Ahad, 21 Oktober 2012

Kelantan Juara Piala Malaysia 2012

Pertamanya, tahniah tahniah tahniah dan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana secara rasminya dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia 2012. Pertarungan yang agak sengit di antara Kelantan melawan ATM =)



Pasukan Kelantan telah memenangi Piala Malaysia 2012 menentang ATM dengan keputusan 3-2. Kepada pasukan ATM, jangan bersedih. Anda juga hebat. Andalah sang juara! Walaubagaimanapun, saya bukanlah seorang pengulas sukan. Sekadar tengok aje. Tupun asalnya layan kat rumah aje dengan abang ipar, tapi rasa tak syok dan sunyi, so kami pun berangkat lah ke kedai mamak Al-Bidayah di Subang Perdana ni.

Fuh, penyokong Kelantan pun boleh tahan ramai. 3/4 stadium Shah Alam dipenuhi dengan penyokong Kelantan. Bayangkan, biasanya saya pergi ke Shah Alam dari Subang Perdana, ambik masa 20 minit je... Tapi hari ni, 1 jam lebih wooo... penat.


Oklah, taknak cerita panjang pun. Just nak ucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan selaku juara Piala Malaysia 2012 dan pasukan ATM selaku naib juara Piala Malaysia 2012.

0 komen:

Catat Ulasan