Isnin, 21 Mei 2012

Diablo 3 - Permainan RPG Kini Dilancarkan!

Harini sudah hampir seminggu permainan RPG - Diablo 3 dilancarkan secara rasmi pada 15 Mei 2012. Saya pasti ramai peminat permainan Diablo 3 ini tidak melepaskan peluang mencuba permainan aksi-seram ini.


Bagi yang tak tahu apa itu Diablo 3, boleh layari www.diablo3.com. Yang pastinya, saya mula bermain permainan Diablo 3 ini semenjak Diablo versi pertama lagi semasa saya masih bersekolah.

Ketika itu, saya masih lemah dalam bahasa inggeris (sampai kini pun masih lemah.. hihihihi). Saya, kakak saya dan adik saya bermainan Diablo bertemankan sebuah kamus bahasa inggeris - melayu. Hehehehe. Bukan setakat tu, efek bunyi dan suasana menyeramkan menyebabkan kami adik beradik tak berani bermain Diablo waktu malam. Hahahahaha...


Selang beberapa tahun, ketika saya masih menuntut di UiTM, Diablo 2 pun dilancarkan. Masa tu, saya rasa keseramannya dah kurang terserlah. Tak tahulah samaada saya semakin dewasa atau sebab Diablo 2 memang kurang seram. Tak menahannya, karakter dalam Diablo 2 siap ada keris lagi sebagai senjata.

Kini dah keluar Diablo 3. Saya sendiri tak mencubanya lagi. Tak tau bila nak cuba. Permainan Diablo 3 disediakan bagi pengguna Windows dan Mac. Bagi linux, tak pasti la plak. Tapi, mesti ada caranya kot...

P/S: Sapa dah cuba Diablo 3? Boleh kongsi2 info skit :D



3 ulasan:

  1. aku blum cuba..kwn aku dah cuba.katanya kalau nak main kena main online..takde ofline..kena beli akaun pulak..dua ratus lebih tak silap..

    BalasPadam
  2. sy pun xtahu ni...baru nak usha2 tgk ni..:)

    BalasPadam
  3. kena main o9 ?? adui.. ssh tu, iskh.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.