Rabu, 11 Disember 2013

Pendapatan Sampingan Dengan Dropship

Pendapatan Sampingan Dengan Dropship


Sebenarnya, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang sedang tercari-cari sumber pendapatan sampingan yang dapat membantu meningkatkan ekonomi masing-masing. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Ada yang berniaga burger atau kerja sambilan di restoran makanan segara selepas waktu kerja.

Tak dinafikan, bekerja sampingan sebegitu amat memenatkan. Namun apakan daya, pendapatan sampingan menjadi perkara yang harus dilakukan. Apatah lagi dengan kenaikan pelbagai harga barangan.

Ada juga individu yang mencari peluang untuk pendapatan secara sampingan melalui internet. Jika tidak berhati-hati, boleh terjebak dalam skim-skim cepat kaya yang menawarkan pendapatan sampingan yang terlalu tinggi dan tak masuk akal.

Namun begitu, tak kesemua punca atau sumber pendapatan sampingan di internet tidak boleh dipercayai. Ada yang menjual produk fizikal, produk digital, menyediakan servis dan lain-lain. Selain itu, sumber pendapatan sampingan yang boleh disertai ialah affiliate atau dropship.

Salah satu sumber pendapatan sampingan adalah melalui dropship. Dropship ialah satu sistem di mana melibatkan 3 pihak iaitu pembekal, agen dan pelanggan. Kita selaku agen akan bertindak sebagai promoter dan mempromosikan produk yang disediakan oleh pihak pembekal. Sekiranya ada pembeli, pembeli akan membuat bayaran kepada akaun agen (kita) dan agen akan membuat bayaran kepada pembekal dengan harga agen. Nah, keuntungan produk tersebut terus kite perolehi sebagai pendapatan sampingan kita.

Terdapat pelbagai syarikat yang menawarkan sistem dropship. Salah satunya ialah Muslim Niaga. Pada peringkat awal, saya sendiri menjalankan perniagaan dropship ini secara sambilan bagi memperolehi pendapatan sampingan.

Dalam sebulan dua lagi, genaplah saya 2 tahun menjadi agen dropship Muslim Niaga. Kata orang, jika sistem ni tak ok, tak mungkin saya sanggup bayar maintenance bulanan sebanyak RM50 jika sistem dropship ini tidak berkesan. Kan?

Sistem dropship yang yang saya sertai menyediakan kedai online seperti GanuMall.com (Anda boleh juga melihat produk yang disediakan di sini). Anda juga menghubungi saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaa melalui medium berikut:

PM FB: http://fb.com/messages/pejasukri
Email: admin@faizalsyukri.com
Tell / SMS / Whatsapp: 0146069996

Jadi, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui sistem dropship ini, anda boleh mendapatkan info mengenai pakejnya melalui link >> http://bit.ly/YRyXEQ

0 komen:

Catat Ulasan