My Lovely Family

Faizal, Azila, Haikal, Humaira.

OneXOX Prepaid

Klik sini. Di bawah OneXOX Prepaid, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

OneXOX Black

Klik sini. Di bawah OneXOX Black, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

Sihat Dengan IFLK

Perkongsian bagaimana saya mengawal diabetes tanpa ubat dan berjaya turunkan berat badan lebih 20kg.

Pemanis Sihat Pengganti Gula

Sesuai untuk pesakit diabetes. Tanpa kalori, tanpa kolestrol, tanpa karbohidrat, indeks glisemik kosong.

Rabu, 29 Disember 2010

Aaarrrggghhh Stressnyeee


Adui, Peja tak tau ape salah Peja...
Kenapa tibe2 URL blog Peja telah diban dalam shoutmix?
Peja takleh nak tinggal mesej kt kengkawan yang gune shoutmix...
Yang gune cbox, boleh lagi...
Tapi, yang Peja pelik, apesal untuk shoutmix blog Peja sendiri, ok je...
Adui, tak dapatlah nak tegur kengkawan pasni...


Isnin, 27 Disember 2010

Pernah Makan Taufufah Cendol, Taufufah Jagung dan banyak lagi?


Pernah dengar taufufah? Biasanya kengkawan boleh dapatkan taufufah kat pasar malam. Tapi, kalau sebut taufufah cendol, taufufah jagung, taufufah krim karamel dan jelly taufufah, pastinya kengkawan tak pernah atau jarang sangat mendengarnya apatah lagi makan benda2 ni... Fuh, kalau pernah cuba, memang sedap dan lazat sangat. Wah.. Inilah kenikmatan sebenar.


Rabu, 22 Disember 2010

Forum Baru Untuk Seluruh Rakyat Malaysia

Haaaaa, semalam masa Peja duk berfacebook, tibe2 ada kawan lama Peja zaman skolah ajak Peja join satu forum ni. Forum ni adalah khas untuk semua rakyat Malaysia terutamanya rakyat negeri Terengganu. Kalau kengkawan bukan orang Terengganu, jangan malu dan jangan segan, jom join forum ni.

http://terengganu-forum.forumms.net


Isnin, 20 Disember 2010

1 Ibu 3 Anak Terbuang

Dimanakah nilai kasih sayang kita sebagai manusia?
Sanggupkah kita melakukan perkara tersebut?
Adakah ini dikatakan abis madu sepah dibuang?
Oh, kesiannya...


Sabtu, 18 Disember 2010

Percuma... Percuma... Percuma...

Kali ni Peja nak kongsi sesuatu yang PERCUMA... Kengkawan takyah kuarkan duit satu sen pun...

Nota: Khas bagi kengkawan yang ingin dapatkan ilmu perniagaan internet secara PERCUMA SAHAJA...

Rabu, 15 Disember 2010

Penting Untuk Temuduga KPLI

Kali ini posting Peja ringkas aje. Sekiranya kengkawan ataupun rakan2 anda, jiran2 anda, adik beradik anda, anak2 anda akan menduduki temuduga KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah), ada sesuatu boleh membantu.


Selasa, 14 Disember 2010

Stresss... Lecah Teruk Sangat

Adui... Hujan aritu tak berenti2.... Tapi Peja bukan nak salah kan hujan... Dah musim dia, nak wat cmne... Lagipun, hujan tu rahmat, kan?

Cume yang Peja stressnye, depan umah Peja, lecah teruk sangat... Bukan nak marah hujan penyebabnya... Tapi stress pasal dah bagitau kat tuan rumah pasal ni dan mintak tuan rumah timbunkan depan rumah dengan batu... Tapi, yang sedihnya, takde ape2 tindakan lagi dari tuan rumah...


Ahad, 12 Disember 2010

Karnival Jalur Lebar

Semalam Peja, wife, adik2 ipar n mak mertua pergi ke Karnival Jalur Lebar di Kuala Terengganu. Pergi pun dah kul 5 petang lebih. Dah dekat2 nak tutup dah. Tapi, dalam nak tutup tu, ramai lagi orang datang.


Ada macam2 booth dari syarikat telco cam TM, P1, Maxis, Celcom, Digi dan lain2... Yang paling best, dekat booth under KPKK (Kementeria Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan). Ada online game, animasi, dan macam2... Malas nak amik gambar sebab dekat nak tutup dah. So xbanyak benda yang ada.

Khamis, 9 Disember 2010

Salam Ma'al Hijrah

Salam Ma'al Hijrah...
Walaupun dah beberapa hari berlalu, Peja tetap nak ucapkan salam ma'al hijrah buat semua kengkawan tak kira di mana anda berada... Yang pastinya, kita melihat bulan yang satu...

Sekarang dah masuk tahun 1432H... Ni bermakna, sudah lebih 1400 tahun junjungan besar Rasulullah S.A.W meninggalkan kita tanpa mewariskan apa2 harta kecuali Quran dan sunnah baginda untuk dijadikan pegangan sepanjang hayat kita.

