My Lovely Family

Faizal, Azila, Haikal, Humaira.

OneXOX Prepaid

Klik sini. Di bawah OneXOX Prepaid, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

OneXOX Black

Klik sini. Di bawah OneXOX Black, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

Sihat Dengan IFLK

Perkongsian bagaimana saya mengawal diabetes tanpa ubat dan berjaya turunkan berat badan lebih 20kg.

Pemanis Sihat Pengganti Gula

Sesuai untuk pesakit diabetes. Tanpa kalori, tanpa kolestrol, tanpa karbohidrat, indeks glisemik kosong.

Selasa, 22 Mac 2022

Alahai, Gatalnya Mata. Ada Tips Tak Untuk Alergik Mata?


Alahai, Gatalnya Mata. Ada Tips Tak Untuk Alergik Mata?


Setiap kali mata ni gatal2, teringat satu ketika masa temujanji pakar mata. Masa tu saya agak stres dengan keadaan mata saya. Dahla tak nampak, gatal plak menjadi2. Tak pasal2 jadi macam orang tua pot pet bebel kat doc. Maafkan saya doc.


Doktor (D): Kenapa mata encik makin teruk ni?


Saya (S): Dok tau la saya. Yang saya tau, mata saya gatal sangat. Dok tahan sangat, saya genyeh mata.


D: Mane boleh gosok mata. Tu yang jadi makin teruk dan bertambah bleeding. Meh saya cek mata jap (sambil mintak saya letakkan kepala kat tempat cek mata).


D: Mata encik ni alergik. Patutla gatal.


S: Bagilah saya ubat alergik.


D: Alergik tak perlu ubat.


S: (Tibe2 datang hangin satu badan) Dohtu doktor nok suh saya buat ape kalu mata saya gatal. Nok sengeh2 senyum macam orang gile ke sambil tahan gatal. Kalu doktor gatal mata, buleh ke tahan? Mata kene rambut sikit pun belum tentu boleh tahan. Angin tiup kene mata pun dah pejam. Ce oyat saya nok buat gane???


Datang doktor lain, "Mintak maaf encik. Sabar ye. Rileks2."


S: Saya ni sabo doh ni. Kalu dok sabo, lame doh saye likung meje ni (dah cool dah ni).


Ape lagi saya boleh buat untuk hilangkan gatal mata? Saya pun tak tahu dah. Makan ke tak makan ke, mata gatal je memanjang. Tak tahan la. Ada tips tak?

Khamis, 17 Mac 2022

Subjek Matematik SPM Sekarang Sangat Susah


Subjek Matematik SPM Sekarang Sangat Susah

Terbaca beberapa artikel di internet dan media sosial mengatakan matematik SPM zaman sekarang 2021 / 2022 sangat susah. Ditambah dengan topik baharu yang tak masuk akal, mengarut dan yang sewaktu dengannya.

Saya tak tau sangat sebab saya dulu SPM tahun 2001. Dah 20 tahun kurang lebih tinggalkan SPM dengan result kasar 3A 5B 3C. Perincian A1 A2 B3 B4 bla bla bla tak berapa nak ingat.

Masa saya SPM, matematik moden sekadar dapat A2 dan matematik tambahan dapat C6. Saya tak percaya ngan result ni sebab masa form 4 dan form 5, ujian OTI, matematik moden nak dapat C pun sakit. Matematik tambahan nak dapat lebih 20% tak pernah. Paling teruk dapat 4%. Fizik pun sama teruk, tapi time SPM dapat B3. Dengan kata lain, nama je subjek mengira, memang gagal.

Masa Diploma Sains Komputer, sem 1 awal2 discrete math saya gagal. Repeat sem 2. Same gak kalkulus, gagal dan repeat 2 kali. Statistik pun failed dan repeat.

Cume heran plak masa Diploma Pentadbiran Awam dan Degree Sains Pentadbiran, semua subjek mengira macam math, statistik, ekonomi, akaun, boleh plak skor A. Mungkin sebab dah tua. Dapat markah kesian dari pensyarah 🤣

Agaknye kalau saya jawab SPM zaman sekarang, tercirit terus takleh jawab. Saya terlalu bodoh ke atau silibus terlalu susah?

Wallahua'lam.

 

Sembuh Diabetes Dengan IFLK

SweetLAB Drop - Pemanis Sihat Pengganti Gula

 

Rabu, 16 Mac 2022

Nak Sangat Jadi OKU? Nah, Ambiklah Sikit Kekurangan Kami. Amiiin.


Nak Sangat Jadi OKU? Nah, Ambiklah Sikit Kekurangan Kami. Amiiin.

Beberapa kali isu OKU dipersenda menjadi viral di media sosial beberapa bulan ni. Yang terakhir sekali semalam. Saya ada tengok 1 video seorang individu yang pernah ada isu dengan 7E dan KFC, pun turut persendakan golongan OKU.

