Ahad, 5 Disember 2010

Kedai Makan Cekik Darah

Geram tul r Peja. Semalam on the way Peja n wife balik Kelantan, kami singgah kat satu sebuah kedai makan kat Kg. Penarik, Setiu. Kedai makan ni depan Masjid Kg. Penarik...

Nak dijadikan citer, Peja order nasi putih 2, ikan siakap masak 3 rasa, telur bistik, sup cendawan dan air teh o limau panas. Wife  plak minum teh o panas je.

Sampai je air Peja, Ya Allah, masam gileerrr... Berapa tan die taruk limau dalam teh ni. Peja suh die adjust air, taruk gula dan tambah ais ajela...


Orang tak ramai pun kat kedai die. Tapi tunggu makanan sampai, lame giler... Tunggu punye tunggu, bile lauk dah nak sampai, pelayan die datang dan bagitau sup cendawan takde. Hangin gile Peja. Peja cakap kat die, apesal tak bagitau esok je. Order sup puyuh pun takde, sup tu takde, sup ni takde. Baik takyah wat menu kalau camtu.
Pastu sampaila ikan siakap 3 rasa. Rasa dia, ok la... And then, sampai telur bistik. Masa tu, Peja mula rasa hangin balik. Kengkawan bayangkanla, telur bistik langsung takde isi apa2 dalam telur tu... Dalam banyak2 kedai makan Peja singgah, telur bistik semuanya ada ayam dan daging die taruk dalam telur, tapi kedai ni, telur cam telur dadar. Lagi teruk dari telur dadar, tapi takde ape2 langsung! Tambah bengang, die buat telur dadar dan letak kuah ikan 3 rasa yang Peja order tu! WTH!!!

Dahla telur kosong, die caj sampai RM4.50 sedangkan dalam buku menu dia, telur bistik RM4.00 aje. Siot tul r kedai ni. Komplen pun wat donno je. Diskaun 1 sen pun tak kasi. Peja bukan nak burukkan nama kedai ni, tapi nampak sangat kedai ni cekik kedarah. So, pasni, kalau kengkawan kebetulan lalu kat kampung penarik (jalan pantai nak ke Kelantan) dan nampak kedai makan "Selera Pan*** Seafood" berhadapan Masjid Kg Penarik, baik takyah la singgah. Buang duit aje.

Sape2 yang baca blog ni anak beranak tokei kedai ni tak puas ati ngan Peja, konteklah Peja. Takpun tinggal komen kat bawah ni. Nak bagitau sikit, kalau camni korang berniaga, bolehla korang pergi Mekah wat haji tiap2 bulan kan. Hampesss...

 Telur bistik yang cam harem

Ni kedai cekik darah ni... (Gambar blur)


22 ulasan:

  1. mudahnye orang sekarang cari duit..kan??
    banyak le kedai makan yang macam ni..
    nak berniaga tapi asas tak de..
    sebab tu la kedai tu tak de orang datang..
    nak beniaga ni kena belajar jugak..
    bukan setakat ada modal je..

    BalasPadam
  2. memang xaptot btol kdai ni wat cm 2,..mcmna plggn nk trimaa kalau wat cm 2 and then pnah jugak jadi kat saya,.

    BalasPadam
  3. Sabar bang yee...
    gambar yg blur tu menunjukkan yang anda betul2 geram tu, sampai menggigil tu.. heheh...

    BalasPadam
  4. memang terasa la panasnya kan..kalau murah takpe..aisehh

    BalasPadam
  5. servis xkene dengan harganye.hampeh

    BalasPadam
  6. ntah apa2. baik xpyh meniaga,.

    mesti kdai melayu kan kalau mcm ni.

    BalasPadam
  7. ni komen yg berani ni.. rata2 kedai makan area terengganu ni makanan byk yg tak sedap dan paling utama mahal lak tu... mmg selalu tak puas hati...
    apa nak buat.. sekarang ni minyak pulak dah naik harga lagik apa lagi brg2 yg lain..