Selasa, 7 Disember 2010

Aduiii, Sakitnyee....

23hb Disember ni, Peja kene masuk small operaation... adui adui adui...
Tak dapat bayangkan gusi Peja perlu dibelah sikit...
Ni semua akibat gigi bongsu Peja yang dah 2 tahun tumbuh. Kalau dulu, Peja wat donno je dengan gigi bongsu ni... Cume sejak dua menjak ni, gusi terasa semakin membengkak dan sentiasa sakit... Semalam pergi cek, doc set tarikh 23hb ni untuk operate kecik gusi...

Ahad, 5 Disember 2010

Kedai Makan Cekik Darah

Geram tul r Peja. Semalam on the way Peja n wife balik Kelantan, kami singgah kat satu sebuah kedai makan kat Kg. Penarik, Setiu. Kedai makan ni depan Masjid Kg. Penarik...

Nak dijadikan citer, Peja order nasi putih 2, ikan siakap masak 3 rasa, telur bistik, sup cendawan dan air teh o limau panas. Wife  plak minum teh o panas je.

Sampai je air Peja, Ya Allah, masam gileerrr... Berapa tan die taruk limau dalam teh ni. Peja suh die adjust air, taruk gula dan tambah ais ajela...


Khamis, 2 Disember 2010

Rahsia Besar Facebook

Bila Dwen Rasid terbitkan sesebuah produk, Peja pasti akan beri perhatian penuh......kerana Peja tahu apa yang beliau kongsikan amat berharga.

Kali ini, beliau dedahkan satu lagi rahsia bagaimana internet marketer seperti anda juga dapat menjana pendapatan yang amat lumayan di facebook.

Rahsianya ialah tak lain dan tak bukan... Rahsia autosale facebook.

Selasa, 30 November 2010

Persatuan Usahawan Internet Malaysia

Ni Peja nak kongsi skit satu benda yang agak penting bagi Peja selaku Usahawan Internet.

Baru-baru ini, dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pusat, di bawah naungan Dato' Mohd Noor Al-Akbari, telah menubuhkan Persatuan Usahawan Internet Malaysia (UIM).


Ahad, 28 November 2010

Gelas Ke Bekas Biskut Raya?

Huhuhuhu, 2 hari lepas, adik Peja, si Farid dan kawan Peja, si Nas, datang lepak rumah Peja satu hari satu malam. Nak dijadikan cerita, Peja ajaklah Farid, Nas, wife Peja dan 2 orang lagi adik kecik Peja gi kat satu kedai makan kt Kubang Kerian.

Jumaat, 26 November 2010

Kapal Terdampar Di Tengah Jalan

MISTERI!!! Sekarang di sebelah Pantai Timur sedang musim tengkujuh. Hujan lebat hampir setiap hari terutamanya di Kelantan tempat Peja tinggal.Ombak besar di lautan sedikit sebanyak menjejas pendapatan para nelayan. Harga ikan makin mahal berikutan permintaan tinggi daripada rakyat tempatan. Nak tak nak, ikan kurang fresh dengan harga mahal terpaksa di makan... adui.. ujian... sabar jela...


Khamis, 25 November 2010

Ebook VS Buku Fizikal

Korang pernah baca ebook? Korang pernah beli buku fizikal? Alaaaa, takkan langsung tak membaca kot. Semaikan budaya membaca dalam jiwa korang tauuu...

Peja nak kongsi sikit pengalaman Peja sepanjang menjual ebook. Yela, usahawan internet sepenuh masa katakan. Produk paling banyak Peja jual adalah ebook. Peja pun ade kluarkan ebook sendiri tau. Ebook Rahsia Dadih.

Rabu, 24 November 2010

Peraduan Teka Gambar

Sebenarnya, Peja anjurkan peraduan ni start 1 November lagi... Peraduan kali ni dah siri ke-3 dah. Sebelum ni dah ada 2 pemenang.

Untuk sertai pertandingan ni, hanya perlu ke http://www.tekagambar.co.cc. Tiada bayaran dikenakan untuk pendaftaran. Masuk ke laman web tersebut, isikan nama dan alamat email aje... Senang kan... Hadianya ialah RM50 setiap minggu.

Khamis, 18 November 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Takziah

Selamat hari raya aidil adha kepada semua pengunjung blog Peja...
Huhuhu, berapa ramai lembu yang terkorban? Hihi...
Semalam Peja tolong korban lembu bahagian ayah Peja...
Penat woo. takde orang expert...

Isnin, 15 November 2010

Jauhi Ah Long... Jangan menempah maut...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Haaa, kali ni Peja nak citer benda lain plak. Asyik citer pasal hal peribadi Peja, kengkawan bosan gak kan?

Sejak akhir2 ni, kite boleh tengok iklah ah long diedarkan di merata2 tempat. Dalam peti surat, selit kat wiper cermin kete, tampal kat public phone. Dengan kata lain, macam2 ada. Semakin giat ah long ni mempromosikan perniagaan maut mereka ye.


