Isnin, 4 April 2011

Ilmu Perniagaan Internet dan Cabutan Bertuah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kengkawan...

Apa khabar hari ni? Hope semuanya sihat2 ye :D

Baru-baru ni, Peja ada tanya pendapat rakan-rakan blogger berkenaan blog Peja. Beratus-ratus email yang Peja terima sampai tak larat Peja nak membalasnya :D. Ape-apepun, Peja berterima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog Peja yang tak seberapa ni.

Paling ramai yang bertanya Peja berkenaan perniagaan internet, macam mana nak cari pendapatan sampingan, bagaimana nak menghasilkan pendapatan melalui blog dan yang sewaktu dengannya. Jadi, kali ni, Peja akan berkongsi sedikit sebanyak berkenaan hal ini. Harap kengkawan dapat baca sampai habis artikel ini kerana ada sesuatu yang istimewa di penghujung artikel ini :D


Apa Itu Perniagaan Internet.

Perniagaan internet sama seperti perniagaan biasa secara offline. Yang membezakan perniagaan internet (online) dengan perniagaan konvensional (offline) adalah platform atau medium operasi perniagaan. Perniagaan online tentunya menggunakan internet sebagai medium operasi dan pastinya ia lebih murah berbanding perniagaan offline.


Jenis-Jenis Perniagaan Internet.

Terdapat pelbagai bentuk atau jenis perniagaan internet. Ada yang menjual produk digital, produk fizikal, perkhidmatan / servis dan affiliate.


Asas-Asas Perniagaan Internet.

Untuk memulakan perniagaan internet, anda perlu memilih, apakah jenis perniagaan yang ingin anda lakukan. Selain itu, peralatan-peralatan seperti laman web / blog (domain dan hosting), autoresponder, skrip affiliate dan lain-lain.


Produk Digital.

Produk digital adalah seperti ebook, software dan lain-lain. Walaubagaimanapun, produk paling mudah untuk dihasilkan adalah ebook serta hampir tidak memerlukan kos. Ianya boleh dihasilkan melalui perisian MS Word dan diconvertkan kepada PDF menggunakan software tertentu.


Produk Fizikal.

Produk fizikal adalah produk yang boleh disentuh seperti meja, kerusi, beg, tudung, aksesori wanita, makanan kesihatan dan lain-lain. Kebiasaannya, penjual perlu mempunyai stok dan perlu menguruskan penghantaran produk melalui pos.


Produk Perkhidmatan.

Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam membangunkan laman web atau membuat rekabentuk (design) laman web dan minisite, menulis surat jualan, anda boleh menawarkan produk perkhidmatan.


Produk Affiliate.

Affiliate adalah agen pemasaran produk-produk yang telah dihasilkan oleh usahawan lain. Dengan kata lain, kita menjadi agen usahawan tersebut dan memasarkan produk mereka. Affiliate sesuai untuk mereka yang tiada modal kerana produk, laman web, artikel jualan telah disediakan oleh pemilik. Kita hanya perlu mendaftar dan mempromosikan produk tersebut. Melalui skrip affiliate yang telah dipasang oleh pemilik, kita dapat mengesan sesiapa sahaja yang telah membeli produk melalui link affiliate kita.




Haaa, bagaimana? Agaknya kengkawan dah dapat tak sikit sebanyak info berkenaan perniagaan internet. Untuk lebih informasi berkenaan perkara-perkara di atas, Peja sarankan anda memuat turun bahan-bahan berkaitan yang telah disediakan di bawah:

1. Belajar Perniagaan Internet secara PERCUMA
2. 10 Manuskrip Menjana Pendapatan Melalui Perniagan Ebook secara PERCUMA
3. Produk Fizikal Melalui Dropship
4. Template PERCUMA Untuk Membina Website
5. Siri Kursus Top Affiliate Secara PERCUMA


*****************************

Tahniah dan terima kasih kerana telah membaca artikel Peja sehingga ke penghujung. Seperti bulan lepas, Peja mengadakan Cabutan Bertuah Blog Peja April 2011. Kepada pemenang Cabutan Bertuah Blog Peja Mac 2011, wang hadiah anda akan dimasukkan dalam masa beberapa hari lagi kerana Peja sedang menunggu maklumat daripada seorang pemenang lagi. Harap bersabar ye :D

Kali ini, hadiah wang tunai dinaikkan lagi. Sebelum ini, pemenang pertama, RM50, pemenang kedua RM30 dan pemenang ketiga, RM20, tapi, kali ini, ketiga2 pemenang akan menerima wang tunai RM50 setiap orang! Bukan itu saja, ada tambahan lagi 5 pemenang saguhati bernilai RM10 x 5 orang. Jadi, keseluruhan adalah RM200 wang tunai menanti kengkawan.

Pemenang Cabutan Bertuah Februari 2011
Pemenang Cabutan Bertuah Mac 2011

Kenapa Peja naikkan jumlah hadiah? Kerana, terdapat 2 perkara yang menggembirakan Peja dalam bulan April. Yang pertama, 21 April adalah tarikh lahir isteri Peja yang tercinta. Yang kedua, 30 April 2011 adalah ulangtahun pertama perkahwinan Peja.

