Assalamualaikum dan
salam sejahtera,
Nama saya Faizal Syukri, berasal dan menetap di Terengganu. Saya seorang Orang Kurang Upaya (OKU) dimana saya buta sebelah mata dan mempunyai penglihatan yang terhad pada sebelah mata lagi.
Beberapa tahun lepas, saya telah mencapai tahap obesiti yang
membimbangkan. Tinggi saya adalah 170cm dan berat 150kg, memakai baju
saiz 4 - 5XL dengan seluar bersaiz 50". Saya juga telah menghidap
masalah kencing manis @ diabetes jenis 2 dan tekanan darah tinggi.
Bacaan HbA1c saya tertinggi adalah mencapai 13.1% dengan bacaan gula harian dalam lingkungan 18 - 21mmol. Sangat tinggi dan sangat berbahaya!
Tapi Alhamdulillah, kini berat saya ialah 85kg, memakai baju saiz L @ XL dan saiz seluar 34". Saya masih lagi dalam proses menurunkan berat badan saya agar mencapat berat ideal saya antara 70kg - 75kg.
Saya telah mendapat rawatan dan temujanji masalah diabetes di sebuah
klinik kesihatan di Terengganu. Paling penting, doktor telah
menghentikan insulin dan ubat diabetes kerana bacaan HbA1c saya kerana
telah berada di paras normal dan juga bacaan gula harian dalam julat
antara 4.5 - 5.5mmol, Alhamdulillah.
Apa Rahsianya?
Saya mengamalkan protokal IFLK atau Intermittent Fasting dan Lazy Keto.
Saya mengamalkan protokal IFLK atau Intermittent Fasting dan Lazy Keto.
PERHATIAN!
Sebelum itu, saya kene bagitau awal, saya bukan seorang doktor atau ahli farmasi, jadi saya tak boleh bagi nasihat perubatan.
Saya hanya nak kongsi berkenaan masalah diabetes saya serta masalah obesiti saya. Itupun dengan rujukan doktor, ahli farmasi dan dietician.
Mungkin cara ni tak sesuai untuk semua orang. Cumanya setakat ini, banyak masalah kesihatan boleh diatasi dengan cara ini termasuk untuk turunkan berat badan, insyaAllah.

IF atau Intermittent Fasting
IF adalah puasa berkala. Ada puasa kering dan puasa basah. Puasa kering adalah satu jenis puasa dimana kita tak boleh makan dan tak boleh minum. Sama seperti kita berpuasa sunat ataupun puasa wajib di bulan Ramadhan.

Puasa basah pula ialah sejenis puasa dimana anda boleh minum air kosong atau kopi o kosong atau teh o kosong.
Tempoh puasa berkala ini minimum 12 jam. Tapi untuk kesan yang lebih
baik, digalakkan 16 jam ke atas.
Saya lagi suka kalau berpuasa bermula jam 7malam sampai 12tengahari. Saya pilih waktu ini sebab malam kita rehat. Tenaga tak banyak digunakan. Malam juga waktu kita tidur, jadi tak terasa kalau berpuasa. Boleh minum air plak tu.