Sabtu, 13 November 2010

Jannah, Kenapa Tinggalkan Ku...

Sedih sangat...
Jannah dah tinggalkan aku...
Mm... tak sempat kite nak jumpe...
Mungkin telah ditakdirkan sebegini...
Takkan ku lupekan kenangan kite bersama...

Selasa, 9 November 2010

Kanak-Kanak Digantung... Kejam!

Baru-baru ni, Peja ada pegi ke satu pasaraya terkemuka gakla di Kuala Terengganu. Nak shopping sikit barang2 keperluan bersama adik beradik dan wife Peja. Siapa sangka, Peja dapat lihat dengan mata kepala sendiri kekejaman ke atas kanak-kanak berlaku di depan mata Peja sendiri.

Selasa, 2 November 2010

Ciannye Kucing Ni...

Semalam kan, lepas Peja & wife balik shopping, kami kemas2 barang2 yg dibeli...
Tgh2 berkemas, tibe2 dgr bunyik kucing mengeoww... Kuat lak tu...
Peja pun kuar dan tengok sekor kucing, kesejukan dalam hujan, duk ngeow2...
Dahlah tgh hujan, kotor dgn air tanah liat, tgh jalan plak...
Kalau dibiarkan, tinggi harapan nak kojol kene pijak kete...
So, Peja amik dan bawak masuk dalam rumah...

Sabtu, 23 Oktober 2010

Mak Peja Masuk Wad Lagi

Kepada kengkawan, sorila, Peja tak sempat nak update blog... Sekarang Peja kat Asrama Bayu MAIDAM di Hospital Kuala Terengganu... Wife Peja kene tengah jaga mak dalam wad... Peja takleh nak jaga malam2... Mak Peja masuk wad sekali lagi start hari Khamis petang kelmarin... Ahad ni 24hb Oktober, mak kene operate buang buah pinggang... Peja sedih sangat... Dahlah tekanan darah mak tengah rendah sangat... Doakan operate mak berjalan dengan lancar... T_T

Rabu, 20 Oktober 2010

Apa Ada Dengan Twitter

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Camne hari ni kengkawan? Ada sihat ka?
Peja kurang sihat, asyik batuk, selsema n sakit kepala...
Nak wt cmne, perubahan cuaca...

Kengkawan ada akaun twitter x? Huhu, Peja sendiri dah ada akaun twitter. Sampai ke hari ni Peja tak reti nak explain apa itu twitter. Bagi yang dah ada akaun tu, boleh la follow Peja kat http://twitter.com/pejasukri.

Rabu, 13 Oktober 2010

Kursus Online PERCUMA Untuk Anda

Salam sejahtera kengkawan,

Maaf kerana lama tak bertanya khabar kengkawan. Banyak sangat masalah yang Peja hadapi. Mak Peja sakit sebelum ni dan baru-baru ini, hampir kesemua file dan folder penting Peja hilang. Peja sendiri musykil kemana hilangnya file2 tu semua. T_T

Oklah, apa2 pun, kehidupan tetap perlu diteruskan. Betul tak kengkawan ? So, tak perlu dikenang perkara yang telah lalu. Cewah, cam lagu P. Ramlee plak.

Selasa, 5 Oktober 2010

Khas Untuk Semua Blogger

Baca sampai abis kalau rasa nak dapat duit... Takde bayar ape2 punye...

Buat kengkawan semua, masa bulan pose aritu, Peja ada launch ebook "Rahsia Dadih: Kegemaran & Pendapatan". Boleh tahan gak sambutannya. Dalam masa lebih kurang 27 hari, jualan ebook melebihi RM2k, Alhamdulillah... Asalnye Peja nak tutup dah jualan ebook ni, tapi lepas raya baru2 ni, Peja dapat plak permintaan untuk meneruskan jualan ebook.

Rabu, 29 September 2010

Poket Kering Lepas Raya...

Haaaa, tup tup tup, hampir 3 minggu dah syawal berlalu... Yang pastinye, ramai kengkawan yang poket kering, kempis dan tinggal habuk... huhu...

Tak kirela sape kite, bos ke, eksekutif ke, kerani ke, semuanya hampir kering kontang. Mane taknye, yang gaji besau, besaulah perbelanjaan raya tu... Yang gaji kecik plak, jangan nak blanje lebih dari kemampuan plak...

Sabtu, 25 September 2010

Tolong Doakan Mak Peja

Sekarang Peja berada kat Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Mak dimasukkan wad sini sejak hari khamis lagi. Asalnya mak ada batu karang. Sekarang buah pinggang mak sebelah lagi bernanah dan juga terkena radang paru-paru.