    BalasPadam
  8. makcik setuju... bek mkn kat umah jer, goreng telur ngan kicap pon dah sedap dah...

    BalasPadam
  9. TQ atas komen semua... Peja mmg akui, makanan kt Terengganu adalah antara yang termahal lebih2 lagi di kawasan perindustrian... cume kali ni, Peja jumpa plak kedai makanan yang bukan di kawasan industri. mahal plak tu...

    ape2pun, harga mknn di Kelantan mmg cukup murah.

    BalasPadam
  10. Hurrmm manusia skrg mmg begitu.. smuanya cekik darah.. wah lamanya kamu tggu makanan.. tp saya lg la pernah.. best2 dah order nasi goreng paprik... tunggu punya tunggu shingga 1 jam.. pastu tnya la kat mkcik tu mana makanan dia,.,, dgn slumber dia kata.. kami kehabisan telur.. macam S*** ar... punya la aku hangin.. terus aku kuar n kenyang sbb marah.. huhuhuhu... Ni kat Tanjong Malim taw... lambat giler.. dah la mahal... kat tg.malim smua mahal2 huhuhuhuhu.. nasib la time tu aku student.. huhuhu

    BalasPadam
  11. skrg byk kedai cekik darah kan..
    family deno pun terkena...
    bayangkan, makan mihun goreng 3 pinggan, roti canai 1, tosey satu, roti bakar 1, tah 3 dan sirap limau semua total RM40++. Tak logik betul harga!
    kedai kat kl... lupa dah nama apa..

    BalasPadam
  12. kat trengganu lagi la byk kedai macam peja citer...
    so, kena hati2..... :)

    BalasPadam
  13. ish ish xpatod betul. mahal gilaa!! lenkali xpayah je g kedai camtu. huaaa memang cekik darah betul ouh

    BalasPadam
  14. mmg kedai tu Peja dah blacklist. kalau kat kelantan, ayam bakar 2 ketul besar, gulai daging 2 org makan, ikan cencaru sekor, ulam, air kelapa 2 bungkus, baru RM8...

    BalasPadam
  15. uiks...ta ptt btoi...haha,amik ka sekali tuan puyer tanah mengamuk...siap tunjuk pic kedai lagix ouh...bgus88...baru tuan puyer kedai yg cekik darah ouh rase...emg ptt xramai owg...cekik darah btoi..

    BalasPadam
  16. Berniaga macam ni boleh pergi haji balik hari ni Peja. Pegi pagi balik malam. Maklumlah.. banyak duit masuk

    Tak baik tipu org ..huhuh

    BalasPadam
  17. hadoila..
    mmg penah terkena mcm ni
    oder kangkung..kangkung abes
    oder kerang, kerang xde
    banyak yg xde dari ada mendidih giler..

    melampau gile telo kosong smpai rm4.xpela pasni dah aim kedai tu xkan xyah g dah...kasi pangkah

    BalasPadam
  18. as salam..

    banyakkan sabar, tokey tu nak cepat kaya tu...

    banyak kali juga terkena camni, lain yg dioder lain yang dapat pun pernah..

    BalasPadam
  19. org meniaga makanan ni, kadang2 asal ado je... main hentam aje...

    blacklist je kedai makan tu...

    BalasPadam
  20. blacklist jerk..war2kn kt kengkwn yg x dok blog skali..hangin tol ngn tuan kdai camni..dh byk kali dh kena camni...plggn x rmai pong dkt 1 jam mknan br smpi...klau oder lain2 sah2 sejam 1 smpi. harga lak melampau..

    BalasPadam
  21. telur bistik d versi baru kot..ehhehehee....xpon tkg masak x pernah dgr ape 2 telur bistik

    BalasPadam
  22. Mung nok makan seedap pah nok murooh.. Rama ah...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.