Isnin, 16 Mei 2011

Kepentingan Autoresponder

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Baru-baru ni heboh diperkatakan yang blogspot mengalami masalah tak boleh diakses akaunnya. Ada juga blogger yang merungut artikel dan komen hilang begitu sahaja. Rupa-rupanya, blogspot mengalami masalah sistem pangkalan data rosak. Sekarang masalah dah hampir 100% pulih, jadi dapatlah kita berblog kembali.


Ok, pada artikel lepas, saya ada membuat sedikit kaji selidik ringkas mengenai lokasi blogger dan sejauh mana pendapatan yang telah diperolehi oleh blogger. Keputusan cabutan bertuah April 2011 pun telah diumumkan. Anda boleh rujuk di sini : http://bit.ly/jYuSQX

Pada artikel hari ni, saya ingin berkongsi kelebihan menggunakan autoresponder di dalam blog. Autoresponder adalah satu sistem menyimpan dan menguruskan senarai email. Email yang diperolehi melalui sistem ini adalah secara sah kerana telah dimasukkan sendiri oleh pengunjung blog / web anda.




Saya menggunakan autoresponder untuk menghantar email kepada semua pengunjung blog yang berdaftar untuk memaklumkan setiap kali saya mengemaskini blog. Selain itu, ianya memudahkan saya menjalinkan hubungan persahabatan dengan blogger lain tak kira di mana sahaja anda berada.

Bagi blogger atau pemilik website perniagaan, sistem autoresponder amat penting bagi memudahkan anda menghantar email follow-up kepada prospek. Siapa tahu, selepas 5 atau 6 email followup yang dihantar memungkinkan prospek mendapatkan produk / perkhidmatan yang kita sediakan.


Terdapat banyak sistem autoresponder. Di antaranya ialah TrafficWave, Aweber, Getresponse dan lain-lain.

Sistem autoresponder yang menawarkan 30 hari penggunaan percuma adalah TrafficWave. Anda boleh mendaftar TrafficWave di sini : http://bit.ly/acOSWM

Sekiranya anda berminat dengan autoresponder yang lebih professional, anda boleh dapatkan Aweber. Bagaimanapun, sebelum anda mendapatkan Aweber, saya sarankan anda mendapatkan dan membaca terlebih dahulu Panduan Lengkap Penggunaan Aweber. Sila dapatkan di sini : http://bit.ly/acOSWM


Oklah, sampai sini dahulu perkongsian dari saya. Jumpa lagi pada masa yang akan datang.

P/S: Saya ingin menjemput anda menyertai Group Facebook "Income Santai Melalui Blog". Sila reqeust unutk menyertainya PERCUMA di sini:  http://on.fb.me/koF2tv.

Link Tiada Kene Mengena Dengan Artikel:
Kerap Gunakan Facebook atau Twitter? | Jom Layan Kungfu Panda | Blackberry, Blackberry, Blackberry! | Jom Menangi RM15,000 | Sape Reza Salleh? | Perlumbaan ChurpChurp dan Hadiah Menarik | Buat Duit Dengan ChurpChurp | Peminat Air Nestle Bliss | Bersosial Dengan Digi | Cun Betul IPhone 4


Untuk mengelakkan anda terlepas sebarang info, tips, teknik, cabutan bertuah dan lain-lain dari blog faizalsyukri.com, sila masukkan nama dan email anda di bawah. Maklumat anda dirahsiakan dan tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak.


Name
Email


21 ulasan:

  1. Saya berminat nak gunakan sistem Autoresponder di blog saya dalam masa terdekat ini..

    Memang menarik.. Sebab sekali hantar email semua senarai email berdaftar akan dapat menerima makluman terkini ersebut..

    Tapi buat masa sekarang ni tengah kumpul modal dulu.. Disamping belajar satu persatu tentang dunia blog dan dunia internet marketing..

    banyak perkara yang perlu saya belajar disebabkan sebelum ni saya tak ada background tentang internet..

    Terima kasih di atas informasi yang sudi dikongsikan dalam blog ini..

    Entri Terkini Di Blog Saya:
    Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menjana Trafik Ke Blog Anda??

    Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia

    Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda

    BalasPadam
  2. untuk update blog saya guna feedburner je.....free je pastu blogfeed juga kita dapat tapi sesuai untuk berblogging je.

    untuk wat bisnes baru ok guna yg berbayar

    BalasPadam
  3. menarik.berminat untuk mencuba

    BalasPadam
  4. pernah terfikir untuk guna tp, blm ada tujuan yg khusus, tapi ni sesuatu yg menarik... :)

    BalasPadam
  5. website untuk bisnes saya pun belum terbina lagi.
    masih tak sempat untuk membinanya.
    lepas tu akan guna autoresponder seperti yang dicadangkan.
    :)

    BalasPadam
  6. macam menarik je..terima kasih.. :)

    BalasPadam
  7. Suka entry ini,akak minat nak cuba.

    BalasPadam
  8. bagus. terima kasih atas info
    tapi kadang2 kalau dapat email byk2 rasa macam spam jer. memenuhkan kotak email
    orang takut nak visit. salah satu keburukan laaa.

    BalasPadam
  9. salah satu kelebihan autoresponder, user pada bile2 masa saja boleh unsubscribe email kite... tak same cam software bulk sms...

    BalasPadam
  10. Salam.
    Datang visit sini..dan baca entri :) nice blog~
    Sudi2 la visit me @ frommetoyou eh..arigatou..(^____^)

    BalasPadam
  11. visit here n' read this post...
    I like this

    BalasPadam
  12. yang ni menarik!! sesuai kalau utk org meniaga!

    BalasPadam
  13. Salam admin,

    Apa pendapat bro kalau kita hanya menggunakan perkhidmatan emel dari feedburner je untuk perniagaan internet?

    BalasPadam
  14. feedburner xsama dgn autoresponder... fungsinye terhad... dan ianya secara automatik hantar info berkenaan blog kite yg diupdate je.

    BalasPadam
  15. hehe thanks bro atas perkongsian ni....

    BalasPadam
  16. satu hari nanti saya akan gunakan juga, buat masa ni tak perlu , belum yb x byk folo. Nice u 2share.. cheers

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.