Rabu, 22 September 2010

Telor DiBasuh Punye Penangan

Fuh, pejam celik pejam celik, sedar tak sedar, dah lebih 8 jam Peja ngadap blog TelorDiBasuh ni... Dari start lepas solat subuh, sampai berenti lunch dan solat zohor kemudian sambung lagi sampai sekarang... Tapi memang syok abis la blog ni... Macam2 artikel ade dalam ni... Tu yang 'lagho' je ngadap blog ni... Huhuhu, tahniah buat blogger TelorDiBasuh. Harap2 pasni bleh terus goreng telur ni... hihihihi..

Selasa, 14 September 2010

Tak Puas Lagi Beraya

Hari ini kalau ikutkan, baru raya ke-5, tapi sebab wife Peja start kerja hari ni, terpaksa la kami balik ke Kelantan semalam.

Huhuhu, oleh kerana tak puas beraya lagi, hari Rabu petang, Peja balik Terengganu semula. Kebetulan buat kenduri sikit adik ipar nak berlepas ke Mesir 20hb ni dah. Tahniah la kepada adik ipar Peja, Aliza Mohamed yang akan meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pergigian kat Mesir sane tu selepas dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik SPM Negeri Terengganu pada tahun 2009.

Selasa, 7 September 2010

Keputusan Undian Duit Raya RahsiaDadih.Com


Assalamualaikum W.B.T.,

Dikesempatan ini, Peja menghulurkan salam kemaafan andai tersilap kata, terkasar bicara dan apa-apa je yang tidak menyenangkan anda.

Tinggal 2, 3 hari lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai perayaan menyambut kemenangan kita setelah 1 bulan berjuang melawan hawa nafsu.

Ahad, 5 September 2010

Hati-Hati Di Jalan Raya


Haaa, kepada semua kengkawan Peja yang balik kampung arini ke, esok ke, lusa ke, malam raya ke, pagi raya ke, Peja nak ucapkan selamat kembali ke kampung dengan selamat. Biar lambat asal selamat.

Peja balik kampung hari Rabu tengah hari kot. Harap2 sempat berbuka. Biasanya Bachok - Dungun amik masa 3 jam setengah aje. Tapi tak tahulah nak raya ni, jem lagi, kul brapa ntah sampai Dungun.

Alang2 dah bukak topik ni, Peja nak kongsi skit tips penjagaan kenderaan. Peja bukan mekanik, tapi ada sorang dua member yg pakar bab2 ni dan slalu nasihat Peja pasal kete ni.

Jumaat, 3 September 2010

Selamat Hari Raya

Khas kepada semua pembaca blog Peja, subscriber Peja, pelanggan ebook Peja, rakan2 facebook Peja, rakan JV dan affiliate Peja dan semualah yang mengenali atau tak kenal Peja, Peja ingin ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin andai tersilap kata, tersalah bicara dan lain-lain perkara yang tidak menyenangkan anda semua. Ni e-kad raya dari Peja khas buat kawan-kawan semua. Sorilah, kad xcun. Bikin sendiri je.

Rabu, 1 September 2010

Kamdar, KB Mall, Tesco, Mydin

Assalamualaikum dan selamat pagi... Semalam kan hari cuti sempena hari merdeka. So, Peja ngan wife nak ronda2 cari baju raya. Tak sangka jem sangat semalam nak2 kt area KB Mall. Nak dapat parking komain susah wooo.. Last2 peja decide parking kete jauh sikit dari KB Mall dan jalan kaki ke sane... Tapi, sebelum tu, Peja singgah ke Kamdar dlu.. Huhuhu, agak banyak gak saiz Peja. Al-maklumlah, 3XL punye saiz. Peja berkenan sgt dgn satu baju batik tu. Harga pun xmahal. Tapi sygnye, bajunye sikit rosak. Stok lain plak xde. Nak amik baju batik lain, saiz plak xde.. aduiyaa... Kat KB Mall, Tesco ngan Mydin Mall, xde pun pakaian saiz Peja. Kalau ade pun, langsung xsesuai nak wat baju raya... Uhuk uhuk. Itula, suh diet, xnak diet... Hehehe... Oklah ni, dulu, berat Peja 150kg = 3 kampit simen! Lepas diet (tak diet sgt pun), berat turun jadi 110kg. Daripada saiz seluar 50, skrg 44. tupun terpaksa pakai tali pinggang sbb saiz 44 pun kini dah longgar... Hihi. Ade tak member2 bleh sarankan tempat boleh beli baju batik yang murah2 dan cun?