Cabutan ini amat mudah kerana syaratnya amat mudah. Terlalu mudah dan rugi kalau anda tidak menyertainya. Anda hanya perlu isikan nama dan email di bawah dan semak email anda untuk mengesahkan penyertaan anda. Selepas itu, anda akan menerima satu email berkenaan cabutan bertuah ini. Bukan itu sahaja, Peja ingin mengumumkan sesuatu yang istimewa KHAS UNTUK PESERTA Cabutan Bertuah Blog Peja April 2011. Jadi, jangan tunggu lagi, DAFTAR SEKARANG :D

36 ulasan:

  1. follow sini n join cabutan bertuah

    BalasPadam
  2. Peserta yang telah mendaftar setakat ni:

    lin azlina
    Cute Mum
    zue
    Fazli
    cahayamylife
    AFAQ
    bella
    Qiu
    ALVAS

    BalasPadam
  3. tak tau kenapa.. ramai jugak yang slah anggap bila meniaga online ni dia akan jadi lagi senang..

    BalasPadam
  4. sabree hussin: itu r masalah org kite... pikir nak cpt kaya je... :D

    BalasPadam
  5. wahhh..hehe..apik biler dengar jer duit..terus serbu..hehe

    BalasPadam
  6. apik pehe: join jgn xjoin

    Nine: kene join la dlu :D

    BalasPadam
  7. peja, sy ada jual produk fizikal.. tapi sorang pun x nk beli.. kenapa ya?

    lagi satu, sy nk tanya, lepas kita buat domain baru, kita kena daftar domain kita ke alexa.com lg ke? sy dah register tp npe alexa rank sy x kuar2 lg nie???

    Entri Panas! Pakej Lengkap Nuffnang :
    Rahsia Terbongar! Cara Sebenar Menjana Pendapatan Lumayan Nuffnang (Bahagian 1)

    BalasPadam
  8. Firdaus Kasim: Banyak produk ke atau 1 produk fizikal yg dijual? medium promosi kt mana? laman web ke, blog ke, ataupun platform jualan cam ebay ke mudah ke lelong ke...

    Sebenarnya, untuk dapat listing kat alexa memakan masa paling kurang 1 - 3 bulan... harap bersabar ye :D

    BalasPadam
  9. weee...menege tenet ni kene rajin kan.emm..ala..tapi sume pon kene rajin utk berjaya.tehee~

    BalasPadam
  10. sori DiNaZ x dpt join cabutan yang bulan mac jadi bulan nie mesti join :)

    BalasPadam
  11. nurain: betul2... mmg semua benda kene rajin...

    DiNaZ: apa lagi.. join je :D

    BalasPadam
  12. Peserta yang telah mendaftar setakat ni:

    Cik Pieka
    sha
    aliyn
    IMRAN

    BalasPadam
  13. ahehe, saya dah join dan daftar masa komen semalam lagi Peja..thanks nice entri ngan hadiah best... :D

    BalasPadam
  14. nak join..tp....tgu de ms kecik join!!i.allah.

    BalasPadam
  15. Great info.. Thanx.. ilmu perniagaan internet ni besar cabangnya.. bermula dari nak memahami cara membina website sehinggalah teknik pemasaran yang betul ... nak faham semua tu memg mengambil masa... nak berjaya..meh sama2 kita usaha ..wassalam

    BalasPadam
  16. zaza: betul tu... perniagaan internet bukannye seperti skim cepat kaya... goyang kaki je.. skim cpt kaya pun bleh jadik kayap :D

    BalasPadam
  17. lagi satu jangan spam chat box

    BalasPadam
  18. Peserta yang telah mendaftar setakat ni:

    cekkeya
    Nuyue
    darlachinta
    Miera
    Shida
    fa10
    Eiyda Asaari
    mimie

    BalasPadam
  19. saya dah join n daftar gak Peja..email carnine9@gmail.com...:)

    BalasPadam
  20. Peserta yang telah mendaftar setakat ni:

    Sarah

    BalasPadam
  21. En. Peja, saya dah join n register ye... :)

    BalasPadam
  22. Peserta yang telah mendaftar setakat ni:

    mama pipie
    nanny
    Anajoe

    BalasPadam
  23. Peserta yang telah mendaftar setakat ni:

    Qaisara
    fariha
    Firdaus Kasim
    De Mois
    syuhada
    Fana
    ace
    sah90
    tiefazatie

    BalasPadam
  24. elyn dah daftar..xde ke name elyn??? :((

    BalasPadam
  25. elyn, cube semak balik email yang peja hantar beserta senarai peserta.

    BalasPadam
  26. Peserta yang telah mendaftar setakat ni:

    Nine
    CtNurkhijah
    ifa
    iema
    Mazsleen
    Razali
    Emylyana Shah
    Farid
    Elyn
    mOoN
    sara
    Rozyn
    Aimaduddin
    kema
    Pdus
    Arni
    Arninas
    DiNaZ

    BalasPadam