Ahad, 24 April 2011

Tips Memprofessionalkan Blog

Ok, kali ni Peja akan berkongsi sedikit tips dan teknik bagaimana ingin memprofessionalkan blog kengkawan. Kalau blog kengkawan hanya sekadar blog peribadi, ianya masih dapat dijadikan panduan.


1. Saiz blog.
Blog yang terbaik adalah blog yang mempunyai saiz di bawah 100kb. Saiz yang melebihi 100kb kemungkinan dapat mengakibatkan pengunjung gagal mengakses blog kita terutamanya bagi mereka yang menggunakan broadband. Untuk memeriksa saiz blog anda, boleh ke laman web http://bit.ly/hRtkxd

2. Domain blog.
Blog yang berunsurkan perniagaan amat digalakkan menggunakan domain .com sendiri. Ianya lebih baik daripada menggunakan .blogspot.com. Ini akan menampakkan kita lebih serius dalam perniagaan. Bagi blog perihal peribadi juga tidak salah menggunakan nama domain sendiri dan ianya amat digalakkan. Contoh, dulu blog Peja http://faizalsyukri.blogspot.com, tapi sekarang http://faizalsyukri.com. Mana lebih baik?

3. Autoplay music.
Elakkan daripada memasang autoplay music. Pastikan pengunjung boleh menghentikan lagu tersebut. Dengan adanya lagu yang terpasang dapat menganggu konsentrasi pengujung dan ianya juga salah satu faktor blog anda lebih berat. Sebaik2nya, tiadakan terus muzik.


4. Penggunaan Read More.
Penggunaan read more selain dapat meringankan blog, ia juga dapat meningkatkan page views blog kita. Pageviews yang tinggi merupakan salah satu faktor penyumbang BE bagi ahli NuffNang. Fungsi read more boleh didapati pada Jump Break semasa anda menaip artikel blog anda.

5. Feedburner / autoresponder.
Peralatan ini membolehkan kita mengumbul senarai email prospek kita. Kebanyakan pengunjung jarang yang terus membuat pembelian pada lawatan pertama ke blog kita. Email susulan amat penting bagi membina hubungan dengan prospek kita. Fungsi feedburner pula ialah untuk memaklumkan kepada blogger berdaftar tentang blog kita setiap kali dikemaskini.

6. Penggunaan Template.
Template yang cantik juga dapat menarik perhatian pengunjung lain untuk datang ke blog kita, walaubagaimanapun, template juga penyebab faktor utama blog kita bersaiz besar. Cuba gunakan template yang mempunyai warna lembut dan cuba elakkan menggunakan latar belakang bergambar.

7. Linkwithin / related articles.
Peralatan ini juga dapat membantu meningkatkan page views blog kita. Selain itu, penggunaan peralatan ini membolehkan pembaca blog membaca artikel2 lain yang berkaitan dengan artikel sedia ada.




Ok, itu saja kali ni. Kalau ada kengkawan tak faham, atau berminat nak tukar domain blog, boleh hubungi Peja di faizalsyukri@yahoo.com. Haaa, satu lagi, kepada sape yang masih belum menerima hadiah ebook percuma dari Peja, boleh dapatkan ebook "Rahsia Kejayaan 3 Jutawan - Abang Abu, Datuk Maznah dan Dr. Irfan Khairi" di http://bit.ly/g9uutq

Oh, lupa plak, pada 7hb Mei 2011 akan diadakan satu Mini Seminar Perniagaan Internet Pantai Timur di Kelantan. Untuk maklumat lanjut atau berminat untuk mendaftar, boleh ke http://impantaitimur.com. Tempat terhad tau :D


Link Tiada Kene Mengena Dengan Artikel:

Kerap Gunakan Facebook atau Twitter? | Hadiah Bernilai RM18,000 Menanti Anda!!!! | Sape Reza Salleh? | Perlumbaan ChurpChurp dan Hadiah Menarik | Senang Je Nak Menang | Digi Malaysia Facebook | Sedap Ke Berri? | Pandu Uji Proton Exora | Hiburan Power Dengan Hypp TV | Apa Jadi Kalau Takde Internet?


Untuk mengelakkan anda terlepas sebarang info, tips, teknik, cabutan bertuah dan lain-lain dari blog faizalsyukri.com, sila masukkan nama dan email anda di bawah. Maklumat anda dirahsiakan dan tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak.