Isnin, 30 Ogos 2010

Telefon Bimbit Sempena Merdeka Raya

Salam sejahtera, Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53! Sama-samalah kita menjaga dan mengekalkan keamanan yang sama-sama kita rasai. Sempena hari merdeka dan hari raya aidilfitri, saya ingin menganjurkan pertandingan Testimoni Merdeka Raya Ebook "Rahsia Dadih: Kegemaran & Pendapatan". Pertandingan ini terbuka kepada semua pembeli ebook Rahsia dadih ini bermula hari pertama ebook ini dilancarkan sehingga 9 Semptember 2010 jam 11.59 malam (Tarikh tutup: 09/09/2010 jam 11.59 malam). Bagi yang belum memiliki ebook Rahsia Dadih ini, sila dapatkannya sekarang di http://www.rahsiadadih.com. Apa yang anda perlu lakukan ialah, karangkan testimoni yang terbaik berkenaan ebook "Rahsia Dadih". Anda mestilah menghantar testimoni ini ke email admin@rahsiadadih.com dengan subjek "Testimoni Merdeka Raya Rahsia Dadih". Sila hantar testimoni tersebut menggunakan email yang sama anda gunakan untuk membeli ebook ini. Hanya 3 testimoni terbaik akan dipilih untuk mendapatkan hadiah seperti berikut: 1. Tempat Pertama: 1 x Telefon Bimbit Nokia 2720 + 1 x Kingston DataTraveler 8GB 2. Tempat Ke-2: 1 x Telefon Bimbit Nokia 2720 3. Tempat Ke-3: 1 x Kingston DataTraveler 8GB Keputusan akan diumumkan pada 30 September 2010 dalam laman web FSM SisMEl Enterprise (http://www.sismel.com.my). Bagi yang sudah membeli, hantarkan testimoni anda sekarang! Bagi yang belum, dapatkan ebook "Rahsia Dadih: Kegemaran & Pendapatan" di http://www.rahsiadadih.com SEKARANG! **Gambar hiasan sahaja. Spesifikasi dan warna mungkin berbeza.

Ahad, 29 Ogos 2010

Haissshhh, Mercun Lagi!

Tiap2 tahun, asal bulan pose, ade je berita putus tangan la, putus kaki la, pecah kepala la... Semuanya bahana mercun...

Time tahun baru cina, Peja tak pernah plak dengar kes2 camni. Memang orang melayu ni keras kepala dan tak amik iktibar atas kejadian buruk...

Huh, kalau adik Peja main mercun, siaplah. mmg nak makan rotanla... hihihi. Peja ni mmg garang gak. kalau adik wat salah, mule2 tegur lembut. 2nd, tegur dgn sedikit keras. 3rd, tegur + amaran. kalau kali ke-4 wt salah gak, mmg kene sebat la kat betis... Tapi, Alhamdulillah, adik2 peja ni, biasanya takat tahap warning ke-2 aje...

Ni, Peja paste skit gambar2 akibat main mercun. Yang gambar last tu, sikit menyeramkan. So, sape tak tahan darah, jangan tengok!




Jumaat, 27 Ogos 2010

Hati-Hati Ketika Tarawih

Peja terbaca berita dalam harian metro online berkenaan pencuri yang pecah masuk rumah time solat tarawih. Rujuk sini: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PecahrumahwaktusolatTarawih/Article Apa yang patut kita buat untuk elakkan perkara cmni jadi. Rungsing gak. Kalau kat kampung, mak selalu tinggal ngan adik kecik time ayah pegi surau. Mm, rasanya, sebagai salah satu langkah percegahan, ayah wt solat tawarih kt umah jela... Nak wt cmne... Kawan2 ade idea?

Rabu, 25 Ogos 2010

Syukurlah Tak Mati

Assalamualaikum dan selamat pagi kengkawan... 2 hari lepas, Peja balik kampung emergency sebab mak masuk wad... Mule2 mak kene tekanan darah rendah, pastu ade batu karang plak... Sedih r.. Lepas melawat mak, bertolak balik kelantan. Sampai umah, tengok ada 1 makhluk besar parking depan rumah. Wat donno je la. Semalam banyak kerja perlu diselesaikan, so Peja tidur lewatla sikit.. Bangun pagi, kepala sakit sebab kurang tidur. Lepas hantar wife gi keje, hajat balik rumah nak melelapkan mata sekejap. Baru nak lelap, tibe2 tuan makhluk besar ni panaskan bende alah ni. Dahlah die tinggalkan camtu je. Bising gile... Bising satu hal, asap plak masuk dalam bilik... Nak mati lemas Peja dalam bilik. Geram tul r, tak fikir ke bising depan rumah orang, asap masuk dalam rumah orang ke... Habis pakaian tergantung berbau asap... Peja geram, peja tunggu dkt setengah jam, baru tuan die datang balik. Dahlah wat muke tak bersalah. Nasib baik yang sorang lagi tu mintak maaf. Tapi sempat Peja sound die (dalam loghat kelate la, cume translate ke bahasa standard): "Awak tak fikir ke, orang ade ke takde ke dalam rumah, bising ke tak bising ke. Bising satu hal, bau busuk asap dalam bilik saya, satu hal. Nasib baik tak mati lemas. Lain kali, wat ape2, fikir dulu". Ingat, lain kali wat keje, gune akal, jangan letak otak kat kaki.

