Khamis, 25 November 2010

Ebook VS Buku Fizikal

Korang pernah baca ebook? Korang pernah beli buku fizikal? Alaaaa, takkan langsung tak membaca kot. Semaikan budaya membaca dalam jiwa korang tauuu...

Peja nak kongsi sikit pengalaman Peja sepanjang menjual ebook. Yela, usahawan internet sepenuh masa katakan. Produk paling banyak Peja jual adalah ebook. Peja pun ade kluarkan ebook sendiri tau. Ebook Rahsia Dadih.


Peja bukan nak promote tau. Kan tak pasal2 korang taknak baca posting Peja ni. Peja cuma nak berkongsi sikit masalah yang biasa Peja hadapi sepanjang berkecimpung dalam jualan ebook ni. Peja pernah kene marah oleh customer yang tak berpuas hati sebab Peja kasik link download ebook tu. Kate encik customer  tu, die bayar duit tu untuk dapatkan buku fizikal, bukan buku softcopy...

Adui, sakit ati pun ade bile berhadapan dengan customer cam ni... Kan dalam blog Peja dah jelas2 tulis Ebook... Takkan tak tau maksud ebook kot. Ebook adalah singkatan bagi electronic book... Ikut bahasa melayu nye, buku elektronik... Dah namenye ebook, takkan kasi buku fizikal plak... Kalau nak sangat bukut fizikal, print ajelah ebook yang dibeli tu... Tadaaaaa... Dah jadik buku fizikal...

Jadik IM ni, kene banyak sabar jela dengan karenah pelanggan ni... adui...

Ni ebook Rahsia Dadih Peja...

2 ulasan: