, indeks glisemik kosong.

Sabtu, 23 April 2022

Kaunter Khas Untuk OKU


Kaunter Khas Untuk OKU

Sesetengah pasaraya macam Mydin ada sediakan cashier khas untuk warga emas / wanita mengandung / OKU. Memang saya akan pilih cashier ni lah. Yela, menggunakan kekurangan yang ada untuk dapatkan sedikit kelebihan.

Tapi. agak tersentak bile ada jugak orang sindir2 dengan macam2 sindiran. Yang saya kene baru2 ni, "Humtumla orang cacat takyah beratur panjang2. Cacat otak kot". Memang agak geram. Tapi, tak tau macam mana, saya hanya jawab bersahaja, "Nak humtum gak mehlah jadi cacat jugok".

Untuk pengetahuan warga2 orang normal yang tak cacat tu, OKU ni ada banyak kategori. Antaranya ialah pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal, pembelajaran, mental dan pelbagai. Jadi, jangan ingat sebut OKU ni hanya yang nampak orang tu takde kaki atau takde tangan je. Mungkin orang tu nampak sihat, bertenaga, tuff, katang, hensem, bergaya, tapi sebenarnya dia OKU. Hanya dia je tau kekurangan dan kepayahan yang dilalui ni.

Kesusahan orang OKU ni kadang2 bukan hanya kepayahan untuk urus diri, tapi kadang2 didiskriminasi. Nak keje pun, ada sesetengah majikan taknak ambik orang OKU ni. Yang ambikpun, takut rasa terbeban plak dengan performance warga OKU ni.

Jadi, kalau nampak orang nampak sihat tibe2 beratur kat kaunter OKU tu, janganlah nak sindir2. Atau paling kurangpun, tanyelah OKU ape. Baik diam daripada menyakitkan hati orang.Takkanlah kami nak tepek kad OKU atau gantung kat leher kad OKU tu 🤣

Jangan kata orang yang tak dikenali, orang yang kite kenal pun kadang2 kuar ayat menyakitkan hati. Teringat seorang kawan pernah cakap kat saya, "Apalah sangat mata buta sebelah tu berbanding masalah rumahtangga aku".  Urmm, setakat gaduh ngan bini sebab berebut nak balik beraya kat mana, pun dia anggap lagi berat dari masalah buta ni. Urrrmmmmmm...

Bab cashier OKU pun ade orang cemburu. Tak sebut lagi warga OKU dapat Elaun Pekerja Cacat (EPC) RM450 sebulan. Harap inilah sedikit sebanyak nak ringankan beban kami warga OKU ni.

Nak EPC gak? Mehla bagi kat saya mata awak yang terang tu kat saya. Amiklah mata saya yang buta sebelah dan rosak sebelah ni. Saya kasi EPC tu kat awak. Ataupun kite sama2 jadi team OKU. Deal?

Isnin, 11 April 2022

Kisah Dongeng Tentang Diabetes



Kisah Dongeng Tentang Diabetes

"Doc, sampai bile saya kene makan ubat dan cucuk insulin?"

"Encik kene makan ubat selama2nya sampai mati!"

Segelintir kawan saya mengadu doktor cakap begitu kepada mereka yang baru disahkan diabetes.

Maaf cakap, bagi saya doktor seperti itu tidak beretika dan tidak beradab. Anda sepatutnye berikan semangat kepada pesakit, bukan menjatuhkan semangat dan buat cerita dongeng kepada pesakit.

Saya tak nafi, tak semua doktor macam tu. Saya kenal ramai doktor yang beri galakkan kat pesakit supaya mengubah gaya hidup dan memberikan nasihat sepatutnye, bukan menggunakan pendekatan buat bisnes ubat.

Tahniah dan terima kasih kepada doktor yang banyak berikan nasihat yang betul kepada pesakit. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian.

Tapi ada betulnya doktor tu cakap pesakit diabetes perlu cucuk insulin dan makan ubat selama2nya SEKIRANYA pesakit tersebut langsung tidak mengubah gaya hidup dan kekal dengan gaya hidup lama yang tidak sihat!

Alhamdulillah, saya antara yang dihentikan ubat dan insulin oleh doktor. Tak perlu cucuk insulin dan ubat selama2nya. Boleh baca perkongsian saya di https://bit.ly/SihatIFLK

Isnin, 4 April 2022

Menu Buka Puasa 1 Ramadhan


Menu Buka Puasa 1 Ramadhan

Air kosong, 3 ketoi ayam bakar, 3 bijik telo separuh masak, 2 slices telo dadar.
Dxt sebelum: 4.9
Dxt 2 jam selepas: 4.6

"Tak makan nasi memanglah gula tak naik"

Salah ke tak makan nasi?
Tak.

Kenyang ke tak makan nasi?
Alhamdulillah, tetap kenyang.

3 makronutrisi yang menjadi sumber tenaga kepada manusia iaitu lemak, protein, karbohidrat.

Makan karbohidrat memang cepat kenyang, tapi cepat jugak lapar. Gula dalam darah pun boleh naik mendadak bagi pesakit diabetes. Tu sebabnya sarapan nasi lemak, mi goreng atau ape2 menu tinggi karbo, tengahari perut dah mula lapar mintak diisi.

Protein dan lemak pulak ambil masa nak rasa kenyang. Tapi tempoh kenyangnye panjang. Gula dalam darah pun tak banyak naik. Kalau makan tengahari banyak lemak dan protein, 24jam tak makan ape2 pun steady lagi tak lapar.

Jom jadikan Ramadhan ni peluang untuk kawal masalah diabetes.

Nak makan minum manis secara sihat?