Name
Email


64 ulasan:

  1. wah banyaknya info.! cuma mama hani tak paham bab read more dan Linkwithin / related articles...tak jumpapun jump break...leh tolong ajarkan...terima kasih

    BalasPadam
  2. Useful website, and many thanks for accepting me as your friend, just blogwalking and invite your readers to have a look at English tips

    BalasPadam
  3. Otromen Taro @ Abg mie: TQ... semoga bermanfaat utk kita smua...

    BalasPadam
  4. mama hani: penggunaan read more tu ada time kite nak tulis artikel... utk mudah lagi, mama add ym saya... sng sy nak tunjukkan cara... ym saya, faizalsyukri

    BalasPadam
  5. English tips: Thank for surfing my blog :D

    BalasPadam
  6. maseh peja bg tips!! bagus2

    BalasPadam
  7. tips yang bagus bro. tapi macam mana nak buat read more ye? saya x tahu la.


    My latest entry : Jersey Terbaru Chelsea Musim 2011/2012

    BalasPadam
  8. Salaam,
    Ada blog yg meletakkan readmore di feedburner. Dengan ini pengguna perlu ke blog itu untuk membaca lebih lanjut

    Buka Akaun Emas

    BalasPadam
  9. bagus juga tips ni....mekasih

    BalasPadam
  10. umm psl read more tu ada betul jugak, tp hany tak suka gune read more. ahaha sbb kekdg ada org tak suka klik read more. tp hany hadkan 2entri je per page. ummm

    tq pejal utk info nih

    BalasPadam
  11. Tak reti guna feedburner/autoresponder tu la
    :(

    BalasPadam
  12. oo, nila peja yang selalu datang esempoi
    memang sempoi tips tu..
    sangat setuju

    BalasPadam
  13. satu tips yang baik daripada Peja...tima kasih peja sbb kongsi ngan kengkawan...tq.

    BalasPadam
  14. tips berguna...awe da check kb blog...huhu..184.55 KB...alhamdulillah load time 0.2 seconds...dan average kb...0 second :)

    BalasPadam
  15. maaf peja,sekian lama dan sekian banyak peja tak jemu2 hantar bingkisan kat sejenjang.bukan sombong peja,maklumlah banyak kerja sejenjang buat sebelum dan sesudah pilihanraya sarawak tempoh hari.sejenjang main belakang tabir bantu suami bukan juga wakil rakyat tapi pemain belakang tabir juga.al maklum kita bukan nak sangat kerja macam ini,tetapi demi bangsa dan agama, kena buat juga.kalau tak, tak meriahlah dunia kalau tak ada orang yang seperti belakang tabir.orang belakang tabir ini macam macam pengelaman mereka ikut bidang masing masing.oya peja,saya bukan tak nak macam peja ada blog,aduh kalau dah banyak kerja pakai tenaga empat kerat dalam hal ehwal rumah tangga dan kerja serta bisines, pasti tak larat peja.apa pun pesan sejenjang kat peja, jangan henti antar kat sejenjang kos suka baca blog blog yang begitu banyak di tanah air.antara blog yg sering sy jengok seperti denai hati.ok dulu peja,terima kasih,insyallah sy sokong peja dengan seada masa sy sekarang.kalau esok esok sy masih ada, dan pencen tentu sering ke blog peja. terima kasih semoga peja dan blogger yang setengah juta malaysia terus maju jaya dan happy dan terus berilmu orang malaysia.amin.salam

    BalasPadam
  16. tengs utk tips & info ni..
    hehe dpt jg sy tau saiz blog sy tu..
    kui3..:))

    BalasPadam
  17. info yang baik untuk semua blogger

    BalasPadam
  18. cemana nak tukar domain? kena bayar ke?

    BalasPadam
  19. fuhhh..naseb bek blog apik x lebih 100kb..hehe

    BalasPadam
  20. bukan setakat blog profesional, blog peribadi pun leh amik jadi rujukan. mekasih2. ;D

    BalasPadam
  21. tips yg bagus. nasib baik size blog bawah 100k je.
    tq peja!

    BalasPadam
  22. utk pertukaran domain mmg ade bayaran, tapi bayaran setahun sekali je

    BalasPadam
  23. time kasih atas tips tu :D..

    BalasPadam
  24. hampir semua ada tapi bila dicek blog Idealogyc 192 kb gak tue..hihihi agak berat la

    BalasPadam
  25. kene kurangkan berat tu... sian kt pembaca blog yg gune broadband :D

    BalasPadam
  26. nanti nak cek berat blog gak la. tapi kan,dulu cikbelog penah guna read more. tapi ramai yang komen malas nak baca entri sebab kena klik read more tu..~~dilema jap~~ hehe

    BalasPadam
  27. Backlink is good too ,it will raise your rank and make a strong related environment with ur blogs..

    anyway nice post .. ill put my domain only for my new blog.