Walaupun yang dipersenda tu bukan OKU kategori yang sama dengan saya, saya turut terasa apabila golongan kurang upaya menjadi 1 subjek untuk 'dibahan', dihina, diajuk, dipersendakan dan sebagainya. Tentulah terasa, bab kata satu peribahasa, "cubit paha kiri, paha kanan terasa juga".

Rasanya sebahagian kecil masyarakat kita sekarang agak tenat. Buat salah, minta maaf. Pastu buat salah lagi, minta maaf lagi. Dan buat salah lagi, minta maaf. Maka berulanglah perangai buruk tu berkali2 dan disusuli permohonan maaf yang nampaknya seperti berlakon je.

Cukup2lah dengan perangai buruk. Kepada pihak lain yang nak naikkan rating TV ke ape ke, janganlah mengangkat insan seperti ini menjadi tetamu undangan ke ape ke sehingga menaikkan nama individu tersebut. Dah makin dahsyat tengok zaman sekarang dimana orang "jahat" diangkat menjadi orang ternama.

Satu je, saya mendoakan individu tersebut betul2 insaf dan tak buat lagi kerja bodoh tersebut. Dan jika anda betul2 mahu, nak sangat dan teringin nak jadi OKU, kami golongan OKU juga boleh bantu doakan supaya anda juga menjadi golongan seperti kami. Welcome to the club.

 

Sembuh Diabetes Dengan IFLK

SweetLAB Drop - Pemanis Sihat Pengganti Gula

Selasa, 15 Mac 2022

Tabung Parkir Masjid Gong Tok Nasek


 
Tabung Parkir Masjid Gong Tok Nasek

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN TAPAK PARKIR MASJID HARI KE-3

Pada hari ini, masuk hari ke-3 kerja pembersihan tapak parkir masjid iaitu menambung tanah sebahagian kawasan yang terlibat. InsyaAllah dijangka selesai sepenuhnya dan dapat digunakan sementara dalam masa satu minggu ini sebelum proses penurapan.

"TABUNG PARKIR MASJID" bagi membiayai semua kos pengurusan berkaitan dengan tapak parkir termasuk kerja pembersihan, tambung tanah dan penurapan tar.

Sumbangan boleh disalurkan secara tunai atau melalui akaun ;

"TABUNG PARKIR MASJID"

BANK ISLAM
MASJID KAMPUNG GONG TOK NASEK
1301 7018 3034 66
Ref: parking

FB Masjid: https://www.facebook.com/1515719055373267/posts/3241503992794756/

Khamis, 10 Mac 2022

Arrggghh, Simkad Mati



Arrggghh, Simkad Mati

Sebelum ni, saya adalah agen beberapa telco seperti T***E****, H***T**** dan jugak OneXOX. Saya jugak agak "gila" nombor. Asal nampak no cantik pada pandangan mata, bedal jelah.

Sebenarnye, no2 ni kebanyakan dari pelbagai telco. Saya maintain aktifkan banyak telco untuk test coverage terutamanya internet di rumah pelanggan.

Tapi, sejak pkp ditambah keadaan saya, saya slowdown dengan aktiviti telco ni. Punyelah slow down, sampai saya terlupe nak topup beberapa simkad saya. Semuanya expired 19/01/2022 kecuali simkad panjang umur saya dari OneXOX.

Antara semua sim yang expired ni, 2 tu dah mati terus dah. Dahla no dealer plak tu. Dealer T***E****, H***T****. Sayang plak no ni. Antara no feveret. Takde rezeki betul.

Adoi, bertahun2 berkhidmat untuk mereka, akhirnye mati camtu je. Sim dari telco lain semua masih idup walaupun hanya no user biasa. Ape boleh buat, salah sendiri gak lupe topup. Tapi tulah, pendek sangat tempoh kiok die selepas expired.

Sepatutnye awal2 dulu port out je dan tukar ke OneXOX. Kurang2, 28 bulan (2 tahun 4 bulan) takyah pikir nak topup. Kalau topup sebelum tempoh expired tu, validity tetap bertambah. Dekat nak tamat 28 bulan, beli je validity setahun terus. Senang, takyah pening2.

Kalau sape2 rasa nak panjangkan umur simkad tu, bolehlah kontek saya ye. Wasap je terus https://wasap.my/60146069996/SimkadPanjangUmur


Rabu, 9 Mac 2022

Perut Kenyang Tanpa Nasi

 


Perut Kenyang Tanpa Nasi

Teringat ketika kali pertama saya ingin mencuba menu kurang karbohidrat demi untuk mengawal masalah diabetes. Antara perkara awal diajar ialah tinggalkan gula putih dan kurangkan makan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi, mi, bihun, tepung, roti dan yang sewaktu dengannya. Dalam kepala, rasa memang betul2 susah lagi2 nak tinggal nasi. Bayangkan nasi tu makanan asasi. Sejak dari kecik kot. Kalau tak makan nasi, boleh kenyang ke. Adoi.