Isnin, 23 Ogos 2010

My Lovely Mummy Masuk Wad T_T

Lately, mak Peja asyik tak sihat. Semalam ayah tepon, bagitau mak masuk wad. Ingat nak balik semalam, tapi ayah suruh balik hari ni aje... Nanti lepas tengah hari nak balik kampung, nak gi jenguk mak. Sian kat ayah Peja. Kene uruskan hal ehwal rumah tangga sengsorang. Nak pegi keje lagi, nak jaga 2 orang adik pompuan Peja kt umah lagi. Anak-anak yg lain semuanya jauh2. Kaklong kat Shah Alam, Peja kat Kelantan, Fakhru & Farid kat Perak, Firdaus kat Kedah, Fahmi plak duk asrama... Tinggal Nabila ngan Akmal aje... Adei... Seingat Peja, mak ade darah tinggi, tapi semalam masuk wad sebab tekanan darah terlampau rendah. Risau plak. Pasni nak suh mak makan hati ayam ngan hati lembu banyak2. Baru bleh tambah darah skit.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Laman Web RahsiaDadih.com Berubah Wajah

Assalamualaikum W.B.T, Sukenyeee hati Peja arini... Mane taknye, minisite RahsiaDadih kini dah berubah wajah. Peja dapatkan khidmat design daripada Mr. Joe (http://www.facebook.com/grafikartwork). Pada mulanya, dijangkakan ianya mengambil masa 3 - 5 hari bermula pagi semalam (Jumaat). Tapi, rupe2nye tak sampai 48 jam! Memang hebat betul la Mr. Joe kite.. Peja tabik sprrriiingggg kt beliau (tooooiiinnnngggg - bunyik tabik disertai spring)... Huhuhu, kalau compare dengan yang asal, mak datuk, jatuh panggang dari api, bagai langit dengan bumi, bagai semut dengan dinasor... Tak caya, cube compare... Yang terselit kt penjuru bawah sebelah kiri tu r rupe yang asal... Hihihihi... Jom pakat jenguk http://www.rahsiadadih.com.

Khamis, 19 Ogos 2010

Keluarga Bahagiaaaaaa

Huhuhuhu, arini pejam celik pejam celik, dah lebih seminggu kite pose kan... Dan arini plak hari yang segar bagi saya... Hahahaha, biasanya lepas solat subuh, tidur balik... Hari ni tak tido dah... Tibe2 gatal tangan nak kumpul gambar ahli keluarga... Start ayah, mak, kakak dan semua adik2... Lepas korang tengok pic ni, jangan ingat saya ada abang eh... Saya anak ke-2... Biasanya org akan sangkakan adik bawah saya, si Fakhru tu adalah abang saya... Hihihihi... Kalau nak kenal, ni r keluarga saya.. Bahagia kan? Hihihihi

Rabu, 18 Ogos 2010

Teknik Split Affiliate

Semalam aku beli ebook saudara Rahman Basri bertajuk "Split Affiliate". Dalam ebook ni menceritakan bagaimana nak handle 2, 3 program affiliate serentak tanpa ada yang tercicir. Bukan tu je, ebook ni juga mengajar teknik Soft-Selling dan bagaimana nak lakukan jualan di facebook dengan mudah. Lepas baca je ebook ni, aku terus test ilmu yang ade. Hasilnye, ebook "Rahsia Dadih: Kegemaran & Pendapatan" aku menghasilkan 2 sales dalam masa tak sampai 1 jam. TQ bro Rahman Basri ~ My sifu... 

Isnin, 16 Ogos 2010

Duit Raya

Haaa, sape nak duit raya? Ade RM150, ade RM100 dan ade RM50... Taknak ke? Come on la... Ade orang nak sponsor... Huhuhu... Nampak tak ruangan isi nama dan email kt sebelah kiri tu? Isi nama & email korang n then tekan submit. Lepas tu, korang cek lah email korang dan klik link pengesahan. Lepas tu, korang akan dapat satu ebook PERCUMA "Perniagaan Berpotensi Ramadhan" dan nama korang akan dimasukkan dalam senarai kemungkinan dapat duit raya. Ala, bukan korang kene bayarpun... Sape tahu kot2 korang bertuah, dapat duit raya PERCUMA.

Selasa, 10 Ogos 2010

Jom Makan Dadih

Tup tup tup, pejam celik pejam celik, esok dah nak pose kite ni... So, ape preparation? Preparation zahir dan batin... huhu... Pose jangan tak pose plak... Kehidupan perlu diteruskan... Jangan plak memandai nak ponteng pose... Dan jgn plak tido je spanjang hari... Musti dah terpikir, ape juadah utk berbuke esok... Ape kate kite pakat makan dadih... Xyah beli, wat sndiri je... Original resepi, bukan serbuk segera... Hahahaha... Yum, yum, yummy, burrrpp... errkk... huhuhuhu... Jom r belajar wat dadih... bleh wt jual... belajar kt http://www.rahsiadadih.com atau klik je banner bawah:  Selamat berposeeeeee...

Rabu, 7 Julai 2010

Tak Glamer Pun Jadik Mangsa???

