Jumaat, 26 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Walillahilhamd...

Alhamdulillah, pada tahun ini kita masih berkesempatan untuk bertemu dengan salah satu daripada perayaan utama bagi umat Islam iaitu Hari Raya Aidiladha.

Gambar raya tahun lepas punya. Tahun ni tak sempat snap =)

Teringat plak kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang diuji oleh Allah S.W.T untuk menyembelih Nabi Ismail A.S. Satu pengorbanan yang cukup besar apabila seorang ayah diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anak sendiri. Walaubagaimanapun, Allah menggantikan Nabi Ismail A.S. yang sepatutnya disembelih dengan bintang ternakan, dan akhirnya menjadi syariat dan sunnah untuk diamalkan sehingga zaman sekarang.

Saya seperti biasa setiap tahun akan membantu menguruskan korban bahagian ayah saya. Daripada menumbangkan lembu, pegang, melapah kulit, melapah isi, membahagi2kan kepada 7 bahagian. Alhamdulillah, dididik dari kecil, jadi takdelah kekok bila buat kerja2 camni.


Tengok gambar kat atas, tengok tang tangan saya... Penuh darah tu. Kalau sekadar nak ambil gambar, takdelah tangan comot camtu, kan kan kan? Huhu, saya harap suatu hari nanti saya diberi peluang untuk menyembelih sendiri haiwan korban tu. Yelah, kalau tak bermula dari sekarang, sampai bila. Betul tak?

Oklah, takleh citer panjang2. Saya agak penat dan agak mengantuk sekarang. Ada lagi kerja belum diselesaikan. InsyaAllah jumpa lagi dalam posting akan datang ye =)

Selamat hari raya aidiladha...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Preview Blog Lain

Blog yang dipaparkan di bawah adalah secara automatik daripada blog lain. FaizalSyukri.com tidak bertanggungjawab sekiranya gambar yang keluar tidak sopan.