Selepas IF boleh makan macam biasa iaitu makan tengahari (jam 12tengahari) dan makan malam (jam 6petang)
Agak-agak boleh tak?
Keto Diet (Protokol Lazy Keto)
Lazy keto atau diet keto ni, diet low carb no sugar dimana anda boleh
makan apa-apa sahaja makanan yang rendah karbohidrat dan tiada gula.
Antara makanan yang boleh dimakan seperti sayuran-sayuran atas tanah
seperti sawi, kangkung, bayam, terung, brokoli, timun dan lain-lain, ayam, daging, pelbagai jenis ikan, telur, makanan laut dan sebagainya. Anda bebas memasak makanan ini samaada
secara rebus, kukus, goreng, bakar, stim, gril dan lain-lain.
Dengan kata lain makanan tinggi karbohidrat seperti gula, nasi, bihun,
mi, kuetiau, tepung, ubi, buah dan sebagainya adalah tidak dibenarkan. Buah yang dibenarkan hanyalah avokado, buah-buah beri seperti strawberi, rasberi, bluberi dan belimbing hijau. Itupun perlu dihadkan ye.
Makan biar kenyang, asalkan rendah karbohidrat dan tiada gula. Boleh tengok semua menu keto saya DI SINI.
*Gula boleh digantikan dengan gula gantian lulus keto seperti stevia, SweetLAB Drop, lakanto dan sebagainya.
Ni bacaan gula saya sebelum dan selepas minum air yang ditambah dengan SweetLAB Drop. Ok sangat kan? Boleh ushar2 di sini >> Klik Sini
Boleh?
Rasa Susah?
Jangan risau, semua perkara ini jangan buat secara mengejut. Buat perlahan-lahan, langkah demi langkah, slow dan steady. Enjoy the journey.
Jangan risau, semua perkara ini jangan buat secara mengejut. Buat perlahan-lahan, langkah demi langkah, slow dan steady. Enjoy the journey.
Info Tambahan Untuk Pesakit Diabetes
Untuk pesakit diabetes, wajib ada glucometer. Perlu cek gula sebelum makan dan 2 jam selepas makan. Baru boleh tengok sejauh mana makanan tu memberi kesan kepada kandungan gula dalam darah. Selain itu, ianya penting untuk 'adjust' jumlah unit suntikan insulin.

Dr. Azman, bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah pernah usulkan isu ni di parlimen supaya kerajaan menggunakan cara IF + low carbo diet untuk rawatan diabetes. Beberapa negara pun telah menggunakan kaedah ini dan terbukti berkesan.
Saya bukan apa, saya dah beberapa kali masuk wad kerana masalah
diabetes. Saya dah tengok ramai orang kene potong jari kaki,
pergelangan kaki, sampai kat lutut. Ada yang buta. Ada yang terpaksa
dialisis. Ada yang terbaring lumpuh strok. Semua berpunca daripada
diabetes.
Tu sebabnya saya ambik keputusan untuk berubah dan kawal diabetes saya dengan cara IFLK ni.
Pada peringkat awal saya mengamalkan IFLK hanya untuk sihat. Tapi tak sangka plak berat turun banyak. Memang belum slim, belum fit, belum kurus, tapi boleh hilang 20kg - 25kg tu, ok ke tak ok?

Itulah sebabnya, ada satu program melalui group wasap yang terdiri daripada coaches yang
membimbing beratus-ratus peserta berkenaan IF dan LK ni. Group ini akan
membimbing peserta langkah demi langkah melalui group wasap khas.
Bukan bimbingan berkenaan IFLK sahaja, bahkan peserta diajar lebih 40 topik kesihatan dengan yuran mampu milik iaitu RM129 sahaja!
Kenapa Perlu Join PMLS Premium?
Dalam group PERCUMA, info yang dikongsikan bersifat umum dan asas. Manakala di dalam group PMLS Premium, ilmu yang dikongsikan bermula daripada asas sehingga ke peringkat advanced.
IFLK Bukan Sekadar Kuruskan Badan, Tapi Lebih Kepada Kesihatan Keseluruhannya
Apa Yang Anda Dapat Dalam PMLS Premium?
- Dapat beberapa eBook berkaitan IFLK dan kesihatan (T&C).
- Kelas mingguan / bulanan melalui zoom.
- Kelas harian menggunakan voice note dalam group wasap.
- Group khas facebook.
- Group support wasap.
- Pakej keahlian Amway (Wajib mendaftar, tapi tidak wajib membeli apatah lagi menjual).
- Kupon diskaun pembelian produk Amway.
- Belajar secara step by step melalui group wasap berkaitan IFLK yang merangkumi beberapa topik penting.
- Pelbagai aktiviti berbentuk pertandingan, cabaran, cabutan bertuah dan sebagainya untuk ahli.
- Peluang menjana pendapatan dengan PMLS / Amway (Tidak wajib)
Anda berminat nak sertai PMLS Premium?
KLIK SINI
KLIK SINI
Alhamdulillah.
BalasPadamTerima kasih Peja atas perkongsian.💐
Moga terus istiqomah dan sentiasa dalam rahmat serta lindungan Allah..
Dikurniakan rezeki yang berkat..
Dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat..
Aamiin Ya Mujib 🥰
terbaik sahabatku.... semoga terus sukses selalu....
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian.
BalasPadam