Ahad, 8 Mei 2011

Asas Pendapatan Blog

Fuh, penat betul beberapa hari ni. Sampaikan Peja lambat update blog. Hari jumaat pagi, bapak sedara Peja kahwin... Pas solat jumaat plak, Peja ke Kota Bharu. Baru sampai pagi tadi jam 3pagi (8 Mei 2011).

Ada gaya sape ye?

Peja ke Kota Bharu kerana menghadiri Mini Seminar Perniagaan Internet Pantai Timur yang diadakan di Hotel Raudhah dari jam 9.00pagi - 5.00petang. Peja diberi tugas untuk menjadi speaker bagi Slot Asas Pendapatan Blog.

Masa yang diberikan hanya 1 jam je. Peja ni plak, seorang pemalu... Tapi, bila dah bercakap, tak reti nak stop. Terpaksa tekan butang stop dulu baru berhenti =)




Antara topik atau bab yang Peja kongsikan adalah berkenaan pengenalan mengenai blog, platform blog, sumber pendapatan blog, pantang larang blog dan cara promosi blog. Sedikit perkongsian gambar sepanjang mini seminar tersebut >> http://on.fb.me/miniseminaruipt2

Sebenarnya, mini seminar ini adalah kedua yang diadakan. Sebelum ini diadakan di Kuala Terengganu pada bulan Mac 2011. Akan datang adalah di Kuantan dan InsyaAllah pada bulan Julai 2011.


Peja bercadang nak adakan satu bengkel Menjana Pendapatan Dengan Blog sebelum bulan Julai 2011 khas untuk blogger Terengganu atau mana2 blogger luar Terengganu yang sanggup datang ke sini. Apa pendapatan kengkawan?

Link Tiada Kene Mengena Dengan Artikel:
Kerap Gunakan Facebook atau Twitter? | Impian Kanak-Kanak | Perhatian Pengguna Rexona! | Sape Reza Salleh? | Perlumbaan ChurpChurp dan Hadiah Menarik | Sapa Nak HONDA CITY? | Bersosial Dengan Digi | Ganjaran Digi.. Wowww | Hargai Ibu Anda | Facebook, FTW! | Jom HoneyMoon | Sentuhan Ajaib

Untuk mengelakkan anda terlepas sebarang info, tips, teknik, cabutan bertuah dan lain-lain dari blog faizalsyukri.com, sila masukkan nama dan email anda di bawah. Maklumat anda dirahsiakan dan tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak.


Name
Email


31 ulasan:

  1. InsyaAllah.....tentu ada yg berminat

    BalasPadam
  2. selamat berniaga,cari rezeki halal untuk anak isteri.

    BalasPadam
  3. good idea..
    mesti ada yg nk join
    teruskan usaha..

    BalasPadam
  4. peluang yang sangat mahal.. bila saja saye dekat nak turut serta juga

    BalasPadam
  5. peja smart sokmo..huhu.moga sukses boh

    BalasPadam
  6. Tahniah! teruskan usaha yang baik ini..

    BalasPadam
  7. Memang berminat ni kalo nk blaja cara-cara menjada pendapatan :p

    Anyway gratz for the successful event at Kelantan!

    BalasPadam
  8. terima kasih semua atas sokongan :D...
    Jumpa pula di Kuantan, Pahang, insyaAllah...

    BalasPadam
  9. bengkel menjana pendapatan dengan blog utk blogger terengganu?
    cam menarik je..nnt inform tarikh n tempatnye..
    insyaALLAH cikYana nak join :)

    BalasPadam
  10. Sekarang dalam perancangan dan sedang merangka bengkel ni... InsyaAllah, bila dah tetapkan tarikh, Peja akan maklumkan...

    BalasPadam
  11. pendapatan blog saye da setahu ni dpt rm5 je...huhuhuhu...

    jemput la bace cerpen saye yg x seberapa. saye beginner lagi dan menulis untuk suka2 .thankz.

    BalasPadam
  12. wahh, jadi speaker. Tahniah. Tahniah.. :)

    BalasPadam
  13. wei...hang buat macamana weiii...
    mai sikit...

    BalasPadam
  14. tahniah. teruskan usaha bro.... visit me back :)

    BalasPadam
  15. saya pun berminat... tapi dok johor nie.. balik terengganu pertengahan cuti sekolah... kawe ore besut

    BalasPadam
  16. tahniah2 peja...teruskan usaha, GOOD LUCK sokmo!

    BalasPadam
  17. Waah.. Brader dah buat seminar camni eh.. Sangat bagus lah!



    Kami sokong dari belakang.. ;)

    BalasPadam
  18. sekarang orang dah kenal siapa itu blogger. tak macam dulu lagi. cayalah..hidup para blogger sekalian ^^

    BalasPadam
  19. Nice info, thanks for share.

    BalasPadam
  20. TErima kasih atas support semua...
    buat masa ni saya hanya boleh fokus untuk kawasan pantai timur je.. dan untuk personal coaching / group coaching, saya blh fokus untuk kawasan terengganu sahaja... itupun hanya Kuala Terengganu, Marang dan Dungun...
    InsyaAllah,suatu hari nanti, saya akan keluar dari kawasan pantai timur untuk membantu semua blogger :D

    BalasPadam
  21. Tahniah dan selamat maju jaya dlm usaha murni Peja ni.

    BalasPadam
  22. Melawat dari OHSERIUS berperisa pisang

    membawa iklan untuk dikongsi :

    I wanna to introduce you to Ipanel survey.
    Every survey jobs you finish is paid rm5 per 30 questions. Survey is based on your age and your opinion on the product. The registration fees is zero,so you don need to pay any money to participate. Find me if you want know more about it .please click here.
    No scam. You can really earn

    BalasPadam
  23. Salam...bagi info sekiranya seminar ni jadi area trg..tq

    BalasPadam
  24. wah tahniah bro... dah lama tak tanya khabar

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.