Tengah aku duk surfing internet, aku terjumpe satu blog wordpress tu... Blog die simple aje dan blog ni cam tak siap aje... Tengah aku tgk sekali imbas, aku nampak nama aku dalam blog tu... Ni blognye: http://seniminda.wordpress.com/. Aku dijadikan testimoni kononnye ade membeli ebook diorang... Aku haram tak pernah beli ebook dari blog ni. Dan testimoni ni di ambil daripada satu laman web http://www.jomwebtemplate.com/index.php?ref=sismel Dalam laman web jomwebtemplate tu, mmg aku betul2 kasik testimoni produk yang dibeli. Tapi blog seniminda, owner die telah mengambil testimoni lengkap dengan nama aku, kemudian di alter skit. Adui, pelik2... Kalau aku artis, bleh tahan gak org nak tipu gune name aku... Ini tak... Orang tak glamer pun jadik mangsa... Nasib2....

Isnin, 28 Jun 2010

Gugur Kandungan Tepi Rumah Aku

Aku terkejut dalam beberapa hari lepas, ade makhluk Allah yang xpasti keguguran atau sengaja menggugurkan kandungan dan janin yang digugurkan ditinggalkan tepi beranda rumah aku... Keadaan janin yg blum ckup sifat terbiar camtu je. Lalat ngan semut hinggap pada janin tersebut. Bukan 1 janin, tapi 2... Ni gambar janin tersebut: Aku siasat punye siasat untuk tahu kepunyaan siapakah janin tersebut... aku tanye jiran sebelah rumah. Rupe2nye, kucing bentina keguguran dan dengan slambernye tinggalkan janin yang keguguran tu tepi beranda rumah aku. Busuk wooooo... Hampes tul.

Selasa, 22 Jun 2010

Apabila Sebijik Broadband Menjadi Seekor Beruk

Blh dikatekan, tiap2 hari aku sumpah broadband aku jadi berukband... Dan akhirnye, sumpah tersebut menjadi nyata... Broadband aku benar2 menjadi beruk!!! Geram tul aku... Sebelum ni, boleh dikatakan broadband ni blh guna start pas subuh sampai tgh hari je... Lepas tgh hari, outside kick... Line baik2 HSDPA, tibe2 bertukar jadi EDGE... So, lembab nak mampos time tu... Lepas broadband aku disumpah jadik beruk, Alhamdulillah, blh gak aku bertenet sampai tgh malam... So, blh aku teruskan usaha cari pitis cam biasa aku... Ni rupe broadband aku yang telah disumpah menjadik beruk... Dh tergantung cam beruk panjat pokok kelapa... "Weh, turun2", kate wife aku kt beruk yang sedang memanjat...hehe..

Jumaat, 18 Jun 2010

Wooo, Percik Perut Ayam

Buat kali pertama aku gi pasar malam Bachok... Tengah2 pusing beli makanan, aku terjumpe makanan feberet aku dan mak aku --> percik perut ayam... Yummiii... Aku belilah RM5. Kalau aku bawak balik untuk mak aku, sure die suke...

Wife aku nampak cm xsuke je percik ni. Selepas 120 saat aku pujuk, akhirnye die makan... Nampaknye xckupla percik tu kali ni. Wife aku cakap sedappppppp...

Aku puas ati betul makanan kt sini sebab murah sgt... Semua makanan aku beli tu, xsampai RM15... huhuhuuhuhuhuhuhu...

Khamis, 17 Jun 2010

TQ Abe Wan & Kak Su

Fuh, konyang giler aku malam ni... Jiran sebelah rumah, abg wan dan kak su jemput aku dan wife makan malam kat umah die. Tak pasal2 xdiet aku malam ni... Lauknye bleh tahanla jugak... Nasi putih Gulai ayam Hati dan pedal goreng Ikan kerisi goreng Ulam petai, ulam raja dan pegaga Sambal belacan dan budu... Dan paling bestnye, anak die umo baru 2 tahun, dah pandai makan sendiri, amik lauk sendiri... hebat2... Ape2pun, TQ abe wan dan kak su...

Khamis, 10 Jun 2010

Kami Perlukan Pengesahan Anda

Terima kasih kerana mendaftar. Kami perlukan pengesahan anda.

Sila buka email anda, dan klik pada link pengesahan seperti gambar di bawah ye.

Terima kasih =)


Jumaat, 4 Jun 2010

Sebulan Sebagai Suami

Fuh, lame menggiler aku x update blog aku ni...
sekarang dah sebulan lebih aku bergelar suami orang...
aku dah pun kahwin ngan gadis pilihan aku...
Azila Binti Mohamed...
Dah 6 tahun kenal + bercinta tu...
Tunang 1/1/2010 dan kahwin 30/04/2010...
erkk...stop dlu...sakit perut...

Ahad, 24 Januari 2010

Bakal Jadik Bapak Sedara

Alhamdulillah, kakak aku dah disahkan mengandung 5 minggu...
Akhirnye, impian utk ada anak buah, hampir ternyata...
Semoga semuanya selamat...hihihi

Jumaat, 15 Januari 2010

Nak dapat adik ipar...