Rupa2nya, bukan nasi je boleh membuatkan kenyang, lemak sihat seperti telur dan makanan berprotein seperi ayam, pun boleh buat kenyang. Memang tak nafi, makan nasi memang cepat kenyang, tapi cepat jugak lapar. Kalau makan nasi malam, pagi esok dan menggelatar kelaparan.

Tapi berbeza jika makan telur dan ayam, walaupun ianya mengambil masa nak rasa kenyang, tapi tempoh kenyang tu sangat lama. Jadi tak hairan kalau mampu makan sekali sehari je. Sebab apa? Sebab tak lapar.

Lagi best bila HbA1c banyak turun daripada 13.1% kepada 6.5% kepada 5.8% kepada 5.7% kepada 5.1%. Doktor KK pun tanpa segan silu stopkan insulin dan segala mak datuk ubat diabetes. Berat pun dah turun banyak. Lebih 20kg daripada berat asal 110kg. Cume belumlah selim lagi. Takpe, slow2. Laju2 nak gi mane gak. Hahahahaha.

So, sape kata nasi je mengenyangkan?

Meh baca sharing saya di https://bit.ly/SihatIFLK

Keadaan Mata Terkini

"Ja, macam mana mu boleh main fesbuk nge wasap?"

Ambe kene gune wasap web dan gune browser laptop. Ambe sambung laptop ke TV. Jadi skrin beso maka dapatlah ambe tengok dan baca. Tapi sekarang dah gune monitor pc saiz 23" sebab kesian anok2 tokleh tengok tv. Cumenye, monitor saiz 23" ni dok cukup besor. Kene cari 32" gok. Ushar kat shopee, harga kayangan sangat. Huhuhuhu. TV 32" lebih muroh, tapi dok tau bakpe, ngadap TV lagi berpinor berbanding ngadap monitor PC ni. Mungkin sebab ambe terpaksa tengok dalam jarok kurang 1 meter dan monitor PC je yang sesuai berbanding TV.

Kalu ambe gune henpon, ambe gune fungsi "Magnification" atau ambe gune kanta pembesor atau gune spek rabun dekat yang fungsinya sama macam kanta pembesar. Tapi ianya hanya membantu untuk melihat menggunakan mata kanan sahaja. Mata kiri tetap same walau pakai spek gajoh rima sekalipun.

Jadi, ginilah pandangan ambe pada mata kiri dan mata kanan. Mata kiri memang xnapok walaupun gajoh rima depan mata. Kalau mata kanan, ambe still boleh napok bayang2. Cume susoh skit nok beza antara hantu atau manusia kalau muncul depan mata jarok lebih 1 meter sebab die blur2 je.

Muke manusia atau ape2 objek sekeliling, ambe napok blur2. Jadi, jika ada sesape yang ambe kenal selepas ambe bergelar OKU ni, tiada memori wajah anda dalam kepala hotak ambe ye. Huhuhu

"Doh lagu mane mu drive?"

Selepas lebih setahun rehat dripada menjadi drebar, Alhamdulillah, sekarang ambe doh jadi terbiasa dan doh boleh naik moto. Kete boleh lagi asalkan time siang hari, ceroh derang. Kalau malam atau time hujan, maassalamah wailalliqo'. Memang out of service terus.

Sekian.

Sabtu, 5 Mac 2022

Atasi Masalah Diabetes di Bulan Ramadhan


Atasi Masalah Diabetes di Bulan Ramadhan

Teringat kisah saya beberapa tahun lepas di bulan Ramadhan. Disebabkan masalah kencing manis @ diabetes yang tidak terkawal, saya nekad nak kurangkan air manis lagi2 di bulan Ramadhan. Range bacaan gula saya ketika itu dalam lingkungan 15 - 20mmol.

Bayangkan waktu berbuka puasa, orang lain minum air manis, sejuk, saya minum air sejuk kosong je. Orang makan nasi berpinggan2 dan macam2 jenis kuih, saya makan nasi sepinggan je dan limitkan makan kuih. Apa jadi? Gula saya turunlah sikit, tapi hanya setakat dalam lingkungan 10 - 15mmol je.

Mule timbul rasa tak puas hati. Sebulan bertahan dengan 'kontrol' makan, tapi turun sikit2 je. Arrggh, sedih dan marah jugak rasanya. Tetap tak berpuas hati dengan keadaan masa tu. Google punya google, cari punya cari, jumpalah punca sebab apa gula susah nak turun.

Rupanya orang kencing manis ni bukan setakat kene kontrol gula, tapi jugak kene kontral makanan berkarbohidrat tinggi. Menggunakan kaedah Intermittent Fasting + Lazy Keto (IFLK), Alhamdulillah kadar gula dah kembali dalam range normal antara 4 - 6mmol. Berat pun dah turun berkilo2. Perut tetap kenyang. Air manis pun tetap mninum.

Tapi kenyang biar ada cara. Manis pun ada pengganti gula. Itulah protokol IFLK. Yang penting makan kene enjoy dan bermaruah.  Jemput baca detail mengenai IFLK di https://bit.ly/SihatIFLK