My Lovely Family

Faizal, Azila, Haikal, Humaira.

OneXOX Prepaid

Klik sini. Di bawah OneXOX Prepaid, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

OneXOX Black

Klik sini. Di bawah OneXOX Black, sila pilih "Sign up Now" untuk daftar nombor baharu atau pilih "Switch Now" untuk kekalkan no lama.

Sihat Dengan IFLK

Perkongsian bagaimana saya mengawal diabetes tanpa ubat dan berjaya turunkan berat badan lebih 20kg.

Pemanis Sihat Pengganti Gula

Sesuai untuk pesakit diabetes. Tanpa kalori, tanpa kolestrol, tanpa karbohidrat, indeks glisemik kosong.

Rabu, 29 Disember 2010

Aaarrrggghhh Stressnyeee


Adui, Peja tak tau ape salah Peja...
Kenapa tibe2 URL blog Peja telah diban dalam shoutmix?
Peja takleh nak tinggal mesej kt kengkawan yang gune shoutmix...
Yang gune cbox, boleh lagi...
Tapi, yang Peja pelik, apesal untuk shoutmix blog Peja sendiri, ok je...
Adui, tak dapatlah nak tegur kengkawan pasni...


Isnin, 27 Disember 2010

Pernah Makan Taufufah Cendol, Taufufah Jagung dan banyak lagi?


Pernah dengar taufufah? Biasanya kengkawan boleh dapatkan taufufah kat pasar malam. Tapi, kalau sebut taufufah cendol, taufufah jagung, taufufah krim karamel dan jelly taufufah, pastinya kengkawan tak pernah atau jarang sangat mendengarnya apatah lagi makan benda2 ni... Fuh, kalau pernah cuba, memang sedap dan lazat sangat. Wah.. Inilah kenikmatan sebenar.


Rabu, 22 Disember 2010

Forum Baru Untuk Seluruh Rakyat Malaysia

Haaaaa, semalam masa Peja duk berfacebook, tibe2 ada kawan lama Peja zaman skolah ajak Peja join satu forum ni. Forum ni adalah khas untuk semua rakyat Malaysia terutamanya rakyat negeri Terengganu. Kalau kengkawan bukan orang Terengganu, jangan malu dan jangan segan, jom join forum ni.

http://terengganu-forum.forumms.net


Isnin, 20 Disember 2010

1 Ibu 3 Anak Terbuang

Dimanakah nilai kasih sayang kita sebagai manusia?
Sanggupkah kita melakukan perkara tersebut?
Adakah ini dikatakan abis madu sepah dibuang?
Oh, kesiannya...


Sabtu, 18 Disember 2010

Percuma... Percuma... Percuma...

Kali ni Peja nak kongsi sesuatu yang PERCUMA... Kengkawan takyah kuarkan duit satu sen pun...

Nota: Khas bagi kengkawan yang ingin dapatkan ilmu perniagaan internet secara PERCUMA SAHAJA...

Rabu, 15 Disember 2010

Penting Untuk Temuduga KPLI

Kali ini posting Peja ringkas aje. Sekiranya kengkawan ataupun rakan2 anda, jiran2 anda, adik beradik anda, anak2 anda akan menduduki temuduga KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah), ada sesuatu boleh membantu.


Selasa, 14 Disember 2010

Stresss... Lecah Teruk Sangat

Adui... Hujan aritu tak berenti2.... Tapi Peja bukan nak salah kan hujan... Dah musim dia, nak wat cmne... Lagipun, hujan tu rahmat, kan?

Cume yang Peja stressnye, depan umah Peja, lecah teruk sangat... Bukan nak marah hujan penyebabnya... Tapi stress pasal dah bagitau kat tuan rumah pasal ni dan mintak tuan rumah timbunkan depan rumah dengan batu... Tapi, yang sedihnya, takde ape2 tindakan lagi dari tuan rumah...


Ahad, 12 Disember 2010

Karnival Jalur Lebar

Semalam Peja, wife, adik2 ipar n mak mertua pergi ke Karnival Jalur Lebar di Kuala Terengganu. Pergi pun dah kul 5 petang lebih. Dah dekat2 nak tutup dah. Tapi, dalam nak tutup tu, ramai lagi orang datang.


Ada macam2 booth dari syarikat telco cam TM, P1, Maxis, Celcom, Digi dan lain2... Yang paling best, dekat booth under KPKK (Kementeria Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan). Ada online game, animasi, dan macam2... Malas nak amik gambar sebab dekat nak tutup dah. So xbanyak benda yang ada.

Khamis, 9 Disember 2010

Salam Ma'al Hijrah

Salam Ma'al Hijrah...
Walaupun dah beberapa hari berlalu, Peja tetap nak ucapkan salam ma'al hijrah buat semua kengkawan tak kira di mana anda berada... Yang pastinya, kita melihat bulan yang satu...

Sekarang dah masuk tahun 1432H... Ni bermakna, sudah lebih 1400 tahun junjungan besar Rasulullah S.A.W meninggalkan kita tanpa mewariskan apa2 harta kecuali Quran dan sunnah baginda untuk dijadikan pegangan sepanjang hayat kita.

Selasa, 7 Disember 2010

Aduiii, Sakitnyee....

23hb Disember ni, Peja kene masuk small operaation... adui adui adui...
Tak dapat bayangkan gusi Peja perlu dibelah sikit...
Ni semua akibat gigi bongsu Peja yang dah 2 tahun tumbuh. Kalau dulu, Peja wat donno je dengan gigi bongsu ni... Cume sejak dua menjak ni, gusi terasa semakin membengkak dan sentiasa sakit... Semalam pergi cek, doc set tarikh 23hb ni untuk operate kecik gusi...

Ahad, 5 Disember 2010

Kedai Makan Cekik Darah

Geram tul r Peja. Semalam on the way Peja n wife balik Kelantan, kami singgah kat satu sebuah kedai makan kat Kg. Penarik, Setiu. Kedai makan ni depan Masjid Kg. Penarik...

Nak dijadikan citer, Peja order nasi putih 2, ikan siakap masak 3 rasa, telur bistik, sup cendawan dan air teh o limau panas. Wife  plak minum teh o panas je.

Sampai je air Peja, Ya Allah, masam gileerrr... Berapa tan die taruk limau dalam teh ni. Peja suh die adjust air, taruk gula dan tambah ais ajela...


Khamis, 2 Disember 2010

Rahsia Besar Facebook

Bila Dwen Rasid terbitkan sesebuah produk, Peja pasti akan beri perhatian penuh......kerana Peja tahu apa yang beliau kongsikan amat berharga.

Kali ini, beliau dedahkan satu lagi rahsia bagaimana internet marketer seperti anda juga dapat menjana pendapatan yang amat lumayan di facebook.

Rahsianya ialah tak lain dan tak bukan... Rahsia autosale facebook.