Sabtu, 24 Mei 2014

Panda Oh Panda - Alkisah Tentang Panda


Maaf, ini bukan blog politik. Tapi sejak dua tiga empat menjak ni, sibuk diperkatakan kat media sosial berkenaan panda. Jadi, saya mengambil kesempatan atas keglameran panda untuk buat post ini kat blog saya.

Jadi nak share sikit berkenaan fakta unik berkenaan panda.

1. Panda merupakan haiwan mamalia dalam satu keluarga dengan beruang dan panda merah.
2. Panda biasa tinggal di wilayah pergunungan.
3. Pada setengah abad ke-20, panda adalah lambang negara Tiongkok dan sekarang dicetak pada wang emas negara tersebut.
4. Pada satu ketika dahulu, panda dikenali sebagai'Beruang Belang'.
5. Panda merupakan karnivo tapi makanannya seperti herbivor, hampir keseluruhan makanannya adalah buluh!
6. Panda juga boleh termasuk dalam kategori omnivor karena mereka juga memakan telur dan serangga selain buluh.
7. Telinga panda bergerak semasa mengunyah.
8. Saudara terdekat dalam keluarga beruang adalah Beruang Kacamata.
9. Panda termasuk spesies yang terancam.
10. Panda merupakan lambang Wold Wildlife Fund (WWF).
11. Panda memiliki 1 ibu jari (yang diketahui adalah tulang pergelangan tangan) dan 5 jari lainnya.
12. Panda menjadi haiwan kegemaran masyarakat Tiongkok, karena lucu seperti bayi.
13. Panda boleh disebut haiwan 'pemalas' kerana biasanya berbaring sambil makan buluh.
14. Panda umumnya bersifat keibuan.
15. Panda memiliki otak yang sangat kecil.
16. Panda betina biasanya melahirkan 1-3 anak saja. Ukurannya sangat kecil, hanya 100gram saat dilahirkan.
17. Panda besar beratnya antara 70kg - 150kg. Had usia panda mencapai 30 tahun di tempat pembiakan dan 10 - 20 tahun di alam liar. Tinggi panda mencapai 150cm.
18. Kematian anak panda terjadi tanpa disedari oleh ibunya semasa tidur dan menindih anaknya yang sedang mencari suhu hangat ibunya.
19. Di negara China, panda adalah harta negara.

0 komen:

Catat Ulasan