    BalasPadam
  28. promosi gan domai+hosting termurah di indonesia gan visi-hosting.com

    BalasPadam
  29. memang tips yang bagus..

    saya setuju dengan penggunaan domain n tiada muzik tu

    BalasPadam
  30. alhamdulillah bro hampir semua yang tertera di atas telah sy penuhi :)

    BalasPadam
  31. terima kasih tips nie.. cute mum pernah cuba wat button read more.. tapi tak boleh.. nak letak e entri satu page, tapi nanti takder butang next entri.. susah kan..

    BalasPadam
  32. blog aku 132.76 KB..not bad la rasanya..haha

    BalasPadam
  33. Wah Irfan Khairi dah pangkat Dr ek?
    Tak tahu pulak~

    Cakap pasal lagu, aku pun tak suka sangat blog2 ada auto play lagu
    Sangat mengjengkelkan, esp lagu2 yang kita
    Tak pernah dengar atau tak suka dengar

    BalasPadam
  34. tips ni boleh dijadikan amalan..:)
    ada juga tepikir nak tukar domain tapi bila pikir balik jarang update sebab sibuk cukuplah dgn blogspot je,blog hanis zalikha pun pkai blogspot..:)

    BalasPadam
  35. thanx for the tips...sgt berguna... :)

    BalasPadam
  36. thanks 4 the tips...
    tips yg sngt berguna...^^

    BalasPadam
  37. sila ke UNLIMITED-WIRELESS-GIANT.INFO

    BalasPadam
  38. aku tak minat sangat kalo blog yg guna 'read more' ni..leceh tul nak klik..kekadang time BB slow giler, nak load page tu jenuh gak nunggu..

    BalasPadam
  39. tips ni sangat berguna bro...nasib baik size blog aku masih bawah 100kb... :)

    SyafzMagz.com

    BalasPadam
  40. Kadang-kadang aku BW guna Bband, so selalunya blog yang guna 'read more' ni kadang-kadang berat nak load. So takut nanti orang lain pun rasa benda yg sama, aku tak buat 'read more' untuk blog aku. :D

    Fadzmie's Latest Entry : EMEL 1MALAYSIA: PERLU ATAU TIDAK?

    BalasPadam
  41. thnx 4 da info!! saya akan cuba baiki blog sye dr mse ke semase

    BalasPadam
  42. bnyk nyer info! menarik! thanks! bole jd pnduan ni~

    BalasPadam
  43. Fadzmie: penggunaan read more adalah utk mringankan blog, bukan memberatkan blog.

    BalasPadam
  44. terima kasih peja kongsi tips ni... baru tahu cara nak semak berat blog...

    BalasPadam
  45. terima kasih untuk tips nya..

    BalasPadam
  46. kat mana nak dapatkan domain dengan harga yang murah???

    BalasPadam
  47. Satu perkongsian yang sangat bagus...especially tips number 3. saya pun tak berapa faham kenapa masih ada yang taruk 'muzik iringan' pada blog.. :-D

    BalasPadam
  48. nashrul hakimie: saya juga agen domain. RM50 setahun... bermimat? email saya, faizalsyukri@yahoo.com atau admin@faizalsyukri.com

    BalasPadam
  49. tngok email bro

    admin@faizalsyukri.com

    BalasPadam
  50. Salam admin,

    Terima kasih kerana kongsikan tip di atas. Memang berguna kalau nak blog kita boleh berada lama di dunia maya ni.

    Dengan menampilkan blog yang berbentuk profesional, pelawat juga akan lebih yakin sekiranya ingin mendapatkan produk yang kita jual atau promosikan.

    BalasPadam
  51. Hrm... Tapi satu lg yg tertinggal... Tata susun mestilah rapi dan teratur... Mengelakkan nampak serabut :D

    myetech9[dot]com @ Enchik Nine

    BalasPadam
  52. Tips yg menarik. Saya tgk ada sykt hosting yg tawarkan, utk menggunakan domain yg kita beli tetapi blog guna yg percuma.

    Ttg muzik saya setuju. Muzik mmg boleh mengganggu pelawat yg datang ke blog...kalau ada button mmg bagus...

    BalasPadam
  53. sangat membantu seperti blogger baru seperti saya.Terima kasih :)

    BalasPadam
  54. Tips yg sgt sgt berguna. :) Kena work hard ni.

    BalasPadam
  55. Kelajuan blog juga dipengaruhi oleh hosting yg kita sewa. Pilihlah hosting yang tiada masalah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.