Hari ini adalah hari kedua saya disahkan mengidap demam denggi yang masih terkawal. Sebelum ini, saya dapati banyak tanda-tanda demam denggi dan setelah masuk hari ke-3 demam, saya pergi dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam.
Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk aedes bentina. Cara penyebaran virus denggi adalah melalui gigitan nyamuk daripada orang yang mempunyai demam denggi kepada orang sihat.
Di antara tanda-tanda demam denggi adalah:
1. Demam kuat mengejut dan berterusan.
2. Bintik merah pada kulit.
3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot2, sendi2, kepala dan belakang mata.
4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut.
5. Hilang selera makan.
6. Muntah-mutah.
7. Sakit perut.
8. Rasa pahit pada lidah.
9. Lemah dan tidak bermaya.
Rawatan demam denggi:
Sehingga hari ini, tiada sebarang ubat khusus untuk menyembuhkan demam denggi. Walaubagaimanapun, berapa perkara asas yang boleh diambil untuk mengawal demam denggi daripada terus berlarutan. Di antaranya ialah:
1. Menghapuskan tempat2 pembaiakan nyamuk aedes.
2. Memperbanyakkan minum air kosong, air susu, jus buah2an dan air isotonik.
3. Makan ubat2 yang dibekalkan oleh doktor. Biasanya ubat demam la.
Oklah, diharapkan sedikit sebanyak info ini dapat membantu anda mengesan dengan lebih awal tanda-tanda sekiranya anda menghidap demam denggi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)











Tiada ulasan:
Catat Ulasan