Rabu, 28 Mei 2014

Sultan Perak Mangkat


AL FATIHAH
Dengan dukcitanya adalah dimaklumkan bahawa Al marhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah telah mangkat sebentar tadi.

Almarhum yang berusia 86 tahun mangkat pada jam 1.38 petang sebentar tadi (28/05/2014).

Kemangkatan Paduka Seri Sultan diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry secara langsung melalui RTM, sebentar tadi.

Beliau mengisytiharkan seluruh negeri berkabung selama 100 mulai hari ini dan kerajaan meminta semua pihak mengibarkan bendera separuh tiang sepanjang tempoh itu.

0 komen:

Catat Ulasan