Selasa, 11 Oktober 2011

Perginya Seorang Pendidik

Teringat lagi sebelum tahun 1998, saya bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek. Masa tu, saya seorang pelajar tingkatan 2 di sebuah sekolah agama berasrama di Terengganu. Pada ketika itu, saya langsung tak tahu menggunakan komputer bahkan takut nak menyentuhnya.


Sehinggalah hadirnya seorang guru lelaki yang mengajar subjek Literasi Komputer. Nama beliau ialah Cikgu Jawahir Bin Haron. Seorang yang agak kelakar dan setiap penerangannya tentang dunia IT membuatkan tiba2 melupakan cita2 saya untuk menjadi seorang arkitek.

Pada waktu ini juga saya mula belajar programming Visual Basic 4.0, belajar coding HTML, belajar setup network, belajar repair komputer, belajar format windows 95 dan 98 dan lain2.



Sehabis SPM, selepas saya ditawarkan menyambung pelajaran ke Diploma Sains Komputer, beliau telah menghadiahkan saya 3 buah buku iaitu buku berkenaan rangkaian, visual basic dan java.

Pada waktu ini, beliau bertukar ke sebuah sekolah di Ampang. Setiap kali beliau pulang ke Dungun, beliau pasti akan menelefon saya dan ajak pergi lepak2, minum2 dan bersembang. Banyak ilmu yang pasti dikongsikan setiap kali berjumpa.


Pada 30/04/2010 iaitu hari pernikahan saya, beliau orang pertama menelefon saya selepas subuh dan ucapkan "Selamat Pengantin Baru". Sempat lagi beliau berpesan supaya jangan gabra time ngadap jurunikah. Beliau juga menasihati saya supaya menjadi seorang suami yang bertanggungjawab.

Kali terakhir berjumpa beliau beberapa bulan lepas di stesen bas Dungun. Kebetulan saya nak menghantar abang ipar yang nak pulang ke Selangor. Sempat beliau minta maaf kat saya sebab tak bagitau balik Dungun memandangkan beliau hanya balik 1 hari sahaja.


Selepas itu, kami tak pernah berjumpa. Hanya berhubung melalui sms, bertanya khabar, ucap selamat berpuasa, ucap selamat beraya.

Pada 25/09/2011, saya sms beliau bertanyakan tentang Joomla sambil bertanya khabar. Saya berjanji akan berjumpa beliau apabila saya berpindah ke Selangor awal bulan November nanti.

Tapi, pada 28/09/2011, seorang cikgu di sekolah lama saya telah post sesuatu dalam group facebook bekas pelajar.

"Al-Fatihah buat arwah Cg Jawahir b Harun (yg mengajar IT) yang telah kembali ke rahmatullah tengah hari tadi. Beliau kemalangan ketika dalam perjalanan ke sekolah. Beliau meninggal di Ampang dan akan disemadikan di sana juga."



Masa tu, saya tak tahu nak cakap apa. Saya sedih sangat. Terlalu sedih sehingga air mata saya menitis sedikit. Tiada kata yang mampu diungkapkan...

Hari ini, kerjaya saya, ilmu saya, kemahiran yang saya ada, berasal dari ilmu yang cikgu perturunkan kepada saya. Semoga pahala cikgu terus menerus bertambah hasil ilmu bermanfaat daripada cikgu. Innalillah... semoga roh cikgu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.



8 ulasan:

  1. takziah....itulah mulianya seorang guru yang bergelar pendidik.....moga rohnya dirahmati sentiasa....

    BalasPadam
  2. Al Fatihah...

    Semoga Allah menempatkannya disisi orang2 yang beriman...

    BalasPadam
  3. takziah.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ilmu yang disampaikan terus dimanafaatkan

    BalasPadam
  4. Takziah buat Guru. Guru Pedoman Hidup. Nak cerita lebih tentang guru, Jom sini http://pengajar.info/

    BalasPadam
  5. Semuga rohnya ditempatkan bersama para solihin. Amin.

    BalasPadam
  6. walaupun saya tak pernah jumpa tapi beliau sangat sayang kepada anak2 didik beliau... saya sebagai abang kepada adik saya iaitu abd rahman kamis semasa arwah menjadi guru di sek men keb taman kosas tersangat berterima kasih kepada arwah, yang banyak menolong adik saya sehingga berjaya sekarang ke menara gading di UUM... arwah pernah mengirim buah tangan dari terengganu berupa keropok dan ikan salai kepada adik saya...

    sebagai tanda balasan saya sedekah al-fatiha semoga rok arwah Cg Jawahir b Harun di cucuri rakmat

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.