Khamis, 5 Jun 2014

Kelebihan Menggunakan Domain .com Pada Blogspot

Tukar Domain Blogspot Menjadi Dot Com
Ramai orang bertanya saya, apa kelebihan jika menggunakan domain .com pada blogspot ni. Saya akan ceritakan sedikit sebanyak kelebihannya.

Tapi sebelum tu, apa yang perlu anda tahu, apa itu domain? Domain atau link atau URL adalah merujuk kepada alamat blog atau laman web. Seperti contoh, domain atau link atau URL untuk blog saya ialah www.faizalsyukri.com atau boleh sahaya ditulis faizalsyukri.com

Domain asal blog saya ialah http://pejasukri.blogspot.com dan saya telah tukarkan kepada www.faizalsyukri.com tanpa mengubah sedikit pun isi kandungan, template dan lain-lain dalam blog saya. Bahkan saya masih kekalkan penggunaan blogspot saya.

Di antara kelebihan dan kebaikan menggunakan domain .com adalah seperti berikut:

1) Nama blog lebih pendek dan mudah diingat. 
Kalau kita kekal menggunakan .blogspot.com, tentu ianya lebih panjang berbanding .com. Tapi, masa pilih domain .com tu, janganlah plak pilih nama pelik2 dan susah nak sebut.

2) Lebih serius dalam berblogging atau berbisnes.
Perkara ini lebih fokus bagi pengguna blogspot untuk tujuan perniagaan. Jika kita berniaga dan mengekalkan penggunaan domain .blogspot, ianya akan kelihatan kita kurang professional.

3) Syarikat pengiklanan lebih suka beriklan dalam blog .com.
Terdapat ramai pengiklan di luar samaada dari syarikat atau orang persendirian mencari laman web atau blog yang boleh mengiklankan produk atuu servis mereka. Keutamaan dalam pilihan adalah pada blog yang menggunakan .com

4) Boleh miliki email identiti sendiri.
Seperti domain blog saya, faizalsyukri.com, saya memiliki email saya sendiri iaitu admin@faizalsyukri.com . Anda taknak ke email dengan identiti anda sendiri? =)

5) Seperti yang sedia maklum, blogspot ini adalah anak emas dan dimiliki oleh google. Jadi, jika mereka ingin padamkan blog anda, pada bila-bila masa sahaja mereka boleh buat demikian. Jika anda masih kekalkan nama domain .blogspot anda, jika blog anda dipadam, maka hilanglah blog anda berserta domain tersebut. Tapi, jika anda menggunakan domain .com, sekurang2nya anda boleh mulakan kembali blog baru menggunakan nama lama.

Sebenarnya, pemilihan domain bukan sahaja .com. Anda boleh memilih untuk menggunakan .com / .org / .net / .biz / .com.my / .my. Harganya adalah berbeza dan syaratnya juga berbeza.

Jika anda berminat untuk menukar domain blogspot anda, anda boleh menghubungi saya:

Tel / Whatsapp: 0146069996
Email: admin@faizalsyukri.com
PM fb: https://fb.com/messages/pejasukri

** Kos dan harganya adalah berbeza bergantung domain yang anda inginkan

0 komen:

Catat Ulasan