Jumaat, 26 November 2010

Kapal Terdampar Di Tengah Jalan

MISTERI!!! Sekarang di sebelah Pantai Timur sedang musim tengkujuh. Hujan lebat hampir setiap hari terutamanya di Kelantan tempat Peja tinggal.Ombak besar di lautan sedikit sebanyak menjejas pendapatan para nelayan. Harga ikan makin mahal berikutan permintaan tinggi daripada rakyat tempatan. Nak tak nak, ikan kurang fresh dengan harga mahal terpaksa di makan... adui.. ujian... sabar jela...


Dalam ombak besar, ade satu perkara misteri telah berlaku kt area Tok Bali, Pasir Puteh. Kapal besar terdampar di tengah2 jalan. Kalau nak diikutkan, jarak laut ngan jalan tu, dalam 1km gakla... Memang pelik sebab seberat2 kapal, boleh tersadai kat tengah2 jalan...

Perkara misteri ni boleh di lihat selepas jambatan tinggi tok bali (jika datang dari Kuala Besut). Selepas jambatan tu, pada persimpangan ke Pasir Putih sebelah kiri, kengkawan boleh tengok, kapal besar tersebut tersadai. Siapakah yang dapat merungkap misteri tersebut.

Bagi pembaca blog Peja, Peja ada snap pic kapal tersebut. Kengkawan boleh menilai sendiri sejauh mana perkara begini boleh berlaku... Jeng jeng jeng.












Opppsss... replika kapal rupe2nye.... Huhu, jgn marah yeeee.... Hihihihi... 

12 ulasan: