Khamis, 9 Disember 2010

Salam Ma'al Hijrah

Salam Ma'al Hijrah...
Walaupun dah beberapa hari berlalu, Peja tetap nak ucapkan salam ma'al hijrah buat semua kengkawan tak kira di mana anda berada... Yang pastinya, kita melihat bulan yang satu...

Sekarang dah masuk tahun 1432H... Ni bermakna, sudah lebih 1400 tahun junjungan besar Rasulullah S.A.W meninggalkan kita tanpa mewariskan apa2 harta kecuali Quran dan sunnah baginda untuk dijadikan pegangan sepanjang hayat kita.

Sempena tahun baru hijrah dan juga akan masuk tahun baru masihi 2011, Peja pasti rakan2 sudah merancang, apakah perubahan yang akan dilakukan... Perubahan ke arah kebaikan... Perubahan supaya tahun2 mendatang lebih baik dari tahun sebelumnya...

Peja pun ada perancangan, azam dan target sempena tahun baru hijrah dan masihi... Antaranya...
1. Nak jadi insan yang lebih bertakwa kepada Allah... xnak lagho2 sampai lewat solat...
2. Nak kuruskan lagi badan... target tahun2 lepas tercapai dah... dulu berat Peja 150kg tau, sekarang 105kg dah... akan datang, target nak turunkan lagi 15kg biar jadik 90kg...
3. Nak target income online biz mencapai maintain RM5k ke atas...

Dan macam2 ada....

Huhuhuhu... kengkawan punye azam plak camne?

Haaaa, satu lagi, hari ni hari bahagia Peja tau... huhu, hari lahir Peja ke 26... Tup tup, dah tua pun Peja... Syukurlah dah kahwin tahun ni... Target dapat baby lah plak tahun depan...

Kepada rakan2 yang wish, terutamanya melalui email, facebook, tagged, sms dan lain2, terima kasih yang tak terhingga Peja ucapkan... i love u all..

Kepada wife tercinta, Azila Mohamed, TQ sbb jadik insan pertama wish besday... Takpe, malam ni kite pi makan nasi lemak burung puyuh... abang belanja... huhuhu... Mane2 kengkawan yang duk area Peja, jomlah pi makan same2 malam ni... Bayar sendiri2 ye... Lokasi kat jalan ke Kandis, Kelantan....

Oklah, jumpa lagi.... Nge he he he he.


4 ulasan:

  1. as salam peja,

    tahniah selamat hari lahir

    BalasPadam
  2. Salam peja...aini dh follow

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Lahir yer Peja.. wah nasi lemak burung puyuh. mcm sedap. kat mana tu??

    BalasPadam
  4. Terima kasih pada kengkawan yang wish...

    haaa, nasi lemak burung puyuh tu kat Kandis, Kelantan... duk dekat ke?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.