Alhamdulillah, malam nanti adik aku akan bernikah dengan pasangan die...
huhu, nampaknye adik aku dlu yang kahwin...
yg speselnye, adik ipar aku ni sebaya ngan kakak aku...
wakakakaka...
ape2pun, semoga adik aku kekal hingga ke syurga.

Isnin, 11 Januari 2010

Aku nak kahwiiiiin!

Kengkawan, tlg e-mailkan nama & alamat korang ke fsyukri19@yahoo.com bagi penghantaran kad kahwin sy. Walaupun lambat lagi (30/04/2010), tp nak prepare awal2. Ataupun, sms ke 017-970 6654. TQ.

Ahad, 10 Januari 2010

Die buat hal lagi!!!

Masa otw balik dari paka...xsampai 1km jalan, tibe2 gear kete aku cam lussss aje... xleh masuk gear langsung... adui...aku rase cam nak menjerit aje... belum sebulan kete aku wt hal aritu, kali ni die mai wt hal lg... nak dijadikan citer, aku tpn member aku ex-opismate... lepas call die, aku tpn la tunang aku (kirenye meluahkan stress ni r)... tunang aku cakap, masa otw balik dr kelantan aritu, kete kawan abg die ade probs tu gak... die bukak bonet depan dan betulkan ape nth... akupun bukak bonet... tgk2 ade benda yang tercabut...hihihi... aku pasang balik, tp longgar... kebetulan ex-opismate aku sampai, die bawak dawai... dawai plak xmuat.. dan jadik kebetulan lg, ade paku rivert dalam tool box die... boleh aje pasang dan Alhamdulillah, setel masalah.... huhu, kene masuk workshop lg lah nampaknye... ni benda yg probs:

Alhamdulillah...

Hari ni aku gembira + takut + cuak + ape2 ajela... Biz partner aku tepon bgtau TNB nak kasik projek supply barang kt kami... Alhamdulillah, aku mmg gembira sgt2...tp masa yg same, cuak gak skit...sbb modal besau tu... adei, apo patut aku buat eh?

PC korang ade problem?

Antara masalah yang sering berlaku kat customer yang anto pc kt aku ialah, BILE ON PC, KUAR BUNYIK TEEEEEET TEEEEEEEEEEEET... hahahaha, dun wuri... sblum korang anto pc korang ke kedai dan kemungkinan (kemungkinan jela) korang dikencing idup2, baik korang bukak casing cpu korang tu, dan korang tgk RAM... kalau xkenal RAM, ni rupenye encik RAM:  korang cabut RAM tu, pastu pasang balik...kasi kemas2 nooo... pastu try on balik PC... kalau bukan masalah RAM, setel... kalau bunyik gak, korang antor jelah pc tu kt aku..hihihi

Sabtu, 9 Januari 2010

Ni barang aku nak jual

Aku gilo ko???

haaa, aku tgh sengkek nok kahwin tahap taik idung masin... nak jual semua rete pusaka yang aku ade... dah upload dalam mudah, tp xapprove lg... nanti dah approve, blh r masukkan link kt sini... Item aku nak jual: 1. Modem Router D-Link. 2. Sony Ericsson W200i. 3. Nokia 1202. 4. Sony Ericsson Z250i. 5. Headphone bluetooth. 6. Skrin LCD Acer Travelmate. 7. Graphic Card HIS 256MB PCI-E. hihihi, pasni nak bukak bundleXXL plk..hihi

Innalillah...

Takziah untuk Syafiq sekeluarga. Syafiq ni jiran aku. Ayah die meninggal dunia selepas maghrib semalam ni Hospital Kuala Terengganu akibat kencing manis. Jenazah baru dikebumikan di tanah perkuburan kmpung gong pasir. Aku sedikit terkilan melihat suasana selepas solat jenazah. Sudah menjadi adat, ahli keluarga si mati akan memberi "duit upah" kt orang yang solat jenazah. Yang lebih aku hangin, budak2 tahfiz mana ntah datang, tapi still amik lagi duit tu. apa ustaz diorang xajar ke, JANGAN MAKAN DUIT ANAK YATIM. nak kate budak2 lg, nampak dah umor 16, 17 thn... nthla...

Apa dah jadi ni???

Eeee... geram betul aku ngan Maybank2u ni... Biasanya lepas kul 1 pagi dah bleh bukan online banking, tapi apesal arini sampai skrg xbleh lg... Asyik system refresh je...hangin satu badan.

Aku berblog? Biar benar???

Fuh, tanggal 09 Januari 2010, jam 4.51pagi, aku dengan rasminya register blog ni. Aku ni, ntah xtau nak cakap ape, tapi yg pastinya, haram xreti nak berblog ni. Buat laman web, aku blh r...

Agaknye aku sedang mengalami sindrom nak ber B1N1 kot? xpun sbb sindrom perut lapar duk telan megi je...

Ah, sampai sini dlu r..aku blur lagi ni... xtau nak taip ape..hihihihi...cam harem.