Sabtu, 7 Julai 2012

Perniagaan & Buat Duit Pada Bulan Puasa Sebagai Persediaan Hari Raya

Saya pasti, ramai di antara kita terutamanya umat Islam di Malaysia yang sedang mencari-cari peluang perniagaan atau sebarang sumber pendapatan tambahan sepanjang bulan Ramadhan. Wang inilah yang akan digunakan samaada untuk berzakat, bersedekah, menaja majlis berbuka puasa, membeli pakaian baru, kuih raya dan lain-lain.


Walaubagaimanapun, kita tidak seharusnya memandang target keduniaan semata-mata. Yang paling utama, kita perlu merebut peluang memperbaiki diri, meningkatkan amal ibadat, menyucikan diri sempena bulan Ramadhan yang akan menjelma beberapa hari lagi.

Ok, apa2pun, saya akan berkongsi juga sedikit sebanyak perniagaan yang boleh dan amat sesuai di jalankan pada bulan ramadhan / puasa tak lama lagi. Antaranya ialah:


1. Membuat dan menjual kuih raya - Bagi yang berkemahiran dan mempunyai banyak masa terluang, inilah peluang keemasan yang perlu dimanfaatkan. Hari ini, kenaikan harga barang ditambah ramai individu yang bekerja menyebabkan mereka memilih untuk membeli sahaja kuih / biskut raya tanpa perlu bersusah payah dan berpenat lelah membuat sendiri. Saya sendiri akan menjual Biskut Popia Cornflakse. Biskut ini adalah hasil saya dan isteri saya sendiri ~ 100% home made, bukan buatan kilang ~ Kalau berminat nak membeli atau menjadi pengedar, boleh hubungi saya di admin@faizalsyukri.com

 
2. Menjual pakaian dan aksesori - Baju melayu, baju kurung, songkok, tudung, butang baju melayu merupakan antara pakaian paling laris sepanjang bulan puasa. Kemeja dan t-shirt juga tak terkecuali. Dari kanak-kanak sehingga ke warga emas pasti tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan baju raya baru =). Tema keluarga saya tahun ini adalah warna merah. Anda pula bagaimana?


 
3. Sampul duit raya - Terdapat pelbagai design sampul duit raya. Dengan bentuk iphone, bentuk wang kertas, berkartun dan pelbagai lagi, pastinya amat menarik. Rasa kurang aje raya kalau takde duit raya, kan? Nak bahagi duit raya, mesti ada sampul raya. Betul tak?



4. Makanan berbuka puasa - Anda boleh jual kuih, air tebu, air soya, makanan berbuka dan lain-lain lagi. Makin dekat nak berbuka puasa, makin ramai orang yang tengah berpuasa rambang mata dan terliur dengan pelbagai juadah yang disediakan.

 
5. Menjual produk-produk Islamik seperti Pen Quran, tasbih digital, buku Islamik dan lain-lain. Produk-produk ini boleh dijual samaada melalui internet atau secara offline. Produk-produk ini juga antara produk hot sepanjang bulan Ramadhan.


Terdapat banyak lagi perniagaan yang boleh dijalankan sepanjang bulan Ramadhan / puasa samaada secara sepenuh masa mahupun sambilan. Dalam artikel saya kali ini, saya ingin fokuskan kepada item ke-5 iaitu produk-produk Islamik.

Tentu anda terfikir dimanakah anda boleh dapatkan semua produk Islamik ini. Tentunya ia memerlukan modal yang amat besar. Setakat RM1,000, belum tentu mencukupi.

TAPI, melalui sistem dropship, anda tidak perlu lagi menyediakan modal yang terlalu besar, tak perlu pening kepala menyediakan platform jualan, tak perlu susah payah menyimpan stok.

Melalui Muslim Dropship, hanya bermodalkan RM498, anda kini boleh menjual lebih 250 jenis produk secara online atau offline. Sebahagian produk yang disediakan adalah antara produk HOT dan amat laris dijual pada bulan puasa. Untuk rujukan produk, boleh kunjungi Gedung Online Muslim GanuMall.com.

Dengan modal RM498 ini juga, anda akan mendapat:

1. Sebuah kedai online lengkap dengan shopping cart serta nama Domain kedai online, anda yang tentukan. Seperti www.namakedaianda.com

2. Margin keuntungan setiap jualan produk di dalam kedai online anda ialah 100%. Contohnya. Jika keuntungan jualan setiap Al Quran Digital ialah Rm70 setiap unit, anda dapat sepenuhnya jumlah keuntungan tersebut.

3. Anda layak menghadiri seminar/kursus/latihan apa saja pemasaran dari pembekal secara percuma selama 6 bulan. Di dalam seminar atau latihan ini kami akan membantu anda teknik pemasaran online dan offline yang sebenar di mana Guru yang mengajar anda adalah yang terlatih dan mahir. Untuk makluman anda, seminar seperti ini biasanya dikenakan bayaran sehingga ribuan ringgit.

4. Layak menjadi pembekal produk ke dalam sistem dropship tanpa dikenakan sebarang caj. PERCUMA.

5. Anda dijemput khas ke dalam komuniti Usahawan tegar. Di mana di dalam komuniti tersebut, rakan-rakan usahawan akan berkongsi tips/teknik dan kaedah melakukan pemasaran secara berkesan dan berterusan.

6.Terdapat lebih 200 produk yang “hot” di dalam sistem ini.

TAK PERLU RISAU! Pihak pembekal dan rakan-rakan niaga akan membantu dan berkongsi tips2 bagaimana membuat jualan secara online atau offline. Yang penting, anda sanggup belajar dan bersabar.'

Lupa saya nak maklumkan, tawaran kedai online produk Muslim RM498 ini saya terhadkan kepada 20 orang sahaja. Ya, 20 orang sahaja. Selepas ini, akan difikirkan samaada untuk naikkan harga kepada RM598 atau RM798 atau RM998. Jadi, dapatkan segera sebelum terlambat.

Sekiranya terdapat sebarang soalan atau berminat untuk menyertai Muslim Dropship, sila hubungi saya:

Nama: Faizal Syukri / Peja
Tel/SMS: 012-901 9697 (SMS amat digalakkan)
Email: admin@faizalsyukri.com

Semoga berjaya!



2 ulasan:

  1. terima kasih. banyak jugak dapat idea melalui artikel ni . terima kasih atas perkongsian :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.